Mazhab Jafari samalah dengan mazhab ASWJ dari segi menjaga al-qur'an dari penyelewengan ,tetapi apa yang menghairankan ialah terdapat banyak riwayat di dalam buku-buku(hadis/karangan) sahih Ahlul s-sunnah waljamaah sendiri yang mencatatkan bahawa al-Quran telah ditambah ,dikurang dan ditukarkan... Disini antara isu yang paling serius diantara ASWJ dengan Jafari :
Jafari : Nikah mut'ah adalah harus .
syafi'e : tidak harus (al-Umm ,vii,hlm.183).
Oleh itu hukum yang dikeluarkan oleh imam syafi'e adalah menyalahi firman Allah ,( Surah an-nisa 4:24) bermaksud :'Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (kahwin mut'ah) di antara mereka,berilah kepada mereka maharnya.' Ayat ini tidak pernah dimansuhkan (al-Zamakhsyari , al-Kashsyaf ,i,hlm.190).Dan tentu sekali ianya tidak boleh dimansuhkan oleh hadis . Imam Ali a.s. berkata :"Sekiranya umar tidak melarang nikah mut'ah, nescaya tidak seorangpun berzina melainkan org yang celaka." (tafsir al-tabari,v, hlm . 9) .Oleh itu pengharaman mut'ah hanya di lakukan oleh Khalifah umar bin al-khattab dimasa pemerintahannya (al-Suyuti ,Tarikh al-Khulafa,' hlm.137) tetapi imam syafi'e berpegang kpd pendapat khalifah umar di dlm pengharaman mut'ah walaupun ianya bertentangan dengan al-qur'an .
Mazhab Jafari = Shia Ali as =Hizbullah (parti Allah)
Mazhab ASWJ =Ahlul Sunah waljamaah.
0 comments:
Catat Ulasan