Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Benarkah hadis “Ali manusia utama setelahku” dinukilkan dengan sanad yang muktabar dalam sumber-sumber Ahlusunnah?

 Benarkah hadis “Ali manusia utama setelahku” dinukilkan dengan sanad yang muktabar dalam sumber-sumber Ahlusunnah?

 Benarkah hadis “Ali manusia utama setelahku” dinukilkan dengan sanad yang muktabar dalam sumber-sumber Ahlusunnah?

Tidak dapat diragukan lagi bahawa Rasulullah (s.a.w) mempunyai wilayah mutlak tidak hanya seluruh umat Islam, bahkan terhadap seluruh manusia. Baginda lebih utama dalam autoriti tasarruf (تصرف) urusan umat Islam. Menaati baginda tanpa soal adalah wajib dan menderhakai baginda adalah haram. Sebagaimana Allah (s.w.t) menyabitkannya secara jelas di dalam ayat ke-enam surah al-Ahzab:

النَّبِيُّ أَوْلى‏ بِالْمُؤْمِنينَ مِنْ أَنْفُسِهِم / الاحزاب/6

Nabi itu hendaknya lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri

Oleh itu wilayah mutlak Rasulullah (s.a.w) terhadap semua individu tidak dapat dinafikan lagi. Rasulullah (s.a.w) juga telah menyabitkan wilayah mutlak ini untuk Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (a.s) menerusi riwayat yang sahih persanadannya, di mana ulama-ulama Ahlusunnah telah menukilkannya.

Asal muasal riwayat.

Ketika mensyarahkan perihal Wahab bin Hamzah di dalam kitab Maʻrifatul Sahabah, Abu Naim al-Isfahani berkata:


5901 - حدثنا سليمان بن أحمد ، ثنا أحمد بن عمرو البزار ، وأحمد بن يحيى بن زهير ، قالا : ثنا محمد بن عثمان بن كرامة ، ثنا عبيد الله بن موسى ، ثنا يوسف بن صهيب ، عن ركين ، عن وهب بن جمرة ، قال : « صحبت عليا من المدينة إلى مكة ، فرأيت منه بعض ما أكره ، فقلت : لئن رجعت إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم لأشكونك إليه ، فلما قدمت لقيت رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فقلت : رأيت من علي كذا وكذا ، فقال : لا تقل هذا ، فهو أولى الناس بكم بعدي
الأصبهاني، ابو نعيم أحمد بن عبد الله (متوفاى430هـ)، معرفة الصحابة، ج5، ص2723، ح 6501، طبق برنامه الجامع الكبير.
المناوي، محمد عبد الرؤوف بن علي بن زين العابدين (متوفاى 1031هـ)، فيض القدير شرح الجامع الصغير، ج4، ص357، ناشر: المكتبة التجارية الكبري - مصر، الطبعة: الأولى، 1356هـ.
السيوطي، جلال الدين أبو الفضل عبد الرحمن بن أبي بكر (متوفاى911هـ)، جامع الاحاديث (الجامع الصغير وزوائده والجامع الكبير)، ج8، ص250، طبق برنامه الجامع الكبير.
الهندي، علاء الدين علي المتقي بن حسام الدين (متوفاى975هـ)، كنز العمال في سنن الأقوال والأفعال، ج11، ص281، ح32961 ، تحقيق: محمود عمر الدمياطي، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت، الطبعة: الأولى، 1419هـ - 1998م.

Diriwayatkan daripada Rukain, bahawasanya Wahab bin Hamrah (Hamzah) berkata: Aku menemani Ali dari Madinah ke Makkah, dalam perjalanan aku melihat beberapa perbuatannya yang tidak menyenangkan. Aku berkata: Akan aku mengadu kepada Rasulullah sekembalinya aku ke Madinah, aku pun berkata kepada Rasulullah. Ketika aku sampai di Madinah, aku bertemu dengan Rasulullah, maka aku pun berkata: Aku telah melihat Ali melakukan itu dan itu. Baginda membalas: Janganlah engkau berkata demikian itu, beliau adalah manusia lebih utama untuk kalian selepasku. 

- Al-Isbahani, Abu Naʻim Ahmad bin Abdullah (wafat tahun 430 hijrah) maʻrifah al-Sahabah jilid 5 halaman 2723, hadis 6501, menurut peranti lunak Jamiʻah al-Kabir.
- Almanawi, Muhammad Abdul Ra’uf bin Ali bin Zainul Abidin (wafat tahun 1031 Hijrah), Faidh al-Qadir Syarh al-Jamiʻ al-Shaghir, jilid 4 halaman 357, cetakan Mesir 1356 Hijrah.
- Al-Hindi, ʻAla’uddin Ali al-Muttaqi Husam al-Din (wafat tahun 975 Hijrah) Kanzul Ummal, jilid 11 halaman 281 hadis 32961, cetakan Darul Kutub al-ʻIlmiyah, Beirut, cetakan pertama 1419 Hijrah.

Penelitian sanad riwayat

Abu Naʻim al-Isfahani

أبو نعيم. أحمد بن عبد الله بن أحمد بن إسحاق بن موسى بن مهران. الإمام الحافظ الثقة العلامة شيخ الإسلام أبو نعيم المهراني الأصبهاني الصوفي الأحول سبط الزاهد محمد بن يوسف البناء وصاحب الحلية.
وكان حافظا مبرزا عالي الإسناد تفرد في الدنيا بشيء كثير من العوالي وهاجر إلى لقيه الحفاظ. قال أبو محمد السمرقندي سمعت أبا بكر الخطيب يقول لم أر أحد أطلق عليه اسم الحفظ غير رجلين أبو نعيم الأصبهاني وأبو حازم العبدويي.
الذهبي الشافعي، شمس الدين ابوعبد الله محمد بن أحمد بن عثمان (متوفاى 748 هـ)، سير أعلام النبلاء، ج17 ص453، تحقيق: شعيب الأرناؤوط , محمد نعيم العرقسوسي، ناشر: مؤسسة الرسالة - بيروت، الطبعة: التاسعة، 1413هـ.

Abu Naʻim: Ahmad bin Abdullah bin Ahmad bin Ishaq bin Musa bin Mihran. Al-Imam, al-Hafiz, tsiqah, al-ʻAllamah, Syeikhul Islam, Abu Naʻim al-Mihrani al-Isbahani pengarang kitab Hilliyatul Auliya.
Beliau seorang penghafal, pakar, mempunyai sanad yang pendek, seorang yang menukilkan hadis dengan sanad yang pendek, para penghafal berhijrah semata-mata untuk bertemu dengan beliau. Abu Muhammad Samarqand berkata: Aku mendengar Abu Bakar al-Khatib berkata: Tidak pernah aku lihat seorang yang namanya digelar dengan al-Hafiz melainkan dua orang lelaki iaitu Abu Naʻim al-Isbahani dan Abu Hazim al-ʻAbdawi.

- Al-Zahabi al-Shafi’i, Shamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Usman (wafat tahun 748 Hijrah), Siyar al-A’lam al-Nubala jilid 17 halaman 453, cetakan Muasasah al-Risalah, Beirut, 1413 Hijrah

Al-Tabrani:

Zahabi di dalam kitab al-ʻIbar berkata tentang beliau:


وفيها الطبراني الحافظ العلم مسند العصر أبو القاسم سليمان بن أحمد بن أيوب اللخمي في ذي القعدة بأصبهان وله مائة سنة وعشرة أشهر.
وكان ثقة صدوقا واسع الحفظ بصيرا بالعلل والرجال والأبواب كثير التصانيف....
الذهبي الشافعي، شمس الدين ابوعبد الله محمد بن أحمد بن عثمان (متوفاى 748 هـ)، العبر في خبر من غبر، ج2، ص321، تحقيق: د. صلاح الدين المنجد، ناشر: مطبعة حكومة الكويت - الكويت، الطبعة: الثاني، 1984.

Dalam tahun 360 Hijrah, al-Tabrani telah meninggal dunia, beliau adalah seorang hafiz (mereka yang menghafal hadis sebanyak seratus ribu hadis), seorang yang alim, seorang musnad di zamannya (orang yang disandarkan rujukan pada zaman itu), meninggal di Isfahan bulan Zulkaedah; sedangkan umurnya seratus tahun sepuluh bulan.

Beliau seorang yang tsiqah, berkata jujur, mempunyai hafalan yang luas, berpengetahuan dalam ilmu rijal dan banyak kitab-kitab yang ditulisnya.

- al-Zahabi al-Shafi’i, Shamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Usman (wafat tahun 748 Hijrah), Al-ʻIbar fil Khabar min Ghabar, jilid 2 halaman 321, cetakan kedua Hukumah al-Kuwait, 1984.

Zahabi berkata tentangnya di dalam Tazkiratul Huffaz:

الطبراني الحافظ الامام العلامة الحجة بقية الحفاظ أبو القاسم سليمان بن أحمد بن أيوب بن مطير اللخمي الشامي الطبراني مسند الدنيا ولد سنة ستين ومائتين وسمع في سنة ثلاث وسبعين.. وصنف أشياء كثيرة وكان من فرسان هذا الشأن مع الصدق والأمانة.
الذهبي الشافعي، شمس الدين ابوعبد الله محمد بن أحمد بن عثمان (متوفاى 748 هـ)، تذكرة الحفاظ، ج3، ص912، رقم: 875، ناشر: دار الكتب العلمية – بيروت، الطبعة: الأولى.

Al-Tabrani al-Hafiz al-Imam al-Allamah al-Hujjah (mereka yang menghafal tiga ratus ribu hadis), yang meninggalkan ramai penghafal, Abul Qasim Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub bin Mathir al-Thabrani… menulis banyak perkara dan merupakan salah satu pahlawan ilmu hadis bersama kejujuran dan amanah.
- al-Zahabi al-Shafi’i, Shamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Uthman (wafat tahun 748 Hijrah), Tazkirah al-Huffaz, jilid 3 halaman 912, nombor 875 cetakan Darul Kutub al-‘Ilmiyah, Beirut, cetakan pertama.

Ahmad bin ʻAmru al-Bazzar:

Bazzar merupakan pengarang musnad yang mashur, tidak perlu diperkenalkan dan dipuji lagi . Beliau sendiri adalah pakar sejarah Ahlusunnah yang mana Zahabi berkata:

البزار. الشيخ الإمام الحافظ الكبير أبو بكر أحمد بن عمرو بن عبد الخالق البصري البزار صاحب المسند الكبير...
الذهبي الشافعي، شمس الدين ابوعبد الله محمد بن أحمد بن عثمان (متوفاى 748 هـ)، سير أعلام النبلاء، ج13، ص554، تحقيق: شعيب الأرناؤوط , محمد نعيم العرقسوسي، ناشر: مؤسسة الرسالة - بيروت، الطبعة: التاسعة، 1413هـ.


Al-Bazzar, al-Sheikh al-Imam al-Hafiz al-Kabir Abu Bakar Ahmad bin ʻAmru bin Abdul Khaliq al-Bashri al-Bazzar, pengarang kitab al-Musnad….
- Al-Zahabi al-Shafi’i, Shamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Usman (wafat tahun 748 Hijrah), Siyar al-A’lam al-Nubala jilid 13 halaman 554, cetakan Muasasah al-Risalah, Beirut, 1413 Hijrah.

Zahabi berkata di dalam kitabnya yang lain:

البزار الحافظ العلامة أبو بكر أحمد بن عمرو بن عبد الخالق البصري...
الذهبي الشافعي، شمس الدين ابوعبد الله محمد بن أحمد بن عثمان (متوفاى 748 هـ)، تذكرة الحفاظ، ج2، ص653، رقم: 675، ناشر: دار الكتب العلمية – بيروت، الطبعة: الأولى.

Al-Bazzar seorang penghafal, ‘Allamah, Abu Bakar Ahmad bin ʻAmru bin Abdul Khaliq al-Bashri…
- al-Zahabi al-Shafi’i, Shamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Uthman (wafat tahun 748 Hijrah), Tazkirah al-Huffaz, jilid 2 halaman 653, nombor 675 cetakan Darul Kutub al-‘Ilmiyah, Beirut, cetakan pertama.

Al-Sayuthi juga berkata tentang beliau:

651 البزار الحافظ العلامة الشهير أبو بكر أحمد بن عمرو بن عبد الخالق البصري صاحب المسند الكبير المعلل..
السيوطي، جلال الدين أبو الفضل عبد الرحمن بن أبي بكر (متوفاى911هـ)، طبقات الحفاظ، ج1، ص289، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت، الطبعة: الأولى، 1403هـ.

Al-Barraz, seorang penghafal, Allamah yang masyhur, Abu Bakar bin Ahmad bin ʻAmru bin Abdul Khaliq al-Bashri, pengarang kitab al-musnad al-Kabir…
- Al-Suyuthi, Jalaluddin Abu al-Fadhl Abdul Rahman bin Abi Bakr (wafat tahun 911 Hijrah) Tabaqat al-Huffaz jilid 1 halaman 289. Percetakan Darul al-Kutub al-ʻAlamiyyah - Beirut, cetakan pertama tahun 1403 Hijrah.

Ahmad bin Zuhair al-Tushtari

Dari sini sebenarnya hadis tersebut telah dinukilkan melalui dua jalur. Jalur pertama ialah daripada Bazzar manakala yang lain dari jalan Ahmad bin Zuhair al-Tushtari. Cukuplah penyabitan dan ketsiqahan Ahmad bin Bazzar untuk mensahihkan riwayat itu. Namun walaubagaimana pun kamu juga turut meneliti kedudukan peribadi Ahmad bin Zuhair al-Tushtari.

Zahabi berkata tentang beliau:

التستري الحافظ الحجة العلامة الزاهد أبو جعفر أحمد بن يحيى بن زهير أحد الاعلام... قال الحافظ أبو عبد الله بن منده ما رأيت في الدنيا احفظ من أبي جعفر التستري.
الذهبي الشافعي، شمس الدين ابوعبد الله محمد بن أحمد بن عثمان (متوفاى 748 هـ)، تذكرة الحفاظ، ج2، ص757، رقم: 759، ناشر: دار الكتب العلمية – بيروت، الطبعة: الأولى.

al-Tushtari seorang hafiz, al-Hujjah (mereka yang menghafal tiga ratus ribu hadis), al-ʻAllamah, seorang yang bertaqwa, Abu Jaafar bin Yahya bin Zuhair seorang yang sangat alim… Abu Abdillah bin Mandah al-Hafiz berkata, aku tidak melihat seorang yang lebih al-hafiz daripada Abu Jaafar al-Tushtari. 
- al-Zahabi al-Shafi’i, Shamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Uthman (wafat tahun 748 Hijrah), Tazkirah al-Huffaz, jilid 2 halaman 757, nombor 759 cetakan Darul Kutub al-‘Ilmiyah, Beirut, cetakan pertama.

Sayuhti berkata tentangnya:

التستري الحافظ الحجة العلامة الزاهد أبو جعفر أحمد بن يحيى بن زهير أحد الأعلام مكثر جود وصنف وقوى وضعف وبرع في هذا الشأن حدث عنه ابن حبان والطبراني. قال أبو عبد الله بن منده ما رأيت في الدنيا أحفظ من أبي إسحاق بن حمزة وسمعته يقول ما رأيت في الدنيا أحفظ من أبي جعفر التستري.
السيوطي، جلال الدين أبو الفضل عبد الرحمن بن أبي بكر (متوفاى911هـ)، طبقات الحفاظ، ج1، ص321، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت، الطبعة: الأولى، 1403هـ.

Al-Tushtari seorang hafiz, al-Hujjah, al-ʻAllamah, seorang yang zuhud, Abu Jaafar Ahmad bin Yahya bin Zuhair, salah seorang yang sangat alim, gigih berusaha, menulis kitab, mempunyai pandangan yang baik tentang kekuatan dan kedhaifan riwayat. Al-Tabrani dan Ibnu Hibban meriwayatkan hadis daripadanya. Abu Abdillah bin Mandah berkata: Aku tidak melihat di dalam dunia ini orang yang lebih hafiz daripada Abu Ishaq bin Hamzah, aku telah mendengar bahawa beliau berkata: Aku tidak pernah melihat di dalam dunia seorang yang lebih hafiz daripada Abu Jaafar al-Tushtari.
- Al-Suyuthi, Jalaluddin Abu al-Fadhl Abdul Rahman bin Abi Bakr (wafat tahun 911 Hijrah) Tabaqat al-Huffaz jilid 1 halaman 321. Percetakan Darul al-Kutub al-ʻAlamiyyah - Beirut, cetakan pertama tahun 1403 Hijrah.


Muhammad bin Uthman bin Karamah:

Daripada periwayat hadis al-Bukhari, dan sahih sittah yang lain, al-Mizzi di dalam Tahzibul Kamal menulis tentang beliau:

رَوَى عَنه: البخاري، وأبو داود، والتِّرْمِذِيّ، وابن ماجة... وأبو حاتم الرازي، وَقَال: صدوق. وَقَال أبو العباس بن عقدة: سمعت محمد بن عَبد الله بن سُلَيْمان، وداود بن يحيى يقولان: كان صدوقا.
وَقَال أبو محمد عَبد الله بن علي بن الجارود: ذكرته لمحمد بن يحيى فأحسن القول فيه. وذكره ابنُ حِبَّان في كتاب الثقات.
المزي، ابوالحجاج يوسف بن الزكي عبدالرحمن (متوفاى742هـ)، تهذيب الكمال، ج26 ص93، تحقيق: د. بشار عواد معروف، ناشر: مؤسسة الرسالة - بيروت، الطبعة: الأولى، 1400هـ – 1980م.

Al-Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibnu Majah, Abu Hatim al-Razi… meriwayatkan hadis daripada beliau. Abu Hatim berkata: Beliau adalah seorang yang sangat jujur dalam berbicara, Abu al-Abbas bin ʻUqdah berkata: Aku mendengar Muhammad bin Abdullah bin Sulaiman, dan Daud bin Yahya berkata: Beliau adalah seorang yang Shaduq (sangat jujur berbicara). Abu Muhammad bin Abdullah bin Ali al-Jarud: Aku teringat Muhammad bin Yahya, beliau berbicara kebaikannya (Muhammad bin Uthman bin Karamah), Ibnu Hibban menyebutnya di dalam kitab al-Tsiqat.
- Al-Mizzi, Abul Hajjaj Yusuf bin al-Zaki Abdul Rahman (wafat tahun 742 Hijrah), Tahzibul Kamal, jilid 26 halaman 93, percetakan Muasasah al-Risalah Beirut, cetakan pertama tahun 1400 Hijrah.

Zahabi di dalam al-Kashif menulis:

محمد بن عثمان بن كرامة العجلي مولاهم عن أبي أسامة وطبقته وعنه البخاري وأبو داود والترمذي وابن ماجة وابن صاعد والمحاملي وابن مخلد صاحب حديث صدوق مات 256 في رجب خ د ت ق
الذهبي الشافعي، شمس الدين ابوعبد الله محمد بن أحمد بن عثمان (متوفاى 748 هـ)، الكاشف في معرفة من له رواية في الكتب الستة، ج2 ص200، رقم:5044، تحقيق محمد عوامة، ناشر: دار القبلة للثقافة الإسلامية، مؤسسة علو - جدة، الطبعة: الأولى، 1413هـ - 1992م.

Muhammad bin Uthman bin Karamah al-‘Ijli , menukilkan daripada dan di zaman Abi Usamah, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Shaid, al-Mahamili dan Ibnu Makhalad meriwayatkan daripadanya, mempunyai hadis, seorang yang sangat jujur berbicara, meninggal pada tahun 256, bulan Rejab.

- Al-Zahabi al-Shafi’i, Shamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Usman (wafat tahun 748 Hijrah), al-Kashif fi Ma’rifah man lahu riwayah fi kutubus Sittah, jilid 2 halaman 200 nombor 5044. Percetakan Darul Qiblah Li al-Tsaqafah al-Islamiyah, Cetakan pertama 1413 Hijrah.

Di dalam Siyat Aʻlam al-Nubala, Zahabi menyebutnya sebagai Imam, Muhaddis dan Tsiqah:

ابن كرامة خ د ت ق. الإمام المحدث الثقة أبو جعفر محمد بن عثمان بن كرامة....
الذهبي الشافعي، شمس الدين ابوعبد الله محمد بن أحمد بن عثمان (متوفاى 748 هـ)، سير أعلام النبلاء، ج12، ص296، تحقيق: شعيب الأرناؤوط , محمد نعيم العرقسوسي، ناشر: مؤسسة الرسالة - بيروت، الطبعة: التاسعة، 1413هـ.

Ibnu Karamah, al-Imam, al-Muhaddis, al-Tsiqah, Abu Jaafar Muhammad bin Usman bin Karamah.
- Al-Zahabi al-Shafi’i, Shamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Usman (wafat tahun 748 Hijrah), Siyar al-A’lam al-Nubala jilid 12 halaman 296, cetakan Muasasah al-Risalah, Beirut, 1413 Hijrah.

Ibnu Hajar al-ʻAsqalani turut menganggap beliau sebagai Tsiqah:

محمد بن عثمان بن كرامة بفتح الكاف وتخفيف الراء الكوفي ثقة من الحادية عشرة مات سنة ست وخمسين خ د ت ق
العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاى852هـ)، تقريب التهذيب، ج1 ص496، رقم:6134، تحقيق: محمد عوامة، ناشر: دار الرشيد - سوريا، الطبعة: الأولى، 1406 - 1986.

Muhammad bin Uthman bin Karamah, seorang yang tsiqah.
- Al-ʻAsqalani al-Shafi’i, Ahmad bin Ali bin Hajar Abul Fadhl (wafat tahun 852 Hijrah) Taqrib al-Tahzib, jilid 1 halaman 496, nombor 6134.

Ubaidullah bin Musa:

Perawi seterusnya ialah Ubaidullah bin Musa. Beliau juga meriwayatkan hadis di dalam Sahih al-Bukhari, Muslim dan sahih sittah yang lain. Mizzi berkata di dalam Tahzibul Kamal:

وَقَال أبو بكر بن أَبي خيثمة، عن يحيى بن مَعِين: ثقة. وَقَال معاوية بن صالح: سألت يحيى بن مَعِين عنه، فقال: اكتب عنه فقد كتبنا عنه. وَقَال أبو حاتم: صدوق، ثقة، حسن الحديث، وأبو نعيم أتقن منه، وعُبَيد الله أثبتهم في اسرائيل، كان اسرائيل يأتيه فيقرأ عليه القرآن. وَقَال أحمد بن عَبد الله العجلي: ثقة، وكان عالما بالقرآن، رأسا فيه.

Diriwayatkan Abu Bakar bin Abi Khaithamah, daripada Yahya bin Maʻin berkata: Beliau adalah Tsiqah. Muawiyah bin Sholeh berkata: Aku bertanya kepada Yahya bin Maʻin tentang beliau, jawabnya: Tulislah hadis yang diriwayatkannya, sesungguhnya kami pun menulis daripada beliau. Abu Hatim berkata: Beliau seorang yang sangat jujur, tsiqah, hadisnya bagus, Abu Naʻim  lebih bagus daripadanya, Ubaidullah lebih kuat daripada riwayat yang dinukilkan daripada Israel, Sesungguhnya Israel datang kepadanya dan membaca al-Qur’an untuknya. Ahmad bin Abdullah al-ʻIjli berkata: Tsiqah, beliau alim tentang al-Qur’an dan ketua dalam bidang ilmu ini.

Selanjutnya penulis berkata:

روى له الجماعة.
المزي، ابوالحجاج يوسف بن الزكي عبدالرحمن (متوفاى742هـ)، تهذيب الكمال، ج19 ص168، تحقيق: د. بشار عواد معروف، ناشر: مؤسسة الرسالة - بيروت، الطبعة: الأولى، 1400هـ – 1980م.

Jemaah telah meriwayatkan hadis daripadanya.
- Al-Mizzi, Abul Hajjaj Yusuf bin al-Zaki Abdul Rahman (wafat tahun 742 Hijrah), Tahzibul Kamal, jilid 19 halaman 168, percetakan Muasasah al-Risalah Beirut, cetakan pertama tahun 1400 Hijrah.

Ibnu Hajar menulis tentang beliau:

عبيد الله بن موسى بن باذام العبسي الكوفي أبو محمد ثقة كان يتشيع من التاسعة قال أبو حاتم كان أثبت في إسرائيل من أبي نعيم واستصغر في سفيان الثوري مات سنة ثلاث عشرة على الصحيح ع 
العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاى852هـ)، تقريب التهذيب، ج1 ص375، رقم:4345، تحقيق: محمد عوامة، ناشر: دار الرشيد - سوريا، الطبعة: الأولى، 1406 - 1986.

Ubaidullah bin Musa bin Bazam al-ʻAbsi al-Kufi Abu Muhammad, seorang yang tsiqah, cenderung kepada Syiah, Abu Hatim berkata beliau lebih kuat daripada Abu Hatim dalam riwayat Israil…
- Al-ʻAsqalani al-Shafi’i Ahmad bin Ali bin Hajar Abul Fadhl (wafat tahun 852 Hijrah), Taqrib al-Tahzib, jilid 1 halaman 375, nombor 4345, percetakan Darul Rashid, Syria, cetakan pertama 1406 Hijrah.

Zahabi di dalam al-Kashif menulis:

عبيد الله بن موسى أبو محمد العبسي الحافظ أحد الأعلام على تشيعه وبدعته سمع هشام بن عروة وإسماعيل بن أبي خالد وابن جريج وعنه البخاري والدارمي وعبد والحارث بن محمد ثقة مات في ذي القعدة سنة 213 ع.
الذهبي الشافعي، شمس الدين ابوعبد الله محمد بن أحمد بن عثمان (متوفاى 748 هـ)، الكاشف في معرفة من له رواية في الكتب الستة، ج1 ص687، رقم: 3593، تحقيق محمد عوامة، ناشر: دار القبلة للثقافة الإسلامية، مؤسسة علو - جدة، الطبعة: الأولى، 1413هـ - 1992م.

ʻUbaidullah bin Musa Abu Muhammad al-ʻAbsi seorang yang hafiz, yang sangat alim dan masyhur, Cuma seorang Syiah dan pembid’ah. … al-Bukhari dan al-Darimi menukilkan riwayat daripadanya, seorang tsiqah wafat tahun 213 Hijrah pada bulan Zulkaedah.
- Al-Zahabi al-Shafi’i, Shamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Usman (wafat tahun 748 Hijrah), al-Kashif fi Ma’rifah man lahu riwayah fi kutubus Sittah, jilid 1 halaman 687 nombor 3539. Percetakan Darul Qiblah Li al-Tsaqafah al-Islamiyah, Cetakan pertama 1413 Hijrah.

Yusuf bin Shuhaib:

Mizzi di dalam Tahzibul Kamal menulis:

قال إسحاق بن منصور عن يحيى بن مَعِين، وأبو داود: ثقة. وَقَال أبو حاتم: لا بأس به. وَقَال النَّسَائي: ليس به بأس. وذكره ابنُ حِبَّان في كتاب"الثقات".
المزي، ابوالحجاج يوسف بن الزكي عبدالرحمن (متوفاى742هـ)، تهذيب الكمال، ج32 ص434، تحقيق: د. بشار عواد معروف، ناشر: مؤسسة الرسالة - بيروت، الطبعة: الأولى، 1400هـ – 1980م.

Diriwayatkan daripada Ishaq bin Manshur , daripada Yahya bin Maʻin dan Abu Daud yang berkata: Beliau adalah tsiqah. Abu Hatim berkata: Tidak ada masalah dengannya. Al-Nasa’i berkata: Beliau tidak bermasalah. Ibnu Hibban turut menyebutnya di dalam kitab al-Tsiqat.
- Al-Mizzi, Abul Hajjaj Yusuf bin al-Zaki Abdul Rahman (wafat tahun 742 Hijrah), Tahzibul Kamal, jilid 32 halaman 434, percetakan Muasasah al-Risalah Beirut, cetakan pertama tahun 1400 Hijrah.

Zahabi berkata:

يوسف بن صهيب عن الشعبي وابن بريدة وعنه القطان وأبو نعيم ثقة د ت س

Yusuf bin Shuhaib meriwayatkan hadis daripada Shaʻbi dan Ibnu Buraidah, manakala al-Qattan dan Abu Naʻim meriwayatkan daripadanya. Beliau seorang yang tsiqah.

الذهبي الشافعي، شمس الدين ابوعبد الله محمد بن أحمد بن عثمان (متوفاى 748 هـ)، الكاشف في معرفة من له رواية في الكتب الستة، ج2 ص399، رقم:6437، تحقيق محمد عوامة، ناشر: دار القبلة للثقافة الإسلامية، مؤسسة علو - جدة، الطبعة: الأولى، 1413هـ - 1992م.

- Al-Zahabi al-Shafi’i, Shamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Usman (wafat tahun 748 Hijrah), al-Kashif fi Ma’rifah man lahu riwayah fi kutubus Sittah, jilid 2 halaman 399 nombor 6437. Percetakan Darul Qiblah Li al-Tsaqafah al-Islamiyah, Cetakan pertama 1413 Hijrah.

Ibnu Hajar di dalam Taqrib al-Tahzib menulis:

يوسف بن صهيب الكندي الكوفي ثقة من السادسة د ت س
العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاى852هـ)، تقريب التهذيب، ج1 ص611، رقم:7868، تحقيق: محمد عوامة، ناشر: دار الرشيد - سوريا، الطبعة: الأولى، 1406 - 1986.

Yusub bin Shuhaib al-Kindi al-Kufi seorang yang tsiqah, daripada tingkat rawi yang ke-enam.

- Al-ʻAsqalani al-Shafi’i, Ahmad bin Ali bin Hajar Abul Fadhl (wafat tahun 852 Hijrah) Taqrib al-Tahzib, jilid 1 halaman 496, nombor 6134.

Rukain bin al-Rabiʻ

Rukain bin al-Rabiʻ merupakan salah serang tabiʻin yang tsiqah, perawi hadis Sahih Muslim dan sahih sittah yang lain. Mizzi di dalam tahzibul Kamal menulis tentang beliau:

قال عَبد الله بن أحمد بن حنبل، عَن أبيه، وعثمان بن سَعِيد الدارمي، عن يحيى بن مَعِين، والنَّسَائي: ثقة. وَقَال أبو حاتم: صالح.
روى له البخاري في كتاب"الأدب"والباقون.
المزي، ابوالحجاج يوسف بن الزكي عبدالرحمن (متوفاى742هـ)، تهذيب الكمال، ج9 ص225، تحقيق: د. بشار عواد معروف، ناشر: مؤسسة الرسالة - بيروت، الطبعة: الأولى، 1400هـ – 1980م.

Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, daripada ayahnya dan Usman al-Darimi, daripada Yahya bin Maʻin dan al-Nasa’i berkata: Beliau adalah seorang yang tsiqah. Abu Hatim berkata: Beliau seorang yang soleh. al-Bukhari meriwayatkan daripada beliau did alam kitab al-Adab, begitu juga penulis sahih sittah yang lain.

Zahabi di dalam al-Kashif menerangkan bahawa Ahmad bin Hanbal mentsiqahkannya:

ركين بن الربيع بن عميلة الفزاري عن أبيه وابن عمر وعنه حفيده الربيع بن سهل وشعبة ومعتمر وثقه أحمد م ع
الذهبي الشافعي، شمس الدين ابوعبد الله محمد بن أحمد بن عثمان (متوفاى 748 هـ)، الكاشف في معرفة من له رواية في الكتب الستة، ج1 ص398، رقم:1588، تحقيق محمد عوامة، ناشر: دار القبلة للثقافة الإسلامية، مؤسسة علو - جدة، الطبعة: الأولى، 1413هـ - 1992م.

Rukain bin al-Rabiʻ bin ʻAmilah al-Fazari, daripada ayahnya dan Ibnu Umar, Hufaidah al-Rabiʻ bin Sahl, Shuʻbah dan Muʻtamir mengambil hadis daripadanya, dan Ahmad telah mentsiqahkannya.

- Al-Zahabi al-Shafi’i, Shamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Usman (wafat tahun 748 Hijrah), al-Kashif fi Ma’rifah man lahu riwayah fi kutubus Sittah, jilid 2 halaman 200 nombor 5044. Percetakan Darul Qiblah Li al-Tsaqafah al-Islamiyah, Cetakan pertama 1413 Hijrah.

Ibnu Hajar al-ʻAsqalani turut mentsiqahkannya:

ركين بالتصغير بن الربيع بن عميلة بفتح المهملة الفزاري أبو الربيع الكوفي ثقة من الرابعة مات سنة إحدى وثلاثين بخ م 4
العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاى852هـ)، تقريب التهذيب، ج1، ص210، رقم: 1956، تحقيق: محمد عوامة، ناشر: دار الرشيد - سوريا، الطبعة: الأولى، 1406 - 1986.

Rukain, dengan tashghir, bin al-Rabiʻ, bin ʻAmilah.. Abu al-Rabiʻ al-Kufi,  seorang yang tsiqah, meninggal pada tahun tiga puluh satu Hijrah.
- Al-ʻAsqalani al-Shafi’i, Ahmad bin Ali bin Hajar Abul Fadhl (wafat tahun 852 Hijrah) Taqrib al-Tahzib, jilid 1 halaman 496, nombor 6134.

Wahab bin Hamzah

Perawi terakhir dan yang melaporkan peristiwa hadis ini ialah Wahab bin Hamzah, beliau merupakan seorang sahabat Nabi (s.a.w). Sila rujuk kitab:

ابن أثير الجزري، عز الدين بن الأثير أبي الحسن علي بن محمد (متوفاى630هـ)، أسد الغابة في معرفة الصحابة، ج5، ص474، تحقيق عادل أحمد الرفاعي، ناشر: دار إحياء التراث العربي - بيروت / لبنان، الطبعة: الأولى، 1417 هـ - 1996 م.
ابن الجوزي الحنبلي، جمال الدين ابوالفرج عبد الرحمن بن علي بن محمد (متوفاى 597 هـ)، تلقيح فهوم أهل الأثر في عيون التاريخ والسير، ج1، ص190،باب «تسمية أصحاب الرسول (ص) ومن رآه... و ج1، ص223، باب «ذكر من روى عن رسول الله (ص) من جميع أصحابه...»، ناشر: شركة دار الأرقم بن أبي الأرقم - بيروت، الطبعة: الأولى، 1997م.

Ibnu Athir al-Jazari, Izzuddin bin al-Athir Abul Hasan Ali bin Muhammad (wafat tahun 630 Hijrah), Usudul Ghabah fi Maʻrifah al-Sahabah, jilid 5 halaman 474, cetakan Darul Ihya al-Turath al-ʻArabi Beirut, cetakan pertama 1417 Hijrah.
Ibnu Jauzi al-Hanbali, Jamaluddin Abul Faraj ʻAbdul Rahman bin Ali bin Muhammad (wafat tahun 597 Hijrah), Talqih Fuhum Ahl al-Atsar Fi ʻUyun al-Tarikh wal Siyar, jilid 1 halaman 190, bab tasmiyah Ashhab al-Rasul Wa Man Ra’ahu, dan jilid 1 halaman 223, bab Zikr Rawa ʻAn Rasulullah (s.a.w) min Jamiʻ Ashhabihi, penerbitan Syarikat Darul Arqam bin Abi Arqam, Beirut, cetakan pertama 1997.

Oleh itu sanad riwayat ini benar-benar sahih dan tidak mempunyai masalah padanya. 

Bersambung...
 

Meletakkan atau menjunjung al-Qur’an di atas kepalanya dan berdoa? lebih afdhal?

 Benarkah Ali bin Abi Talib meletakkan al-Qur’an di kepalanya dan berdoa?

 Benarkah Ali bin Abi Talib meletakkan al-Qur’an di kepalanya dan berdoa?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Salah satu permasalahan yang sentiasa Wahabi timbulkan terhadap Syiah, dengan menyiarkannya secara meluas di beberapa saluran tv satelit iaitu "mengapakah Syiah meletakkan al-Qur’an di kepala sambil berdoa? al-Qur’an untuk dibaca dan diamalkan, bukan untuk diletakkan di kepada sambil berdoa." Salah satu saluran tv mendakwa sebab Syiah meletakkannya di atas kepala ialah untuk mengesakan Allah dengan cara tidak memandang teks al-Qur’an.

Sebagai jawapan, memang benar al-Qur’an untuk dibaca dan diamalkan. Bahkan Syiah lebih mengenali al-Qur’an daripada kamu dan lebih mengamalkan ayat-ayatnya; namun siapakah yang mengatakan bahawa meletak al-Qur’an di atas kepala adalah haram?

Apakah terdapat sebarang hadis daripada Rasulullah (s.a.w) dan para imam Ahlul Bait atau salah seorang sahabat yang menyatakan pengharaman amalan ini?

Bukan sahaja tidak ada satu pun dalil pengharamannya, bahkan ulama Ahlusunnah menukilkan perbuatan tersebut daripada amalan Ali bin Abi Talib (a.s) dengan persanadan yang 100 peratus sahih.

Abu Yusuf al-Fasawi di dalam kitab al-Ma’rifah wa al-Tarikh (berasaskan riwayat dari perawi al-Bukhari dan Muslim) menulis:
 
حدثنا عبد العزيز بن عبد الله الأويسي ثنا إبراهيم بن سعد عن شعبة عن أبي عون محمد بن عبيد الله الثقفي عن أبي صالح الحنفي قال: رأيت علي بن أبي طالب أخذ المصحف فوضعه على رأسه حتى لأرى ورفه يتقعقع ثم قال: اللهم إنهم منعوني أن أقوم في الأمة بما فيه فأعطني ثواب ما فيه
الفسوي ، أبو يوسف يعقوب بن سفيان (متوفاى277هـ) ، المعرفة والتاريخ  ج 2   ص751 ، تحقيق : الدكتور أكرم ضياء العمري ، ناشر: ناشر: مكتة الدار ـ المدينة المنورة ، الطبعة الأولي ، 1410هـ .
البداية والنهاية  ج 8   ص 12، اسم المؤلف:  إسماعيل بن عمر بن كثير القرشي أبو الفداء الوفاة: 774 ، دار النشر : مكتبة المعارف - بيروت

Diriwayatkan Abdul Aziz bin Abdullah al-Uwaisi, daripada Ibrahim bin Sa’ad, daripada Abi ‘Awn Muhammad bin Ubaidillah al-Thaqafi, daripada Abi Salih al-Hanafi yang berkata: Aku telah melihat Ali bin Abi Talib mengambil mushaf al-Quran dan meletakkannya di atas kepala sehingga aku mendengar bunyi gerakan lembaran-lembarannya. Setelah itu beliau berkata: Ya Allah, mereka menghalangku untuk aku laksanakan (pemerintahan) pada ummat; oleh itu anugerahkan pahala kepadaku.
- Al-Fasawi, Abu Yusuf Ya’qub bin Sufyan (wafat tahun 277 Hijrah), al-Maʻrifah wa al-Tarikh, jilid 2 halaman 751, Maktabah Al-Dar - al-Madinah al-Munawwarah, cetakan pertama 1410 Hijrah
- Al-Bidayah wal Nihayah, jilid 8 halaman 12, Ismail bin Umar bin Kathir al-Qurashi Abul Fida, (wafat tahun 774), Darul Nashr, Maktabah al-Maʻarif, Beirut

Penelitian sanad riwayat:

Abdul Aziz bin Abdullah bin Yahya bin ‘Amru bin Uwais bin Sa’ad bin Abi al-Sarh:

3397- عبد العزيز بن عبدالله العامري الاويسي الفقيه عن مالك ونافع بن عمر وعنه البخاري وأبو زرعة ثقة مكثر خ د ت ق
الكاشف في معرفة من له رواية في الكتب الستة ، ج1 ص656، رقم: 3397 

Abdul Aziz bin Abdullah al-‘Amiri : al-Kashif fi Ma’rifah man lahu riwayah fil kutub al-sittah, jilid 1 halaman 656, nombor 3397

4106- عبدالعزيز ابن عبدالله ابن يحيى ابن عمرو ابن أويس ابن سعد ابن أبي سرح الأويسي [العامري] أبو القاسم المدني ثقة من كبار العاشرة خ د ت كن ق
تقريب التهذيب ج1 ص357 ، رقم: 4106

Abdul Aziz bin Abdullah, bin Yahya, bin Amru, ibnu Uwais, bin Sa’ad, bin Abi Sarh al-Uwaisi Abul Qasim al-Madani adalah thiqah - Taqrib al-Tahdhib, jilid 1 halaman 357, nombor 4106

Ibrahim bin Sa’ad bin Ibrahim bin Abdul Rahman bin Auf:

177- إبراهيم ابن سعد ابن إبراهيم ابن عبدالرحمن ابن عوف الزهري أبو إسحاق المدني نزيل بغداد ثقة حجة تُكُلِّم فيه بلا قادح من الثامنة مات سنة خمس وثمانين ع
تقريب التهذيب ج1 ص89 ، رقم: 177

Ibrahim bin Sa’ad bin Ibrahim, bin Abdul Rahman, bin Auf Al-Zuhri, Abu Ishaq al-Madani yang tinggal di Baghdad, seorang yang tsiqah dan hujjah.

138- إبراهيم بن سعد الزهري العوفي أبو إسحاق المدني عن أبيه والزهري وعنه بن مهدي وأحمد ولوينوخلق توفي 183 وكان من كبار العلماء ع
الكاشف ج1 ص212 ، رقم: 138

Ibrahim bin Sa’ad al-Zuhri al-ʻAwfi Abu Ishaq al-Madani… beliau adalah salah seorang ulama besar. - Al-Kashif jilid 1 halaman 212

Syuʻbah bin al-Hujjaj:

2278- شعبة بن الحجاج الحافظ أبو بسطام العتكي أمير المؤمنين في الحديث ولد بواسط وسكن البصرة سمع معاوية بن قرة والحكم وسلمة بن كهيل وعنه غندر وأبو الوليد وعلي بن الجعد له نحو من ألفي حديث مات في أول عام 16 ثبت حجة ويخطئ في الاسماء قليلا ع
الكاشف ج1 ص485 ، رقم: 2278

Syuʻbah bin al-Hujjaj al-Hafiz Abu Abu Bistham al-ʻAtaki, seorang pemimpin orang-orang beriman dalam bidang hadis… seorang hujjah - Al-Kashif, jilid 1 halaman 485

2790- شعبة ابن الحجاج ابن الورد العتكي مولاهم أبو بسطام الواسطي ثم البصري ثقة حافظ متقن كان الثوري يقول هو أمير المؤمنين في الحديث وهو أول من فتش بالعراق عن الرجال وذب عن السنة وكان عابدا من السابعة مات سنة ستين ع
تقريب التهذيب ج2  ص266 ، رقم: 2790

Muhammad bin Ubaidillah al-Tsaqafi

6107- محمد ابن عبيد الله ابن سعيد أبو عون الثقفي الكوفي الأعور ثقة من الرابعة خ م د ت س
 تقريب التهذيب ج1 ص494 ، رقم: 6107

Muhammad bin Ubaidillah, bin Sa’id Abu Aun al-Tsaqafi al-Kufi al-Aʻwar, seorang yang tsiqah - Taqrib al-Tahzib, jilid 1 halaman 494, no. 6107

Abdul Rahman bin Qais Abi Shaleh al-Hanafi

3295- عبدالرحمن بن قيس أبو صالح الحنفي الكوفي عن علي وابن مسعود وعنه بيان بن بشر وإسماعيل بن أبي خالد ثقة م د س 
الكاشف ج1 ص641 ، رقم: 3295

Abdul Rahman bin Qais Abi Shalih al-Hanafi al-Kufi… seorang yang tsiqah - al-Kashif, jilid 1 halaman 641

3987- عبدالرحمن ابن قيس أبو صالح الحنفي الكوفي ثقة من الثالثة قيل إن روايته عن حذيفة مرسلة م د س
تقريب التهذيب ج1 ص349 ، رقم:3987

Abdul Rahman bin Qais Abu Shalih al-Hanafi al-Kufi seorang yang tsiqah - Taqrib al-Tahzib, jilid 1 halaman 349
 

Doa adalah waktu yang hampir denganNya


Doa dalam bahasa Arab bererti memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah demi kebaikan diri, keluarga dan negara serta segala urusan dunia, agama dan akhirat. Rasulullah SAW bersabda “Tidak ada sesuatu yang lebih mulia dihadapan Allah, selain daripada do’a.” (Riwayat  Ibnu Majah dari Abu Hurairah)
Pada hakikatnya doa merupakan suatu ibadat yang sangat istimewa dalam kehidupan seorang mukmin. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Doa adalah intisari ibadah.” (Riwayat  al-Tirmizi)
Bagi seorang mukmin ketika ia menadah tangan kerana memohon sesuatu dari Allah dengan penuh vokal dan emosi,  jiwanya  akan berasa puas dan tenteram  kerana pada detik-detik sentimental melorongnya meluahkan. Perasaan yang dihadapinya kepada Allah. Allah telah berfirman yang bermaksud “Berdoalah kepadaku  akan Aku perkenankan  permintaanmu”  (Surah Mukmin, Ayat 60)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ”Tidak seorangpun muslim yang berdoa dgn sesuatu doa yang tidak berunsur dosa mahupun memutuskan silaturrahim, kecuali Allah akan memberinya satu dari tiga perkara; samada doanya diperkenankan terus, atau disimpan untuknya pada hari akhirat, atau dijauhkan darinya keburukan yang setanding dengannya. Telah berkata para sahabat : Jikalau begitu, kami akan memperbanyakkan doa. Baginda menjawab : Allah lebih banyak pemberiannya.” (Riwayat Ahmad)
Dalam sebuah hadis yang lain,  Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud “Mintalah kepada Allah kurniaannya. Sesungguhnya Allah menyukai permohonan (dari hambanya)” ( Riwayat At Tirmidzi)
Rasulullah SAW juga bersabda “Tidak berdoa seseorang hamba di bumi ini melainkan ianya akan diperkenankan Allah, atau dipalingkan Allah satu keburukan daripadanya setimpal dengan apa yang dipohonnya, selama mana dia tidak meminta perkara yang berdosa atau meminta untuk memutuskan tali persaudaraan” ( Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Doa yang mustajab ialah berdoa khusus kepada saudara dan rakan-rakan, tanpa pengetahuannya sepertimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “ Seseorang Muslim yang berdoa kepada saudara seagama dengannya, tanpa pengetahuannya, akan dicatat pahala yang sangat istimewa baginya ”( Riwayat  Muslim)
Manakala doa kepada  seseorang tanpa pengetahuannya memberi ertian yang sangat besar kepada keikhlasan dan kesucian hati terhadap pihak yang didoakan. Doa seumpama ini sangat membantu ke arah mewujudkan perpaduan sesama umat Islam, sedangkan doa yang dibaca dengan rasmi dalam sesuatu majlis, yang didengar semua orang, boleh ditafsirkan dengan berbagai-bagai tafsiran.
Imam Nawawi RA berkata bahawa doa yang semacam ini mustajab kerana keikhlasan orang yang mendoakan itu. Setengah ulama salaf apabila mereka hendak berdoa untuk diri mereka sendiri, mereka akan mendoakan juga saudara mereka yang muslim dengan doa yang seumpamanya kerana cara doa seperti ini adalah mustajab, di samping mereka juga akan mendapat seumpama apa yang mereka doakan bagi saudara mereka yang muslim itu. ( Sahih Muslim)
Sementara doa supaya  Allah memusnahkan pihak-pihak yang dianggap musuh, kalaupun benar mereka musuh menurut pertimbangan agama, ia tidak wajib didoa dengan bahasa yang keras dan melampaui pertimbangan iman dan akal manusia. Sebaik-baiknya contohilah doa Nabi SAW kepada kaumnya supaya dikurniakan hidayat, walaupun mereka mencampak najis di atas belakangnya ketika sedang solat, sedang Nabi mampu bertindak balas terhadap mereka
Dalam suatu peristiwa sewaktu  Nabi berdakwah ke Taif didapati seruan baginda tidak diterima malah baginda banyak menerima cercaan dan balingan batu. Namun baginda tetap mendoakan penduduk di Taif diberi hidayah oleh Allah dan tidak berdoa yang buruk-buruk untuk mereka. Doa Nabi ketika itu berbunyi  “Ya Allah ya Tuhan, berilah petunjuk kepada kaumku kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui.”
Terdapat juga beberapa pertimbangan sebelum memanjatkan doa kepada Allah demi memelihara sesuatu yang tidak diingini berlaku. Sebagai contoh jangan berdoa dengan perkara yang membawa dosa dan memutuskan silaturrahim. Baginda Rasulullah SAW bersabda “Jangan kamu berdoa buruk terhadap anak-anak kamu, harta benda kamu dan ternakan kamu. Dibimbangi berkebetulan saat mustajab doa, maka doa kamu terus diterima”
Manakala daripada Ummu Ad-Darda’ berkata, sesungguhnya Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Doa seorang muslim bagi saudaranya yang tidak hadir adalah mustajab. Di sisi kepalanya ada malaikat yang diwakilkan setiap kali dia berdoa bagi saudaranya itu. Malaikat yang diwakilkan itu pula berkata: “Amin, dan bagimu seumpama (yang didoakan).” (Riwayat Muslim)
Manakala seorang sufi yang terkemuka, al-Fudayl ibn `Iyad ada menyatakan bahawa “ Jika saya mempunyai doa mustajab, nescaya saya percumakan doa itu kepada pemerintah, kerana mereka mempunyai kuasa untuk menjayakan segala cita-cita dengan mudah ”
Kalau ditakdirkan doa kita mustajab, bermakna kita berjaya mengikuti jalan pintas dalam mencapai hajat dan matlamat kita, namun kalaulaupun tidak mustajab, maka tiada apa yang rugi, kerana doa pastinya merapatkan hubungan dan dicatat sebagai ibadat.
Sabda rasulullah SAW bermaksud “Sesungguhnya do’a itu dapat memberi manfaat (bagi pelakunya) untuk sesuatu yang telah terjadi. Maka wahai hamba Allah, lakukanlah do’a itu.” ( Riwayat At Tirmidzi dari Ibnu Umar)
Adalah disunatkan meminta agar didoakan oleh orang-orang yang mempunyai kelebihan sekalipun dia (orang yang meminta didoakan itu) mempunyai kedudukan yang lebih baik daripada orang tersebut (orang yang diminta supaya mendoakan), berdasarkan suatu riwayat daripada Ibnu Umar daripada Umar bin Al-Khatab RA yang maksudnya “Sesungguhnya dia (Umar) meminta izin kepada Nabi SAW untuk melakukan umrah. Lalu Nabi bersabda: “Wahai saudaraku! Sertakan kami di dalam doamu dan jangan engkau melupakan (untuk mendoakan) kami.” (Riwayat At Tirmizi)
Maksud yang tersirat dari pesanan tersebut janganlah berdoa untuk diri sendiri sahaja, berdoalah untuk orang lain juga hatta kepada orang yang bukan berugama Islam sekalipun, tetapi dengan syarat bukan doa yang berbentuk permohonan keampunan bagi mereka, kerana ianya dilarang sebagaimana firman Allah “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.” ( Surah At Taubah, Ayat 113)
Mengingat Allah hendaklah dilakukan di setiap masa sama ada di waktu senang atau susah. Begitulah juga dengan amalan dalam berdoa hendaklah dilakukan di setiap masa lebih-lebih lagi di waktu senang dan mewah, dengan itu apabila di waktu susah doa akan mudah diperkenankan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang maksudnya ” Barangsiapa suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah di waktu kesulitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa di waktu senang.” (Riwayat At Tirmidzi).
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak menerima doa dari hati yang lupa.” (Riwayat At Tirmidzi dan Al Hakim).
Doakan sama untuk keamanan dan kesejahteraan negara kita yang tercinta ini kerana ada negara-negara didunia yang tidak aman dan tenteram serta berkrisis. Ada juga negara yang ditimpa musibah . Ada yang berperang antara satu sama lain. Ada yang ditimpa kemiskinan dan mala petaka. Ya Allah ! Lindungilah Tanah Air tercinta dari segala mara bahaya.
 

Hadis al-Ghadir

 Istinbat Imamah dari hadis al-Ghadir menurut pandangan ulama Ahlusunnah

 Istinbat Imamah dari hadis al-Ghadir menurut pandangan ulama Ahlusunnah
Istinbat [1] Imamah dari hadis al-Ghadir menurut pandangan ulama Ahlusunnah

Timbul kebimbangan di kalangan beberapa orang ulama Ahlusunnah apabila melihat hadis al-Ghadir secara terang-terangan menjelaskan ucapan Nabi (s.a.w): “Barangsiapa yang yang menjadikan aku pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya” yang membawa maksud imamah dan kekhalifahan Ali bin Abi Talib.

Berikut adalah pengakuan empat orang daripada mereka:

1. Abu Hamid al-Ghazali:

واجمع الجماهير على متن الحديث من خطبته في يوم عيد يزحم باتفاق الجميع وهو يقول: " من كنت مولاه فعلي مولاه " فقال عمر بخ بخ يا أبا الحسن لقد أصبحت مولاي ومولى كل مولى فهذا تسليم ورضى وتحكيم ثم بعد هذا غلب الهوى تحب الرياسة وحمل عمود الخلافة وعقود النبوة وخفقان الهوى في قعقعة الرايات واشتباك ازدحام الخيول وفتح الأمصار وسقاهم كأس الهوى فعادوا إلى الخلاف الأول: فنبذوه وراء ظهورهم واشتروا به ثمناً قليلا.
سر العالمين وكشف ما في الدارين، أبو حامد الغزالي ج 1 ص 4

Ramai yang sebulat suara, tentang teks hadis khutbah baginda di hari Ghadir Khum, seluruhnya bersepakat bahawa ucapan baginda “Barangsiapa yang menjadikan aku pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya”, maka Umar bin al-Khattab pun berkata: Tahniah! tahniah! wahai Abal Hasan (Ali bin Abi Talib), sesungguhnya engkau telah menjadi pemimpinku, dan pemimpin atas setiap pemimpin. Ucapan Umar ini adalah penerimaan, kerelaan dan penimbangtaraan. Selepas itu hawa nafu mendominasinya sehingga membawa kepada kegilaan kuasa terhadap jawatan khalifah dan perjanjian bersama nabi. Hawa nafsu berdebaran dalam dentangan bendera, kuda bersesakan bertarung, negeri-negeri lain dibuka, mereka diberi minum dengan hawa nafsu sampai kembalilah mereka ke zaman pertama (jahiliyah). (surah al-Imran, ayat 187) Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. 
- Sirr al-'Alamin wa Khasf ma fi al-Dariyyan, Abu Hamid al-Ghazali, jilid 1 halaman 4

2. Sibt ibnu Jawzi:

Sibt Ibnu Jawzi yang terkenal sebagai ulama besar Ahlusunnah dari mazhab Hanafi telah menerangkan secara terperinci hadis Ghadir Khum dan kalimah “maula” di dalam kitab Tazkiratul Khawash. Akhirnya beliau mengambil kesimpulan bahawa hadis ini hanya membawa kepada makna keutamaan dan imamah:

فأما قوله من كنت مولاه ، فقال علماء العربية لفظة المولي ترد علي وجوه احدها بمعني المالك ... والعاشر بمعني الأولي قال الله تعالي 
فَاليومَ لا يُؤخذُ مِنكُمْ فِديَةٌ وَلا مِنَ الذينَ كَفرُوا مَأواكُم النارُ هِيَ مَولاكُم)، أي أولى بكم، وإذا ثبت هذا لم يجز حمل لفظة المولى في هذا الحديث على مالك الرق، لأن النبي (صلى الله عليه وآله) لم يكن مالكاً لرق علي (عليه السلام) حقيقة، ولا على المولى المُعتق لأنه لم يكن معتقاً لعلي، ولا على المعتق لأن علياً (عليه السلام) كان حراً، ولا على ابن العم لأنه كان ابن عمه، ولا على الحليف لأن الحلف يكون بين الغرباء للتعاضد والتناصر، وهذا المعنى موجود فيه، ولا على المتولي لضمان الجريرة لما قلنا أنه انتسخ ذلك، ولا على الجار لأنه يكون لغواً من الكلام وحوشي منصبه الكريم من ذلك، ولا على السيد المطاع لأنه كان مطيعاً له يقيه بنفسه ويجاهد بين يديه. والمراد من الحديث الطاعة المحضة المخصوصة، فتعين الوجه العاشر، وهو الأولى ومعناه من كنت أولى به من نفسه، فعلي أولى به، وقد صرّح بهذا المعنى الحافظ ابو الفرج يحيى بن السعيد الثقفي الاصبهاني في كتابه المسمى بمرج البحرين، فانه روى هذا الحديث باسناده الى مشايخه وقال فيه: فأخذ رسول الله (صلى الله عليه وآله) بيد علي فقال: "من كنت وليّه وأولى به من نفسه فعلي وليه"، فعلم أن جميع المعاني راجعة الى الوجه العاشر، ودل عليه أيضاً قوله (عليه السلام): "ألستُ أولى بالمؤمنين من أنفسهم"، وهذا نص صريح في إثبات إمامته وقبول طاعته،
سبط بن الجوزي الحنفي ، شمس الدين أبوالمظفر يوسف بن فرغلي بن عبد الله البغدادي ، تذكرة الخواص ، ص37 ـ 39 ، ناشر : مؤسسة أهل البيت ـ بيروت ، 1401هـ ـ 1981م .

Adapun ucapannya "Barangsiapa yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya", ulama Arab berkata salah satu makna lafaz "maula" merujuk kepada "pemilik"... dan makna kesepuluh ialah "keutamaan" sebagaimana firman Allah Ta'ala: "هي مولاكم", iaitu yang lebih utama bagi kamu. Jikalau disabitkan pengertian seperti itu, maka lafaz maula di dalam hadis ini tidak boleh membawa makna "pemilikan hamba" kerana realitinya Nabi (s.a.w) bukanlah "pemilik hamba sahaya" Ali, lafaz juga tidak membawa makna "pembebas hamba". Ini disebabkan baginda tidak pernah membebaskan Ali dari perhambaan, begitu juga Ali bukanlah "hamba yang sudah dimerdekakan"; Ali memang sudah bebas merdeka. Ini juga bukanlah bermakna anak saudara kepada sesiapa pun kerana Ali memang sudah menjadi anak saudara baginda. "Maula" tidak juga membawa makna "sekutu", kerana persekutuan terjadi di antara pihak-pihak yang bergandingan tangan. Begitu juga bukan bermakna saling bekerjasama, kerana makna ini sudah ada di dalamnya. Tidak juga membawa makna perwalian/penjagaan untuk menjamin orang salah, bukan juga bermakna jiran kerana boleh menyebabkan kata-kata itu sia-sia dan menjadi aneh, bukan juga membawa makna "tuan" yang melazimkan ketaatan kepadanya, kerana baginda sudah pun ditaati. 

Maka maksud kalimah "maula" di dalam hadis ini ialah "ketaatan yang mutlak dan eksklusif". Maka makna ke-sepuluh ialah baginda adalah yang lebih utama iaitu :Barangsiapa yang mengutamakan aku daripada dirinya maka mendaklah menjadikan Ali adalah lebih utama baginya. Al-Hafiz Abu al-Faraj Yahya bin Sa'id al-Thaqafi al-Isbahani telah menjelaskannya dengan makna ini di dalam kitabnya yang bernama "Muruj al-Bahrain". Beliau meriwayatkan hadis ini dengan persanadan mashayikhnya dan berkata: Rasulullah (s.a.w) mengambil tangan Ali dan bersabda: Tidakkah kalian mengetahui atau menyaksikan bahawa aku adalah paling utama bagi setiap kaum mu'minin lebih daripada diri mereka sendiri?. 

Ini adalah nas yang jelas dalam menyabitkan imamahnya dan penerimaan ketaatan kepadanya.

- Sibt Ibnu Jawzi Al-Hanafi, Shamsuddin Abul Muzaffar Yusuf bin Farghali bin Abdullah al-Baghdadi, Tazkira al-Khawash, halaman 37-39.

3. Muhammad bin Talhah bin Shafi’i (wafat tahun 658 Hijrah):

Di dalam kitab Kifayah al-Talib, beliau telah menulis kecemerlangan Ali bin Abi Talib dengan menukilkan hadis:


ولو كنت مستخلفاً أحداً لم يكن أحد أحق منك لقدمك في الإسلام وقرابتك من رسول الله ، وصهرك ...


Meskipun aku melantik seseorang sebagai khalifah, tidak ada sesiapapun yang lebih layak daripada engkau untuk mendahuluimu dalam Islam dan mendekatkan kekerabatan daripada Rasulullah, dan menantu…

Kemudian beliau menulis:


وهذا الحديث وإن دل على عدم الاستخلاف ، لكن حديث غدير خم دليل على التولية وهي الاستخلاف ، وهذا الحديث أعني حديث غدير خم ناسخ لأنه كان في آخر عمره.
الگنجي الشافعي ، الإمام الحافظ أبي عبد الله محمد بن يوسف بن محمد القرشي ، كفاية الطالب في مناقب علي بن أبي طالب ، ص 166 ـ 167 ، الباب السادس والثلاثون ، تحقيق و تصحيح و تعليق : محمد هادي اميني ، ناشر : دار احياء تراث اهل البيت (ع) ، طهران ، الطبعة الثالثة ، 1404هـ .


Sekiranya hadis ini (secara zahirnya) tidak menunjukkan tentang penentuan khalifah;  namun hadis Ghadir Khum sebenarnya dalil penentuan pemimpin; iaitu penentuan khalifah. Oleh itu makna hadis al-Ghadir Khum adalah nasikh (yang membatalkan hadis sebelumnya) kerana ia terjadi di akhir umur baginda.

Ganji al-Shafi’i, al-Imam al-Hafiz Abi al-Hafiz Abi Abdillah Muhammad bin Yusuf bin Muhammad al-Qarashi, Kifayatul Talib fi Manaqib Ali bin Abi Talib, halaman 166-167, bab ke-36.

4. Ibrahim bin Sayyar yang terkenal sebagai Nizam Muktazili (wafat setelah tahun 220 Hijrah):

Nizam Muktazili merupakan salah seorang yang beriktikad bahawa Rasulullah (s.a.w) telah mengambil Ali bin Abi Talib sebagai khalifah baginda. Namun Umar bin al-Khattab menyangkal perkara ini dan mengambil bai’at daripada orang ramai demi untuk kepentingan peribadi Abu Bakar. Malangnya pengakuan beliau di akhir hidupnya ini menyebabkan tokoh-tokoh Ahlusunnah menentangnya dengan keras dengan kritikan bahawa beliau seorang yang dhaif dan tidak dapat dipercayai.

قال : أولاً : لا إمامة إلا بالنص والتعيين ظاهراً أو مكشوفاً وقد نص النبي صلى الله عليه وسلم على علي رضي الله عنه في مواضع وأظهره إظهاراً لم يشتبه على الجماعة إلا أن عمر كتم ذلك وهو الذي تولى بيعة أبي بكر يوم السقيفة .
الشهرستاني ، محمد بن عبد الكريم بن أبي بكر أحمد (متوفاي548هـ) ، الملل والنحل ، ج 1 ، ص 57 ، تحقيق : محمد سيد كيلاني ، ناشر : دار المعرفة - بيروت – 1404هـ .


Beliau berkata: Imamah tidak terjadi kecuali dengan nas (ucapan daripada Allah dan Rasulullah) dan ditentukan secara zahir (jelas), atau ditemukan. Sesungguhnya Nabi (s.a.w) secara jelas menerangkan secara nas dalam beberapa keadaan, dan menyatakan secara zahir tanpa ada sebarang keraguan di kalangan orang ramai. Akan tetapi Umar telah menyembunyikannya di hari Saqifah dan bertanggungjawab mengambil bai’ah untuk kekhalifahan Abu Bakar.
al-Sharestäni, Muhammad bin Abdul Karim bin Abi Bakr Ahmad (wafat tahun 548 Hijrah), al-Milal Wan Nihal, jilid 1 halaman 57


[1] amalan mengeluarkan hukum atau keputusan berdasarkan al-Quran atau hadis tertentu; mengistinbatkan menyabitkan hukum berdasarkan al-Quran atau hadis tertentu: kesimpulan ini dapat difahami dan diistinbatkan drpd al-Quran dan hadis (Kamus Dewan)
 

Syiah Diakui Sebagai Mazhab Sah dalam Islam

Risalah Amman:
 Syiah Diakui Sebagai Mazhab Sah dalam Islam

Siapapun yang mengikuti Madzhab yang 4 dari Ahlussunnah wal Jamaah (Madzhab Hanafiy, Malikiy, Syafi'iy, Hanbali), Madzhab Jakfariy, Madzhab Zaidiyah, Madzhab Ibadiy, Madzhab Dhahiriy, maka dia Muslim dan tidak boleh mentakfir-nya (memvonisnya kafir) dan haram darahnya, kehormatannya dan hartanya. dan juga dalam fatwa Fadlilatusy Syekh Al-Azhar tidak boleh mentakfir ulama-ulama beraqidah Al-Asy'ariyah dan aliran Tashawuf yang hakiki (benar). Demikian juga tidak boleh memvonis kafir ulama-ulama yang berpaham Salafiy yang shahih 

 Syiah Diakui Sebagai Mazhab Sah dalam Islam
Risalah 'Amman (رسالة عمّان) dimulai sebagai deklarasi yang di rilis pada 27 Ramadhan 1425 H bertepatan dengan 9 November 2004 M oleh HM Raja Abdullah II bin Al-Hussein di Amman, Yordania. Risalah Amman (رسالة عمّان) bermula dari upaya pencarian tentang manakah yang “Islam” dan mana yang bukan (Islam), aksi mana yang merepresentasikan Islam dan mana yang tidak (merepresentasikan Islam). Tujuannya adalah untuk memberikan kejelasan kepada dunia modern tentang "Islam yang benar (الطبيعة الحقيقية للإسلام)" dan "kebenaran Islam" (وطبيعة الإسلام الحقيقي).
Untuk lebih menguatkan asas otoritas keagamaan pada pernyataan ini, Raja Abdullah II mengirim tiga pertanyaan berikut kepada 24 ulama senior dari berbagai belahan dunia yang merepresentasikan seluruh Aliran dan Mazhab dalam Islam :
1.    Siapakah seorang Muslim ?
2.    Apakah boleh melakukan Takfir (memvonis Kafir) ?
3.    Siapakah yang memiliki haq untuk mengeluarkan fatwa ?
Dengan berlandaskan fatwa-fatwa ulama besar (العلماء الكبار) --termasuk diantaranya Syaikhul Azhar (شيخ الأزهر), Ayatullah As-Sistaniy (آية الله السيستاني), Syekh Qardhawiy (شيخ القرضاوي)-- , maka pada Juli tahun 2005 M, Raja Abdullah II mengadakan sebuah Konferensi Islam Internasional yang mengundang 200 Ulama terkemuka dunia dari 50 negara. Di Amman, ulama-ulama tersebut mengeluarkan sebuah panduan tentang tiga isu fundamental (yang kemudian dikenal dengan sebutan “Tiga Poin Risalah 'Amman/محاور رسالة عمّان الثلاثة”), Berikut adalah kutipan Piagam Amman dari Konferensi Islam Internasional yang diadakan di Amman, Yordania, dengan tema “Islam Hakiki dan Perannya dalam Masyarakat Modern” (27-29 Jumadil Ula 1426 H. / 4-6 Juli 2005 M.) dan dihadiri oleh ratusan Ulama' dari seluruh dunia sebagai berikut:
[1]Siapapun yang mengikuti Madzhab yang 4 dari Ahlussunnah wal Jamaah (Madzhab Hanafiy, Malikiy, Syafi'iy, Hanbali), Madzhab Jakfariy, Madzhab Zaidiyah, Madzhab Ibadiy, Madzhab Dhahiriy, maka dia Muslim dan tidak boleh mentakfir-nya (memvonisnya kafir) dan haram darahnya, kehormatannya dan hartanya. dan juga dalam fatwa Fadlilatusy Syekh Al-Azhar tidak boleh mentakfir ulama-ulama beraqidah Al-Asy'ariyah dan aliran Tashawuf yang hakiki (benar). Demikian juga tidak boleh memvonis kafir ulama-ulama yang berpaham Salafiy yang shahih

Sebagaimana juga tidak boleh memvonis kafir kelompok kaum Muslimin yang lainnya yang beriman kepada Allah dan kepara Rasulullah, rukun-rukun Iman, menghormati rukun Islam dan tidak mengingkari informasi yang berasal dari agama Islam.
[2]. Sungguh diantara madzhab yang banyak tersebut memang terdapat perbedaan (ikhtilaf), maka ulama-ulama dari delapan madzhab tersebut bersepakat dalam mabda' yang pokok bagi Islam. Semuanya beriman kepada Allah subhanahu wa ta'alaa yang Maha Esa, Al-Qur'an al-Karim adalah Kalamullah, Sayyidina Muhammad 'alayhis shalatu wassalam adalah Nabi sekaligus Rasul bagi umat manusia seluruhnya, dan mereka bersepakat atas rukun Islam yang 5 : Syadatayn, Shalat, Zakat, puasa Ramadhan, Haji kepa Baitullah, dan juga bersepakat atas Rukun Imam yang 6 ; beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-Nya, Hari kiamat, dan kepada Qadar yang baik dan buruk, dan ulama-ulama dari perngikut Madzhab tersebut berbeda pendapat dalam masalah Furu' (cabang) dan bukan masalah Ushul (pokok), dan itu adalah Rahmat, dan terdahulu telah dikatakan ;
"Sesungguhnya ikhtilaf (perbedaan pendapat) para Ulama dalam masalah pemikiran hal yang baik"

[3]. Pengakuan terhadap madzhab-madzhab dalam Islam berarti berkomitmen dengan metodologi (manhaj) dalam hal fatwa ; maka siapapun tidak boleh mengeluarkan fatwa selain yang memenuhi kriteria tertentu dalam setiap madzhab, dan tidak boleh berfatwa selain yang berkaitan dengan manhaj (metodologi) madzhab, tidak boleh seorang pun mampu mengklaim ijtihad dan mengembangkan/membuat madzhab/pendapat baru atau mengelurkan fatwa yang tidak bisa diterima yang dapat mengeluarkan kaum Muslim dari kaidah syar'iyyah, prinsip, ketetapan dari madzhabnya.

Tiga Poin Risalah 'Amman ini lalu diadopsi oleh kepemimpinan politik dunia Islam pada pertemuan Organisasi Konferensi Islam (OKI) di Mekkah pada Desember 2005. Dan setelah melewati satu tahun periode dari Juli 2005 hingga Juli 2006, piagam ini juga diadopsi oleh enam Dewan Ulama Islam Internasional. Secara keseluruhan, lebih dari 500 ulama Islam terkemuka telah mendukung Risalah 'Amman dan tiga poin pentingnya.
Di antara penandatangan dan pengesah Risalah Amman ini adalah:
Afghanistan: Hamid Karzai (Presiden).
Amerika Serikat: Prof. Hossein Nasr, Syekh Hamza Yusuf (Institut Zaytuna), Ingrid Mattson (ISNA)
Arab Saudi: Raja Abdullah As-Saud, Dr. Abdul Aziz bin Utsman At-Touaijiri, Syekh Abdullah Sulaiman bin Mani’ (Dewan Ulama Senior).
Bahrain: Raja Hamad bin Isa Al-Khalifah, Dr. Farid bin Ya’qub Al-Miftah (Wakil Menteri Urusan Islam)

Bosnia Herzegovina: Prof. Dr. Syekh Mustafa Ceric (Ketua Ulama dan Mufti Agung), Prof. Enes Karic (Profesor Fakultas Studi Islam)
Mesir: Muhammad Sayid Thantawi (Mantan Syekh Al-Azhar), Prof. Dr. Ali Jum’ah (Mufti Agung), Ahmad Al-Tayyib (Syekh Al-Azhar)
India: Maulana Mahmood (Sekjen Jamiat Ulema-i-Hindi)
Indonesia: Maftuh Basyuni (Mantan Menag), Din Syamsuddin (Muhammadiyah), Hasyim Muzadi (NU).

Inggris: Dr. Hassan Shamsi Basha (Ahli Akademi Fikih Islam Internasional), Yusuf Islam, Sami Yusuf (Musisi).
Iran: Ayatullah Ali Khamenei (Wali Amr Muslimin), Ahmadinejad (Presiden), Ayatullah Ali Taskhiri (Sekjen Pendekatan Mazhab Dunia), Ayatullah Fadhil Lankarani.
Irak: Jalal Talabani (Presiden), Ayatullah Ali As-Sistani, Dr. Ahmad As-Samarai (Kepala Dewan Wakaf Sunni)
Kuwait: Syekh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber As-Sabah.
Lebanon: Ayatullah Husain Fadhlullah, Syekh Muhammad Rasyid Qabbani (Mufti Agung Sunni).
Oman: Syekh Ahmad bin Hamad Al-Khalili (Mufti Agung Kesultanan Oman)
Pakistan: Pervez Musharraf (Presiden), Syekh Muhammad Tahir-ul-Qadri (Dirjen Pusat Penelitian Islam), Muhammad Taqi Usmani.
Palestina: Syekh Dr. Ikramah Sabri (Mufti Agung dan Imam Al-Aqsha).
Qatar: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Dr. Ali Ahmad As-Salus (Profesor Syariah Universitas Qatar).
Sudan: Omar Hassan Al-Bashir (Presiden).
Suriah: Syekh Ahmad Badr Hasoun (Mufti Agung), Syekh Wahbah Az-Zuhaili (Kepala Departemen Fikih), Salahuddin Ahmad Kuftaro.
Yaman: Habib Umar bin Hafiz (Darul Mustafa), Habib Ali Al-Jufri.
Yordania: Raja Abdullah II, Pangeran Ghazi bin Muhammad (Dewan Pengawas Institut Aal Al-Bayt), Syekh Izzuddin Al-Khatib At-Tamimi (Hakim Agung), Syekh Salim Falahat (Ikhwanul Muslimin Yordania).