Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Muawiyah Mencaci Imam Ali a.s.



Salamualaikum wa rahmatollah. Bismillahi Taala.
Telah menjadi sesuatu yang mashur bahawasanya antara ajaran Bani Umaiyah adalah melaknat dan mencaci maki Ahlulbait(a), terutamanya Imam Ali(a). Ini dilakukan walaupun wujud hadis sahih dari Rasulullah(s) berbunyi:

يا علي أنت سيد في الدنيا سيد في الاخرة حبيبك حبيبي وحبيبي حبيب الله، وعدوك عدوي، وعدوي عدو الله، والويل لمن أبغضك بعدي
“Wahai Ali, kamu adalah penghulu di dunia dan penghulu di akhirat, kekasihmu adalah kekasihku, dan kekasihku adalah kekasih Allah. Musuhmu adalah musuhku, dan musuhku adalah musuh Allah, celakalah orang yang membencimu sesudahku.”(Mustadrak Al-Hakim 3: 128).

Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dalam Musnadnya, dari Ali (sa) bahwa Rasulullah saw bersabda kepadanya:
لا يحبك إلا مؤمن ولا يبغضك الا منافق

“Tidak akan mencintaimu (Ali) kecuali orang mukmin, dan tidak akan membencimu kecuali orang munafik.” (Musnad Ahmad 3: 102).

Tentu sahaja bagi para pencinta Muawiyah, mereka akan berteriak menafikan cerita ini, mengatakan ianya palsu, malah tidak kurang yang mengatakan ianya ciptaan Syiah.

Tulisan ini akan menunjukkan dengan jelas bahwa tindakan Muawiyah yang mencela Imam Ali telah diriwayatkan dengan sanad yang shahih. Kami akan menunjukkan dua riwayat yang menjadi bukti yaitu dalam Shahih Muslim dan Sunan Ibnu Majah


Riwayat Shahih Muslim

Dalam kitab Shahih Muslim Tahqiq Muhammad Fuad Abdul Baqi 4/1870 no 2404 diriwayatkan dari Saad bin Abi Waqqash

أمر معاوية بن أبي سفيان سعدا فقال ما منعك أن تسب أبا التراب ؟ فقال أما ذكرت ثلاثا قالهن له رسول الله صلى الله عليه و سلم فلن أسبه لأن تكون لي واحدة منهن أحب إلي من حمر النعم سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول له خلفه في بعض مغازيه فقال له علي يا رسول الله خلفتني مع النساء والصبيان ؟ فقال له رسول الله صلى الله عليه و سلم أما ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى إلا أنه لا نبوة بعدي وسمعته يقول يوم خيبر لأعطين الراية رجلا يحب الله ورسوله ويحبه الله ورسوله قال فتطاولنا لها فقال ادعوا لي عليا فأتى به أرمد فبصق في عينه ودفع الراية إليه ففتح الله عليه ولما نزلت هذه الآية فقل تعالوا ندع أبناءنا وأبنائكم [ 3 / آل عمران / 61 ] دعا رسول الله صلى الله عليه و سلم عليا وفاطمة وحسنا وحسينا فقال اللهم هؤلاء أهلي

Muawiyah bin Abi Sufyan memerintah Sa’ad, lalu berkata “Apa yang menghalangimu untuk mencaci Abu Turab”?. Sa’ad berkata “Selama aku masih mengingat tiga hal yang dikatakan oleh Rasulullah SAW aku tidak akan mencacinya yang jika aku memiliki salah satu saja darinya maka itu lebih aku sukai dari segala macam kebaikan. Rasulullah SAW telah menunjuknya sebagai Pengganti Beliau dalam salah satu perang, kemudian Ali berkata kepada Beliau “Wahai Rasulullah SAW engkau telah meninggalkanku bersama perempuan dan anak-anak?” Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya Tidakkah kamu ridha bahwa kedudukanmu disisiku sama seperti kedudukan Harun disisi Musa, hanya saja tidak ada Nabi setelahku. Aku mendengar Rasulullah SAW berkata di Khaibar “Sungguh Aku akan memberikan panji ini pada orang yang mencintai Allah dan RasulNya serta dicintai Allah dan RasulNya. Maka kami semua berharap untuk mendapatkannya. Lalu Beliau berkata “Panggilkan Ali untukku”. Lalu Ali datang dengan matanya yang sakit, kemudian Beliau meludahi kedua matanya dan memberikan panji kepadanya. Dan ketika turun ayat “Maka katakanlah : Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kalian”(Ali Imran ayat 61), Rasulullah SAW memanggil Ali, Fathimah, Hasan dan Husain dan berkata “Ya Allah merekalah keluargaku”.

Penjelasan Hadis

Jika kita melihat hadis di atas dengan baik, maka kita akan melihat bahawa pada awalnya Muawiyah memberikan perintah pada Sa’ad bin Abi Waqqash dan setelah itu beliau bertanya “Apa yang menghalangimu untuk mencaci Abu Turab”. Timbul pertanyaan, perintah apa yang diberikan Muawiyah kepada Sa’ad sehingga setelah itu ia bertanya kepada Sa’ad. Jika kita mengaitkan antara perintah Muawiyah dengan pertanyaan selanjutnya Muawiyah iaitu “Apa yang menghalangimu mencaci Abu Turab” maka kita dapat memahami bahawa perintah yang diberikan Muawiyah adalah agar Sa’ad mencaci Abu Turab tetapi Sa’ad menolak sehingga Muawiyah bertanya “Apa yang menghalangimu untuk mencaci Abu Turab?”.

Tentu sahaja, hadis ini membawa makna yang lurus dan mudah difahami. Tetapi bagi para Salafiyyun, ini akan menggugat keperibadian tokoh agung mereka, maka sudah pasti mereka akan cuba menakwilkan maknanya.

Dalam Syarh Shahih Muslim 15/175-176 An Nawawi berkata:

Menurut para Ulama(ahli ilmu), semua hadis yang zahirnya mengandung serangan terhadap peribadi salah seorang sahabat maka hadis tersebut mesti ditakwilkan. Mereka mengatakan semua hadis dari perawi tsiqat pasti dapat ditakwilkan. Karena itu perkataan Muawiyah di atas tidak harus itu difahami sebagai beliau memerintah Sa’ad mencaci Ali. Dia hanya bertanya alasan apa yang menyebabkan Sa’ad tidak mencaci Ali?. Seakan-akan Muawiyah berkata “Apakah engkau tidak melakukan itu kerana khuatir berbuat dosa, takut atau sebab lain? Jika kamu tidak mencerca Ali kerana takut berbuat dosa atau mengagungkan ia maka kamu adalah orang yang benar, kalau bukan kerana itu kamu pasti punya alasan lain”. Mungkin juga Sa’ad ketika itu berada di tengah-tengah suatu kelompok yang mencaci maki Ali tetapi dia tidak turut mencaci bersama mereka. Sa’ad mungkin tidak mampu menentang mereka tetapi ia tidak setuju dengan mereka. Lalu Muawiyah mengajukan pertanyaan kepada Sa’ad. Atau menurut mereka, hadis tersebut dapat juga ditakwilkan dengan kata-kata “Mengapa kamu tidak menyalahkan pendapat dan ijtihad Ali dan memperlihatkan kepada semua orang bahawa pendapat dan ijtihad kami adalah benar sedangkan ijtihad Ali itu salah?

Sayangnya para Salafiyun itu tidak dapat membezakan antara sebuah pendekatan yang benar dan penakwilan yang jauh dan dibuat-buat. Mereka hanya dapat berdalih dan bertaqlid bahawa makna hadis tersebut adalah seperti yang dikatakan An Nawawi. Sebelum kami menganalisisPenakwilan Nawawi di atas, suka kami mengingatkan bahawa dalil sejelas manapun tetap sahaja dapat dicari penolakannya dan dapat dicipta tafsiran-tafsiran untuk menakwilkan demi mengarahkannya pada makna tertentu yang diinginkan. Oleh karena itu kita akan menerapkan tiga landasan metod dalam menilai setiap interpretasi:

  • Berpegang pada teksnya
  • Mencari Penafsiran yang terdekat dengan teksnya
  • Membandingkannya dengan riwayat lain yang relevan dengan hadis tersebut

Analisis Penakwilan Imam Nawawi

Pada awalnya Imam Nawawi berkata:

Menurut para Ulama, semua hadis yang zahirnya mengandungi serangan terhadap peribadi salah seorang sahabat maka hadis tersebut mesti ditakwilkan. Mereka mengatakan semua hadis dari perawi tsiqat pasti dapat ditakwilkan.

Perhatikan baik-baik, Imam Nawawi mengawali penjelasannya dengan mengatakan bahawa semua hadis yang zahirnya mengandung serangan terhadap peribadi sahabat harus ditakwilkan. Hal ini menunjukkan bahawa Imam Nawawi juga menangkap dalam hadis di atas wujud serangan terhadap keperibadian Muawiyah maka atas sebab itu, beliau bertindak menakwilkan hadis tersebut

Imam Nawawi berkata:

Karena itu perkataan Muawiyah di atas tidak harus itu berarti dia memerintah Sa’ad mencaci Ali. Dia hanya bertanya alasan apa yang menyebabkan Sa’ad tidak mencaci Ali?

Sememangnya benar, Muawiyah bertanya mengapa Sa’ad tidak mencaci Ali. Ini adalah kerana Muawiyah mahu mengetahui alasan Sa’ad menolak perintahnya untuk mencaci Ali.

Secara zahir teks, maka kita dapat melihat wujudnya dua premis:

  • Muawiyah Memerintah Sa’ad
  • Muawiyah bertanya kepada Sa’ad “Apa yang menghalangimu mencaci Abu Turab”?
Dengan anggapan bahawa kedua premis tersebut berkaitan maka kita dapat menduga ada hubungan antara apa yang diperintahkan Muawiyah dan apa yang membuatkan Muwiyah bertanya. Jika kita beranggapan bahawa Muawiyah memerintahkan Sa’ad untuk mencaci Ali maka kita dapat menyimpulkan hubungan antara perintah tersebut dengan pertanyaan Muawiyah. Hubungannya ialah Sa’ad menolak untuk mencaci Abu Turab, lalu hal inilah yang membuat Muawiyah bertanya “Apa yang menghalangimu mencaci Abu Turab”?

Jadi teori bahawa Muawiyah memerintahkan untuk Sa’ad mencaci Abu Turab cukup relevan dan sesuai dengan zahir teks hadisnya.

Imam Nawawi membuat penakwilan pertama:

Seakan-akan Muawiyah berkata “Apakah engkau tidak melakukan itu karena khawatir berbuat dosa, takut atau sebab lain? Jika kamu tidak mencerca Ali karena takut berbuat dosa atau mengagungkan ia maka kamu adalah orang yang benar, kalau bukan karena itu kamu pasti punya alasan lain”.

Tentu saja perkataan Muawiyah yang “seakan-akan” ini hanyalah rekaan yang dibuat oleh Nawawi. Sesiapapun tidak akan dapat menghubung kaitkan kata-kata Muawiyah yang seakan-akan ini dengan zahir teks hadis:

“Muawiyah bin Abi Sufyan memerintah Sa’ad, lalu berkata “Apa yang menghalangimu untuk mencaci Abu Turab”?”

Jadi pendek kata, penjelasan Nawawi itu hanyalah mereka cipta penakwilan yang jelas berbeza dengan zahir hadis.

Imam Nawawi memberikan penakwilan kedua:

Mungkin juga Sa’ad ketika itu berada di tengah-tengah suatu kelompok yang mencaci maki Ali tetapi dia tidak turut mencaci bersama mereka. Sa’ad mungkin tidak mampu menentang mereka tetapi ia tidak setuju dengan mereka. Lalu Muawiyah mengajukan pertanyaan kepada Sa’ad.

Inipun dapat dianggap sebagai tanggapan yang dibuat-buat pada hadis tersebut. Seandainya kita menerima tanggapan ini maka sama sekali ia tidak menafikan bahawa Muawiyah telah memerintahkan Sa’ad untuk mencaci Abu Turab. Bahkan dapat kita katakan dengan menggunakan tanggapan Nawawi ini, sebenarnya menguatkan lagi hujah bahawa Sa’ad telah diperintahkan mencaci Ali. Perhatikan, mungkin sahaja saat itu Muawiyah dan Sa’ad berada di tengah-tengah kelompok yang mencaci-maki Ali. Sa’ad tidak mencaci Ali bersama mereka, tetapi bagaimana dengan Muawiyah, ada dua kemungkinan:

  • Muawiyah ikut mencaci
  • Muawiyah tidak ikut mencaci

Mari kita mengambil andaian Imam Nawawi tentang perkataan Muawiyah yang seakan-akan Muawiyah berkata “Apakah engkau tidak melakukan itu karena khawatir berbuat dosa, takut atau sebab lain? Jika kamu tidak mencerca Ali karena takut berbuat dosa atau mengagungkan ia maka kamu adalah orang yang benar, kalau bukan karena itu kamu pasti punya alasan lain”.

Dengan mengambil andaian ini, Imam Nawawi telah merendahkan Muawiyah sebagai orang yang tidak bersetuju dengan tindakan itu. Jika tidak demikian, mengapakah Muawiyah yang turut berada bersama Sa’ad tidak mengambil tindakan terhadap kelompok yang melakukan perbuatan yang salah ini, sehingga ia menjadi amalan di seluruh empayar beliau, malah berlarutan selama 80 tahun? Sa’ad mungkin tidak mempunyai kemampuan, tetapi Muawiyah sebagai Amirul Mukminin mampu melakukan tindakan ini.

Lebih menghairankan dengan anggapan Nawawi ini ialah, selain Muawiyah tidak melarang kelompok tersebut, Muawiyah malah telah bertanyakan soalan yang sepatutnya sudah tidak perlu ditanya kepada Sa’ad. Paling tidak pun, soalan yang sepatutnya ditanyakan kepada Sa’ad adalah, “mengapa kelompok itu sampai mencaci Ali?” bukan persoalan seperti “mengapa tidak mencaci Ali?” Ada sesiapa yang tidak mengetahui bahawa mencaci seorang Muslimin yang lain itu haram hukumnya? Saya pun tahu, tetapi Muawiyah tidak.

Wujudnya pertanyaan kepada Sa’ad itu, membolehkan kita membuat kesimpulan bahawa Muawiyah turut sama mencaci Ali bersama kumpulan itu, sehingga Muawiyah tidak perlu bersusah payah melarang mereka. Apabila melihat Sa’ad tidak mahu ikut mencaci bersama kumpulan itu, atau tidak mencaci apabila diperintahkan Muawiyah(rujuk makna zahir hadis), dan Sa’ad menolak, maka barulah Muawiyah bertanya: “Apa yang menghalangimu untuk mencaci Abu Turab”, dan jelas, bagi orang yang berakal, andaian ini lebih logik dan masuk akal serta mempunyai kesinambungan yang baik.

Imam Nawawi mengajukan penakwilan terakhir:

Atau menurut mereka, hadis tersebut dapat juga ditakwilkan dengan kata-kata “Mengapa kamu tidak menyalahkan pendapat dan ijtihad Ali dan memperlihatkan kepada semua orang bahwa pendapat dan ijtihad kami adalah benar sedangkan ijtihad Ali itu salah?.

Sudah jelas penakwilan seperti ini sangat jauh sekali dari teks hadisnya. Malah kita tidak dapat menarik atau menimbulkan kata-kata ini dari zahir teks hadisnya sama sekali. Kesimpulannya, andaian ini tidak ada hubungannya sama sekali dengan zahir teks hadis.

Muawiyah bin Abi Sufyan memerintah Sa’ad, lalu berkata “Apa yang menghalangimu untuk mencaci Abu Turab”?.

Sudah jelas kata-kata pada hadis tersebut adalah mencaci bukan soal ijtihad yang benar atau salah. Jadi penakwilan ini sungguh jauh sekali dari teks hadisnya bahkan hanya sekedar dibuat-buat.


Penafsiran Ulama Lain

Penakwilan Nawawi di atas sudah jelas hanyalah sebuah pembelaan yang tidak memuat sedikitpun hujjah dan argumentasi yang kuat sehingga dalam hal ini kita dapat melihat terdapat ulama-ulama yang mengkritik penakwilan yang dilakukan Imam Nawawi atau menyatakan dengan jelas bahawa hadis Muslim di atas memang bermakna Muawiyah memerintah Sa’ad untuk mencaci Abu Turab, diantara mereka adalah

Al Hafiz Muhammad bin Abdul Hadi As Sindi dalam Syarh Sunan Ibnu Majah no 118 berkata ”Muawiyah telah mencaci Ali dan ia juga memerintahkan Sa’ad untuk mencaci Ali sebagaimana disebutkan oleh Muslim dan Tirmidzi”.

Muhibbudin Ath Thabari dalam Riyadh An Nadirah 3/194 telah membawakan hadis Muslim dan Tirmidzi di atas dan beliau mengawali penjelasan hadis Muslim di atas dengan kata-kata ”Muawiyah memerintahkan Sa’ad untuk mencaci Abu Turab kemudian Sa’ad berkata “Selama aku masih mengingat tiga hal..(dan seterusnya) dikeluarkan oleh Muslim dan Tirmidzi.”

Muhammad Abu Zahrah dalam Tarikh Mahdzab Al Islam 1/38 telah mengkritik Imam Nawawi mengenai penjelasannya dalam Syarh Shahih Muslim, beliau telah menilai Imam Nawawi tidak jujur dalam membela Muawiyah.

Sebagai penjelasan terakhir akan ditunjukkan bukti kuat yang benar-benar membuktikan bahawa Muawiyah telah mencela Imam Ali iaitu riwayat dalam Sunan Ibnu Majah berikut:

Riwayat Sunan Ibnu Majah

Dalam Sunan Ibnu Majah Tahqiq Muhammad Fuad Abdul Baqi 1/45 no 121 terdapat hadis riwayat Sa’ad berikut
حدثنا علي بن محمد . حدثنا أبو معاوية . حدثنا موسى بن مسلم عن ابن سابط وهو عبد الرحمن عن سعد بن أبي وقاص قال قدم معاوية في بعض حجاته فدخل عليه سعد فذكروا عليا . فنال منه . فغضب سعد وقال تقول هذا لرجل سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول ( من كنت مولاه فعلي مولاه ) وسمعته يقول ( أنت مني بمنزلة هارون من موسى إلا أنه لا نبي بعدي ) وسمعته يقول ( لأعطين الرأية اليوم رجلا يحب الله ورسوله ) ؟

Ali bin Muhammad menceritakan kepada kami yang berkata Abu Muawiyah menceritakan kepada kami yang berkata Musa bin Muslim menceritakan kepada kami dari Ibnu Sabith dan dia adalah Abdurrahman dari Sa’ad bin Abi Waqash yang berkata ”Ketika Muawiyah malaksanakan ibadah haji maka Saad datang menemuinya. Mereka kemudian membicarakan Ali lalu Muawiyah mencelanya. Mendengar hal ini maka Sa’ad menjadi marah dan berkata ”kamu berkata seperti ini pada seseorang dimana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ”barangsiapa yang Aku adalah mawlanya maka Ali adalah mawlanya”. Dan aku juga mendengar Rasulullah SAW berkata kepada Ali ”Kamu disisiKu sama seperti kedudukan Harun disisi Musa hanya saja tidak ada Nabi setelahKu”. Dan aku juga mendengar Rasulullah SAW berkata kepada Ali ”Sungguh akan Aku berikan panji hari ini pada orang yang mencintai Allah dan RasulNya”.

Hadis ini telah dinyatakan Shahih oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Ibnu Majah no 98. Hadis di atas adalah bukti yang paling kuat bahawa Muawiyah memang telah mencela Imam Ali. Al Hafiz Muhammad bin Abdul Hadis As Sindi dalam Syarh Sunan Ibnu Majah no 118 telah menunjukkan dengan kata-kata yang jelas dalam komentarnya tentang hadis ini ”bahwa Muawiyah telah mencaci Imam Ali bahkan memerintahkan Sa’ad untuk mencaci Imam Ali sebagaimana yang disebutkan oleh Muslim dan Tirmidzi”

Wallahualam.