Ayatullah Husaini Qazwini;
Jawapan kepada syubhat pembunuhan Uthman
|
- Jawapan kepada syubhat pembunuhan Uthman
Saluran Satelit Salam
Tarikh 31 / 02 / 88
Yasini:
Mengenai kontroversi yang dicetuskan oleh Al-Kalbani, tindak balas pengikut Syiah tentang ucapan-ucapannya telah menyebabkan ia menyatakan rasa terkejut sambil berkata berulang-ulang kali: “Syiah Kafir, saya benar-benar terkejut mengapakah Syiah dengan anehnya mentakwilkan perkara ini. Kekafiran Syiah bukanlah satu perkara yang baru, ulama Ahlusunnah dan Khulafa rashidin mengkafirkan sesiapa yang masuk Syiah”. Tolong terangkan perkara ini:
Husaini Qazwini:
Al-Kalbani berkata daripada dirinya sendiri, dengan menganggap amalan Syiah adalah kafir dan mendakwa pembesar Ahlusunnah juga menganggap Syiah adalah kafir. Penonton pun tahu bahawa ini adalah tohmahan yang buruk dan jelas pembohongannya. Mereka ini percaya bahawa Syiah telah diasaskan di zaman Uthman, tapi beliau mengatakan pula Syiah dikafirkan oleh khulafa Al-Rashidin. Beliau juga tidak berdaya membawa rujukan Syiah daripada Khulafa Al-Rashidin walaupun satu ayat.
Yasini:
Wahabi menganggap Abdullah bin Saba adalah pengasas mazhab Syiah, sebagai tambahan memburuk-burukkan dan menghina Syiah, mereka menganggap kematian Uthman adalah di tangan Abdullah bin Saba.
Di dalam perbahasan yang lalu, kita telah membuktikan bahawa stimulasi pembunuhan Uthman bukan orang lain lagi melainkan sahabat sendiri. Adakah kitab-kitab Ahlusunnah menyebut bahawa para sahabat tetap masuk campur di dalam pembunuhan Uthman?
Ayatullah Husaini Qazwini:
Golongan Wahabi menekankan pengasas mazhab Syiah ialah Abdullah bin Saba, dan stimulasi ini telah kita bicarakan kerana mereka terkejut dengan peristiwa-peristiwa para sahabat di dalam Islam. Peristiwa-peristiwa ini mempertikaikan keadilan dan kesucian para sahabat di mana mereka melonggokkan dalih-dalih untuk menutupnya. Kerana itu mereka mengatakan peristiwa stimulasi pembunuhan Uthman (sebenarnya para sahabat yang memainkan peranan utama) ialah Abdullah bin Saba.
Dengan ini kami mengatakan jikalau Abdullah bin Saba mempunyai kekuatan mengerahkan ribuan para sahabat dan mempengaruhi berpuluh ilmuan, sudah tentu para sahabat ini tidak dapat dijadikan rujukan.
Beberapa noktah daripada Tarikh Tabari dan al-Kamil Ibnu Athir telah kami sebutkan sebelum ini sebagai contoh di mana sahabat menulis surat, menjemput semua sahabat keluar dari Madinah untuk bangun sehingga pada detik akhirnya, mereka turut mengepung rumah Uthman agar beliau terbunuh.
Dalam pertemuan sebelum ini, kita membawakan beberapa noktah daripada sumber Ahlusunnah di mana tuntutan darah Uthman dijadikan dalih, manakala salah seorang pemilik panji perang Jamal turut termasuk sebagai salah seorang yang menjadi perancang utama pembunuhan Uthman.
Namun, apakah Zubair turut terlibat dalam pembunuhan Uthman? Tarikh Ya’qubi jilid 2 halaman 175 menyatakan:
و كان أكثر من يؤلب عليه طلحة و الزبير و عائشة.
Yang banyak menggerakkan orang menentang Uthman ialah Talhah, Zubair dan ‘Aisyah.
Ibnu Hajar Al-‘Asqalani menukilkan daripada Mutarraf bin Abdullah yang berkata:
قلنا للزبير يعني في قصة الجمل: يا أبا عبد الله! ما جاء بكم ضيعتم الخليفة الذي قتل يعني عثمان بالمدينة ثم جئتم تطلبون بدمه يعني بالبصرة؟ فقال الزبير: أنا قرأنا على عهد رسول الله صلى الله عليه و سلم: «و اتقوا فتنة لا تصيبن الذين ظلموا منكم خاصة» لم نكن نحسب أنا أهلها حتى وقعت منا حيث وقعت.
فتح الباري لإبن حجر، ج13، ص2 ـ تاريخ الإسلام للذهبي، ج3، ص504 ـ مسند احمد، ج1، ص165 ـ تفسير ابن كثير، ج2، ص311 ـ شواهد التنزيل للحاكم الحسكاني، ج1، ص274 ـ الدر المنثور للسيوطي، ج3، ص177 - إمتاع الأسماع للمقريزي، ج13، ص222 ـ فتح القدير للشوكاني، ج2، ص300
Kami bertanya kepada Zubair di dalam kisah peperangan Jamal: Wahai Aba Abdillah! apa yang menyebabkan kalian membinasakan Khalifah yang terbunuh di Madinah iaitu Uthman, kemudian kalian menuntut darahnya di Bashrah? Zubair pun berkata, “Sesungguhnya kami membaca di zaman Rasulullah (s.a.w):
«و اتقوا فتنة لا تصيبن الذين ظلموا منكم خاصة»
Dan jagalah diri kamu daripada dosa yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus”. – Al-Anfal ayat 25
Kami tidak menyangka bahawa kami juga termasuk di dalam ayat ini sehingga terjadi daripada kami apa yang telah terjadi.
– Fathul Bari Li Ibnu Hajar, jilid 13 halaman 2
- Tarikh Islam Li Az-Zahabi, jilid 3 halaman 504
- Musnad Ahmad, jilid 1 halaman 165
- Tafsir Ibnu Kathir, jilid 2 halaman 311
- Shawahid Al-Tanzil, jilid 2 halaman 311
- Al-Durrul Manthur, jilid 3 halaman 177
- Imta’ Al-Asma’ Lil Maqrizi, jilid 13 halaman 222
- Fathul Qadir Lil Shaukani, jilid 2 halaman 300
Ibnu A’tham di dalam kitab Al-Futuh mengatakan:
و أقبل طلحة و الزبير حتى دخلا على عثمان... ، قال الزبير: فلم استعملت الوليد بن عقبة على الكوفة؟ قال عثمان: استعملته كما استعمل عمر بن الخطاب عمرو بن العاص والمغيرة بن شعبة ، ... ، قال: فلم تشتم أصحاب رسول الله صلى الله عليه و سلم و لست بخير منهم؟ قال عثمان: أما أنت فلست أشتمك و من شتمته فما كان به عجز عن شتمي، فقال: مالك و لعبد الله بن مسعود هجرت قراءته و أمرت بدوس بطنه، ... ، فما لك و لعمار بن ياسر أمرت بدوس بطنه حتى أصابه الفتق؟ ... ، فما لك و لأبي ذر حبيب رسول الله صلى الله عليه و سلم، سيرته حتى مات غريبا طريدا؟ ... فقال الزبير: يا عثمان! إن هذه الاحداث التي عددتها عليك هي أقل أحداثك و لو شئت أن أرد عليك جميع ما تحتج به لفعلت و أراك تقرأ صحيفتك من حيث تريد و أخاف عليك يوما له ما بعده من الأيام.
كتاب الفتوح لإبن أعثم الكوفي، ج2، ص393
Telah datang Talhah dan Zubair ke rumah Uthman… Zubair berkata: Mengapakah engkau mengangkat Al-Walid bin ‘Uqaibah (seorang yang rosak dan peminum arak) sebagai gabenor Kufah? Uthman mengatakan: Aku menjadikannya gabenor seperti mana Umar menjadikan Amru bin ‘Ash dan Mughirah bin Shu’bah… Zubair mengatakan: Mengapakah engkau menghina sahabat nabi? Apakah engkau lebih baik daripada mereka? Uthman berkata: Saya tidak menghina kamu, dan setiap orang yang saya hina, berhak dihina lebih dari penghinaanku. Zubair berkata: Mengapa engkau mengarahkan Abdullah Ibnu Mas’ud dipencilkan dalam masyarakat? dan melarang bacaan Abdullah Ibnu Mas’ud di dalam masyarakat? mengapa engkau arahkan supaya perut Ammar bin Yasir diterajang sehingga burut?... Mengapa engkau membuang negeri Abu Zar, orang yang Rasul kasihi sehingga ia mati di tempat terpencil?... Zubair mengatakan: Wahai Uthman! Bid’ah yang aku lakukan ini terlalu sedikit berbanding dengan yang engkau lakukan. Jikalau aku mahu, aku akan bicarakan semua kesalahan kau, bacalah kembali kes engkau, aku takut sampai keesokan hari, engkau tak mampu memberikan reaksi lagi.
- Kitab Al-Futuh Li Ibnu A’tham Al-Kufi, jilid 2 halaman 393.
Yasini:
Apakah Muawiyah turut terlibat di dalam komplot pembunuhan Uthman?
Husaini Qazwini:
Noktah ini sungguh halus, mungkin ramai pemuda tertama daripada kalangan Ahlusunnah merupakan perkara baru. Namun saya berpesan kepada pendengar yang dimuliakan, bukti-bukti yang saya berikan, tolong ingat dan rujuk kembali. Andainya pendengar dapat membuktikan salah satu daripada bukti-bukti yang saya maklumkan ini palsu, saya izinkan secara rasmi dalam saluran ini, saya menuntut maaf dan ampun, saya mengistiharkan bahawa saya tersilap.
Tentang komplot membunuh Uthman, Ibnu Qutaibah di dalam kitab Al-Imamah Wa Al-Siyasah menulis:
و كتب إلى أهل الشام عامة و إلى معاوية و أهل دمشق خاصة: ... فيا غوثاه يا غوثاه و لا أمير عليكم دوني، فالعجل العجل يا معاوية و أدرك ثم أدرك و ما أراك تدرك.
الإمامة و السياسة لإبن قتيبة الدينوري، تحقيق الشيري، ج1، ص54
Uthman menulis khusus kepada warga Sham, Muawiyah dan warga Damsyiq:… Bantulah aku! Bantulah aku! Tidak ada pemerintah anda kecualiku. Segeralah! Segeralah! Wahai Muawiyah bantulah aku!
Di dalam Tarikh Ya’qubi jilid 2 halaman 175, Muawiyah bersama 12 ribu askar berangkat ke Madinah untuk membantu Uthman. Apabila sudah sampai 30 kilometer ke Madinah, askarnya berhenti supaya beluai sendiri datang ke Madinah untuk mengambil berita. Apabila tiba di Madinah, Uthman bertanya kepadanya: Wahai Muawiyah! di manakan pasukan kamu? Muawiyah menjawab: Aku datang untuk supaya mendapatkan khabar apa yang terjadi di Madinah. Uthman berkata: Aku sudha menulis surat kepadamu dan telah ku ceritakan apa yang terjadi…
Setelah bertengkar, Uthman berkata:
لا والله و لكنك أردت أن أقتل فتقول: أنا ولي الثأر. إرجع، فجئني بالناس! فرجع، فلم يعد إليه حتى قتل.
Demi Allah! Engkau berhasrat aku dibunuh sambil engkau berdalih: Aku pemimpin pemberontakan menuntut bela. Pulanglah dan datang lagi dengan askar kepadaku! Muawiyah tidak kembali sehingga Uthman dibunuh.
Bilazari di dalam kitab Ansabul Ashraf, jilid 6 halaman 188, Ibnu Syabah di dalam Tarikh Al-Madinah jilid 4 halaman 1289 menukilkan bahawa Yazid bin Asad berkata: Muawiyah membawa pasukan askar yang kecil dari Sham namun tidak ke Madinah, ia bertangguh di tengah jalan kerana:
و إنما صنع ذلك معاوية ليقتل عثمان، فيدعو إلى نفسه.
Muawiyah inginkan Uthman terbunuh supaya dapat menyeru orang ramai memberi bai’ah kepadanya.
Tabari mengatakan di dalam tarikhnya, daripada Shabath bin Rib’i yang berkata kepada Muawiyah:
و قد علمنا أن قد أبطأت عنه بالنصر و أحببت له القتل لهذه المنزلة التي أصبحت تطلب.
تاريخ الطبري، ج3، ص570 ـ کامل لإبن الأثير، ج3، ص286
Kami tahu, kamu telah berlengah-lengah dalam membantu Uthman dan kamu suka ia dibunuh. Dengan ini engkau dapat menuntut kedudukan.
- Tarikh Al-Tabari, jilid 3 halaman 570
- Kamil Li Ibnu Athir jilid 4 halaman 286
Abul Tufail adalah salah seorang sahabat telah berdialog dengan Muawiyah. Muawiyah berkata kepadanya: Abul Tufail berkata:
ما منعك من نصره أو تربصت به ريب المنون و كنت في أهل الشام و كلهم تابع لك فيما تريد؟ قال معاوية: أو ما ترى طلبي بدمه؟ قال: بلى، و لكنك كما قال أخو جعفي:
لا ألفينك بعد الموت تندبني و فى حياتي ما زودتني زادي
أسد الغابة لإبن الأثير، ج5، ص234 ـ الإستيعاب لإبن عبد البر، ج4، ص1697 ـ تاريخ مدينة دمشق لإبن عساكر، ج26، ص116 ـ الامامة و السياسة لإبن قتيبة الدينوري، تحقيق الشيري، ج1، ص215
Apa yang menyebabkan engkau tidak membantunya? Engkau telah berada di Sham dan semua orang mengikutimu? Muawiyah berkata: Tidakkah engkau melihat aku menuntut bela darahnya? Abu Tufail berkata: Bahkan iya, namun seperti yang dikatakan Akhu Ja’fi: Ketika aku masih hidup, engkau tidak pernah datang menziarahiku. Namun setelah aku mati, engkau berteriak.
- Asadul Ghabah Li Ibnu Al-Athir, jilid 5 halaman 234.
- Al-Isti’ab Li Ibnu Abdul Bar, jilid 4 halaman 1697
- Tarikh Madinah Dimashq Li Ibnu Asakir, jilid 26 halaman 116
- Al-Imamah Wal Siyasah Li Ibnu Qutaibah Al-Dainuri, jilid 1 halaman 215
Ini bermaksud ia tidak menunjukkan reaksi di zaman hidupnya Uthman. Namun hari ini ia berteriak oh Mazlumnya!
Begitu juga pertemuan antara Amru bin Ash dan Muawiyah. Amru bin Ash berkata kepada Muawiyah: Engkaulah sebenarnya pembunuh Uthman.
أنساب الأشراف للبلاذري، ص288 ـ الإمامة و السياسة لإبن قتيبة الدينوري، تحقيق الزيني، ج1، ص88
- Anssabul Ashraf Lil Bilazari, halaman 288.
- Al-Imamah Wal Siyasah Li Ibnu Qutaibah Al-Dainuri jilid 1 halaman 88
Amirul Mukminin di dalam Nahjul Balaghah beberapa tempat mengatakan: Wahai Muawiyah! Engkaulah sebenarnya pembunuh Uthman, maka
فأما إكثارك الحجاج في عثمان و قتلته، فإنك إنما نصرت عثمان حيث كان النصر لك و خذلته حيث كان النصر له.
نهجالبلاغه، نامه37
Pada hari yang engkau sepatutnya engkau membantu Uthman, engkau tidak menolongnya.
- Nahjul Balaghah, surat ke 37
فوالله ما قتل ابن عمك غيرك.
العقد الفريد، ج3، ص333
Demi Allah, tidak ada orang yang membunuh pakcikmu (Uthman) kecuali engkau.
- Al-‘Aqdul Farid, jilid 3 halaman 333
Amirul Mukminin di dalam Nahjul Balaghah berkata:
و لعمري! ما قتله غيرک.
نهجالبلاغه، نامه10 ـ شرح نهج البلاغة لإبن أبي الحديد، ج15، ص84
Demi usiaku! tiada bukan orang lain yang membunuhnya kecuali engkau.
- Nahjul Balaghah, surat ke 10
- Syarah Ibnu Abil Hadid, jilid 15 halaman 84
Iaitu engkau datang berlengah dan orang pun datang membunuh Uthman.
Yasini:
Telah menjadi masyhur, yang berkaitan dengan pembunuhan Uthman ini, Muawiyah dan beberapa orang sahabat memanipulasi alasan ini. Apakah perkara ini ada di dalam kitab Ahlusunnah atau tidak?
Husaini Qazwini:
Sumber-sumber Ahlusunnah sarat dengan perkara ini. Jika kita ingin membincangkan perkara yang berkaitan, kita perlukan beberapa acara yang lain supaya masalah ini jelas bagi orang ramai. Namun saya akan berbicara beberapa hakikatnya dan Insyallah pada suatu hari nanti kita akan bincang secara terperinci, saya akan bawa subjeknya.
Pertamanya Amru bin Hamiq (عمرو بن حَمِق), salah seorang yang menyertai dalam pembunuhan Uthman, beliau seorang sahabat besar Nabi (s.a.w), ‘Amru bin Hamq telah masuk Islam dalam tahun Haji Wida’ atau setelah Hudaibiyah, dan perkara ini adalah ikhtilaf.
أسد الغابة، ج4، ص100 - الإصابة، ج4، ص514
- Asadul Ghabah, jilid 4 halaman 100
- Al-Ishabah, jilid 4 halaman 514
(Musnad Ibnu Hanbal, Sunan Al-Kubra Lil Baihaqi dan Mustadrak Ala Sahihain Al-Hakim memanggil Amru bin Hamiq dengan Radiallahuanhu- pntj)
Terdapat di dalam sumber-sumber Ahlusunnah:
و أما عمرو بن الحمق فوثب على عثمان فجلس على صدره و به رمق فطعنه تسع طعنات و قال أما ثلاث منهن فإني طعنتهن لله و أما ست فإني طعنت إياهن لما كان في صدري عليه.
الطبقات الكبرى لإبن سعد، ج3، ص74 ـ تاريخ مدينة دمشق لإبن عساكر، ج39، ص409 ـ تاريخ الطبري، ج3، ص424 ـ البداية و النهاية لإبن كثير، ج7، ص207 ـ الكامل في التاريخ لإبن الأثير، ج3، ص179
Amr bin Hamiq melompat ke dada Uthman dan pada saat itu beliau menghembuskan nafas yang terakhir lalu ia menikam Uthman dengan sembilan tikaman seraya berkata “Adapun tiga tikaman kerana Allah dan enam tikaman kerana dendam di dalam dadaku”.
- Al-Tabaqat Al-Kubra Li Ibnu Sa’ad, jilid 3 halaman 74
- Tarikh Madinah Dimashq Li Ibnu Asakir, jilid39 halaman 409
- Tarikh Al-Tabari, jilid 3 halaman 424
- Al-Bidayah Wal Nihayah Li Ibnu Kathir, jilid 7 halaman 207
- Al-Kamil Fi Al-Tarikh Li Ibnu Athir, jilid 3 halaman 179
Tarikh Tabari menulis tentang perkara ini:
Muawiyah memberi arahan supaya ‘Amru bin Hamq ditangkap dan berkata kepada ejennya:
فاطعنه تسع طعنات كما طعن عثمان، فأخرج فطعن تسع طعنات، فمات في الأولى منهن أو الثانية.
تاريخ الطبري، ج4، ص197 ـ تاريخ مدينة دمشق، ج45، ص499 ـ الكامل في التاريخ لإبن الأثير، ج3، ص477
Tikamlah dia sembilan tikaman sepertimana dia menikam Uthman, maka ia ditikam Sembilan tikaman, matilah ia di saat tikaman pertama atau ke-dua.
– Tarikh Al-Tabari, jilid 4 halaman 197
- Tarikh Madinah Dimashq, jilid 45 halaman 499
- Al-Kamil Fi Tarikh Li Ibnu Al-Athir, jilid 3 halaman 477
Sya’bi salah seorang ahli Fikah Ahlusunnah berkata:
أول رأس حمل في الإسلام رأس عمرو بن الحمق.
الطبقات الكبرى لإبن سعد، ج6، ص25 ـ الكامل في التاريخ لإبن الأثير، ج4، ص83 ـ أسد الغابة لإبن الأثير، ج4، ص101 ـ أنساب الأشراف، ج5، ص282 ـ تاريخ الإسلام للذهبي، ج4، ص88 ـ تهذيب الکمال للمزي، ج21، ص597 ـ التاريخ الصغير للبخاري، ج1، ص131 ـ تاريخ مدينة دمشق لإبن عساكر، ج45، ص503 ـ الإستيعاب لإبن عبد البر، ج3، ص1174 ـ المصنف لإبن أبي شيبة، ج8، ص357 ـ الثقات لإبن حبان، ج3، ص275 ـ كتاب الأوائل للطبراني، ص107 ـ المنتخب من ذيل المذيل للطبري، ص46
Kepala yang pertama dalam Islam yang diarak (ke kota-kota) ialah ‘Amru bin Al-Hamq.
- Tabaqat Al-Kubra Li Ibnu Sa’d, jilid ke-6 halaman 25
- Al-Kamil Fi Tarikh Li Ibnu Al-Athir jilid 4 halaman 83
- Asad Al-Ghabah Li Ibnu Al-Athir jilid 4 halaman 101
- Ansab Al-Ashraf jilid 5 halaman 282
- Tarikh Al-Islam Li Zahabi, jilid 4 halaman 88
- Tahzib Al-Kamal Lil Mazi jilid 21 halaman 597
- Al-Tarikh Al-Shaghir Lil Bukhari, jilid 1 halaman 131
- Tarikh Madinah Li Ibnu Asakir jilid 45 halaman 503
- Al-Isti’ab Li Ibnu Abd Bar jilid 3 halaman 1174
- Al-Mushannaf Li Ibnu Abi Syaibah jilid 8 halaman 357
- Al-Thiqat Li Ibnu Habban jilid 3 halaman 275
- Kitab Al-Awail Lil-Tabrani halaman 107
-Al-Muntakhab Min Zail Al-Muzail Lil Tabari halaman 46
Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata:
Kepalanya (‘Amru bin Hamiq) dibawa kepada Muawiyah
و بعث برأسه إلي معاويه.
تهذيب التهذيب، ج8، ص22
Tahzib al-Tahzib jilid 8 halaman 22
Ibnu Kathir Dimashqi berkata:
فكان أول رأس طيف به.
البداية و النهاية لإبن كثير، ج8، ص52
Ia adalah kepala (‘Amru bin Hamq) yang pertama diarak. - Al-Bidayah Wal Nihayah, Li Ibnu Kathir, jilid 8 halaman 52.
Ibnu Athir dan Ibnu Kathir berkata:
Isteri ‘Umaru bin Hamq (Aminah binti Syarid) dipenjarakan, ketika kepala suaminya dibawa ke Sham, Muawiyah memberi arahan supaya kepala tersebut diletakkan di hadapannya.
حتي وجه إليها رأس عمرو بن حمق، فألقي في حجرها، فارتاعت لذلك، ثم وضعته في حجرها و وضعت كفها على جبينه، ثم لثمت فاه، ثم قالت: غيبتموه عني طويلا ثم أهديتموه إلي قتيلا، فأهلا بها من هدية.
اسد الغابة لإبن الأثير، ج4، ص101 ـ البداية و النهاية لإبن كثير، ج8، ص52 ـ تاريخ مدينه دمشق لإبن عساکر، ج69، ص40
Apabila kepala Amru bin Hamq dibawa kepadanya, beliau terkejut dan meletakkan tangannya di dahi (kepala ‘Amru) dan membersihkan bibirnya dan berkata: Lama sekali ia jauh dariku, kemudian mereka menghadiahkan kepadaku setelah dibunuh. Maka selamat datanglah hadiah.
- Asadul Ghabah Li iBnu Al-Athir, jilid 4 halaman 101,
- Al-Bidayah Wal Nihayah Li Ibnu Kathir jilid 8 halaman 52
- Tarikh Madinah Dimashq Li Ibnu ‘Asakir jilid 69 halaman 40
Yang kedua ialah Abdul Rahman bin Udais (عبد الرحمن بن عُدِيْس), turut terlibat di dalam pembunuhan Uthman. Muawiyah mengarahkan beliau ditangkap di wilayah Ba’labak dan dibunuh kerana menyebabkan kematian Uthman. – Tarikh Madinah Dimashq Li Ibnu Asakir, jilid 35 halaman 108.
Yang ke-tiga ialah Muhammad Bin Abi Huzaifah (محمد بن أبي حذيفة). Beliau adalah di antara pembunuh Uthman dan para sahabat nabi. Muawiyah memberikan arahan supaya beliau dibunuh kerana menyebabkan kematian Uthman. – Al-Ishabah Li Ibnu Hajar, jilid 6 halaman 9.
Kita mempunyai beberapa contoh yang lain tentang perkara ini di mana Muawiyah adalah antara orang yang bersekongkol di dalam pembunuhan Uthman. Setelah itu mengarahkan pula mereka ini ditangkap dan dibunuh.
Yasini:
Pembunuhan Uthman mempunyai mukadimah dan penutup yang banyak, manakala ramai individu yang terlibat di dalamnya. Siapakah yang pertama mula memprotes Uthman?
Husaini Qazwini:
Salah seorang sahabat nabi dan juga ahli Badar yang bernama Habalah bin Umaru Sha’idi, pada suatu hari duduk dan datanglah Uthman melintas. Di tangan sahabat nabi ini ada rantai dan beliau berkata:
“Demi Allah! suatu hari nanti rantai ini akan tergantung di tengkukmu; melainkan engkau singkirkan semua jenayah”. Uthman menjawab:
أي بطانة فوالله إني لأتخير الناس، فقال: مروان تخيرته و معاوية تخيرته و عبد الله ابن عامر بن كريز تخيرته و عبد الله بن سعد تخيرته، منهم من نزل القرآن بدمه و أباح رسول الله صلى الله عليه و سلم دمه، قال: فانصرف عثمان فما زال الناس مجترئين عليه إلى هذا اليوم.
تاريخ الطبري، ج3، ص400 ـ البداية و النهاية لإبن كثير، ج7، ص197
Demi Allah, aku telah memilih orang yang terbaik daripada kalangan manusia. Habalah bin ‘Amru: Engkau telah memilih Marwan, Muawiyah, Abdullah bin ‘Amir, Abdullah bin Sa’ad. Al-Quran telah menghalalkan penumpahan darah mereka. Rasulullah juga menghalalkan darah mereka. Uthman pun pergi dan orang ramai menjadi berani (memprotes) ke atasnya.
- Tarikh Al-Tabari, jilid 3 halaman 400.
- Albidayah Wal Nihayah Li Ibnu Kathir, jilid 7 halaman 197.
Antaranya ialah Habalah bin ‘Umaru juga:
لما أرادوا دفن عثمان فانتهوا إلى البقيع فمنعهم من دفنه جبلة بن عمرو الساعدي فانطلقوا إلى حش كوكب
الإصابة لإبن حجر، ج1، ص566
Tatkala mereka ingin mengkebumikan Uthman di perkuburan Baqi’, Habalah bin ‘Umaru menghalang mereka dari menguburinya. Mereka pun bertolak ke Hash Kaukab (Perkuburan Yahudi).
- Al-Isabah Li Ibnu Hajar, jilid 1 halaman 566
Yasini:
Salah satu perkara yang terdapat di dalam sumber Ahlusunnah khususnya tentang Uthman. Iaitu beliau menganggap warga Madinah sebagai kafir dan mengutuk para sahabat. Tolong terangkan kesahihan perkara ini.
Husaini Qazwini:
Perkara ini terdapat di dalam Tarikh Tabari, iaitu menukilkan ceritera Abdullah Bin Saba, Uthman menulis surat kepada Muawiyah:
بسم الله الرحمن الرحيم أما بعد فإن أهل المدينة قد كفروا و أخلفوا الطاعة و نكثوا البيعة.
تاريخ الطبري، ج3، ص402
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, adapun dengan ini, sesungguhnya warga Madinah telah Kafir, tidak taat dan mengingkari bai’ah.
- Tarikh Tabari, Jilid 3 halaman 402
Tentang kutukan Uthman, Ibnu Sa’ad menceritakan di dalam Al-Tabaqat Al-Kubra, ketika orang awam mengepung Uthman, ia berkata:
يا قوم! لا تقتلوني، فإني وال و أخ مسلم، فلما أبوا، قال: اللهم أحصهم عددا و اقتلهم بددا و لا تبق منهم أحدا.
الطبقات الکبري لإبن سعد، ج3، ص67
Wahai kaum! Janganlah kalian membunuhku, sesungguhnya aku ketua dan saudara seislam. Tatkala orang awam ingin membunuhnya, Uthman menghina sahabat: Ya Allah, turunkanlah bala ke atas mereka, bunuhlah mereka dengan seburuk-buruk kematian, janganlah mereka ini kekal hidup walau seorang pun.
- Al-Tabaqat Al-Kubra Li Ibnu Sa’ad, jilid 3 halaman 67.
Ahli Tafsir Mujahid, salah seorang ulama Ahlusunnah berkata, gara-gara kutukan Uthman kepada sahabat:
فقتل الله منهم من قتل في الفتنة و بعث يزيد إلى أهل المدينة عشرين ألفا فأباحوا المدينة ثلاثا يصنعون ما شاؤوا.
الطبقات الکبري لإبن سعد، ج3، ص68 ـ كنز العمال للمتقي الهندي، ج13، ص86
Allah membunuh mereka (sahabat), Yazid mengirim dua puluh ribu askar kepada warga Madinah, mereka membolehkan (pembunuhan dan pemerkosaan) selama tiga malam tiga hari untuk melakukan apa sahaja yang mereka inginkan.
– Al-Tabaqat Al-Kubra Li Ibnu Sa’ad, jilid 3 halaman 68.
- Kanzul Ummal Li Muttaqi Al-Hindi, jilid 13 halaman 86
Ibnu Kathir berkata, dalam serangan askar Yazid ke atas Madinah, tujuh ratus orang daripada golongan Muhajirin dan Ansar dibunuh. Orang awam yang dibunuh pula ialah sepuluh ribu orang dan dalam tahun itu juga, hasil pemerkosaan tentera Yazid:
ولدت ألف إمرأة من اهل المدينة بعد وقعة الحرة من غير زوج.
البداية و النهاية لإبن كثير، ج8، ص241
Seribu wanita melahirkan anak tanpa bernikah setelah peristiwa Al-Harrah.
- Al-Bidayah Wal Nihayah Li Ibnu Kathir, jilid 8 halaman 241.
Saya rasa hal ini agak lucu untuk para pendengar malam ini, iaitu Uthman mengutuk dan Allah mendesak Yazid menyerang sehingga tujuh ratus orang dari golongan Muhajirin dan Ansar dibunuh, dan juga kehormatan wanita dicabul.
Yang dihormati, saudara dan saudari! para pemuda Ahlusunnah yang dikasihi serta Wahabi yang mendengar suara saya! Lihatlah bagaimana keganasan diceritakan sebagai khabar gembira?! Semenjak Nabi Adam hingga ke zaman kita, tidak ada lagi tentera yang lebih ganas di dalam dunia ini seperti Hilter dan yang lain lagi, mereka tidak akan berani menghalalkan kehormatan orang ramai dicabul untuk askar mereka jika dapat menakluki sebuah kota atau qabilah. Sementara itu ada orang yang menamakan ia sebagai kutukan daripada khalifah ke-tiga!
Yasini:
Apakah pandangan Ahlusunnah tentang sebab tercetusnya pembunuhan Uthman?
Husaini Qazwini:
Apakah yang menyebabkan Uthman dibunuh, jika kita ingin menyelidik dengan lebih baik, memerlukan selama satu semester universiti bersama 18 kuliah dapatlah kita meneliti penyebab-penyebab pembunuhan Uthman dari sumber-sumber Ahlusunnah. Namun secara ringkasnya, saya bawakan indeks dari lisan Ahlusunnah sendiri.
Talhah berkata kepada Uthman:
إنک أحدثت أحداثا لم يکن الناس يعهدونها.
أنساب الأشراف، ج5، ص29
Engkau melakukan bid’ah yang tidak pernah dilakukan oleh manusia.
- Ansabul Ashraf, jilid 5 halaman 29
Zubair mengatakan tentang Uthman:
اقتلوه فقد بدّل دينکم.
شرح نهج البلاغة لإبن أبي الحديد، ج9، ص36
Bunuhlah ia, sesungguhnya dia telah menggantikan agama kalian. - Sharh Nahjul Balaghah Li Ibnu Abil Hadid, jilid 9 halaman 36.
Abdullah bin Mas’ud berkata:
ما أري صاحبکم إلا و قد غيّر و بدّل.
أنساب الأشراف، ج5، ص36 - حلية الأولياء، ج1، ص138
Uthman mengubah dan menggantikan (agama Ilahi).
- Ansabul Al-Ashraf, jilid 5 halaman 36
- Hilliyah Al-Aulia, jilid 1 halmaan 138
Abdullah bin Mas’ud berkata di tempat lain:
إن دم عثمان حلال.
تاريخ الطبري، ج3، ص341
Sesungguhnya darah Uthman adalah halal.
- Tarikh Al-Tabari, jilid 3 halaman 341
‘Ammar ditanya:
لم قتلتموه؟ قال: لإحداثه.
وقعة صفين لإبن مزاحم، ص319
Mengapakah kalian membunuhnya? Jawab ‘Ammar: Kerana Bid’ahnya.
- Waqa’ah Shiffin Li Ibnu Muzahim, halaman 319
‘Ammar berkata:
أراد أن يغير ديننا فقتلناه.
وقعة صفين لإبن مزاحم، ص339 ـ شرح نهج البلاغة لإبن أبي الحديد، ج8، ص22
Ia mahu mengubah Agama kita, maka kami membunuhnya.
- Waqa’ah Shiffin Li Ibnu Muzahim, halaman 339
- Syarh Nahjul Balaghah Li Ibnu Abil Hadid, jilid 8 halaman 22
Sa’ad bin Abi Waqqash berkata:
عثمان غيّر و تغيّر.
الامامة والسياسة لإبن قتيبة الدينوري، تحقيق الزيني، ج1، ص48
Uthman menukar (diri dan agama).
- Al-Imamah Wal Siyasah Li Ibnu Qutaibah Al-Dainuri, jilid 1 halaman 48
Hashim Mirqal berkata:
أحدث الأحداث و خالف حکم الکتاب.
تاريخ الطبري، ج4، ص30 ـ وقعة صفين لإبن مزاحم، ص354
Telah ia lakukan Bid’ah dan bertentangan dengan hukum Al-Quran.
- Tarikh Al-Thabari, jilid 4 halaman 30,
- Waqa’ah Shiffin Li Ibnu Muzahim, halaman 354
‘Aisyah pula, seperti yang telah kita sebut sebelum ini:
فرفعت نعل رسول الله صلى الله عليه و سلم و قالت: تركت سنة رسول الله.
Aisyah mengangkat sepatu Rasulullah dan berkata: Engkau (Uthman) telah meninggalkan sunnah Rasulullah.
Namun yang paling penting dan asasi ialah, warga Mesir datang ke Madinah dan mengadu tentang gabenor Mesir kepada Uthman di mana salah seorang sahabat yang melakukan jenayah telah dibunuh. Orang awam menyerbu rumah Uthman dan memulakan pengepungan pertama sehingga Uthman keluar dan diselamatkan dengan perantara Amirulmukminin Ali (a.s), Talhah dan Zubair. Beliau menulis surat memecat gabenor Mesir dengan Muhammad bin Abu Bakar sebagai ganti. Mereka ini kembali ke Mesir dengan senang hati. Suatu ketika mereka ternampak seorang pengutus surat dari bukit bukau dan gurun sahara. Muhammad Bin Abu Bakar memberi arahan. Lantas ia ditangkap dan disoal siasat:
Kemanakah engkau mahu pergi? Jawabnya: Mesir.
Untuk Apa? katanya: Ada pesanan
Apakah pesananmu? ia menjawab: Aku tidak dapat mengatakannya
Mereka mencari di badannya dan tidak menemui apa-apa. Setelah melihat sebuah kantung kulit kering, ada seuatu berbunyi di dalamnya. Mereka mendapati ada sepucuk surat Uthman yang ditulis kepada gabenor Mesir dan dicop mohor
iaitu:
Jikalau Muhammad bin Abu Bakar dan… datang, bunuhlah ia dengan pembunuhan yang paling dahsyat dan barangsiapa yang mengadu tentang aku serta memprotes, bunuhlah ia.
Rombongan ke Mesir ini terkejut dan berpatah balik ke Madinah. Mereka pergi kepada Amirul Mikminin Ali (a.s), Talhah, Ammar dan Zubair. Mereka ini datang kepada Uthman dan berkata:
Apakah ini? Jawab Uthman: Saya tidak tahu. Mereka berkata: Benarkah ini hamba sahayamu? Jawabnya lagi: Iya. Kata mereka: Benarkah unta ini engkau punya, yang engkau berikan ia tunggangi? Jawabnya: Iya. Apakah cop pada surat ini milik engkau atau tidak? Jawabnya: Cop ini saya yang punya, namun saya tidak tahu.
Oleh kerana itu, orang awam merasakan bahawa Uthman tidak boleh diperbaiki lagi, lantas mereka mengambil keputusan membunuhnya.
- Al-Tabaqat Al-Kubra Ibnu Sa’ad, jilid 3 halaman 65
- Tarikh Madinah Dimashq Li Ibnu Asakir, jilid 39 halaman 323
- Tarikh Al-Madinah Ibnu Syabah, jilid 4 halaman 1154
- Tarikh Al-Tabari jilid 3 halaman 401
- Akhbar Madinah, jilid 2 halaman 13
Pertanyaan penonton
Petanyaan:
Ali Bin Abi Talib berkata kepada Muawiyah:
Saya dibai’at oleh orang yang membai’at Abu Bakar, Umar dan Uthman. Tidakkah ini mengesahkan ketiga-tiga khalifah?
Jawapan:
Salah satu perkara yang mendijadikan dalil ialah Amirul Mukminin menganggap kekhalifahan para khulafa adalah syar’i, menurut surat ke-6 nahjul Balaghah:
إنه بايعني القوم الذين بايعوا أبا بكر و عمر و عثمان على ما بايعوهم عليه.
“Sesungguhnya aku dibaiat kaum yang membaiat Abu Bakar, Umar dan Uthman…”
Salah satu perkara yang Ahlusunnah dan Wahabi gerakkan di dalam saluran satelit mereka iaitu Amirul Mukminin mensyar’ikan kekhalifahan para khalifah. Insyallah dalam satu malam lain kita akan berbicara dengan penonton tentang surat ke-6 Nahjul Balaghah. Mereka ini tersalah berfikir dan kehilangan punca sedangkan di sini Muawiyah sedang mengatakan tentang bab ini:
وَ جَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
سوره نحل/125
Beliau berkata kepada Muawiyah:
Disebabkan engkau telah menerima orang ramai yang membaiat kekhalifahan Abu Bakar, Umar dan Uthman kerana orang ramai membai’atnya, sekarang orang ini telah memberi bai’at kepadaku. Mengapakah engkau tidak turut bergabung?Jika engkau berkata bahawa engkau tidak menerima pengangkatanku sebagai khalifah, akan tetapi orang-orang ini menerimaku. Oleh itu mengapakah engkau berlepas diri dari kekhalifahanku?
Menarik perhatian di sini, di permulaan surat itu menyatakan:
إن بيعتي بالمدينة لزمتک و أنت بالشام.
وقعة صفين لإبن مزاحم، ص29
Sesungguhnya pembaiatan kepadaku di Madinah dan engkau di Sham. (iaitu pembaiatan kepada ku di Madinah menyebabkan seluruh wilayah dan negara Islam menerima pembaiatan kepadaku. Sekarang penduduk Madinah memberi bai’at kepadaku dan engkau di Sham, engkau hendaklah menerima bai’at kepadaku.
Hakikatnya Mujadalah merupakan dari Bab Ilzam, Insyallah di masa akan datang kita akan bahaskan dengan penonton.
Pertanyaan:
Saya pernah baca di satu tempat:
Abu Bakar, Umar dan Uthman pernah dijauhkan dari Nabi (s.a.w). Baginda bersabda, tiga orang ini secara zahirnya Islam, bukan batinnya. Apakah perkara ini sahih?
Jawapan:
Kami tidak ada riwayat seperti ini. Amirul mukminin (a.s) tidak menafikan kemimanan Abu Bakar, Umar dan Uthman. Mantiq Amirul Mukminin adalah mantiq Al-Quran dan Nabi (s.a.w). Barangsiapa yang mengucap dua kaliman Syahadah adalah orang Islam dan dihormati.
Amirul Mukminin secara terus terang mengkritik dan Sahih Muslim sendiri, dalam jilid ke 5 halaman 152, Kitab Jihad menukilkan kata-kata khalifah ke-dua, bahawa Amirul Mukminin berpendapat Abu Bakar dan Umar adalah penipu, pendosa, pengkhianat… Sahih Muslim, jilid 5, Kitab Jihad.
Pertanyaan:
Hadis Thaqalayn disahkan oleh ramai Ulama Ahlusunnah. Sahabat nabi (s.a.w) turut berada di zaman tersebut, namun mengapakah Ali (a.s) diketepikan?
Jawapan:
Amirul Mukminin (a.s) menerangkan peristiwa ini di dalam Khutbah 162 Nahjul Balaghah. Salah seorang individu dari Bani Asad bertanya kepada Amirul Mukminin:
كيف دفعكم قومكم عن هذا المقام و أنتم أحق به؟ فقال: يا أخا بني أسد! ... ، أما الاستبداد علينا بهذا المقام و نحن الأعلون نسبا و الأشدون برسول الله صلى الله عليه و آله نوطا، فإنها كانت أثرة شحت عليها نفوس قوم و سخت عنها نفوس آخرين.
Seorang dari Bani Asad bertanya pada Imam Ali: Mengapakah engkau yang lebih layak menjadi khalifah namun kaummu genepikannya? Ali menjawab: Wahai saudara Bani Asad… maka ketahuilah kezaliman dan mementing diri dengan kekhalifahan itu membebani kami, dalam keadaan kami lebih kukuh pertalian nasab dengan rasul, bukanlah egois dan serakah memonopoli namun: sekumpulan orang yang bakhil melekat dengan singgahsana kekhalifahan, dan sekumpulan orang dengan bebas merampasnya.
Rasulullah (s.a.w) sendiri bersabda:
يا علي! ضغائن في صدور اقوام لا يبدونها لک إلا من بعدي.
مجمع الزوائد للهيثمي، ج9، ص118 ـ مسند ابو يعلي، ج1، ص427 - المعجم الكبير للطبراني، ج11، ص61 - شرح نهج البلاغة لإبن أبي الحديد، ج4، ص107 - کنز العمال للمتقي الهندي، ج13، ص176 ـ المناقب للخوارزمي، ص65
Wahai Ali! Perseteruan dalam dada-dada terkurung, setelah kepergianku ia akan terbuka.
- Majma’ Al-Zawaid Lil Haithami jilid 9 halaman 118
- Musnad Abu Ya’la jilid 1 halaman 427
- Al-Mu’jam Al-Kabir Lil Tabrani jilid 11 halmaan 61
- Sharh Nahjul Balaghah Li Ibnu Abil Hadid, jilid 4 halaman 107
- Kanzul Ummal Lil Muttaqi Al-Hindi, jilid 13 halaman 176
- Al-Manaqib Lil Khawarizmi halaman 65
Hakim Nishabiru menukilkan daripada Amirul Mukminin (Ali bin Abi Talib):
مما عهد إليّ النبي أن الأمة ستغدر بي بعده.
Dari apa yang Nabi bersabda kepadaku, sesungguhnya umat akan mengkhianatiku setelah kewafatan baginda.
Hakim Nisyaburi turut menyatakan:
هذا حديث صحيح الاسناد.
مستدرک الصحيحين للحاکم النيشابوري، ج3، ص140
Iaitu Hadis ini menurut sanadnya adalah sahih.
Pertanyaan
Salah seorang Ahlusunnah berkata: Ali (a.s) mempunyai kekuatan, apakah yang terjadi ketika isterinya dihina, beliau tidak berkata sesuatu pun?
Sila terangkan tentang perkara ini.
Jawapan:
Sebelum ini kami, dengan sanad yang sahih telah menyabitkan khalifah ke-dua menyerang rumah Ali (a.s) dan bersumpah andainya kalian tidak keluar, aku akan bakar rumah. Disebabkan berlaku penyerangan rumah, mengapakah Ali tidak bertahan? Jawablah kepada kami.
Amirul Mukminin telah mempertahankan dan kami telah membawa sumber-sumber Ahlusunnah serta dari Tafsir Al-Alusi.
Amirul Mukminin berfikir untuk Islam, beliau melihat jikalau menghadapi mereka ini dengan menghunus pedang, umat Islam akan terhapus walau seramai mana pun mereka itu, sementara itu kaum munafiqin akan mendominasi. Yahudi akan mengambil kesempatan, kerajaan Rom di Barat dan Iran di Timur sentiasa menanti peluang supaya Islam dapat dihapuskan. Maka Islam yang akan dihapuskan, bukan Ali (a.s).
Pertanyaan:
Suatu majlis yang pernah kami hadiri suatu ketika dahulu, salah satu daripada sejarah Islam telah dibaca menyatakan:
“Dalam peristiwa pembunuhan Nabi (s.a.w), beberapa orang dari sahabat besar seperti Khulafa turut menyertainya”.
Benarkah Khulafa merupakan sebahagian daripada mereka?
Jawapan:
Ibnu Hazm di dalam kitab Al-Mahalli menukilkan:
ان أبا بكر و عمر و عثمان و طلحة و سعد بن أبي وقاص رضي الله عنهم أرادوا قتل النبي صلى الله عليه و سلم و إلقاءه من العقبة في تبوك.
المحلي لابن حزم، ج11، ص224
Walau bagaimanapun Ibn Hazm turut menyangkal
Pertanyaan:
Mazar Sharif banyak berbicara:
Pengikut Syiah tidak taat kepada Al-Quran, terutama sekali waktu solat.
Saya sendiri belajar al-Quran dan menyelidik, saya hanya menemui solat Subuh, Zohor dan Maghrib manakala solat Asar tidak ditemui. Tolong berikan penerangan.
Jawapan:
Kami sudah berkali-kali berbicara, saudara-saudari pengikut Syiah, sila hafal riwayat yang kami sebutkan ini. Disebabkan ia diajukan beberapa kali kepada kami. Di dalam kitab Sahih Muslim, jilid 2 halaman 152, hadis 1517, ibnu Abbas berkata:
جمع رسول الله صلى الله عليه و سلم بين الظهر و العصر و المغرب و العشاء بالمدينة في غير خوف و لا مطر. قال: قلت لابن عباس: لم فعل ذلك؟ قال: كي لا يحرج أمته.
Rasulullah (s.a.w) menghimpun solat Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya di Madinah bukan kerana takut dan bukan kerana hujan. Ibnu Abbas ditanya: Mengapakah baginda melakukan sedemikian? Jawab Ibnu Abbas: Supaya tidak menyusahkan umatnya.
Jikalau Syiah solat dalam tiga waktu, mereka sedang mengamalkan sunnah Nabi. Mengapakah kalian Ahlusunnah tidak mengamalkan sunnah Nabi? Kalian hendaklah menjawabnya.
Ayat ini pula:
أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ
سوره إسراء/آيه78
Ia menunjukkan tentang solat Zohor dan Asar
إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ
سوره إسراء/آيه78
Ia menunjukkan solat Maghrib dan Isya’
وَ قُرْآَنَ الْفَجْرِ
سوره إسراء/آيه78
Ia menunjukkan tentang solat Subuh
تفسير الآلوسي، ج15، ص133
- Tafsir Al-Alusi, jilid 15, halaman 133
Pertanyaan:
Beberapa madahi menyebut: Ketika Fatimah Az-Zahra diserang, tangan Ali diikat. Benarkah ini terjadi?
Jawapan:
Kita tidak mempunyai cerita seperti ini. Madahi menceritakan perkara ini. Mereka sendiri yang bertanggungjawab dan sepetutnya mereka tampil memberi jawapan. Saya secara rasmi memaklumkan peristiwa ini iaitu tangan Amirul Mukminin (a.s) diikat, tali dibelengu pada tengkuknya dan selainnya tidak ada di dalam riwayat Sahih Syiah. Cuma di dalam kisah surat ke 28 Nahjul Balaghah, ditujukan kepada Muawiyah menyatakan:
إني كنت أقاد كما يقاد الجمل المخشوش حتى أبايع.
Saya diiring (ke masjid) seperti unta diiring
Kita tidak mempunyai apa pun selain dari ini. Dalam sebahagian riwayat-riwayat yang kita ada, mereka membelit jubahnya di tengkuknya dan menyeretnya. Pengkisahan tali dan rantai merupakan kebiadaban terhadap kesucian Amirul Mukminin.
Pertanyaan:
Saudara Ahlusunnah rancak menyiarkan masalah ini:
Uthman mengumpul al-Quran di zamannya.
Apakah perkara ini sahih?
Jawapan:
Saya sangka golongan Ahlusunnah tidak perasan terhadap riwayat mereka sendiri. Sahih Bukhari dan Sahih Muslim menukilkan:
جمع القرآن علي عهد النبي صلي الله عليه و سلم أربعة کلهم من الأنصار، أبي بن كعب و معاذ بن جبل و زيد بن ثابت و أبو زيد.
صحيح بخاري، ج4، ص229 و جلد6، صفحه103، حديث3857 ـ صحيح مسلم، ج7، ص149
Empat orang mengumpul Al-Quran di zamannya, mereka semua daripada Ansar iaitu Ubai bin Ka’ab, Mu’az bin Jabal, Zaid bin Sabit dan Abu Zar.
- Sahih Bukhari jilid 4 halaman 229, dan jilid 6 halaman 103.
- Sahih Muslim jilid 7 halaman 149
Inilah yang dibawa oleh Sahih Bukhari dan Muslim. Kita tidak pergi ke kitab tangan ke-dua atau ke-tiga Ahlusunnah. Begitu juga tokoh besar Ahlusunnah seperti Allamah Rafi’ie di dalam A’jaz Al-Quran, halaman 36, Zarqani di dalam kitab Manahil Al-‘Irfa, jilid 1 halaman 242 dan Suyuthi di dalam al-Itqan, jilid 1 halaman 62 secara berterus terang bahawa Al-Quran dihimpunkan di zaman Rasulullah.
Insyallah, hari yang lain kita akan berbicara dengan penonton tentang pengumpulan Al-Quran, iaitu meruppakan salah satu Misdaq sejarah yang disembunyikan, semua ini akan kita jelaskan.
Pertanyaan:
Sebagaimana Ali (a.s) menemui kesyahidan, Uthman juga syahid. Jikalau seseorang itu menjadi musuh dan ianya dibunuh, maka ia akan dikatakan sebagai pembunuhan. Mengapakah tentang Uthman tidak dikatakan dengan kalimah Syahid?
Jawapan:
Kami mempunyai akidah bahawa seseorang yang terbunuh di jalan Allah seperti Amirul Mukminin, Imam Husain dan para Imam yang lain dita’birkan sebagai Syahid. Ahlusunnah sendiri di dalam suatu sumber yang pernah kita sebut sebelum ini, tidak ada satu pun dari Tabari, Ibnu Kathir, Ibnu Abd Al-Bar, Zahabi dan Ibnu Hajar menggunakan perkataan Syahid untuk yang berkaitan dengan Uthman. Jikalau perkataan Syahid dihunakan, demi Allah! Saya akan gunakan. Mereka hanya mengatakan:
قتل عثمان.
Uthman terbunuh atau seseorang menyebabkan Uthman dibunuh.
Jikalau mereka mahu mengadu, mereka perlu mengadu kepada tokoh mereka mengapakah perkataan Syahid tidak digunakan. Jikalau para hadirin melihat salah satu dari sumber muktabar sebelum kurun ke-sepuluh, ada satu tempat yang mengatakan bahawa Uthman telah disyahidkan, saya akan memberikan tanggapan di dalam pertemuan akan datang, ibarat itu akan saya bacakan.
0 comments:
Catat Ulasan