Penghinaan Ibnu Taimiyah terhadap keluarga Rasulullah (s.a.w) [bahagian 3]
Ibnu Taimiyah dan sepemikiran dengannya berusaha sedaya upaya mengalihkan masalah ini dengan menyelewengkan fakta, iaitu menuduh hadis tersebut ditujukan kepada Ali. Oleh kerana perbahasannya adalah panjang, maka cukuplah beberapa jawapan disebutkan di sini:
1. Miswar bin Makhramah adalah musuh Amirul Mukminin:
Miswar adalah satu-satunya orang yang meriwayatkan hadis tersebut, dan tidak seorang pun sahabat lain yang menyebut perkara ini. Beliau juga merupakan salah seorang penyokong Muawiyah bin Abi Sufyan dan anggota kumpulan pemalsu hadisnya sebagaimaa yang disebut oleh Bukhari:
كان يثني ويصلي على معاوية ، قال عروة : فلم أسمع المسور ذكر معاوية إلاّ صلّى عليه .
سير أعلام النبلاء: ج3 ص 392 .
Beliau sentiasa menyebut nama Muawiyah dan berselawat ke atasnya, ʻUrwah berkata, aku tidak pernah mendengar Miswar menyebut nama Muawiyah kecuali berselawat ke atasnya. - Siyar Aʻlam An-Nubala, jilid 3 halaman 392.
Apakah kata-kata orang seperti ini tentang Amirul Mukminin mempunyai nilai dan dapat digunakan untuk berhujjah?
2. Umur Miswar tidak sesuai dengan peristiwa:
Beliau lahir pada tahun kedua Hijrah sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Hajar:
ولد بمكّة بعد الهجرة بسنتين فقدم به المدينة في عقب ذي الحجة سنة ثمان ومات سنة أربع وستين .
Miswar lahir di makkah 2 tahun setelah Hijrah, datang ke Madinah pada penghujung Zulhijjah, tahun ke-delapan, meninggal tahun enam puluh empat.
Beberapa pihak daripada Ahlusunnah mengiktiraf peristiwa pinangan anak perempuan Abu Jahal yang dikatakan kononnya terjadi di dalam tahun ke-dua Hijrah. Ini bermakna peristiwa lamaran anak perempuan Abu Jahal ini terjadi ketika Miswar bin Makhramah belum lahir ke dunia, dan enam tahun kemudian barulah ia masuk ke Madinah.
Ustaz Tawfiq Abuʻilm, merupakan salah seorang ustaz terkenal dan timbalan ketua hakim Mesir telah mengarang sebuah buku berjudul Fathimah Az-Zahra yang diterjemahkan ke dalam bahasa Parsi oleh Dr. Shadiqi di dalam mukasurat 146 menyatakan:
“Peristiwa Ali melamar anak perempuan Abu Jahal terjadi pada tahun kedua Hijrah.”
Dengan penerangan sebelumnya, bagaimanakah kata-katanya dapat diterima?
Andainya peristiwa ini juga terjadi dalam tahun kedelapan Hijrah sekalipun, Miswar bin Makhramah masih berusia enam tahun untuk menyaksikan peristiwa tersebut. Maka kata-katanya tetap tidak dapat diterima kerana terdapat pengakuan Miswar:
و أنا محتلم .
“dan aku sudah bermimpi”
Iaitu aku telah mencapai usia baligh, atau sudah boleh menikah tatkala berusia enam tahun sekaligus cuba mengesahkan ia berhak menceritakan peristiwa lamaran tersebut. Apakah kanak-kanak dapat berkata “aku sudah bermimpi”
3. Miswar berbogel di hadapan Nabi.
Kitab Ahlusunnah sendiri menjadi saksi dengan memberi keterangan jelas bahawa di zaman Rasulullah, Miswar ini belum mencapai umur baligh sehingga bertelanjang di hadapan Nabi dan orang lain. Muslim Nisyabur di dalam Sahihnya menukilkan:
“Aku mengangkut batu untuk pembinaan masjid, kain yang ku pakai tersingkap dan aku tidak mampu membetulkannya sehingga sampai kepada tempatnya. maka Rasulullah (s.a.w) bersabda:
ارْجِعْ إِلَى ثَوْبِكَ فَخُذْهُ وَلاَ تَمْشُوا عُرَاةً
صحيح مسلم: ج1 ص184، ح660، كتاب الحيض، ب19 باب الاِعْتِنَاءِ بِحِفْظِ الْعَوْرَةِ .
Kembalilah ke kainmu dan pakailah dan jangan berjalan bertelanjangan. - Sahih Muslim, jilid 1 halaman 184.
Bolehkah cerita kanak-kanak yang masih bertelanjangan di hadapan orang ramai dapat dipercayai? Bagaimana mungkin di kalangan semua sahabat dalam tahun kedelapan Hijrah, hanya Miswar sahaja yang menceritakan peristiwa ini ketika masih berusia dini serta belum tahu menutup aurat? Mengapakah para sahabat yang lain tidak menceritakan kisah ini?
4. Pengharaman menghimpunkan antara anak perempuan Rasulullah dan anak perempuan musuh Allah.
Al-Bukhari menukilkan dengan cara yang berbeza iaitu ketika Rasulullah (s.a.w) mendengar peristiwa lamaran ini, baginda pergi ke masjid dalam keadaan susah hati dan bersabda:
وَإِنَّ فَاطِمَةَ بَضْعَةٌ مِنِّي وَإِنِّي أَكْرَهُ أَنْ يَسُوءَهَا وَاللَّهِ لَا تَجْتَمِعُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبِنْتُ عَدُوِّ اللَّهِ عِنْدَ رَجُلٍ وَاحِدٍ .
صحيح البخاري - ج 4 - ص 212 – 213
Sesungguhnya Fathimah adalah sebahagian daripadaku, dan aku tidak suka dia menyakitinya. Demi Allah, tidak akan berhimpun anak puteri Rasulullah dengan anak perempuan musuh Allah di sisi seorang lelaki. - Sahih Al-Bukhari, jilid 4 halaman 212-213
Di dalam riwayat lain, dikatakan Rasulullah (s.a.w) bersabda:
إِلَّا أَنْ يُرِيدَ ابْنُ أَبِي طَالِبٍ أَنْ يُطَلِّقَ ابْنَتِي وَيَنْكِحَ ابْنَتَهُمْ فَإِنَّمَا هِيَ بَضْعَةٌ مِنِّي يُرِيبُنِي مَا أَرَابَهَا وَيُؤْذِينِي مَا آذَاهَا .
صحيح البخاري ج 6، ص 158، ح 5230، كتاب النكاح، ب 109 - باب ذَبِّ الرَّجُلِ عَنِ ابْنَتِهِ، فِي الْغَيْرَةِ وَالإِنْصَافِ و صحيح مسلم، ج 7، ص 141، ح 6201، كتاب فضائل الصحابة رضى الله تعالى عنهم، ب 15 -باب فَضَائِلِ فَاطِمَةَ بِنْتِ النَّبِيِّ عَلَيْهَا الصَّلاَةُ وَالسَّلام .
Jika Ali bin Abi Talib ingin mengambil puteri Abu Jahal, beliau hendaklah menceraikan anak perempuanku. Fathimah adalah sebahagian daripadaku, aku merasa senang dengan apa saja yang menyenangkannya dan aku merasa disakiti atas semua yang menyakitinya." - Sahih Al-Bukhari, jilid 6 halaman 158
Riwayat ini menyatakan pengharaman menikah puteri Rasulullah ketika seorang anak perempuan musuh menjadi isteri seseorang. Namun yang menjadi keanehan Uthman juga dikatakan mengamalkan poligami dengan beberapa kali menghimpunkan anak perempuan musuh dan anak perempuan Rasulullah.
Ramlah binti Syaibah, salah seorang isteri Uthman, telah dinikahinya sejak di Makkah merupakan salah seorang yang mengikuti Uthman berhijrah ke Madinah. Ibnu ʻAbdul Bar menulis tentang perkara ini:
رملة بنت شيبة بن ربيعة كانت من المهاجرات هاجرت مع زوجها عثمان بن عفان .
الاستيعاب ، ج 4 ، ص 1846 رقم 3345 .
Ramlah binti Syaibah adalah seorang yang berhijrah bersama isteri Uthman bin Affan. - Al-Istiʻab, jilid 4 halaman 1846.
Sedangkan Ramlah adalah terdiri daripada musuh-musuh Nabi (s.a.w) yang binasa ketika peperangan Badar sepertimana yang ditulis oleh Ibnu Hajar:
رملة بنت شيبة بن ربيعة بن عبد شمس العبشمية قتل أبوها يوم بدر كافرا .
الإصابة، ج 8، ص 142 - 143 رقم 11192.
Ramlah binti Syaibah bin Abdul Shams Al-ʻAbsyamiyyah, ayahnya terbunuh di hari peperangan Badar dalam keadaan kafir. - Al-Ishabah, jilid 8 halaman 142.
Dalam waktu yang sama mereka mencatatkan bahawa Ruqayyah, anak Rasulullah juga adalah isteri Uthman. Ibnu Athir di dalam Asad Al-Ghabah menulis:
ولما أسلم عثمان زوجّه رسول الله صلى الله عليه وسلم بابنته رقية وهاجرا كلاهما إلى أرض الحبشة الهجرتين ثم عاد إلى مكة وهاجر إلى المدينة .
أسد الغابة، ج 3، ص 376 .
Tatkala Uthman masuk Islam, Rasulullah (s.a.w) menikahkannya dengan anak perempuan baginda yang bernama Ruqayyah. Mereka berdua berhijrah ke bumi Habsyah sebanyak dua kali. Kemudian kembali ke Makkah dan berhijrah ke Madinah. - Asad Al-Ghabah, jilid 3 halaman 376.
Selain itu, Uthman juga turut bernikah dengan Ummul Banin binti ʻAyyinah dan Fathimah binti Walid bin ʻAbdul Sham sedangkan ayah-ayah mereka berdua juga adalah termasuk dalam golongan musuh-musuh Allah.
Andainya benar menghimpunkan anak Rasulullah dan anak musuh Allah adalah haram, mengapakah Uthman melakukan perkara yang haram? Bahkan berkali-kali mengulanginya? Jikalau tidak haram, mengapakah menurut pandangan Ahlusunnah Nabi (s.a.w) tidak memberikan izin sebegini kepada Amirul Mukminin? atau ada pihak yang ingin mengatakan bahawa Nabi (s.a.w) ingin mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah (s.w.t)? Naʻuzubillah min zalik.
5. Juwairiyah tidak pernah sama sekali memasuki Madinah.
Menurut fakta sejarah, anak Abu Jahal yang bernama Juwairiyah, yang didakwa telah dilamar oleh saiyyidina Ali, baru masuk Islam pada tahun delapan Hijrah telah berkahwin dengan ʻAttab bin Asid. Bahkan sehingga kewafatan Nabi, beliau sama sekali tidak pernah memasuki Madinah seperti mana yang diceritakan oleh Ibnu Saʻad di dalam Al-Tabaqat Al-Kubra:
لما كان يوم الفتح أسلمت أم حكيم بنت الحارث... فبايعته جويرية بنت أبي جهل بن هشام ... وتزوجّها عتاب بن أسيد بن أبي العيص بن أمية ثم تزوجها أبان بن سعيد بن العاص بن أمية فلم تلد له شيئا.
الطبقات الكبرى، ج 8، ص 261 - 262.
Di hari pembukaan kota Makkah, Ummu Hakim binti Haris masuk Islam… Juwairiyah binti Abu Jahal bin Hisham memberi baiʻat… beliau dinikahi oleh ʻAttab bin Asid bin Abi Al-ʻĪsh bin Umayyah, kemudian beliau dinikahi Aban bin Saʻīd bin Al-ʻAsh bin Umayyah, tidak pernah melahirkan anak.
Pertama: Tidak seorang pun yang menulis bahawa beliau memasuki Madinah di zaman Nabi (s.a.w) sehingga dilamar oleh Ali bin Abi Talib.
Kedua: Setelah masuk Islam, beliau langsung menjadi isteri ʻAttab bin Asid.
Maka bagaimanakah dapat diterima bahawa Amirul Mukminin yang berada di Madinah di dalam tahun kedua Hijrah atau sehingga tahun ke-delapan Hijrah telah melamar Juwairiyah? Selain itu tidak seorang pun selain Miswar dilihat meriwayatkan kisah ini?
Mengingkari kelebihan Fathimah Az-Zahra:
Ibnu Taimiyah tidak hanya menghina Fathimah Az-Zahra semata-mata, bahkan mengingkari kebanyakan perkara yang bersangkut paut dengan kelebihan Fathimah meskipun telah disepakati oleh Ahlusunnah dan Syiah.
Ibnu Taimiyah di dalam kitab Minhaj Al-Sunnah menulis:
وأما قوله : ورووا جميعا أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : يا فاطمة، إن الله يغضب لغضبك ويرضى لرضاك . فهذا كذب منه ، ما رووا هذا عن النبي صلى الله عليه وسلم ، ولا يعرف هذا في شئ من كتب الحديث المعروفة ، ولا له إسناد معروف عن النبي صلى الله عليه وسلم، لا صحيح ولا حسن .
منهاج السنة 4 / 248 .
Adapun katanya (ʻAllamah Al-Hilli): Ramai yang meriwayatkan bahawa Nabi (s.a.w) bersabda “Wahai Fathimah, sesungguhnya Allah murka dengan kemurkaanmu, dan redha dengan keredhaanmu. Ini adalah pembohongan daripadanya, mereka semua tidak meriwayatkannya daripada Nabi (s.a.w), ia tidak dikenal di dalam kitab-kitab hadis yang terkenal, tidak juga ia mempunyai sanad yang masyhur daripada Nabi (s.a.w), samada sahih atau hasan. - Minhaj Al-Sunnah, jilid 4 halaman 248.
Tetapi, sebilangan ulama besar Ahlusunnah telah pun menukilkan riwayat ini dengan sanad yang sahih, di antaranya ialah Hakim Nisyaburi:
عن على رضى اللّه عنه قال: قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وآله وسلم لفاطمة: «إنّ اللّه يغضب لغضبك، ويرضى لرضاك.
Daripada Ali radhiaLlahuanhu, beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda kepada Fathimah: Sesungguhnya Allah murka dengan kemarahanmu, dan redha dengan keredhaanmu.
Setelah menukilkan hadis tersebut, hakim Nisyaburi berkata:
هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه .
المستدرك ، ج3 ، ص153 .
Hadis ini sahih persadanannya dan mereka berdua (al-Bukhari dan Muslim) tidak pernah mengeluarkannya. - Al-Mustadrak, jilid 3 halaman 153.
Haitsami juga menukilkan hadis ini dengan mengatakan:
وإسناده حسن .
مجمع الزوائد ، ج9 ، ص 203 .
Persanadannya hasan. - Majma’ Al-Zawaid, jilid 9 halaman 203.
Begitu juga sebahagian besar ulama Ahlusunnah telah mencatatkan hadis ini di dalam kitab-kitab mereka seperti berikut:
الآحاد والمثاني الضحاك: 363/5، المعجم الكبير للطبراني: 108/1، 401/22، أسد الغابة :522/5، ذيل تاريخ بغداد: 140/2، 141/2، تهذيب الكمال: 35 / 250، ترجمة فاطمة عليها السلام، ميزان الاعتدال :492/2، الإصابة: 265/8، تهذيب التهذيب: 392/12، (441/12)، تاريخ مدينة دمشق : 156/3، الخصائص الكبرى للسيوطي: 2 / 265، سبل الهدى والرشاد للصالحي الشامي: 11/ 44، الذرية الطاهرة النبوية للدولابي: 119، نظم درر السمطين للزرندي الحنفي: 178، كنز العمال 12 / 111 رقم 34238 .
Sekarang lihatlah, siapakah yang menipu? Apakah Ibnu Taimiyah tidak membaca kitab-kitab ini atau sekadar meluahkan kebenciannya terhadap Fathimah Az-Zahra sehingga mengingkari kelebihannya.
Penghinaan terhadap Imam Husain (a.s):
Ibnu Taimiyah memberikan pandangan yang sangat luar biasa tentang sejarah kebangkitan Imam Husain dan kesyahidannya. Tidak siapa pun yang akan berani memberikan pandangan ini melainkan kelompok Bani Umayyah. Dari satu sisi, Ibnu Taimiyyah cukup setia terhadap Muawiyah dan Yazid, bukan hanya menganggap kebangkitan Imam Husain sebagai sebuah kejahatan, bahkan membela Yazid habis-habisan dengan berusaha membersihkan sejarah hitam Yazid. Antara contohnya ialah seperti berikutnya.
Beliau mengatakan kebangkitan Imam Husain (a.s) sebagai berikut:
ولم يكن في الخروج لا مصلحة دين ولا مصلحة دنيا بل تمكن أولئك الظلمة الطغاة من سبط رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى قتلوه مظلوما شهيدا وكان في خروجه وقتله من الفساد ما لم يكن حصل لو قعد في بلده فإن ما قصده من تحصيل الخير ودفع الشر لم يحصل منه شيء بل زاد الشر بخروجه وقتله ونقص الخير بذلك وصار ذلك سببا لشر عظيم وكان قتل الحسين مما أوجب الفتن كما كان قتل عثمان مما أوجب الفتن
وهذا كله مما يبين أن ما أمر به النبي صلى الله عليه وسلم من الصبر على جور الأئمة وترك قتلاهم والخروج عليهم هو أصلح الأمور للعباد في المعاش والمعاد وأن من خالف ذلك متعمدا أو مخطئا لم يحصل بفعله صلاح بل فساد
منهاج السنة ، ج4 ، ص 530 .
Keluarnya beliau bukanlah memberi kebaikan kepada agama ataupun dunia, bahkan menyebabkan mereka yang zalim dapat memberontak menentang cucu Rasulullah (s.a.w) sehinggalah beliau terbunuh secara teraniaya dan syahid. Keluarnya beliau dan pembunuhannya adalah suatu bencana yang tidak akan terjadi sekiranya beliau duduk di negerinya. Sesungguhnya niat beliau untuk menghasilkan kebaikan dan menentang kejahatan tidak membawa hasil apa-apa pun, bahkan menambahkan kejahatan apabila beliau keluar, terbunuh, lantas berkuranglah kebaikan. Inilah yang menyebabkan kejahatan menjadi besar. Pembunuhan Husain menyebabkan fitnah sepertimana pembunuhan Uthman.
Apa yang diperintahkan oleh Nabi (s.a.w) agar bersabar atas kezaliman pemimpin, meninggalkan peperangan dengan mereka dan keluar memberontak adalah memperbaiki urusan hamba di dalam kehidupan dan hari akhirat. Barangsiapa yang menyalahi perkara tersebut secara sengaja atau tersalah, maka ia tidaklah menghasilkan kerja kebajikan, bahkan menghasilkan kebinasaan. - Minhaj Al-Sunnah, jilid 4 halaman 530.
Kebencian Ibnu Taimiyah ini sampai ke satu tahap mempertikaikan keluarnya ketua pemuda syurga ini menentang Yazid. Apakah Imam Husain tidak tahu tindakannya itu sebagai satu kebaikan atau tidak?
Imam Husain sendiri telah memberikan jawapannya. Contohnya ketika beliau bertembung dengan askar Hur bin Yazid Riyahi, beliau berpidato:
يا ايها الناس إن رسول الله قال من رأي سلطانا جائرا ، مستحلا لحرم الله ، ناكسا لعهدالله ، مخالفا لسنة رسول الله ، يعمل في عباد الله بالإثم و العدوان ، فلم يغير عليه بفعل و لا قول ، كان حقا علي الله أن يدخله مدخله ، ألا و إن هؤلاء قد لزموا طاعة الشيطان ، و تركوا طاعة الرحمان ، أظهروا الفساد و عطلوا الحدود ، و أحلوا حرام الله و حرموا حلاله و أنا أحق من غير .
تاريخ طبري ، ج4 ، ص304 ، كامل ابن اثير ، ج4 ، ص48 ، الفتوح ابن اعصم ، ج5 ، ص81 .
Wahai manusia! Sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) bersabda: Barangsiapa yang melihat pemerintahan yang zalim, menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah, melanggar perintah Allah, menentang sunnah Nabi, melakukan dosa dan kezaliman di kalangan hamba Allah, maka tidak ada yang cuba bangun menentangnya dengan perbuatan dan kata-kata, maka Allah berhak memasukkannya ke dalam tempat untuk orang yang zalim, tidakkah mereka ini secara lazimnya menaati syaitan, dan meninggalkan ketaatan kepada Yang Maha Pemurah, menzahirkan kerosakan, memberhentikan hukum hudud, menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah, mengharamkan apa yang dihalalkanNya sedangkan aku lebih berhak dari yang lain (kedudukan khalifah). -Tarikh al-Tabari, jilid 4 halaman 304; Kamal Ibnu Atsir, jilid 4 halaman 48, Al-Futuh Ibnu Aʻsham, jilid 5 halaman 81.
Begitu juga ramai lagi ulama Ahlusunnah yang menukilkan kata-kata Imam Husain di karbala seperti Al-Zahabi di dalam Siyar Aʻlam Al-Nubala:
ألا ترون الحق لا يعمل به و الباطل لا يتناهي عنه ، ليرغب المؤمن في لقاء الله ، فإني لا أري الموت إلا السعادة و الحياة مع الظالمين إلا برما .
سير اعلام النبلاء ، ذهبي ، ج3 ، ص310 و تاريخ اسلام ، ذهبي ، ج5 ، ص12 و معجم كبير ، طبراني ، ج3 ، ص115 و مجمع الزوائد ، هيثمي ، ج9، ص192 و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج14، ص217 .
Tidakkah kalian tidak melihat bahawa kebenaran tidak dilaksanakan, kebatilan tidak dihentikan, supaya orang beriman berhak ingin bertemu Allah (dengan syahadahnya), sesungguhnya aku tidak melihat apa-apa pada kematian melainkan kebahagian, dan tidak ku lihat kehidupan bersama orang yang zalim kecuali aib dan tercela. - Siyar Aʻlam An-Nubala, jilid 3 halaman 310; Tarikh Islam Al-Zahabi, jilid 5 halaman 12; Muʻjam Al-Kabir Al-Tabrani, jilid 3 halaman 115; Majmaʻ Al-Zawaid Haithami, jilid 192; Tarikh Madinah Dimasqi Ibnu ʻAsakir, jilid 14 halaman 217.
Ucapan Husain bin Ali (a.s) sendiri adalah jawapan terbaik untuk pendukung Yazid seperti Ibnu Taimiyah yang mempunyai cita-cita menghidupkan sunnah jahiliyah, menghapuskan Islam hakiki dengan menggantikannya dengan Islam Abu Sufyan.
Secara jujurnya, bolehkah seseorang itu menggambarkan cucu Rasulullah bangkit begini tanpa sebarang tujuan kebaikan?
Yazid tidak pernah mengeluarkan arahan supaya Imam Husain dibunuh
Ibnu Taimiyah tanpa segan silu mengangkat Yazid secara keterlaluan sehingga mengingkari sejarah yang sudah terang. Ia cuba membersihkan sejarah hitam Yazid sehingga menyandangkan tanggung jawab pembunuhan Imam Husain kepada orang lain. Ibnu Taimiyah mengatakan:
وأما قتل الحسين فلم يأمر به ولم يرضى به بل ظهر منه التألم لقتله وذم من قتله ولم يحمل الرأس اليه وإنما حمل الى ابن زياد .
مجموع الفتاوي ، ج4 ، ص 486 .
Sesungguhnya dia (Yazid) tidak pernah mengarahkan pembunuhan Husain, dan dia tidak redha dengannya, bahkan menzahirkan rasa sakit hati dengan pembunuhannya, Yazid mencela orang yang membunuhnya dan kepala Husain tidak dibawa kepadanya melainkan hanya dibawa kepada Ibnu Ziyad. - Majmuʻ Al-Fatawa, jilid 4 halaman 484.
Peristiwa Yazid mengarahkan pembunuhan Imam Husain (a.s) merupakan sejarah yang mutawatir dan pasti. Seluruh umat Islam telah mengakui perkara ini. Ibnu ʻImad Hanbali menulis di dalam kitab Shazarat Al-Zahab sebagai berikut:
قال التفتازانى فى (شرح العقائد النفسيّة): (اتفقوا على جواز اللعن على من قتل الحسين، او امر به، او اجازه، او رضى به، والحق ان رضا يزيد بقتل الحسين واستبشاره بذلك واهانته اهل بيت رسول اللّه (ص) مما تواتر معناه وان كان تفصيله آحادا، فنحن لا نتوقف فى شانه، بل فى كفره وايمانه، لعنه اللّه عليه وعلى انصاره واعوانه) .
شذرات الذهب ، ج1، ص 68 ـ 69.
Taftazani di dalam Syarhul ʻAqaid Al-Nafsiyah: Telah disepakati laknat ke atas orang yang membunuh Husain, atau yang mengarahkannya, atau yang membolehkannya, dan yang benar ialah keredhaan Yazid ke atas pembuhan Huain, memberikan kabar gembira untuk itu dan penghinaannya terhadap Ahlul Bait Rasulullah (s.a.w) merupakan fakta yang mempunyai makna mutawatir walaupun perinciannya adalah khabar wahid, maka kami tidak berdiam diri tentangnya, bahkan tentang kekafirannya dan keimanannya, laknat Allah ke atasnya dan ke atas pembantunya serta penolongnya. - Syazarat al-Zahab, jilid 1 halaman 68-69.
Shabrawi, salah seorang ulama Ahlusunnah menulis:
ولا شك عاقل ان يزيد بن معاوية هو القاتل للحسين (رضى اللّه) لانه هو الذى ندب عبيداللّه بن زياد لقتل الحسين.
الإتحاف بحبّ الأشراف ، ص 62.
Orang yang berakal tidak syak bahawa Yazid bin Muawiyah adalah pembunuh Husain radhiallahuʻanhu, sesungguhnya dia lah yang mengajak Ubaidullah bin Ziyad untuk membunuh Husain. - Sl-ittihaf bi Hubbil Ashraf, halaman 62
Zahabi juga turut menulis tentang perkara ini di dalam Tarikh Islam:
قلت : ولما فعل يزيد باهل المدينة ما فعل وقتل الحسين وإخوته وآله ، شرب يزيد الخمر وارتكب أشياء منكرة بغضه الناس ، وخرج عليه غير واحد ، ولم يبارك الله في عمره ...
تاريخ الاسلام ، وفيات 61 - 80 ، ص 30 .
Tatkala Yazid melakukan apa yang dikehendakinya terhadap warga Madinah, dan membunuh Husain dan saudara maranya serta keluarganya, Yazid meminum arak dan melakukan apa yang tidak disukai dan dibenci orang ramai, maka tidak seorang yang keluar memeranginya, Allah juga tidak memberkati umurnya.
Ibnu Atsir turut menceritakan surat arahan pembunuhan Imam Husain oleh Yazid bin Muawiyah kepada Marwan sebagaimana yang ditulis oleh Yaʻqubi di dalam kitab tarikhnya dan Ibnu Qutaibah di dalam Al-Imamah wal Siyasah:
أشدد يدك بالحسين ، فلا يخرج حتي يبايع ، فإن أبي فاضرب عنقه.
الكامل ابن اثير، ج4، ص15 و تاريخ يعقوبي، ج2، ص241 و الإمامة و السياسه ، ص175 .
Berkeraslah terhadap Husain sehingga beliau memberi baiʻat, jikalau tidak pukullah lehernya. - Al-Kamil Ibnu Atsir, jilid 4 halaman 15; Tarikh Yaʻqubi jilid 2 halaman 241, Al-Imamah Wa Siyasah halaman 175.
Tidakkah ini satu arahan pembunuhan Imam Husain (a.s)?
Ibnu Atsir juga menulis bahawa sebahagian orang mencela Ubaidillah bin Ziyad kerana melumurkan tangannya dengan darah Imam Husain. Beliau menjawab sebagai berikut:
أما قتلي الحسين ، فإنه أشار إلي يزيد بقتله أو قتلي ، فأختار قتله .
الكامل ، ابن اثير، ج4، ص140
Aku tidak membunuh Imam Husain, sesungguhnya Yazid mengisyaratkan samada aku membunuhnya atau aku yang dibunuh, maka aku memilih untuk membunuhnya. - Al-Kamil, Ibnu Atsir, halaman 140.
Shabrawi turut berkata seperti itu di dalam kitab Al-Ittihaf Bi Hubbil Ashraf, halaman 62:
لا يشك عاقل أن يزيد بن معاويه هو قاتل الحسين ، لأنه هو الذي ندب عبيدالله بن زياد لقتل الحسين
Orang yang waras tidak syak bahawa Yazid bin Muawiyah yang membunuh Husain, kerana beliau yang mendorong Ubaidillah bin Ziyad membunuhnya.
Apakah masih dapat diragukan lagi bahawa Yazid memberi arahan untuk membunuh Imam Husain (a.s)?
Yazid mempunyai amalan baik yang menutupi kejahatannya:
فمن أين يعلم الإنسان أن يزيد أو غيره من الظلمة لم يتب من هذه أو لم تكن له حسنات ماحية تمحو ظلمة ولم يبتل بمصائب تكفر عنه وأن الله لا يغفر له ذلك ؟ مع قوله تعالى إن الله لا يغفر أن يشرك به ويغفر ما دون ذلك لمن يشاء .
منهاج السنة ، ج 2 ، ص252 .
Dari mana manusia mengetahui bahawa Yazid atau selain daripadanya adalah orang yang zalim, yang tidak pernah bertaubat daripada perkara ini, atau tidak mempunyai amalan baik yang memadam kezaliman, atau maksiat yang kelihatan belum dikifarahkan dan Allah tidak mengampuninya? Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang melakukan syirik dan mengampuni sesiapapun selain daripada itu. - Minhaj Al-Sunnah jilid 2 halaman 252.
Ini adalah sebahagian kecil penghinaan dan kebiadapan Ibnu taimiyah terhadap keluarga Rasulullah, selaku pengasas pemikiran Wahabi. Sekarang mari kita teliti makna Nasibi melalui lisan Hasan bin Farhan Al-Maliki dan penilaiannya diserahkan kepada pembaca sekalian.
النصب فهو كل انحراف عن على واهل البيت سواء بلعنه أو تفسيقه ، كما كان يفعل بعض بنى أمية أو بالتقليل من فضائله كما يفعل محبّوهم أو تضعيف الأحاديث الصحيحة في فضله أو عدم تصويبه في حروبه أو التشكيك فى شرعيّة خلافته وبيعته أو المبالغة فى مدح خصومه ، فهذا وأمثاله هو النصب .
نحو إنقاذ التاريخ الإسلامي ، ص 298، الناشر مؤسسة اليمامة الصحفيّة ، الاردن ، ط. 1418 هجرية .
Al-Nashb ialah setiap penyelewengan tentang Ali dan Ahlul Bait samada dengan melaknatnya atau menganggapnya sebagai fasik, seperti mana yang dilakukan oleh Bani Umayyah, atau dengan mengurangkan kelebihan-kelebihan mereka seperti yang dilakukan oleh pencinta Bani Umayyah, atau pun mendhaifkan hadis-hadis sahih tentang kelebihannya, atau juga menganggap Ali tersalah dalam peperangannya, atau syak terhadap kekhalifahan dan baiʻahnya secara syarʻi, atau keterlaluan di dalam memuji musuhnya, maka inilah contoh-contoh Al-Nashb.

0 comments:
Catat Ulasan