Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Kemurtadan Orang Ramai Selepas al-Husain Melainkan Tiga Orang, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid, w. 413 H


Kemurtadan Orang Ramai Selepas al-Husain Melainkan Tiga Orang

       Ja‘far bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin Isa daripada Yunus daripada Jamil daripada Abu Abdullah a.s berkata: Orang ramai telah menjadi murtad selepas al-Husain melainkan tiga orang (irtadda al-Nasu ba‘da al-Husain illa thalathah) iaitu: Abu Khalid al-Kabili, Yahya bin Ummi al-Tawil dan Jubir bin Mut‘am. Kemudian orang ramai menyertai  mereka bertiga (lahiqu wa katharu) dan menjadi ramai selepas itu. Yahya bin Ummi al-Tawil memasuki Masjid Rasulullah s.a.w dan berkata: Kami telah mengingkari kamu (kafarna bi-kum) dan telah nyata di antara kami dan kamu permusuhan dan kemarahan”[1]
Daripadanya, daripada Muhammad bin Ja‘far al-Muaddib berkata: Muhammad bin Abdullah bin Umran telah memberitahu kami daripada Abdullah bin Yazid al-Ghassani secara marfu‘ berkata: Beberapa delegasi Iraq datang berjumpa dengan Mu‘awiyah. ‘Adi bin Hatim al-Ta’i mewakili penduduk Kufah, al-Ahnaf bin Qais dan Sa‘sa‘ah bin Susan mewakili penduduk Basrah.
       ‘Umru bin al-‘As berkata kepada Mu‘awiyah: Mereka adalah lelaki dunia (rijal al-Dunya) dan mereka adalah syi‘ah Ali  yang telah memerangi bersamanya pada hari Jamal dan hari al-Siffin. Hati-hatilah anda terhadap mereka. Maka Mu‘awiyah telah memerintahkan setiap orang daripada mereka diadakan majlis rahsia dengan layanan istimewa. apabila rombongan itu berjumpa dengan Mu‘awiyah, meka dia berkata: Selamat datang, kamu telah datang di bumi yang disucikan(ardh al-Muqaddasah), bumi para rasul dan para nabi, bumi tempat bangkit dan berkumpul, Sa‘sa‘ah berkata: Wahai Mu‘awiyah! Adapun kata-kata anda “bumi yang disucikan” sesungguhnya bumi tidak menyucikan penduduknya, tetapi yang menyucikan mereka ialah amalan-amalan baik mereka
Adapun kata-kata anda “bumi para nabi dan para rasul” maka orang-orang munafik, syirik,  Fir‘aun dan orang-orang yang  zalim adalah lebih ramai daripada nabi dan para rasul. Adapun kata-kata anda “bumi tempat bangkit dan berkumpul” kerana jauhnya tempat berkumpul tidak akan merosakkan mukmin dan munafik tidak akan mengambil faedah dengan berdekatannya. Mu‘awiyah berkata: Jika semua manusia dilahirkan oleh Abu Sufyan, nescaya tidak ada pada mereka melainkan yang cerdik. Sa‘sa‘ah berkata: Manusia yang telah melahirkan mereka adalah lebih baik daripada Abu Sufyan, maka Adam bapa manusia telah melahirkan si bodoh, munafik, fasiq, tolol dan gila. Mu‘awiyah menjadi malu[2].


[1] Al-Kasyi,  al-Rijal,  hlm 81,  al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  xi, 42

[2] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar, x,  129.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Kemurtadan Orang Ramai Selepas al-Husain Melainkan Tiga Orang, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid, w. 413 H ini dipublish oleh Unknown pada hari 24 September 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Kemurtadan Orang Ramai Selepas al-Husain Melainkan Tiga Orang, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid, w. 413 H
 

0 comments:

Catat Ulasan