الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله
Keratan Majalah " i " Mei 2011 muka surat 91
Komen 40 ribu kaki di udara : Yang ni sorang dok elok-elok bawa' kapal terbang sekarang nak jadi tukang fitnah, Ikut suka hang lah nak jadi apa !!!
Nota : '' Ahlul Bait " ialah istilah al-Qur'an, takrifnya kena tanya Al-Quran dan hadith jangan hangpa dan juga aku pandai-pandai sendiri nak maknakan ikut makna yang difahami di kampung, janganlah Abu Jahal & abu Lahab pun hangpa nak kata " Ahlul Bait " juga.
Di dalam koleksi hadits-hadits dan tafsir-tafsir Ahlus Sunnah kita akan menemui hadits-hadits yang banyak menentukan " Ahlul Bait " Rasulullah s.aw. yang mana mereka adalah lima diri yang suci.
Diantara hadits-hadits ini ialah Hadits Kisa' di dalam Sha'nu Nuzul Ayat Tathir (Al-Ahzab ayat 33 ) " Innama Yuriidullahu liyuzhiba ankumur Rijsa Ahlal Baiti Wayutahhirakum tathiira " Sesungguhnya Allah mengkehendaki untuk menghilangkan kekotoran dari kamu wahai Ahlul Bait dan mensucikan kamu sesuci-sucinya "
Ringkasannya ialah Ummul Mukminin Aisyah , Ummul Mukminin Ummu Salamah , Abu Saed Al-Khudri , Saad Abi Waqqas , Anas bin Malik , Abdullah ibni Abbas dan lain-lain telah meriwayatkan bahawa semasa turun ayat Tathir , Rasulullah s.aw. telah menyelubungi kain Kisa' keatas Ali ,Fatimah , Hasan dan Hussein a.s lalu mengangkat tangan berdoa. " Allahumma Haaula' Ahlu BaitiWa Khassati " " Ya Allah merekalah Ahlul Bait ( ahli rumah ) ku dan orang-orang khusus bagiku " " Azhib Anhumur Rijsa Wa Tahhirhum Tathiira " " Hilangkan kekotoran dari mereka dan sucikanlah sesuci sucinya "
Setelah itu turunlah ayat Tathir. Sebilangan sahabat diantaranya Ibnu Abbas , Anas bin Malik , Abu Saed Khudri dan Abul Hamra' meriwayatkan bahawa berbulan-bulan lamanya setelah turun ayat ini Rasulullah s.a.w. pada setiap lima waktu solat berdiri di muka pintu rumah Ali a.s dan Fatimah a.s menyeru : " Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa barakaatuh. Innama Yuridullahu liyuzhiba Ankumur Rijsa ... As Solah Rahimakumullah."
Tentang turunnya ayat Tathir ini Ummu Salamah berkata " Aku bertanya wahai Rasulullah! Apakah aku juga bersama mereka dan Rasulullah menjawab Innaki ila Khair ( Sesungguhnya engkau menuju kebaikan ) "
( Tarmizi , Musnad Ahmad , Mustadrat Hakim...)
Di dalam riwayat Muslim telah ditanya kepada sahabat Zaid bin Arqam , " Siapakah Ahlul Bait Rasulullah ? Apakah isteri-isteri baginda ? " Zaid bin Arqam menjawab : " Tidak demi Allah sesungguhnya isteri bersama suaminya pada suatu masa lalu suami mentalakkannya maka kembalilah ia ke rumah ayahnya dan kaumnya. Ahlul Bait baginda ialah kerabatnya yang diharamkan sedekah setelah baginda "
Muslim di dalam bab Fadhail Ali telah meriwayatkan dari Saad bin Abi Waqqas bahawa ketika Rasulullah s.a.w hendak bermubahalah dengan kaum Nasrani Najran baginda telah membawa Ali ,Fatimah , Hasan ,dan Hussein lalu bersabda " Ya Allah merekalah ahliku "
Inilah sedikit dari hadits-hadits yang keseluruhannya meyakinkan kita bahawa Ahlul Bait berada di rumah Ali dan Fatimah Zahra' dan tidak merangkumi isteri-isteri dan saudara-mara baginda yang lain.
Petua Ayt Kashmiri : Supaya hati sentiasa hampir kepada Imam Zaman a.s setiap hari membaca Ziarah " Ali Yasin " dan banyak menyebut " Ya Sahibaz Zaman Aghitsni, Ya Sahibaz Zaman Adrikni wal musta'an bika Yabnal Hasan "
"Doa untuk mazlumin di Bahrain, Gaza dan seluruh pelusuk dunia "
Solawat...pss: termasuk aku dan 600 juta yang lain yang orang tengah buat aniaya, fitnah macam-macam.
الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله
0 comments:
Catat Ulasan