Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Doa adalah waktu yang hampir denganNya


Doa dalam bahasa Arab bererti memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah demi kebaikan diri, keluarga dan negara serta segala urusan dunia, agama dan akhirat. Rasulullah SAW bersabda “Tidak ada sesuatu yang lebih mulia dihadapan Allah, selain daripada do’a.” (Riwayat  Ibnu Majah dari Abu Hurairah)
Pada hakikatnya doa merupakan suatu ibadat yang sangat istimewa dalam kehidupan seorang mukmin. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Doa adalah intisari ibadah.” (Riwayat  al-Tirmizi)
Bagi seorang mukmin ketika ia menadah tangan kerana memohon sesuatu dari Allah dengan penuh vokal dan emosi,  jiwanya  akan berasa puas dan tenteram  kerana pada detik-detik sentimental melorongnya meluahkan. Perasaan yang dihadapinya kepada Allah. Allah telah berfirman yang bermaksud “Berdoalah kepadaku  akan Aku perkenankan  permintaanmu”  (Surah Mukmin, Ayat 60)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ”Tidak seorangpun muslim yang berdoa dgn sesuatu doa yang tidak berunsur dosa mahupun memutuskan silaturrahim, kecuali Allah akan memberinya satu dari tiga perkara; samada doanya diperkenankan terus, atau disimpan untuknya pada hari akhirat, atau dijauhkan darinya keburukan yang setanding dengannya. Telah berkata para sahabat : Jikalau begitu, kami akan memperbanyakkan doa. Baginda menjawab : Allah lebih banyak pemberiannya.” (Riwayat Ahmad)
Dalam sebuah hadis yang lain,  Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud “Mintalah kepada Allah kurniaannya. Sesungguhnya Allah menyukai permohonan (dari hambanya)” ( Riwayat At Tirmidzi)
Rasulullah SAW juga bersabda “Tidak berdoa seseorang hamba di bumi ini melainkan ianya akan diperkenankan Allah, atau dipalingkan Allah satu keburukan daripadanya setimpal dengan apa yang dipohonnya, selama mana dia tidak meminta perkara yang berdosa atau meminta untuk memutuskan tali persaudaraan” ( Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Doa yang mustajab ialah berdoa khusus kepada saudara dan rakan-rakan, tanpa pengetahuannya sepertimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “ Seseorang Muslim yang berdoa kepada saudara seagama dengannya, tanpa pengetahuannya, akan dicatat pahala yang sangat istimewa baginya ”( Riwayat  Muslim)
Manakala doa kepada  seseorang tanpa pengetahuannya memberi ertian yang sangat besar kepada keikhlasan dan kesucian hati terhadap pihak yang didoakan. Doa seumpama ini sangat membantu ke arah mewujudkan perpaduan sesama umat Islam, sedangkan doa yang dibaca dengan rasmi dalam sesuatu majlis, yang didengar semua orang, boleh ditafsirkan dengan berbagai-bagai tafsiran.
Imam Nawawi RA berkata bahawa doa yang semacam ini mustajab kerana keikhlasan orang yang mendoakan itu. Setengah ulama salaf apabila mereka hendak berdoa untuk diri mereka sendiri, mereka akan mendoakan juga saudara mereka yang muslim dengan doa yang seumpamanya kerana cara doa seperti ini adalah mustajab, di samping mereka juga akan mendapat seumpama apa yang mereka doakan bagi saudara mereka yang muslim itu. ( Sahih Muslim)
Sementara doa supaya  Allah memusnahkan pihak-pihak yang dianggap musuh, kalaupun benar mereka musuh menurut pertimbangan agama, ia tidak wajib didoa dengan bahasa yang keras dan melampaui pertimbangan iman dan akal manusia. Sebaik-baiknya contohilah doa Nabi SAW kepada kaumnya supaya dikurniakan hidayat, walaupun mereka mencampak najis di atas belakangnya ketika sedang solat, sedang Nabi mampu bertindak balas terhadap mereka
Dalam suatu peristiwa sewaktu  Nabi berdakwah ke Taif didapati seruan baginda tidak diterima malah baginda banyak menerima cercaan dan balingan batu. Namun baginda tetap mendoakan penduduk di Taif diberi hidayah oleh Allah dan tidak berdoa yang buruk-buruk untuk mereka. Doa Nabi ketika itu berbunyi  “Ya Allah ya Tuhan, berilah petunjuk kepada kaumku kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui.”
Terdapat juga beberapa pertimbangan sebelum memanjatkan doa kepada Allah demi memelihara sesuatu yang tidak diingini berlaku. Sebagai contoh jangan berdoa dengan perkara yang membawa dosa dan memutuskan silaturrahim. Baginda Rasulullah SAW bersabda “Jangan kamu berdoa buruk terhadap anak-anak kamu, harta benda kamu dan ternakan kamu. Dibimbangi berkebetulan saat mustajab doa, maka doa kamu terus diterima”
Manakala daripada Ummu Ad-Darda’ berkata, sesungguhnya Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Doa seorang muslim bagi saudaranya yang tidak hadir adalah mustajab. Di sisi kepalanya ada malaikat yang diwakilkan setiap kali dia berdoa bagi saudaranya itu. Malaikat yang diwakilkan itu pula berkata: “Amin, dan bagimu seumpama (yang didoakan).” (Riwayat Muslim)
Manakala seorang sufi yang terkemuka, al-Fudayl ibn `Iyad ada menyatakan bahawa “ Jika saya mempunyai doa mustajab, nescaya saya percumakan doa itu kepada pemerintah, kerana mereka mempunyai kuasa untuk menjayakan segala cita-cita dengan mudah ”
Kalau ditakdirkan doa kita mustajab, bermakna kita berjaya mengikuti jalan pintas dalam mencapai hajat dan matlamat kita, namun kalaulaupun tidak mustajab, maka tiada apa yang rugi, kerana doa pastinya merapatkan hubungan dan dicatat sebagai ibadat.
Sabda rasulullah SAW bermaksud “Sesungguhnya do’a itu dapat memberi manfaat (bagi pelakunya) untuk sesuatu yang telah terjadi. Maka wahai hamba Allah, lakukanlah do’a itu.” ( Riwayat At Tirmidzi dari Ibnu Umar)
Adalah disunatkan meminta agar didoakan oleh orang-orang yang mempunyai kelebihan sekalipun dia (orang yang meminta didoakan itu) mempunyai kedudukan yang lebih baik daripada orang tersebut (orang yang diminta supaya mendoakan), berdasarkan suatu riwayat daripada Ibnu Umar daripada Umar bin Al-Khatab RA yang maksudnya “Sesungguhnya dia (Umar) meminta izin kepada Nabi SAW untuk melakukan umrah. Lalu Nabi bersabda: “Wahai saudaraku! Sertakan kami di dalam doamu dan jangan engkau melupakan (untuk mendoakan) kami.” (Riwayat At Tirmizi)
Maksud yang tersirat dari pesanan tersebut janganlah berdoa untuk diri sendiri sahaja, berdoalah untuk orang lain juga hatta kepada orang yang bukan berugama Islam sekalipun, tetapi dengan syarat bukan doa yang berbentuk permohonan keampunan bagi mereka, kerana ianya dilarang sebagaimana firman Allah “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.” ( Surah At Taubah, Ayat 113)
Mengingat Allah hendaklah dilakukan di setiap masa sama ada di waktu senang atau susah. Begitulah juga dengan amalan dalam berdoa hendaklah dilakukan di setiap masa lebih-lebih lagi di waktu senang dan mewah, dengan itu apabila di waktu susah doa akan mudah diperkenankan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang maksudnya ” Barangsiapa suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah di waktu kesulitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa di waktu senang.” (Riwayat At Tirmidzi).
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak menerima doa dari hati yang lupa.” (Riwayat At Tirmidzi dan Al Hakim).
Doakan sama untuk keamanan dan kesejahteraan negara kita yang tercinta ini kerana ada negara-negara didunia yang tidak aman dan tenteram serta berkrisis. Ada juga negara yang ditimpa musibah . Ada yang berperang antara satu sama lain. Ada yang ditimpa kemiskinan dan mala petaka. Ya Allah ! Lindungilah Tanah Air tercinta dari segala mara bahaya.
READMORE
 

Hadis al-Ghadir

 Istinbat Imamah dari hadis al-Ghadir menurut pandangan ulama Ahlusunnah

 Istinbat Imamah dari hadis al-Ghadir menurut pandangan ulama Ahlusunnah
Istinbat [1] Imamah dari hadis al-Ghadir menurut pandangan ulama Ahlusunnah

Timbul kebimbangan di kalangan beberapa orang ulama Ahlusunnah apabila melihat hadis al-Ghadir secara terang-terangan menjelaskan ucapan Nabi (s.a.w): “Barangsiapa yang yang menjadikan aku pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya” yang membawa maksud imamah dan kekhalifahan Ali bin Abi Talib.

Berikut adalah pengakuan empat orang daripada mereka:

1. Abu Hamid al-Ghazali:

واجمع الجماهير على متن الحديث من خطبته في يوم عيد يزحم باتفاق الجميع وهو يقول: " من كنت مولاه فعلي مولاه " فقال عمر بخ بخ يا أبا الحسن لقد أصبحت مولاي ومولى كل مولى فهذا تسليم ورضى وتحكيم ثم بعد هذا غلب الهوى تحب الرياسة وحمل عمود الخلافة وعقود النبوة وخفقان الهوى في قعقعة الرايات واشتباك ازدحام الخيول وفتح الأمصار وسقاهم كأس الهوى فعادوا إلى الخلاف الأول: فنبذوه وراء ظهورهم واشتروا به ثمناً قليلا.
سر العالمين وكشف ما في الدارين، أبو حامد الغزالي ج 1 ص 4

Ramai yang sebulat suara, tentang teks hadis khutbah baginda di hari Ghadir Khum, seluruhnya bersepakat bahawa ucapan baginda “Barangsiapa yang menjadikan aku pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya”, maka Umar bin al-Khattab pun berkata: Tahniah! tahniah! wahai Abal Hasan (Ali bin Abi Talib), sesungguhnya engkau telah menjadi pemimpinku, dan pemimpin atas setiap pemimpin. Ucapan Umar ini adalah penerimaan, kerelaan dan penimbangtaraan. Selepas itu hawa nafu mendominasinya sehingga membawa kepada kegilaan kuasa terhadap jawatan khalifah dan perjanjian bersama nabi. Hawa nafsu berdebaran dalam dentangan bendera, kuda bersesakan bertarung, negeri-negeri lain dibuka, mereka diberi minum dengan hawa nafsu sampai kembalilah mereka ke zaman pertama (jahiliyah). (surah al-Imran, ayat 187) Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. 
- Sirr al-'Alamin wa Khasf ma fi al-Dariyyan, Abu Hamid al-Ghazali, jilid 1 halaman 4

2. Sibt ibnu Jawzi:

Sibt Ibnu Jawzi yang terkenal sebagai ulama besar Ahlusunnah dari mazhab Hanafi telah menerangkan secara terperinci hadis Ghadir Khum dan kalimah “maula” di dalam kitab Tazkiratul Khawash. Akhirnya beliau mengambil kesimpulan bahawa hadis ini hanya membawa kepada makna keutamaan dan imamah:

فأما قوله من كنت مولاه ، فقال علماء العربية لفظة المولي ترد علي وجوه احدها بمعني المالك ... والعاشر بمعني الأولي قال الله تعالي 
فَاليومَ لا يُؤخذُ مِنكُمْ فِديَةٌ وَلا مِنَ الذينَ كَفرُوا مَأواكُم النارُ هِيَ مَولاكُم)، أي أولى بكم، وإذا ثبت هذا لم يجز حمل لفظة المولى في هذا الحديث على مالك الرق، لأن النبي (صلى الله عليه وآله) لم يكن مالكاً لرق علي (عليه السلام) حقيقة، ولا على المولى المُعتق لأنه لم يكن معتقاً لعلي، ولا على المعتق لأن علياً (عليه السلام) كان حراً، ولا على ابن العم لأنه كان ابن عمه، ولا على الحليف لأن الحلف يكون بين الغرباء للتعاضد والتناصر، وهذا المعنى موجود فيه، ولا على المتولي لضمان الجريرة لما قلنا أنه انتسخ ذلك، ولا على الجار لأنه يكون لغواً من الكلام وحوشي منصبه الكريم من ذلك، ولا على السيد المطاع لأنه كان مطيعاً له يقيه بنفسه ويجاهد بين يديه. والمراد من الحديث الطاعة المحضة المخصوصة، فتعين الوجه العاشر، وهو الأولى ومعناه من كنت أولى به من نفسه، فعلي أولى به، وقد صرّح بهذا المعنى الحافظ ابو الفرج يحيى بن السعيد الثقفي الاصبهاني في كتابه المسمى بمرج البحرين، فانه روى هذا الحديث باسناده الى مشايخه وقال فيه: فأخذ رسول الله (صلى الله عليه وآله) بيد علي فقال: "من كنت وليّه وأولى به من نفسه فعلي وليه"، فعلم أن جميع المعاني راجعة الى الوجه العاشر، ودل عليه أيضاً قوله (عليه السلام): "ألستُ أولى بالمؤمنين من أنفسهم"، وهذا نص صريح في إثبات إمامته وقبول طاعته،
سبط بن الجوزي الحنفي ، شمس الدين أبوالمظفر يوسف بن فرغلي بن عبد الله البغدادي ، تذكرة الخواص ، ص37 ـ 39 ، ناشر : مؤسسة أهل البيت ـ بيروت ، 1401هـ ـ 1981م .

Adapun ucapannya "Barangsiapa yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya", ulama Arab berkata salah satu makna lafaz "maula" merujuk kepada "pemilik"... dan makna kesepuluh ialah "keutamaan" sebagaimana firman Allah Ta'ala: "هي مولاكم", iaitu yang lebih utama bagi kamu. Jikalau disabitkan pengertian seperti itu, maka lafaz maula di dalam hadis ini tidak boleh membawa makna "pemilikan hamba" kerana realitinya Nabi (s.a.w) bukanlah "pemilik hamba sahaya" Ali, lafaz juga tidak membawa makna "pembebas hamba". Ini disebabkan baginda tidak pernah membebaskan Ali dari perhambaan, begitu juga Ali bukanlah "hamba yang sudah dimerdekakan"; Ali memang sudah bebas merdeka. Ini juga bukanlah bermakna anak saudara kepada sesiapa pun kerana Ali memang sudah menjadi anak saudara baginda. "Maula" tidak juga membawa makna "sekutu", kerana persekutuan terjadi di antara pihak-pihak yang bergandingan tangan. Begitu juga bukan bermakna saling bekerjasama, kerana makna ini sudah ada di dalamnya. Tidak juga membawa makna perwalian/penjagaan untuk menjamin orang salah, bukan juga bermakna jiran kerana boleh menyebabkan kata-kata itu sia-sia dan menjadi aneh, bukan juga membawa makna "tuan" yang melazimkan ketaatan kepadanya, kerana baginda sudah pun ditaati. 

Maka maksud kalimah "maula" di dalam hadis ini ialah "ketaatan yang mutlak dan eksklusif". Maka makna ke-sepuluh ialah baginda adalah yang lebih utama iaitu :Barangsiapa yang mengutamakan aku daripada dirinya maka mendaklah menjadikan Ali adalah lebih utama baginya. Al-Hafiz Abu al-Faraj Yahya bin Sa'id al-Thaqafi al-Isbahani telah menjelaskannya dengan makna ini di dalam kitabnya yang bernama "Muruj al-Bahrain". Beliau meriwayatkan hadis ini dengan persanadan mashayikhnya dan berkata: Rasulullah (s.a.w) mengambil tangan Ali dan bersabda: Tidakkah kalian mengetahui atau menyaksikan bahawa aku adalah paling utama bagi setiap kaum mu'minin lebih daripada diri mereka sendiri?. 

Ini adalah nas yang jelas dalam menyabitkan imamahnya dan penerimaan ketaatan kepadanya.

- Sibt Ibnu Jawzi Al-Hanafi, Shamsuddin Abul Muzaffar Yusuf bin Farghali bin Abdullah al-Baghdadi, Tazkira al-Khawash, halaman 37-39.

3. Muhammad bin Talhah bin Shafi’i (wafat tahun 658 Hijrah):

Di dalam kitab Kifayah al-Talib, beliau telah menulis kecemerlangan Ali bin Abi Talib dengan menukilkan hadis:


ولو كنت مستخلفاً أحداً لم يكن أحد أحق منك لقدمك في الإسلام وقرابتك من رسول الله ، وصهرك ...


Meskipun aku melantik seseorang sebagai khalifah, tidak ada sesiapapun yang lebih layak daripada engkau untuk mendahuluimu dalam Islam dan mendekatkan kekerabatan daripada Rasulullah, dan menantu…

Kemudian beliau menulis:


وهذا الحديث وإن دل على عدم الاستخلاف ، لكن حديث غدير خم دليل على التولية وهي الاستخلاف ، وهذا الحديث أعني حديث غدير خم ناسخ لأنه كان في آخر عمره.
الگنجي الشافعي ، الإمام الحافظ أبي عبد الله محمد بن يوسف بن محمد القرشي ، كفاية الطالب في مناقب علي بن أبي طالب ، ص 166 ـ 167 ، الباب السادس والثلاثون ، تحقيق و تصحيح و تعليق : محمد هادي اميني ، ناشر : دار احياء تراث اهل البيت (ع) ، طهران ، الطبعة الثالثة ، 1404هـ .


Sekiranya hadis ini (secara zahirnya) tidak menunjukkan tentang penentuan khalifah;  namun hadis Ghadir Khum sebenarnya dalil penentuan pemimpin; iaitu penentuan khalifah. Oleh itu makna hadis al-Ghadir Khum adalah nasikh (yang membatalkan hadis sebelumnya) kerana ia terjadi di akhir umur baginda.

Ganji al-Shafi’i, al-Imam al-Hafiz Abi al-Hafiz Abi Abdillah Muhammad bin Yusuf bin Muhammad al-Qarashi, Kifayatul Talib fi Manaqib Ali bin Abi Talib, halaman 166-167, bab ke-36.

4. Ibrahim bin Sayyar yang terkenal sebagai Nizam Muktazili (wafat setelah tahun 220 Hijrah):

Nizam Muktazili merupakan salah seorang yang beriktikad bahawa Rasulullah (s.a.w) telah mengambil Ali bin Abi Talib sebagai khalifah baginda. Namun Umar bin al-Khattab menyangkal perkara ini dan mengambil bai’at daripada orang ramai demi untuk kepentingan peribadi Abu Bakar. Malangnya pengakuan beliau di akhir hidupnya ini menyebabkan tokoh-tokoh Ahlusunnah menentangnya dengan keras dengan kritikan bahawa beliau seorang yang dhaif dan tidak dapat dipercayai.

قال : أولاً : لا إمامة إلا بالنص والتعيين ظاهراً أو مكشوفاً وقد نص النبي صلى الله عليه وسلم على علي رضي الله عنه في مواضع وأظهره إظهاراً لم يشتبه على الجماعة إلا أن عمر كتم ذلك وهو الذي تولى بيعة أبي بكر يوم السقيفة .
الشهرستاني ، محمد بن عبد الكريم بن أبي بكر أحمد (متوفاي548هـ) ، الملل والنحل ، ج 1 ، ص 57 ، تحقيق : محمد سيد كيلاني ، ناشر : دار المعرفة - بيروت – 1404هـ .


Beliau berkata: Imamah tidak terjadi kecuali dengan nas (ucapan daripada Allah dan Rasulullah) dan ditentukan secara zahir (jelas), atau ditemukan. Sesungguhnya Nabi (s.a.w) secara jelas menerangkan secara nas dalam beberapa keadaan, dan menyatakan secara zahir tanpa ada sebarang keraguan di kalangan orang ramai. Akan tetapi Umar telah menyembunyikannya di hari Saqifah dan bertanggungjawab mengambil bai’ah untuk kekhalifahan Abu Bakar.
al-Sharestäni, Muhammad bin Abdul Karim bin Abi Bakr Ahmad (wafat tahun 548 Hijrah), al-Milal Wan Nihal, jilid 1 halaman 57


[1] amalan mengeluarkan hukum atau keputusan berdasarkan al-Quran atau hadis tertentu; mengistinbatkan menyabitkan hukum berdasarkan al-Quran atau hadis tertentu: kesimpulan ini dapat difahami dan diistinbatkan drpd al-Quran dan hadis (Kamus Dewan)
READMORE
 

Syiah Diakui Sebagai Mazhab Sah dalam Islam

Risalah Amman:
 Syiah Diakui Sebagai Mazhab Sah dalam Islam

Siapapun yang mengikuti Madzhab yang 4 dari Ahlussunnah wal Jamaah (Madzhab Hanafiy, Malikiy, Syafi'iy, Hanbali), Madzhab Jakfariy, Madzhab Zaidiyah, Madzhab Ibadiy, Madzhab Dhahiriy, maka dia Muslim dan tidak boleh mentakfir-nya (memvonisnya kafir) dan haram darahnya, kehormatannya dan hartanya. dan juga dalam fatwa Fadlilatusy Syekh Al-Azhar tidak boleh mentakfir ulama-ulama beraqidah Al-Asy'ariyah dan aliran Tashawuf yang hakiki (benar). Demikian juga tidak boleh memvonis kafir ulama-ulama yang berpaham Salafiy yang shahih 

 Syiah Diakui Sebagai Mazhab Sah dalam Islam
Risalah 'Amman (رسالة عمّان) dimulai sebagai deklarasi yang di rilis pada 27 Ramadhan 1425 H bertepatan dengan 9 November 2004 M oleh HM Raja Abdullah II bin Al-Hussein di Amman, Yordania. Risalah Amman (رسالة عمّان) bermula dari upaya pencarian tentang manakah yang “Islam” dan mana yang bukan (Islam), aksi mana yang merepresentasikan Islam dan mana yang tidak (merepresentasikan Islam). Tujuannya adalah untuk memberikan kejelasan kepada dunia modern tentang "Islam yang benar (الطبيعة الحقيقية للإسلام)" dan "kebenaran Islam" (وطبيعة الإسلام الحقيقي).
Untuk lebih menguatkan asas otoritas keagamaan pada pernyataan ini, Raja Abdullah II mengirim tiga pertanyaan berikut kepada 24 ulama senior dari berbagai belahan dunia yang merepresentasikan seluruh Aliran dan Mazhab dalam Islam :
1.    Siapakah seorang Muslim ?
2.    Apakah boleh melakukan Takfir (memvonis Kafir) ?
3.    Siapakah yang memiliki haq untuk mengeluarkan fatwa ?
Dengan berlandaskan fatwa-fatwa ulama besar (العلماء الكبار) --termasuk diantaranya Syaikhul Azhar (شيخ الأزهر), Ayatullah As-Sistaniy (آية الله السيستاني), Syekh Qardhawiy (شيخ القرضاوي)-- , maka pada Juli tahun 2005 M, Raja Abdullah II mengadakan sebuah Konferensi Islam Internasional yang mengundang 200 Ulama terkemuka dunia dari 50 negara. Di Amman, ulama-ulama tersebut mengeluarkan sebuah panduan tentang tiga isu fundamental (yang kemudian dikenal dengan sebutan “Tiga Poin Risalah 'Amman/محاور رسالة عمّان الثلاثة”), Berikut adalah kutipan Piagam Amman dari Konferensi Islam Internasional yang diadakan di Amman, Yordania, dengan tema “Islam Hakiki dan Perannya dalam Masyarakat Modern” (27-29 Jumadil Ula 1426 H. / 4-6 Juli 2005 M.) dan dihadiri oleh ratusan Ulama' dari seluruh dunia sebagai berikut:
[1]Siapapun yang mengikuti Madzhab yang 4 dari Ahlussunnah wal Jamaah (Madzhab Hanafiy, Malikiy, Syafi'iy, Hanbali), Madzhab Jakfariy, Madzhab Zaidiyah, Madzhab Ibadiy, Madzhab Dhahiriy, maka dia Muslim dan tidak boleh mentakfir-nya (memvonisnya kafir) dan haram darahnya, kehormatannya dan hartanya. dan juga dalam fatwa Fadlilatusy Syekh Al-Azhar tidak boleh mentakfir ulama-ulama beraqidah Al-Asy'ariyah dan aliran Tashawuf yang hakiki (benar). Demikian juga tidak boleh memvonis kafir ulama-ulama yang berpaham Salafiy yang shahih

Sebagaimana juga tidak boleh memvonis kafir kelompok kaum Muslimin yang lainnya yang beriman kepada Allah dan kepara Rasulullah, rukun-rukun Iman, menghormati rukun Islam dan tidak mengingkari informasi yang berasal dari agama Islam.
[2]. Sungguh diantara madzhab yang banyak tersebut memang terdapat perbedaan (ikhtilaf), maka ulama-ulama dari delapan madzhab tersebut bersepakat dalam mabda' yang pokok bagi Islam. Semuanya beriman kepada Allah subhanahu wa ta'alaa yang Maha Esa, Al-Qur'an al-Karim adalah Kalamullah, Sayyidina Muhammad 'alayhis shalatu wassalam adalah Nabi sekaligus Rasul bagi umat manusia seluruhnya, dan mereka bersepakat atas rukun Islam yang 5 : Syadatayn, Shalat, Zakat, puasa Ramadhan, Haji kepa Baitullah, dan juga bersepakat atas Rukun Imam yang 6 ; beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-Nya, Hari kiamat, dan kepada Qadar yang baik dan buruk, dan ulama-ulama dari perngikut Madzhab tersebut berbeda pendapat dalam masalah Furu' (cabang) dan bukan masalah Ushul (pokok), dan itu adalah Rahmat, dan terdahulu telah dikatakan ;
"Sesungguhnya ikhtilaf (perbedaan pendapat) para Ulama dalam masalah pemikiran hal yang baik"

[3]. Pengakuan terhadap madzhab-madzhab dalam Islam berarti berkomitmen dengan metodologi (manhaj) dalam hal fatwa ; maka siapapun tidak boleh mengeluarkan fatwa selain yang memenuhi kriteria tertentu dalam setiap madzhab, dan tidak boleh berfatwa selain yang berkaitan dengan manhaj (metodologi) madzhab, tidak boleh seorang pun mampu mengklaim ijtihad dan mengembangkan/membuat madzhab/pendapat baru atau mengelurkan fatwa yang tidak bisa diterima yang dapat mengeluarkan kaum Muslim dari kaidah syar'iyyah, prinsip, ketetapan dari madzhabnya.

Tiga Poin Risalah 'Amman ini lalu diadopsi oleh kepemimpinan politik dunia Islam pada pertemuan Organisasi Konferensi Islam (OKI) di Mekkah pada Desember 2005. Dan setelah melewati satu tahun periode dari Juli 2005 hingga Juli 2006, piagam ini juga diadopsi oleh enam Dewan Ulama Islam Internasional. Secara keseluruhan, lebih dari 500 ulama Islam terkemuka telah mendukung Risalah 'Amman dan tiga poin pentingnya.
Di antara penandatangan dan pengesah Risalah Amman ini adalah:
Afghanistan: Hamid Karzai (Presiden).
Amerika Serikat: Prof. Hossein Nasr, Syekh Hamza Yusuf (Institut Zaytuna), Ingrid Mattson (ISNA)
Arab Saudi: Raja Abdullah As-Saud, Dr. Abdul Aziz bin Utsman At-Touaijiri, Syekh Abdullah Sulaiman bin Mani’ (Dewan Ulama Senior).
Bahrain: Raja Hamad bin Isa Al-Khalifah, Dr. Farid bin Ya’qub Al-Miftah (Wakil Menteri Urusan Islam)

Bosnia Herzegovina: Prof. Dr. Syekh Mustafa Ceric (Ketua Ulama dan Mufti Agung), Prof. Enes Karic (Profesor Fakultas Studi Islam)
Mesir: Muhammad Sayid Thantawi (Mantan Syekh Al-Azhar), Prof. Dr. Ali Jum’ah (Mufti Agung), Ahmad Al-Tayyib (Syekh Al-Azhar)
India: Maulana Mahmood (Sekjen Jamiat Ulema-i-Hindi)
Indonesia: Maftuh Basyuni (Mantan Menag), Din Syamsuddin (Muhammadiyah), Hasyim Muzadi (NU).

Inggris: Dr. Hassan Shamsi Basha (Ahli Akademi Fikih Islam Internasional), Yusuf Islam, Sami Yusuf (Musisi).
Iran: Ayatullah Ali Khamenei (Wali Amr Muslimin), Ahmadinejad (Presiden), Ayatullah Ali Taskhiri (Sekjen Pendekatan Mazhab Dunia), Ayatullah Fadhil Lankarani.
Irak: Jalal Talabani (Presiden), Ayatullah Ali As-Sistani, Dr. Ahmad As-Samarai (Kepala Dewan Wakaf Sunni)
Kuwait: Syekh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber As-Sabah.
Lebanon: Ayatullah Husain Fadhlullah, Syekh Muhammad Rasyid Qabbani (Mufti Agung Sunni).
Oman: Syekh Ahmad bin Hamad Al-Khalili (Mufti Agung Kesultanan Oman)
Pakistan: Pervez Musharraf (Presiden), Syekh Muhammad Tahir-ul-Qadri (Dirjen Pusat Penelitian Islam), Muhammad Taqi Usmani.
Palestina: Syekh Dr. Ikramah Sabri (Mufti Agung dan Imam Al-Aqsha).
Qatar: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Dr. Ali Ahmad As-Salus (Profesor Syariah Universitas Qatar).
Sudan: Omar Hassan Al-Bashir (Presiden).
Suriah: Syekh Ahmad Badr Hasoun (Mufti Agung), Syekh Wahbah Az-Zuhaili (Kepala Departemen Fikih), Salahuddin Ahmad Kuftaro.
Yaman: Habib Umar bin Hafiz (Darul Mustafa), Habib Ali Al-Jufri.
Yordania: Raja Abdullah II, Pangeran Ghazi bin Muhammad (Dewan Pengawas Institut Aal Al-Bayt), Syekh Izzuddin Al-Khatib At-Tamimi (Hakim Agung), Syekh Salim Falahat (Ikhwanul Muslimin Yordania).

READMORE
 

Ulama Yaman

Ulama Yaman;
 Saya membaca kitab untuk hapuskan Syiah, akhirnya saya masuk Syiah

Isham Imad menceritakan bagaimana beliau masuk Syiah dan berkata, "Mereka menyuruh saya membaca kitab Syeikh Mufid tentang Ahlul Bait, mereka ingin saya menulis kritikan dan analisa kukuh tentang kitab ini dan isi kandungannya, mereka percaya dengan penulisan kritikan terhadap kitab ini, namun saya menjadi Syiah setelah membacanya." 

 Saya membaca kitab untuk hapuskan Syiah, akhirnya saya masuk Syiah
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dr. Isham Imad (عصام العماد) dalam satu seminar pemikiran al-Qur'an, Universiti Perindustrian Hamedan berkata, "Perselisihan paling penting dan asasi antara Syiah dan Wahabi ialah masalah Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib yang berlanjutan sehingga kepada akidah. Namun setelah saya kenal dan banyak menyelidik kehidupan Ali (a.s), akidah saya bertukar dan saya pun masuk Syiah."

Tentang pembentukan firqah Wahabi beliau mendedahkan, "Saya percaya Amerika dan Inggeris adalah penyokong Wahabi, dan masalah Wahabi ialah kehilangan arah."

Isham Imad menjelaskan, "Antara bentuk-bentuk Wahabi yang lain ialah mereka tidak menerima apa sahaja daripada Ahlul Bait, barangsiapa yang berminat ke arah Ahlul Bait akan ditentang."

Mengenai keluarganya yang masih menganut fahaman Wahabi, beliau berkata, "Saya banyak berusaha supaya teori mereka tentang Wahabi betukar, malangnya saya belum berjaya."

Mantan ulama Wahabi ini berkata, "Kesedaran ialah pertukaran visi dan sikap seseorang individu, kesedaran ini terjadi di Saudi, Bahrain dan Yaman yang menunjukkan wujudnya kesetiakawanan di kalangan masyarakat mereka."

Isham Imad menegaskan kesilapan Wahabi di dalam tafsir sangat berbahaya, "Kesilapan dalam penafsiran, boleh mengubah maksud al-Quran ke 180 darjah, dan masalah Muhammad bin Abdul Wahabi ialah menafsirkan Al-Quran berasaskan kamus i'rab, bukan berasaskan kamus al-Quran. Inilah kesilapan tafsir yang dilakukan oleh golongan Khawarij."

Tambah beliau lagi, "Pegangan Wahabi tentang syiriknya bertawassul dengan haram Ahlul Bait hanyalah dalam skop penafsiran mereka. Ini disebabkan pihak musuh mencari jalan untuk menimbulkan masalah kepada Syiah."

Bekas ulama Wahabi yang berasal dari Yaman ini berkata, "Doktrin Wahabi memberi perhatian terhadap al-Quran, namun tidak secara mendalam dan mencapai pemahaman yang sebenar."

Katanya lagi, "Mereka menyuruh saya membaca kitab Syeikh Mufid tentang Ahlul Bait, mereka ingin saya menulis kritikan dan analisa kukuh tentang kitab ini dan isi kandungannya, mereka percaya dengan penulisan kritikan terhadap kitab ini, namun saya menjadi Syiah setelah membacanya.

"Sebab penukaran saya ke mazhab Syiah ialah, Syiah muncul dari fondasi Islam."

Dr Isham Imad merupakan bekas ulama Wahabi dan anak murid mufti Bin Baz yang pernah menulis buku anti Syiah. Namun beliau akhirnya menemui kebenaran setelah banyak mengkaji dan menjadi aktivis pembela Syiah di zaman ini.
READMORE
 

Hadis Muawiyah bin Abu Sufyan Seorang Yang Dilaknat Allah SWT


Hadis Muawiyah bin Abu Sufyan Seorang Yang Dilaknat Allah SWT
Terdapat hadis shahih yang menunjukkan kalau Muawiyah bin Abu Sufyan adalah salah seorang yang dilaknat oleh Allah SWT. Hal ini diriwayatkan dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan sanad yang jayyid.

حدثنا خلف حدثنا عبد الوارث بن سعيد بن جمهان عن سفينة مولى أم سلمة أن النبي صلى الله عليه وسلم كان جالساً فمر أبو سفيان على بعير ومعه معاوية وأخ له أحدهما يوقود البعير والآخر يسوقه فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم لعن الله الحامل والمحمول والقائد والسائق

Telah menceritakan kepada kami Khalaf yang berkata telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Waarits dari Sa’id bin Jumhan dari Safinah mawla Ummu Salamah bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sedang duduk kemudian melintaslah Abu Sufyan di atas hewan tunggangan dan bersamanya ada Muawiyah dan saudaranya, salah satu dari mereka menuntun hewan tunggangan tersebut dan yang lainnya menggiringnya. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “laknat Allah bagi yang memikul dan yang dipikul, yang menuntun dan yang menggiring”[Ansab Al Asyraf Al Baladzuri 2/121]
Dalam hadis di atas tertulis ‘Abdul Warits bin Sa’id bin Jumhan, ini adalah tashif yang benar adalah ‘Abdul Warits ‘an Sa’id bin Jumhan. Karena telah ma’ruf kalau yang meriwayatkan dari Safinah adalah Sa’id bin Jumhan dan yang meriwayatkan dari Sa’id bin Jumhan adalah ‘Abdul Warits yaitu ‘Abdul Warits bin Sa’id bin Dzakwan.
  • Dalam biografi Sa’id bin Jumhan Al Aslamiy disebutkan kalau ia meriwayatkan dari Safinah dan telah meriwayatkan darinya ‘Abdul Warits bin Sa’id [Tahdzib Al Kamal 10/376 no 2246]
  • Dalam biografi ‘Abdul Warits bin Sa’id bin Dzakwan disebutkan kalau ia meriwayatkan dari Sa’id bin Jumhan Al Aslamiy [Tahdzib Al Kamal 18/478 no 3595]
Hadis ‘Abdul Warits dari Sa’id bin Jumhan dari Safinah telah diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam kitab Sunan-nya dan Nasa’i dalam kitab Sunan-nya dengan sanad berikut

حدثنا مسدد بن مسرهد قال ثنا عبد الوارث عن سعيد بن جمهان عن سفينة قال

Telah menceritakan kepada kami Musaddad bin Musarhad yang berkata telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Warits dari Sa’id bin Jumhan dari Safinah yang berkata –al hadits- [Sunan Abu Dawud 2/416 no 3932]

أخبرنا قتيبة بن سعيد قال ثنا عبد الوارث عن سعيد بن جمهان عن سفينة قال

Telah mengabarkan kepada kami Qutaibah bin Sa’id yang berkata telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Warits dari Sa’id bin Jumhan dari Safinah yang berkata –al hadits- [Sunan Nasa’i 3/190 no 4995]
Al Baladzuri termasuk ulama besar, Adz Dzahabi menuliskan keterangan tentang Al Baladzuri dalam kitabnya As Siyar dan Tadzkirah Al Huffazh. Adz Dzahabi menyebut ia seorang penulis Tarikh yang masyhur satu thabaqat dengan Abu Dawud, seorangHafizh Akhbari Allamah [Tadzkirah Al Huffazh 3/893]. Di sisi Adz Dzahabi penyebutan hafizh termasuk ta’dil yaitu lafaz ta’dil tingkat pertama. Disebutkan Ash Shafadi kalauAl Baladzuri seorang yang alim dan mutqin [Al Wafi bi Al Wafayat 3/104]. Tidak ada alasan untuk menolak atau meragukan Al Baladzuri, Ibnu Hajar telah berhujjah dengan riwayat-riwayat Al Baladzuri dalam kitabnya diantaranya dalam Al Ishabah, Ibnu Hajar pernah berkata “dan diriwayatkan oleh Al Baladzuri dengan sanad yang la ba’sa bihi” [Al Ishabah 2/98 no 1767]. Penghukuman sanad la ba’sa bihi oleh Ibnu Hajar berarti ia sendiri berhujjah dan menta’dil Al Baladzuri. Soal kedekatan kepada penguasa itu tidaklah merusak hadisnya karena banyak para ulama yang dikenal dekat dengan penguasa tetapi tetap dijadikan hujjah seperti Az Zuhri dan yang lainnya. Para ulama baik dahulu maupun sekarang tetap menjadikan kitab Al Balazuri sebagai sumber rujukan baik sirah ansab maupun hadis.
Riwayat Al Baladzuri di atas terdiri dari para perawi tsiqat dimulai dari Khalaf syaikh [guru] Al Baladzuri adalah Khalaf bin Hisyam Al Bazzar, ‘Abdul Warits bin Sa’id bin Dzakwan dan Sa’id bin Jumhan Al Aslamiy. Sedangkan Safinah mawla Ummu Salamah yang juga dikenal mawla Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam adalah sahabat Nabi.
  • Khalaf bin Hisyam Al Bazzar adalah perawi Muslim dan Abu Dawud. Disebutkan bahwa diantara yang meriwayatkan darinya adalah Ahmad bin Yahya bin Jabir Al Baladzuri. Imam Muslim juga meriwayatkan darinya itu artinya ia tsiqat menurut Muslim. Ahmad bin Hanbal dan Nasa’i menyatakan tsiqat. Daruquthni berkata ahli ibadah yang memiliki keutamaan. Ibnu Hibban berkata “baik, memiliki keutamaan, alim dalam qiraat dan telah menulis darinya Ahmad bin Hanbal” [At Tahdzib juz 3 no 297]. Ibnu Hajar menyatakan ia tsiqat [At Taqrib 1/272]. Al Khalili menyatakan ia disepakati tsiqat [Al Irshad 1/95]
  • ‘Abdul Warits bin Sa’id bin Dzakwan adalah perawi kutubus sittah yang dikenal tsiqat. Abu Zur’ah, Ibnu Ma’in, Al Ijli dan Ibnu Numair menyatakan ia tsiqat. Abu Hatim menyatakan ia shaduq. Nasa’i berkata “tsiqat tsabit”. Ibnu Sa’ad berkata “tsiqat hujjah”. Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat dan berkata “mutqin dalam hadis”. [At Tahdzib juz 6 no 826]. Ibnu Hajar menyatakan ia tsiqat tsabit [At Taqrib 1/625].
  • Sa’id bin Jumhan Al Aslamiy adalah perawi Ashabus Sunan. Ibnu Ma’in berkata “tsiqat”. Abu Hatim berkata “ditulis hadisnya tetapi tidak dijadikan hujjah”. Abu Dawud menyatakan ia tsiqat. Ahmad bin Hanbal menyatakan ia tsiqat. Nasa’i berkata “tidak ada masalah padanya”. Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat. As Saji berkata “tidak diikuti hadisnya” [At Tahdzib juz 4 no 15]. Yaqub bin Sufyan Al Fasawi menyatakan ia tsiqat [Al Ma’rifat Wal Tarikh 2/182]. Ibnu Hajar menyatakan ia shaduq dan memiliki riwayat yang menyendiri, tetapi pernyataan ini dikoreksi dalam Tahrir At Taqrib kalau Sa’id bin Jumhan seorang yang tsiqat [Tahrir At Taqrib no 2279].
Jadi riwayat ini memiliki sanad yang shahih dan menunjukkan kalau Mu’awiyah adalah salah seorang yang dilaknat oleh Allah SWT. Apapun alasannya, kami tidak bisa memastikan tetapi jika melihat bagaimana pribadi Mu’awiyah dan pemerintahan yang dipimpin olehnya maka riwayat ini tidaklah mengherankan. Cukup banyak penyimpangan yang dilakukan Mu’awiyah diketahui oleh mereka yang mengetahuinya dan dibela mati-matian oleh mereka yang mencintai Muawiyah. Bagi yang ingin melihat berbagai penyimpangan Muawiyah, dipersilahkan untuk melihat tulisan kami yang lain tentang Muawiyah. Akhir kata jika ada yang tidak setuju cukuplah sampaikan bantahan dan tidak perlu mencela kami. Kami tidak tertarik main tuduh-menuduh cela mencela, kalau kami keliru silakan dikoreksi tetapi kalau tidak mampu maka cukuplah berdiam diri. Salam Damai
.
.
.
Sedikit Tambahan
Sebagian orang yang merasa berat hatinya ketika membaca hadis ini berusaha melemahkan hadis ini dengan syubhat kalau Abdul Warits bin Said bin Jumhanseorang yang majhul. Syubhat ini hanya dilontarkan oleh mereka yang tidak akrab dengan kitab-kitab hadis. Telah dibahas sebelumnya kalau penulisan itu adalah keliru alias terjadi salah tulis. Lafaz “bin” dalam sanad itu seharusnya “an”  [kedua lafaz ini memang agak mirip tulisan arabnya] karena telah ma’ruf dalam kitab biografi perawi dan juga kitab hadis kalau yang meriwayatkan dari Safinah adalah Sa’id bin Jumhan dan diantara yang meriwayatkan dari Sa’id bin Jumhan adalah Abdul Warits. Perkara tashif seperti ini cukup banyak dalam kitab hadis. Silakan perhatikan hadis berikut

Musnad Al Bazzar
Ini contoh kitab Musnad Al Bazzar yang sudah ditahqiq dan kami akan menunjukkan hadis dimana terdapat tashif soal nama perawi yang mirip dengan kasus riwayat Al Baladzuri di atas
Perhatikan sanad hadis tersebut yaitu “telah menceritakan kepada kami ‘Amasy dariMinhal bin ‘Amru bin ‘Abbad bin ‘Abdullah Al Asady dari Ali”. Ini jelas tashif penulisan lafaz “bin” yang benar adalah Minhal bin ‘Amru ‘an Abbad bin Abdullah Al Asadiy yang artinya Minhal bin ‘Amru dari ‘Abbad bin Abdullah Al Asadiy. Buktinya karena sebagaimana yang disebutkan dalam kitab biografi perawi hadis diantaranya Abu Hatim menyebutkan dalam biografi Abbad bin ‘Abdullah Al Asdiy kalau ‘Abbad mendengar hadis dari Ali dan telah meriwayatkan darinya Minhal bin ‘Amru [Al Jarh Wat Ta'dil 6/82 no 420]. Apalagi dalam judul bab hadis di atas disebutkan diantara riwayat ‘Abbad bin ‘Abdullah Al Asadiy dari ‘Ali radiallahu ‘anhu. Kalau ada yang mau mengatakan perawi itu adalah Minhal bin ‘Amru bin ‘Abbad bin Abdullah maka orang tersebut memang gak paham alias tidak meneliti dengan baik. Sudah tentu perkara syubhat seperti ini akan diaminkan oleh kaum awam yang memang tidak akrab dengan kitab hadis terutama oleh orang yang ghuluw mencintai Muawiyah. Salam Damai :mrgreen:
READMORE
 

Telaah Perbedaan Sunni dan Syiah


Telaah Perbedaan Sunni dan Syiah.
Tulisan ini adalah tanggapan sederhana atas tulisan di situs ini yang berjudul Apa perbedaan antara Ahlussunnah Waljamaah dengan Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah ?. Untuk memenuhi permintaan saudara Gura dalam tulisan saya yang lalu. Tulisan yang bercetak miring adalah tulisan di situs tersebut. Sebelumnya perlu diingatkan bahwa apa yang penulis(saya) sampaikan adalah bersumber dari apa yang penulis baca dari sumber-sumber Syiah sendiri.
Banyak orang yang menyangka bahwa perbedaan antara Ahlussunnah Waljamaah dengan Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah) dianggap sekedar dalam masalah khilafiyah Furu’iyah, seperti perbedaan antara NU dengan Muhammadiyah, antara Madzhab Safi’i dengan Madzhab Maliki.Karenanya dengan adanya ribut-ribut masalah Sunni dengan Syiah, mereka berpendapat agar perbedaan pendapat tersebut tidak perlu dibesar-besarkan. Selanjutnya mereka berharap, apabila antara NU dengan Muhammadiyah sekarang bisa diadakan pendekatan-pendekatan demi Ukhuwah Islamiyah, lalu mengapa antara Syiah dan Sunni tidak dilakukan ?.
Penulis(saya) menjawab benar perbedaan Sunni dan Syiah memang tidak sebatas Furu’iyah tetapi juga berkaitan dengan masalah Ushulli. Tetapi tetap saja Syiah adalah Islam(lihat tulisan ini). Kita akan lihat nanti. Tidak ada masalah dengan pendekatan Sunni dan Syiah karena tidak semuanya berbeda, terdapat cukup banyak persamaan antara Sunni dan Syiah.
Apa yang mereka harapkan tersebut, tidak lain dikarenakan minimnya pengetahuan mereka mengenai aqidah Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah). Sehingga apa yang mereka sampaikan hanya terbatas pada apa yang mereka ketahui. Semua itu dikarenakan kurangnya informasi pada mereka, akan hakikat ajaran Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah). Disamping kebiasaan berkomentar, sebelum memahami persoalan yang sebenarnya
Jawaban saya, kata-kata ini juga bisa ditujukan pada penulis itu sendiri, minimnya pengetahuan dia tentang Syiah kecuali yang di dapat dari Syaikh-syaikhnya. Kemudian berbicara seperti orang yang sok tahu segalanya. Dan berkomentar sebelum memahami persoalan sebenarnya.
Sedangkan apa yang mereka kuasai, hanya bersumber dari tokoh-tokoh Syiah yang sering berkata bahwa perbedaan Sunni dengan Syiah seperti perbedaan antara Madzhab Maliki dengan Madzahab Syafi’i. Padahal perbedaan antara Madzhab Maliki dengan Madzhab Syafi’i, hanya dalam masalah Furu’iyah saja. Sedang perbedaan antara Ahlussunnah Waljamaah dengan Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah), maka perbedaan-perbedaannya disamping dalam Furuu’ juga dalam Ushuul.
Bukankah baik kalau mengenal sesuatu dari sumbernya sendiri yaitu Ulama Syiah. Kalau si penulis itu menganggap Ulama Syiah Cuma berpura-pura lalu kenapa dia tidak menganggap Syaikh-Syaikh mereka itu yang sengaja mendistorsi tentang Syiah. Subjektivitas sangat berperan, anda tentu tidak akan mendengar hal yang baik tentang Syiah dari Ulama yang membenci dan mengkafirkan Syiah. Pengetahuan yang berimbang diperlukan jika ingin bersikap objektif. Sekali lagi perbedaan itu benar tidak sebatas Furu’iyah.
Rukun Iman mereka berbeda dengan rukun Iman kita, rukun Islamnya juga berbeda, begitu pula kitab-kitab hadistnya juga berbeda, bahkan sesuai pengakuan sebagian besar ulama-ulama Syiah, bahwa Al-Qur’an mereka juga berbeda dengan Al-Qur’an kita(Ahlussunnah).
Apabila ada dari ulama mereka yang pura-pura (taqiyah) mengatakan bahwa Al-Qur’annya sama, maka dalam menafsirkan ayat-ayatnya sangat berbeda dan berlainan.
Kata-kata yang begitu kurang tepat, yang benar adalah Syiah meyakini Rukun Iman dan Rukun Islam yang dimiliki Sunni tetapi mereka merumuskannya dengan cara yang berbeda dan memang terdapat perbedaan tertentu pada Syiah yang tidak diyakini Sunni.
Kitab Hadis Syiah benar berbeda dengan Kitab Hadis Sunni karena Syiah menerima hadis dari Ahlul Bait as(hal ini ada dasarnya bahkan dalam kitab hadis Sunni lihathadis Tsaqalain) sedangkan Sunni sebagian besar hadisnya dari Sahabat Nabi ra.
sesuai pengakuan sebagian besar ulama-ulama Syiah, bahwa Al-Qur’an mereka juga berbeda dengan Al-Qur’an kita. Ini adalah kebohongan, yang benar Ulama-Ulama Syiah menyatakan bahwa Al Quran mereka sama dengan Al Quran Sunni. Yang mengatakan bahwa Al Quran Syiah berbeda dengan Al Quran Sunni adalah kaum Syiah Akhbariyah yang bahkan ditentang oleh Ulama-Ulama Syiah. Kaum Akhbariyah ini yang dicap oleh penulis itu sebagai Ulama Syiah. Sudah keliru generalisasi pula. Penafsiran Al Quran yang berlainan bukan masalah, dalam Sunni sendiri perbedaan tersebut banyak terjadi.
Sehingga tepatlah apabila ulama-ulama Ahlussunnah Waljamaah mengatakan : Bahwa Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah) adalah satu agama tersendiri.
Yang berkata seperti ini adalah Ulama-ulama Salafi, karena terdapat Ulama Ahlussunah yang mengatakan Syiah itu Islam seperti Syaikh Saltut, Syaikh Muhammad Al Ghazali, Syaikh Yusuf Qardhawi, dan lain-lain. Sebenarnya yang populer di kalangan Sunni adalah Syiah itu Islam tetapi golongan pembid’ah. Cuma Salafi yang dengan ekstremnya menyebut Syiah agama tersendiri.
Melihat pentingnya persoalan tersebut, maka di bawah ini kami nukilkan sebagian dari perbedaan antara aqidah Ahlussunnah Waljamaah dengan aqidah Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah).
Saya akan menanggapi satu persatu pernyataan penulis ini
1. Ahlussunnah : Rukun Islam kita ada 5 (lima)
a) Syahadatain
b) As-Sholah
c) As-Shoum
d) Az-Zakah
e) Al-Haj
Syiah : Rukun Islam Syiah juga ada 5 (lima) tapi berbeda:
a) As-Sholah
b) As-Shoum
c) Az-Zakah
d) Al-Haj
e) Al wilayah
Jawaban: Saya tidak tahu apa sumber penukilan penulis ini, yang jelas Syiah juga meyakini Islam dimulai dengan Syahadat. Jadi sebenarnya Syiah meyakini semua rukun Islam Sunni hanya saja mereka menambahkan Al Wilayah. Yang ini yang tidak diakui Sunni, tentu perbedaan ini ada dasarnya.
2. Ahlussunnah : Rukun Iman ada 6 (enam) :
a) Iman kepada Allah
b) Iman kepada Malaikat-malaikat Nya
c) Iman kepada Kitab-kitab Nya
d) Iman kepada Rasul Nya
e) Iman kepada Yaumil Akhir / hari kiamat
f) Iman kepada Qadar, baik-buruknya dari Allah.
Syiah : Rukun Iman Syiah ada 5 (lima)* 
a) At-Tauhid
b) An Nubuwwah
c) Al Imamah
d) Al Adlu
e) Al Ma’ad
Syiah jelas meyakini atau mengimani semua yang disebutkan dalam rukun iman Sunni, hanya saja mereka ,merumuskannya dengan cara berbeda seperti yang penulis itu sampaikan. Rukun iman Syiah selain Imamah mengandung semua rukun iman Sunni. Perbedaannya Syiah meyakini Imamah dan Sunni tidak, sekali lagi perbedaan ini ada dasarnya.
3. Ahlussunnah : Dua kalimat syahadat
Syiah : Tiga kalimat syahadat, disamping Asyhadu an Laailaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah, masih ditambah dengan menyebut dua belas imam-imam mereka
Ini tidak benar karena syahadat dalam Sunni dan Syiah adalah sama Asyhadu an Laailaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah. Tidak mungkinnya pernyataan penulis itu adalah bagaimana dengan mereka orang Islam pada zaman Rasulullah SAW, zaman Imam Ali, zaman Imam Hasan dan zaman Imam Husain. Bukankah jelas pada saat itu belum terdapat 12 imam.
4. Ahlussunnah : Percaya kepada imam-imam tidak termasuk rukun iman. Adapun jumlah imam-imam Ahlussunnah tidak terbatas. Selalu timbul imam-imam, sampai hari kiamat.
Karenanya membatasi imam-imam hanya dua belas (12) atau jumlah tertentu, tidak dibenarkan.
Syiah : Percaya kepada dua belas imam-imam mereka, termasuk rukun iman. Karenanya orang-orang yang tidak beriman kepada dua belas imam-imam mereka (seperti orang-orang Sunni), maka menurut ajaran Syiah dianggap kafir dan akan masuk neraka
Imam Sunni tidak terbatas karena setiap ulama bisa saja disebut Imam oleh orang Sunni. Bagi Syiah tidak seperti itu, 12 imam mereka ada dasarnya sendiri dalam sumber mereka, dan terdapat juga dalam Sumber Sunni tentang 12 khalifah dan Imam dari Quraisy. Intinya Syiah dan Sunni berbeda pandangan tentang apa yang disebut Imam. Karenanya membatasi imam-imam hanya dua belas (12) atau jumlah tertentu, tidak dibenarkan. Pernyataan ini hanya sekedar persepsi, tidak dibenarkan berdasarkan apa, jelas sekali penulis ini tidak memahami pengertian Imam dalam Syiah.
Karenanya orang-orang yang tidak beriman kepada dua belas imam-imam mereka (seperti orang-orang Sunni), maka menurut ajaran Syiah dianggap kafir dan akan masuk neraka. Saya tidak tahu apa dasar penulis itu, yang saya tahu Ulama Syiah selalu menyebut Sunni sebagai Islam dan saudara mereka. Anda dapat melihat dalam Al Fushul Al Muhimmah Fi Ta’lif Al Ummah oleh Ulama Syiah Syaikh Syarafuddin Al Musawi(terjemahannya Isu-isu Penting Ikhtilaf Sunnah dan Syiah hal 33 yang membuat bab khusus yang berjudul Keterangan Para Imam Ahlul Bait Tentang Sahnya Keislaman Ahlussunnah) Atau anda dapat merujuk Al ’Adl Al Ilahykarya Murtadha Muthahhari( terjemahannya Keadilan Ilahi hal 271-275).
5. Ahlussunnah : Khulafaurrosyidin yang diakui (sah) adalah :
a) Abu Bakar
b) Umar
c) Utsman
d) Ali Radhiallahu anhum
Syiah : Ketiga Khalifah (Abu Bakar, Umar, Utsman) tidak diakui oleh Syiah. Karena dianggap telah merampas kekhalifahan Ali bin Abi Thalib (padahal Imam Ali sendiri membai’at dan mengakui kekhalifahan mereka).
Pembahasan masalah ini adalah cukup pelik, oleh karenanya saya akan memaparkan garis besarnya saja. Benar sekali khulafaurrosyidin yang diakui Sunni adalah seperti yang penulis itu sebutkan. Syiah tidak mengakui 3 khalifah pertama karena berdasarkan dalil-dalil di sisi mereka Imam Ali ditunjuk sebagai khalifah pengganti Rasulullah SAW. Pernyataan (padahal Imam Ali sendiri membai’at dan mengakui kekhalifahan mereka), disini lagi-lagi terjadi perbedaan. Sunni berdasarkan sumber mereka menganggap Imam Ali berbaiat dengan sukarela. Tetapi Syiah berdasarkan sumber mereka menganggap Imam Ali berbaiat dengan terpaksa. Hal yang patut diperhitungkan adalah Syiah juga memakai sumber Sunni untuk membuktikan anggapan ini, diantaranya hadis dan sirah yang menyatakan keterlambatan baiat Imam Ali kepada khalifah Abu Bakar yaitu setelah 6 bulan. Sekali lagi perbedaan ini memiliki dasar masing-masing di kedua belah pihak baik Sunni dan Syiah, jika ingin bersikap objektif tentu harus membahasnya secara berimbang dan tidak berat sebelah. Perbedaan masalah khalifah ini juga tidak perlu dikaitkan dengan Islam atau tidak, bukankah masalah khalifah ini jelas tidak termasuk dalam rukun iman dan rukun islam Sunni yang disebutkan oleh penulis itu. Oleh karenanyajika Syiah berbeda dalam hal ini maka itu tidak menunjukkan Syiah keluar dari Islam.
Sebelum mengakhiri bagian pertama ini, ada yang perlu diperjelas. Syiah meyakini rukun iman dan rukun islam Sunni hanya saja Syiah berbeda merumuskannya. Oleh karenanya dalam pandangan Sunni, Syiah itu Islam. Syiah meyakini Imamah yang merupakan masalah Ushulli dalam rukun Iman Syiah. Sunni tidak meyakini hal ini. Dalam pandangan Syiah, Sunni tetap sah keislamannya berdasarkan keterangan dari para Imam Ahlul Bait . Anda dapat merujuk ke sumber yang saya sebutkan.Bersambung , Salam damai
READMORE