Hadis Abu al-Hasan Musa Bin Ja’far A.S Dengan Harun al-Rasyid
Muhammad bin al-Hasan bin Ahmad daripada Ahmad bin Idris daripada Ahmad bin Idris daripada Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Ismail al-‘Alawi berkata: Muhammad bin Zaburkhan al-Damighani syeikh telah memberitahu aku bahawa dia berkata: Abu al-Hasan Musa bin Ja‘far a.s berkata: Harun al-Rasyid telah memerintahkan mereka supaya membawaku kepadanya. Maka aku berjumpa dengannya dan memberi salam kepadanya, tetapi al-Rasyid tidak menjawab salam aku. Aku melihatnya begitu marah. Al-Rasyid mencampakkan scroll kepadaku dan berkata: Bacalah. Maka aku dapati padanya mengenai firman Allah s.w.t yang menyangkut pelepasan aku (bara’ati) daripadanya sebagaimana berikut:
Sesungguhnya Musa bin Ja‘far telah memungut Kharaj di seluruh negara daripada pelampau-pelampau syi‘ah yang percayakan kepimpinannya sebagai kepercayaan agama. Mereka menyangka bahawa Musa a.s. telah mewajibkannya ke atas mereka sehingga Allah mewariskan bumi ini kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Mereka menyangka bahawa jika seseorang tidak menyerahkan zakat kepada para Imam, mengerjakan solat tanpa mengakui imamahnya. Mengerjakan haji bukan dengan izin imam, tidak berjihad dengan perintah imam, tidak menyerahkan harta rampasan kepada imam, bahkan tidak mengutamakan para imam di atas semua makhluk dan mewajibkan ketaatan kepada mereka seperti ketaatan kepada Allah dan ketaatan kepada rasul-Nya, maka dia adalah kafir. Halal darahnya. Dalam surat itu juga mengandungi perkara-perkara yang tidak sedap didengar seperti Mut‘ah tanpa saksi dan penghalalan kemaluan (furuj) dengan perintahnya sekalipun dengan satu dirham, pelepasan diri daripada Salaf, melaknat mereka di dalam solat, mereka menyangka bahawa siapa yang melepaskan dirinya daripada mereka, maka tercerailah isterinya daripadanya.
Dan siapa yang melengah-lengahkan solat sehingga akhir waktunya, maka tidak ada solat baginya kerana firman Allah s.w.t Surah Maryam(19): 59 “mereka mensia-siakan solat dan mengikut hawa nafsu, maka mereka kelak akan menemui kesesatan”. Mereka menyangka bahawa terdapat satu lembah di neraka Jahanam...Surat itu adalah panjang, aku berdiri membacanya sedangkan beliau (Harun) diam. Kemudian Al-Rasyid mengangkat kepalanya dan berkata: Anda telah selesai membacanya. Berilah pendapat anda mengenainya. Maka aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin, demi Yang telah mengutus Muhammad s.a.w dengan kenabian sesungguhnya tiada seorang pun yang telah membawa kepada aku walaupun satu dirham atau satu dinar sebagai Kharaj.
Tetapi kami daripada keluarga Abu Talib menerima hadiah yang telah dihalalkan Allah s.w.t kepada Nabi-Nya s.a.w sebagaimana dalam sabdanya: Jika aku dihadiahkan dengan betis binatang (kura’), nescaya aku menerimanya …” Amir al-Mukminin telah mengetahui tentang kesempitan kami mengenainya, betapa ramainya musuh kami, penahanan khums kami oleh Salaf yang telah disebutkan di dalam al-Qur’an tentang hak kami. Perkara ini telah menyempitkan keadaan kami, sedangkan sedekah diharamkan ke atas kami. Justeru itu, Allah s.w.t. telah menggantikan sedekah dengan khums kepada kami. Lantaran itu, kami terpaksa menerima hadiah. Semuanya itu telah diketahui oleh Amir al-Mukminin. Setelah hujah aku selesai, dia terdiam. Kemudian aku berkata: Jika aku fikir Amir al-Mukminin membenarkan sepupunya (ibn ‘amm-hi) mengemukakan hadis daripada bapa-bapanya daripada Nabi s.a.w seolah-olah dia telah mendapat harta rampasan perang, maka dia akan melakukannya.
Al-Rasyid berkata: Anda dibenarkan dan silakan. Aku berkata: Bapa aku telah memberitahu aku daripada datuk aku secara marfu’ kepada Nabi s.a.w bahawa sesungguhnya rahim apabila tersentuh rahim, maka ia bergerak dan gementar. Sekiranya anda izin supaya aku memegang tangan anda. Maka Al-Rasyid memberi isyarat dengan tangannya kepada aku. Dia berkata: Tampil ke sini!. Maka aku menghampirinya. Lalu beliau berjabat tangan denganku dan menarik aku kepadanya seketika. Kemudian dia berpisah daripadaku dengan dua matanya yang berlinang. Dia berkata kepada aku: Duduklah, Musa anda tidak ada apa-apa bahawa anda memang benar dan memang benar datuk anda dan memang benar Nabi s.a.w .
Sesungguhnya darah aku bergerak dan urat saraf aku gementar dan ketahuilah bahawa sesungguhnya anda adalah daging aku dan darah aku. Sesungguhnya apa yang anda telah memberitahu kami adalah benar. Aku ingin bertanyakan anda satu soalan. Jika anda memberi jawapan kepadaku. Aku mengetahui bahawa anda telah membenarkan kata-kataku dan aku melepaskan anda. Aku akan menghubungi anda. Aku tidak akan percaya lagi apa yang dikatakan orang ramai tentang anda. Aku berkata: Apa yang aku tahu aku akan memberi jawapan kepada anda.
Beliau berkata: Kenapa anda tidak melarang syi‘ah anda daripada kata-kata mereka kepada anda:Ya Ibn Rasulillah! (Wahai anak lelaki Rasulillah) sedangkan anda adalah anak lelaki Ali dan Fatimah. Sesungguhnya Fatimah adalah ibu. Anak (ldinisbahkan kepada bapa dan bukan kepada ibunya?
Aku berkata: Jika Amir al-Mukminin izin dan akan memaafkan aku bagi jawapan ini, maka aku akan menjawabnya.
Al-Rasyid berkata: Aku tidak akan melakukannya atau menyahuti jawapan itu. Aku berkata: Aku di dalam keamanan anda supaya anda tidak mengenakan sebarang tindakan kekuasaan ke atasku?. Al-Rasyid berkata: Keamanan buat anda. Aku berkata: Aku mohon perlindungan daripada Syaitan yang direjam, dengan nama Allah Yang amat Pemurah lagi Pengasih. Firman-Nya di dalam Surah al-An‘am(6):84-5 “Dan kami telah menganugrahkan Ishak dan Ya‘qub kepadanya.Kepada keduanya masing-masing kami telah memberi petunjuk, dan kepada Nuh sebelum itu juga kami telah memberi petunjuk dan kepada sebahagian daripada keturunannya (Nuh) iatu Daud, Sulaiman, Ayyub, Yusuf, Musa dan Harun. Demikianlah kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik, dan Zakaria,Yahya,Isa dan Ilyas. Semuanya termasuk orang-orang yang soleh”.
Siapakah bapa Isa? Al-Rasyid berkata: Ia tidak mempunyai bapa kerana ia dijadikan daripada kalam Allah s.w.t dan Roh Kudus. Aku berkata: Sesungguhnya Isa dikaitkan dengan zuriat para nabi a.s di pihak Maryam maka kami dikaitkan dengan zuriat para nabi di pihak Fatimah a.s bukan daripada pihak Ali a.s.
Al-Rasyid berkata: Bagus wahai Musa, beritahu aku lagi perkara seumpamanya? Aku berkata: Umat sama ada yang baiknya dan yang jahatnya telah bersepakat bahawa hadis Najrani ketika Nabi s.aw menyerunya untuk bermubahalah. Pada ketika itu, tidak masuk di dalam al-Kisa’ (kain) selain daripada Nabi s.a.w, Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain a.s, Allah s.w.t berfirman di dalam Surah Ali Imran (3): 61 “Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu “Mari kita memanggil anak anak kami(abna-ana), wanita-wanita kami (nisaana)dan wanita-wanita kamu (nisaa-kum),diri kami(anfusa-na) dan diri kamu (anfusa-kum)”. Pengertian abnaa-na adalah al-Hasan dan al-Husain, nisaa-na adalah Fatimah dan anfusa-na adalah Ali bin Abu Talib a.s.
Al-Rasyid berkata: Bagus wahai Musa. Beritahuku tentang kata-kata anda: Paman atau bapa saudara sebelah bapa (al-‘Ammu) tidak menerima pusaka jika ia bersama anak lelaki sebenar( walad al-Sulbi) si mati.
Aku berkata: Aku pohon dengan hak Allah dan hak rasul-Nya supaya anda memaafkan aku dari takwilan ayat ini dan mendedahkannya kerana ia tersembunyi di sisi para ulama.
Al-Rasyid berkata: Sesungguhnya anda telah memberi jaminan kepada aku untuk menjawab soalan aku dan aku tidak akan memaafkan anda.
Aku berkata: Jamin keamanan untuk aku? Al-Rasyid berkata: Aku menjamin keamanan anda.
Aku berkata: Sesungguhnya Nabi s.a.w tidak mewariskan harta kepada mereka yang mampu berhijrah tetapi mereka tidak berhijrah. Bapa saudara aku (‘ammi) al-Abbas telah mampu berhijrah tetapi dia tidak berhijrah. Sesungguhnya dia adalah di kalangan orang tawanan di sisi Nabi s.a.w. Dia juga telah mengingkari pembayaran wang tebusan (al-Fida’) untuk dirinya. Justeru itu, Allah telah berfirman kepada Nabi s.a.w memberitahunya tentang penyimpanan emas yang dilakukan oleh al-Abbas. Baginda s.a.w telah mengutus Ali a.s, lalu dia mengeluarkannya di sisi Ummi al-Fadhl. Baginda s.a.w. telah memberitahu al-Abbas tentang apa yang telah diberitahu Jibrail daripada Allah s.w.t.
Lantaran itu, Baginda s.a.w. telah membenarkan Ali a.s dan memberitahunya tentang tempat yang ditanamnya. Al-Abbas berkata kepada Nabi s.a.w ketika itu: Wahai anak saudaraku! Supaya aku tidak hilang lebih banyak lagi daripada anda, maka aku naik saksi bahawa anda adalah Rasulullah, Tuhan seluruh alam semesta. Ali a.s membawa emas tersebut. Al-Abbas berkata: Tidakkah anda telah membuatkan aku menjadi fakir wahai anak saudaraku? Maka Allah berfirman di dalam Surah al-Anfal (8):70 “Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hatimu, nescaya Dia akan memberikan kepadamu yang lebih baik daripada apa yang telah diambil daripadamu dan Dia akan mengampuni kamu” Dan firman-Nya di dalam Surah al-Anfal (8):72 “dan orang-orang yang beriman,tetapi belum berhijrah,maka tidak berkewajiban sedikitpun ke atasmu melindungi mereka sebelum mereka berhijrah”.
Kemudian Dia berfirman “Jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam urusan agama, maka kamu wajib memberi pertolongan”, maka aku telah melihatnya berpuas hati mengenainya.
Kemudian Al-Rasyid berkata: Beritahu aku dari manakah anda berkata: Sesungguhnya manusia akan dimasuki kerosakan (yadkhulu-hu al-Fasad) dari pihak wanita jika khums tidak dibayar kepada mereka yang berhaknya?
Aku berkata: Aku akan memberitahu anda, wahai Amir al-Mukminin, dengan syarat anda tidak mendedahkan perkara ini kepada sesiapapun selama aku masih hidup sekalipun kepada orang yang terdekat. Allah telah membezakan di antara kami dan mereka yang telah menzalimi kami, perkara ini tidak pernah disoal oleh seorang pun di kalangan pemerintah selain daripada Amir al-Mukminin.
Al-Rasyid berkata: Bukan Taim[1], bukan ‘Adi[2], bukan Bani Umayyah dan bukan seorang pun daripada bapa-bapa kami?
Aku berkata: Aku tidak pernah ditanya dan begitu juga dengan Abu Abdullah Ja‘far bin Muhammad tidak pernah ditanya mengenainya.
Al-Rasyid berkata: Allah. Aku pun berkata: Allah.
Al-Rasyid berkata: Jika sampai kepadaku pendedahan ini sama ada daripada anda atau daripada seorang daripada keluarga anda, maka aku akan menarik balik jaminan keamanan yang aku telah berikan kepada anda.
Aku berkata: Anda boleh melakukannya kepada aku.
Maka Al-Rasyid berkata kepadaku: Aku suka jika anda menulis untuk aku kata-kata ringkas, mengandungi usul dan furu’, difahami tafsirnya yang anda telah mendengarnya daripada Abu Abdullah a.s?
Aku berkata: Ya! Di atas tanggung jawab aku, wahai Amir al-Mukminin. Al-Rasyid berkata: Apabila anda selesai melakukannya, maka beritahu kami keperluan anda.
Musa a.s. berkata: Al-Rasyid telah mewakilkan kepadaku seorang lelaki yang menjaga aku dan menghantar kepada aku satu hidangan makanan pada setiap hari, maka aku menulis seperti berikut:
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Semua urusan dunia terbahagi kepada dua. Pertama: Perkara yang tidak ada khilaf tentangnya, iaitu ijmak umat secara darurat. Mereka terpaksa melakukannya. Setiap syubhah dan setiap peristiwa yang berlaku hendaklah dibentangkan kepada hadis-hadis yang disepakati dan diistinbatkan daripadanya. Kedua: Perkara yang mengandungi syak dan ingkar. Caranya ialah meminta keterangan daripada pakar mengenainya. Apa yang telah tetap (thabata) bagi pengikut-pengikutnya daripada kitab yang disepakati takwilnya atau daripada Sunnah Nabi s.a.w yang tidak ada khilaf padanya, maka mereka boleh beramal dengannya. Adapun kias di mana akal mengetahui penyelewengannya, hendaklah mereka menolaknya.
Adapun perkara yang belum tetap (lam yathbut) bagi pengikut-pengikutnya sebagai hujah daripada kitab yang disepakati takwilnya atau daripada Sunnah Nabi s.a.w yang tidak ada khilaf mengenainya atau kias di mana akal mengetahui penyelewengannya, maka mereka wajib menolaknya kerana ia akan meluaskan perasaan syak dan ingkar ke atas umat secara umum dan khusus. Demikianlah dua perkara ini yang merupakan sebahagian daripada urusan Tauhid, maka apa yang selain daripadanya, buangkanlah. Adapun perkara yang telah tetap buktinya kepada anda, maka anda ambillah. Dan apa yang kabur cahayanya kepada anda, maka anda buangkanlah, La Quwwata illa bi l-Lah wa Hasbu-na l-Lah wa Ni’ma l-Wakil.
Kemudian aku telah memberitahu wakil tersebut bahawa aku telah melaksanakan keperluannya. Lantas dia memberitahu kepada Harun al-Rasyid. Maka dia berjumpa denganku. Aku membentangkan kepadanya. Dia berkata: Ahsan-ta! Anda telah melakukan perkara yang baik, ia adalah kata-kata yang ringkas dan menyeluruh, maka beritahu keperluan anda kepada kami wahai Musa. Aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Keperluan aku yang pertama kepada anda adalah supaya anda membenarkan aku pulang kepada keluargaku kerana aku telah meninggalkan mereka dalam keadaan menangis berputus asa untuk melihat aku. Al-Rasyid berkata: Anda dibenarkan. Al-Rasyid berkata: Tambahkan lagi kata-kata anda. Aku berkata: Allah memanjangkan umur Amir al-Mukminin untuk kami semua. Maka Al-Rasyid berkata: Tambahkan lagi. Aku berkata: Aku mempunyai keluarga yang besar, mata kami sentiasa melihat kepada kelebihan Amir al-Mukminin. Maka dia telah memerintahkan supaya aku diberi seribu dirham dan pakaian serta membawa aku kepada keluarga aku secara hormat[3].
Abu al-Hasan Musa A.S, Harun al-Rasyid dan al-Fadhl Bin Rabi’
Hamdan bin al-Husain al-Nahawandi berkata: Ibrahim bin Ishaq al-Nahawandi telah memberitahu kami berkata: Ahmad bin Ismail Abu ‘Umar telah memberitahu aku berkata: Abdullah bin Salih telah memberitahu aku berkata: Al-Fadhl bin al-Rabi‘ telah memberitahuku berkata: Aku telah berada di atas hamparanku. Aku telah berkhalwat bersama hamba perempuan aku. Tiba-tiba aku mendengar suara tapak kaki. Aku berkata: Siapakah itu? Hamba perempuan aku berkata: Angin, aku pun bergerak kepadanya, tiba-tiba seorang lelaki berbadan besar berkata: Beri jawapan kepada Amir al-Mukminin[4].
Maka aku keluar kepadanya dalam keadaan takut. Dia berkata kepada aku: Wahai Fadhl! Bebaskan Musa bin Ja‘far sekarang juga dan berikan kepadanya lapan puluh ribu dirham, lima helai pakaian dan bawanya keluar pada waktu zuhur. Aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Musa bin Ja‘far? Dia berkata: Ya! Celaka anda, adakah anda mahu aku membatalkan janji aku? Aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Apakah janji itu? Dia berkata: Ketika aku berada di tempat tidur aku, tiba-tiba seorang yang berbadan besar, berkulit hitam tetapi aku tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dia telah melompat ke atas dada aku dan memegang tengkukku sambil berkata: Adakah anda telah menahan Musa bin Ja‘far secara zalim? Aku berkata: Aku akan membebaskannya sekarang juga. Dia membuat perjanjian dengan nama Allah supaya aku membebaskannya.
Dia bangun dari dada aku. Nyawa aku hampir keluar. Al-Fadhl berkata: Maka aku keluar di sisinya dan aku mendapati Musa bin Ja‘far di Musalanya, aku telah menyampaikan kepadanya salam Amir al-Mukminin. Aku telah memberitahu kepada Musa bin Ja‘far apa yang diperintahkan kepadaku mengenainya. Musa a.s. berkata: Tidak perlu kepada harta, pakaian dan bekalan jika ianya daripada hak umat. Aku berkata: Aku menyeru dengan nama Allah supaya anda tidak menolaknya kerana Amir al-Mukminin akan memarahi anda. Musa a.s. berkata: Buatlah apa yang anda mahu. Maka aku pun memegang tangannya dan mengeluarkannya dari penjara. Aku berkata kepadanya: Wahai putera Rasulullah ! Hak aku adalah wajib di atas anda kerana aku bersyarikat dengan anda. Allah melakukannya melalui tanganku. Beliau a.s. berkata: Aku telah melihat Rasulullah di dalam tidurku pada malam Rabu. Baginda s.a.w. bersabda kepada aku: Wahai Musa anda ditahan dan dizalimi?.
Aku berkata: Ya! Wahai Rasulullah, aku ditahan dan dizalimi. Baginda s.a.w telah mengulanginya kepadaku selama tiga kali. Kemudian Baginda s.a.w. bersabda lagi: Mudah-mudahan ia adalah fitnah kepada mereka dan berseronok hanya buat seketika sahaja, berpuasalah esok hari dan ikutilah dengan puasa hari Khamis dan Jumaat. Apabila masuk waktu berbuka, maka kerjalah solat dua belas rakaat. Anda perlu membaca di dalam setiap rakaat “al-Hamdu” dan “Qul Huwa l-Lahu Ahad” dua belas kali. Demikian juga bacaannya pada rakaat yang kedua. Apabila anda selesai daripada solat anda, maka katakanlah: Wahai Tuhanku! Wahai Penutup segala keaiban dan Pendengar segala suara (Allahumma Ya Saatira l-‘Uyaub Ya Saami‘a Kulli Sautin)[5]
[1] Abu Bakr.
[2] ‘Umar.
[3] Al-Hasan bin ‘Ali bin Syu‘bah, Tuhaf al ‘Uqul, hlm.406.
[4] Harun al-Rasyid.
[5] Al-Majlisi,Bihar al-Anwar, xi, 396.
0 comments:
Catat Ulasan