Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Sains: 'Menumpang' Mereka Yang Sesat?




Iran nombor satu dalam sains? Begitulah laporan terkini majalah New Scientist (klik sini). Macam mana jadi begini? Ala! Biar Betul!Mereka yang sesat boleh maju begini? Kita yang sebenarnya berada di jalan syurga boleh ketinggalan sampai begini sekali? Bukankah kita diberitahu mereka ini sesat.

Laporan majalah yang berbobot dalam dunia sains itu menyebut begini: Which country's scientific output rose 18-fold between 1996 and 2008, from 736 published papers to 13,238? The answer – Iran – might surprise many people, especially in the western nations used to leading science. Iran has the fastest rate of increase in scientific publication in the world.

Sebenarnya dari dulu lagi kita umat Islam menumpang kejayaan saintis syiah. Jadi, jika kita membuang syiah dari Islam, kira-kiranya kita (dari dulu dan akan datang) berdepan dengan kemalapan. Ibnu Sina yang terkenal itu misalnya adalah seorang syiah. Takkanlah kita nak buang Ibnu Sina dari perbendaharaan Islam?

Selain itu, sejak dulu-dulu lagi kita telah menumpang mereka:
Abu al-Aswad al-Du'ali (pakar bahasa dan saintis) 
Abu Zayd al-Balkhi (ahli matematik/fizik).
Al-Kindi, (Polymath)
Jabir ibn Hayyan (Polymath) juga dikenali sebagai bapa kimiawi. 
Ulangan: Abu Ali Sina (Polymath) yang juga dikenali sebagai Avicenna di Barat.
Al-Khwārizmī (Polymath) dikenali sebagai bapa aljebra and algoritma
Al-Farabi (Polymath), juga seorang filsuf, kosmologis dan sosiologis. 
Abu Nasr Mansur yang dikenali menerusi 'spherical sine law'.
Muhammad al-Idrisi, seorang kartografer.
al-Biruni (Polymath) dinobatkan sebagai "first anthropologist" di Barat.
Sibawayh (hah orang yang mengaji bahasa Arab tentu kenal beliau).
Ibn Miskawayh saintis yang menjelaskan the process of evolutionketika abad ke 10.

...dan ramai lagi...

Sebenarnya bukan saya saja yang memuji kehebatan saintis syiah dari Iran. Timbalan Speaker Parlimen Malaysia YB Datuk Wan Junaidi bin Tuanku Ja'far ketika bertemu dengan Speaker Majlis Iran, Ali Larijani mengatakan tanpa segan silu lagi: “Iran's scientific and technological progress is a source of pride for Muslims and belongs to all Muslim nations." (lihat sini)

Sekejap, ulangan: 'is a source of pride for Muslims and belongs to all Muslim'? Ini kenyataan timbalan speaker kita?

Err, bukan mereka ini sesat ke? Macam mana pula boleh jadi prideuntuk kita semua?

Untuk terus bingung, saya sarankan semua menilik buku The Encyclopedia of Islam and Iran: Dynamics of Culture and the Living Civilisation karya bekas Menteri Luar Iran, Ali Akbar Velayati. Buku ini diterbitkan oleh MPH dan didanai oleh Yayasan Al-Bukhary. Ia dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Kuala Lumpur pada tahun 2008. Pak Lah dalam ucapannya ketika melancarkan buku tersebut menyebut begini: "Dalam buku ini Ali Akbar menyentuh pelbagai perkara iaitu daripada pembinaan tamadun Islam hinggalah tajuk yang berkisar mengenai kemajuan sains dalam Islam. Buku ini amat sesuai untuk dijadikan bahan rujukan di institusi-institusi pengajian tinggi. Saya amat hargai usaha beliau kerana berjaya menambahkan koleksi bahan rujukan Islam." (Utusan Malaysia 31/05/08)

Eh garu kepala tiba-tiba. Kalau dah sesat mengapa pula nak merujuk mereka?

Dalam buku ini, Velayati menulis, kejayaan Iran (Parsi) dalam bidang sains ialah kerana mereka menurut ahlul bait Rasulullah SAW.

Laaaa, itu saja rahsianya ke? /Pegangan Malaysia yang sesat?

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Sains: 'Menumpang' Mereka Yang Sesat? ini dipublish oleh Unknown pada hari 04 April 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Sains: 'Menumpang' Mereka Yang Sesat?
 

0 comments:

Catat Ulasan