Salamalaikum wa rahmatollah. Bismillahi Taala.
Artikel dan analisis hadis ini adalah lanjutan dari artikel saya yang lepas Muawiyah Mencaci Imam Ali
Sejarah telah mencatatkan bahawa di kalangan para sahabat Nabi(s) ternyata ada yang menghina dan mencaci Ahlul Bait Rasu(s), Ali bin Abi Thalib(a). Ada yang mengatakan bahwa hal ini sudah menjadi tradisi dan berawal pada masa pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan. Bahkan sebahagian orang menyatakan bahwa tradisi ini merupakan perintah atau anjuran Muawiyah sendiri. Tanpa membicarakan untuk apa tujuan tradisi tersebut, namun ia tetap telah menyalahi ajaran Islam. Bukankah Rasulullah SAW telah mengatakan bahawa siapa saja yang mencaci-maki Al(a) bererti sama sahaja dengan mencaci-maki baginda(s).
Salah seorang sahabat Nabi SAW yang mencaci-maki Imam Ali AS adalah Mughirah bin Syu’bah.
عن زياد بن علاقة عن عمه أن المغيرة بن شعبة سب علي بن أبي طالب فقام إليه زيد بن أرقم فقال يا مغيرة ألم تعلم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن سب الأموات فلم تسب عليا وقد مات
Dari Ziyad bin Alaqah dari Pamannya bahwa Mughirah bin Syu’bah telah menghina Ali bin Abi Thalib kemudian Zaid bin Arqam berdiri dan berkata ”Hai Mughirah bukankah kamu tahu bahwa Rasulullah SAW melarang untuk menghina orang yang sudah mati jadi mengapa kamu menghina Ali setelah kematiannya”.Hadis Riwayat Al Hakim dalam Mustadrak As Shahihain juz 1 hal 541 hadis no 1419, di mana beliau berkata
هذا حديث صحيح على شرط مسلم ولم يخرجاه
Hadis ini shahih sesuai persyaratan Imam Muslim tapi beliau tidak meriwayatkannya.
Al Haitsami dalam Majma’ Az Zawaid juz 8 hal 145 hadis no 13028 juga telah meriwayatkan hadis ini dan berkata
رواه الطبراني بإسنادين ورجال أحد أسانيد الطبراني ثقات
Riwayat Thabrani dengan sanad-sanadnya dan salah satu sanadnya para Perawinya tsiqat.
Catatan Hadis
Thabrani meriwayatkan hadis ini dalam Mu’jam Al Kabir juz 5 hal 168 iaitu hadis no 4973, 4974 dan 4975. Hadis no 4973 dan 4975 di dalam sanadnya terdapat Abu Ayub Maula Bani Tsa’labah sebagaimana disebutkan dalam At Ta’jil Al Manfa’ah Ibnu Hajar juz 2 hal 411 no 1232 bahawa beliau adalah majhul.
Sedangkan hadis riwayat Thabrani no 4974 dan hadis riwayat Al Hakim dalam sanadnya tidak ada Abu Ayub tersebut. Hadis ini lah yang dinyatakan shahih oleh Al Hakim dan seperti yang dikatakan Al Haitsami para perawinya tsiqat.
Hadis yang di dalam sanadnya ada Abu Ayub iaitu perawi yang majhul hal ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad juz 4 hal 369 hadis no 19307 tahqiq Syaikh Syu’aib Al Arnauth. Hadis ini sanadnya dhaif karena perawinya Abu Ayub adalah majhul tetapi hadis ini dikuatkan oleh riwayat Al Hakim dan Thabrani. Oleh karena itu Syaikh Syu’aib berkata mengenai hadis Abu Ayub ini
صحيح وهذا إسناد ضعيف
Shahih tetapi sanad hadis ini dhaif
Kesimpulan
1. Telah nyata dari riwayat ini, wujud para sahabat yang saling mencaci antara satu sama lain. Dengan mengambil konsep keadilan para sahabat secara total dan keredhaan Allah swt atas mereka semua, adakah tindakan sahabi ini mendapat keredhaan Allah swt dan menunjukkan sifat keadilan beliau?
2. Dengan mengambil prinsip bahawa menghina sahabat bererti menghina Rasul(s), dan boleh menyebabkan kekafiran/kesesatan seseorang, maka adakah Mughirah, seorang sahabat Rasul(s) ini telah menjadi murtad dengan perbuatannya ini?
0 comments:
Catat Ulasan