Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Siapakah yang memberikan laqab Al-Ṣiddīq kepada Abu Bakar dan Al-Farūq kepada Umar?


Siapakah yang memberikan laqab Al-Ṣiddīq kepada Abu Bakar dan Al-Farūq kepada Umar?

 Menurut riwayat yang mempunyai persanadan sahih di dalam kebanyakan kitab Ahlusunnah, kedua-dua laqab mulia inimerupakan salah satu laqab Ali bin Abi Talib. Malangnya golongan Ahlusunnah berusaha supaya keutamaan ini dinukilkan untuk khalifah-khalifah lain. Beberapa riwayat tentang perkara ini adalah seperti berikut:

Kebanyakan ulama Ahlusunnah seperti Ibnu Majah Al-Qazwini telah menukilkan riwayat di dalam kitab Sunannya yangdianggap sebagai Sahih Sittah:


عَنْ عَبَّادِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ عَلِيٌّ أَنَا عَبْدُ اللَّهِ وَأَخُو رَسُولِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا الصِّدِّيقُ الْأَكْبَرُ لَا يَقُولُهَا بَعْدِي إِلَّا كَذَّابٌ صَلَّيْتُ قَبْلَ النَّاسِ بِسَبْعِ سِنِينَ .
سنن ابن ماجة ، ج1 ، ص 44 ، و البداية والنهاية ، ج3 ، ص 26 و  المستدرك ، حاكم نيشابوري ، ج3 ،  ص 112 وتلخيص آن ، تأليف ذهبي در حاشيه همان صفحه ، و تاريخ طبري ، ج2 ، ص 56 ، والكامل ، ابن الاثير ، ج2 ، ص 57 و فرائد السمطين ، حمويني ، ج 1 ص 248 و الخصائص ، نسائي ، ص 46 با سندي كه تمام روات آن ثقه هستند ، و تذكرة الخواص ، ابن جوزي ، ص 108 و ده‌ها سند ديگر .


 Daripada ʻAbbād bin ʻAbdiLlah bahawa Ali berkata: Aku adalah hamba Allah dan saudara Rasulullah(s.a.w), dan aku adalah Al-Ṣiddīq Al-Akbar. Tidak ada sesiapa pun yang digelar seperti itu setelahkukecuali pembohong. Aku solat tujuh tahun sebelum orang lain.- Sunan Ibnu Mājah, jilid 1 halaman 44; Al-Bidayah Wan Nihāyah, jilid 3 halaman 26; Al-Mustadrak, Ḥākim Nishābūrī, jilid 3 halaman 112 (sertaTalkhiṣnya yang ditulis oleh Dhahabī)); Tārīkh Ṭabārī, jilid 2 halaman 56; Al-Kāmil, Ibnu Al-Athīr, jilid 2halaman 57, Farā’id Al-Simṭayn, Al-Ḥamwaynī, jilid 1 halmaan 248; Al-Khaṣā’iṣ, Nisā’ī, halaman 46bersama seluruh persanadannya yang thīqah, Tadhkirah Al-Khawāṣ, Ibnu Jawzī, halaman 108, danpuluhan sanad yang lain.

Muaqqiq Sunan Ibnu Mājah menambah:

في الزوائد : هذا إسناد صحيح . رجاله ثقات . رواه الحاكم في المستدرك عن المنهال . وقال : صحيح على شرط الشيخين .



Di dalam Al-Zawā’id (Buṣayrī): Persanadan ini sahih, Rijalnya thiqāt, diriwayatkan oleh Al-Ḥākimdaripada Al-Minhāl, dan beliau berkata: Sahih menurut syarat Al-Bukhārī dan Muslim.

Ibnu Qutaybah Daynūrī di dalam kitab Al-Maʻārif, menulis:

 
عن معاذة بنت عبد الله العدوية سمعت علي بن أبي طالب على منبر البصرة وهو يقول أنا الصديق الأكبر آمنت قبل ان يؤمن أبو بكر وأسلمت قبل أن يسلم أبو بكر .
المعارف - ابن قتيبة - ص 169 و تهذيب الكمال - المزي - ج 12 - ص 18 – 19 و البداية والنهاية - ابن كثير - ج 7 - ص 370 و ... .



 Diriwayatkan daripada Muʻāzah binti ʻAbduLlah Al-ʻAdawiyyah: Aku telah mendengar bahawa Ali binAbi Talib berkata di atas minbar Baṣrah: Aku adalah Al-Ṣiddīq Al-Akbar, aku telah beriman sebelumAbu Bakar masuk Islam. - Al-Maʻārif, Ibnu Qutaybah, halaman 169; Tahdhib Al-Kamāl, Al-Mizzī, jilid12, halaman 18-19; Al-Bidāyah Wa Al-Nihāyah, Ibnu Kathīr, jilid 7, halaman 370, dan lain-lain lagi.

Ibnu Murdawayh Isfahānī di dalam kitab Manāqib, Fakhrul Rāzī, Al-Alūsī, Abū Ṣayyān, Jalāluddīn Sayūṭī di dalam kitabtafsirnya, Muttaqī Al-Hindī di dalam Kanz Al-ʻUmmāl, Al-Manāwī di dalam Fayḍ Al-Qādir dan lain-lain lagi menukilkan bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda:

" الصديقون ثلاثة : حبيب النجار مؤمن آل ياسين ، وحزبيل مؤمن آل فرعون ، وعلي بن أبي طالب الثالث ، وهو أفضلهم .
مناقب علي بن أبي طالب (ع) وما نزل من القرآن في علي (ع) - أبي بكر أحمد بن موسى ابن مردويه الأصفهاني - ص 331 و الجامع الصغير - جلال الدين السيوطي - ج 2 - ص 115 و كنز العمال - المتقي الهندي - ج 11 - ص 601 و فيض القدير شرح الجامع الصغير - المناوي - ج 4 - ص 313 و تفسير الرازي - الرازي - ج 27 - ص 57 و تفسير البحر المحيط - أبي حيان الأندلسي - ج 7 - ص 442 و تفسير الآلوسي - الآلوسي - ج 16 - ص 145 و تاريخ مدينة دمشق - ابن عساكر - ج 42 - ص 43 و ج 42 - ص 313 و المناقب - الموفق الخوارزمي - ص 310 و ...


Tiga orang Al-Ṣiddīq: Ḥabīb Mu’min Āl Yāsīn, Hizbīl Mu’min Āl Firʻawn dan Ali bin Abi Talib yang ke-tiga, dan beliau lebih utama di antara mereka. - Manāqib ʻAlī bin Abī Ṭālib Wa Mā Nazzala Min Al-Qur’ān Fī ʻAlī, Ibnu Murdawaih Al-Iṣfahānī, halaman 331; Al-Jāmiʻ Al-Ṣaghīr, Jalāluddīn Al-Sayūṭī,jilid 2 halaman 115, Kanz Al-ʻUmmāl, Al-Muttaqī Al-Hindī, jilid 11 halaman 601; Fayḍ Al-Qādīr SyarhAl-Jāmiʻ Al-Ṣaghīr, Al-Munāwī, jilid 4 halaman 313; Tafsīr Al-Rāzī jilid 27 halaman 57; Tafsīr Al-BaḥrAl-Muḥiṭ, Abī Ḥayyān Al-Andalusī, jilid 7 halaman 442.

 

Jikalau laqab Abu Bakar juga adalah Al-Ṣiddīq, sudah tentu Nabi (s.a.w) akan mengingatkannya dan memasukkannyasebagai empat orang Al-Ṣiddīq.
 
Menarik perhatian di sini ialah Jalāluddīn Al-Suyūṭī, seorang ahli tafsir dan ahli sastera yang terkenal di kalanganAhlusunnah, termasuk Qanduzi Al-Ḥanafī di dalam Yanābiʻ Al-Mawaddah menukilkan riwayat ini daripada kitab TārīkhAl-Bukhārī dengan sedikit perbezaan:

وأخرج البخاري في تاريخه عن ابن عباس قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم الصديقون ثلاثة حزقيل مؤمن آل فرعون وحبيب النجار صاحب آل ياسين وعلي بن أبي طالب .
الدر المنثور - جلال الدين السيوطي - ج 5 - ص 262 و ينابيع المودة لذوي القربى - القندوزي - ج 2 - ص 400


 Al-Bukhārī di dalam Tārīkhnya mengeluarkan daripada Ibnu ʻAbbās yang berkata bahawa Rasulullah(s.a.w) bersabda: Al-Ṣiddīqūn adalah tiga orang iaitu Ḥizqīl yang beriman daripada keluarga Firʻaun,Ḥabib Al-Najjār keluarga Yāsīn dan Ali bin Abi Talib. - Al-Dur Al-Manthūr, Jalāluddīn Al-Suyūṭī, jilid 5halaman 262; Yanābiʻ Al-Mawaddah Li Dhawi Al-Qurbā, Al-Qandūzī, jilid 2 halaman 400.

Malangnya apabila diselidiki berbagai naskah kitab sejarah Al-Ṣaghīr dan Tarikh Al-Kabīr, riwayat ini tidak ditemui lagi.Ini juga merupakan salah satu kezaliman yang dilakukan oleh musuh-musuh Ali bin Abi Talib dengan niat menutupkeutamaannya dari pandangan manusia sedangkan mereka lalai bahawa terdapat beberapa ulama yang telah menukilkanperkara ini.

Pengiktirafan ulama Ahlusunnah tentang rekaan dua laqab ini untuk Abu Bakar dan Umar:

Dari sisi lain, kebanyakan ulama Ahlusunnah mengakui kedua-dua laqab ini tidak sesuai dengan Abu Bakar dan Umar.Ibnu Jawzī yang merupakan salah seorang ulama besar Ahlusunnah di dalam kitab Al-Mawḍūʻāt menulis:

عن أبى الدرداء عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : «رأيت ليلة أسرى بى في العرش فرندة خضراء فيها مكتوب بنور أبيض : لا إله إلا الله محمد رسول الله أبو بكر الصديق عمر الفاروق».


 Diriwayatkan Abū Darda’bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: Di malam aku diperjalankan (isrā’ miʻraj),aku lihat di ʻarash sebuah lawh hijau yang tertulis dengan cahaya: Tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad RasuluLlah, Abu Bakar Al-Ṣiddīq, Umar Al-Farūq. -


Setelah itu beliau mengkritik riwayat tersebut dengan mengatakan:
 هذا حديث لا يصحّ ، والمتّهم به عمر بن إسماعيل قال يحيى : ليس بشئ كذّاب ، دجال ، سوء ، خبيث ، وقال النسائي والدارقطني : متروك الحديث .
الموضوعات ، ابن جوزي ، ج1 ، ص 327 .


 Hadis ini tidak sahih, dan ‘Umar bin Ismā‘īl yang dituduh memalsukannya. Yaḥyā berkata: Dia tidak adaapa-apa melainkan penipu, dajjāl, jahat, kotor, Al-Nasā’i dan Al-Darqānī berkata: Hadis ini tidak digunapakai. – Al-Mawḍū‘āt, Ibnu Jawzī, jilid 1 halaman 327.


Di tempat lain beliau menulis:
هذا باطل موضوع وعلى بن جميل كان يضع الحديث ... .
 الموضوعات ، ابن جوزي ، ج1 ، ص 336 .

 

Riwayat ini bāṭil, palsu, dicipta oleh ‘Alī bin Jamīl. - Al-Mawḍū‘āt, Ibnu Jawzī, jilid 1 halaman 336.

Di tempat lain beliau mengatakan kali ke-tiga:

 هذا حديث لا يصح عن رسول الله صلى الله عليه وسلم . وأبو بكر الصوفى ومحمد بن مجيب كذابان ، قاله يحيى بن معين .
الموضوعات ، ج1 ،‌ ص337 .


 Hadis daripada Rasulullah (s.a.w) ini tidak sahih kerana keedua-dua Abu Bakar Al-Ṣāfī danMuḥammad bin Mujīb adalah pendusta. - Al-Mawḍū‘āt, Ibnu Jawzī, jilid 1 halaman 337.

Haythamī juga menukilkan hadis tersebut dan menulis:

رواه الطبراني وفيه على بن جميل الرقى وهو ضعيف .
مجمع الزوائد ،‌ الهيثمي ،‌ ج9 ، ص58 .


 Hadis ini diriwayatkan oleh Ṭabrānī yang terdapat perawi bernama Jamīl Al-Riqqī, dan beliau adalahḍa‘īf. – Majma‘ Al-Zawā’id, Al-Haythamī, jilid 9 halaman 58.

Muttaqī Al-Hindī juga menukilkan riwayat itu dengan mengatakan:

كر وفيه محمد بن عامر كذّاب
كنز العمال ، ج13 ، ص236 .


Ibnu ‘Āsākir menukilkannya dan di dalamnya adalah Muḥammad bin ‘Āmir iaitu seorang penipu. Kanzul ‘Ummāljilid 13 halaman 236.


Ibnu Ḥibbān setelah menukilkan dua riwayat ini mengatakan:

وهذان خبران باطلان موضوعان لا شكّ فيه ، وله مثل هذا، أشياء كثيرة يطول الكتاب بذكرها .
 كتاب المجروحين ،‌ج ج2 ،‌ ص116.

 


Tidak diragukan lagi, kedua-dua riwayat ini bāṭil dan palsu. Terdapat banyak lagi riwayat seperti inijikalau menyebutnya akan memanjangkan penulisan kitab ini – Kitāb Al-Majrūhīn, jilid 2 halaman 116. 

Ibnu Ḥajar Al-‘Asqalānī dan Shamsuddīn Al-Dhahābī juga menukilkan hadis ini dengan mengatakan:

هذا باطل ، والمتهم به حسين .
ميزان الاعتدال ، ذهبي ، ج1 ،‌ ص540 و لسان الميزان ، ابن حجر ، ج2 ، ص295 .

 

Hadis ini bāṭil, Ḥusayn dituduh memalsukannya. – Mīzāb Al-I‘tidāl, Dhahābī, jilid 1 halaman 540; LisānAl-Mīzān, Ibnu Ḥajar, jilid 2 halaman 295

Selain ituIbnu Kathīr Al-Dimashqi turut berkata demikian:

فإنّه حديث ضعيف في إسناده من تكلم فيه ولا يخلو من نكارة ، والله أعلم .
البداية والنهاية ، ج7 ،‌ ص230 .


Sesungguhnya ia adalah hadis yang mempunyai persandan dhaif, barangsiapa yang berbicara dengannyamaka ia tidak akan sunyi dari kemungkaran, dan Allah Maha Mengetahui. - Al-Bidayah Wa An-Nihayah, jilid 7 halaman 230



Ahli kitab yang mula-mula menamakan ‘Umar sebagai Al-Farūq


Muḥammad bin Sa‘ad di dalam Ṭabaqāt Al-KubrāIbnu ‘Asākir di dalam Tārīkh Madinah DimashqIbnu Athīr di dalamAsad Al-GhābahMuḥammad bin Jarīr Al-Ṭabārī di dalam Tārīkhnya masing-masing menulis:

قال بن شهاب بلغنا أن أهل الكتاب كانوا أول من قال لعمر الفاروق وكان المسلمون يأثرون ذلك من قولهم ولم يبلغنا أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ذكر من ذلك شيئا .
الطبقات الكبرى - محمد بن سعد - ج 3 - ص 270 و تاريخ مدينة دمشق - ابن عساكر - ج 44 - ص 51 و تاريخ الطبري - الطبري - ج 3 - ص 267 و أسد الغابة - ابن الأثير - ج 4 - ص 57 .

 

Ibnu KaIbnu Shahāb berkata: Telah sampai kepada kami bahawa ahli kitab adalah yang golongan pertama yangmemanggil ‘Umar dengan gelaran Al-Farūq, dan umat Islam pun terpengaruh dengan kata-kata merekadan tidak pernah sampai kepada kami bahawa RasuluLlah (s.a.w) menyebut demikian sedikitpun. –Al-Ṭabaqāt Al-Kubrā, Muḥammad bin Sa‘ad, jilid 3 halaman 270; Tārīkh Madīnah Dimashq, Ibnu‘Asākir, jilid 44 halaman 51, Tārīkh Al-Tabarī, jilid 3 halaman 267; Asad Al-Ghābah, Ibnu Athīr, jilid 4halaman 57.

thīr Dimasq ketika menceritakan perihal ‘Umar bin Al-Khaṭṭab di dalam Al-Bidāyah Wa Al-Niḥāyah berkata:

عمر بن الخطاب بن نفيل بن عبد العزى ... أبو حفص العدوي ، الملقب بالفاروق قيل لقبه بذلك أهل الكتاب
البداية والنهاية - ابن كثير - ج 7 - ص 150 .


‘Umar bin Al-Khaṭṭāb bin Nufayl bin ‘Abd Al-‘Uzzā.. Abū Hafṣ Al-‘Adawiy, dengan laqab Al-Farūq,dikatakan ahli kitab yang memberikan laqab demikian.Al- Bidāyah Wa Al-Niḥāyah, Ibnu Kathīr, jilid 7 halaman 150.


Kesimpulannya, laqab Al-Ṣiddīq dikhaskan kepada Amīrul Mukminin Ali bin Abi Talib, manakala Al-Ṣiddīq yang digelaruntuk Abu Bakar hanyalah sebuah ciptaan semata-mata. Begitu juga gelaran Al-Farūq juga disabitkan untuk AmirulMukminin Ali bin Abi Talib, sedangkan gelaran tersebut juga diberikan kepada Umar bin Al-Khattab oleh ahli kitab.





Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Siapakah yang memberikan laqab Al-Ṣiddīq kepada Abu Bakar dan Al-Farūq kepada Umar? ini dipublish oleh Unknown pada hari 27 Julai 2012. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Siapakah yang memberikan laqab Al-Ṣiddīq kepada Abu Bakar dan Al-Farūq kepada Umar?
 

0 comments:

Catat Ulasan