☼Makrifat tentang pondan dan sebabnya (fi ma‘rifati al-Ma’buun wa al-sabab fi dhalika)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya Maulaaya al-Sadiq a.s tentang bagaimana seorang lelaki suka bernikah [dengan lelaki] sebagaimana perempuan menyukainya [dengan perempuan] dan dia terus melakukannya? Al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya anda telah bertanya, wahai Mufadhdhal, tentang ahli najis kemudian ahli kotoran, sesungguhnya Allah tidak menguji seorang daripada para wali-Nya, Syiah kita dan mukminin dengan perkara tersebut.
Wahai Mufadhdhal, penyakit ini terlepas daripada mukminin selain daripada musuh kita dan musuh Syiah kita. Bagaimana Allah menguji mukmin dengan penyakit ini sedangkan mereka suci? Adapun perempuan mukminat di kalangan Syiah kita, mereka adalah suci dan jauh daripada najis. Sesiapa yang mengingkari wilayah Amir al-Mukminin atau memarahi di dalam hatinya seorang daripada para wali-Nya, maka Allah mengujinya dengan penyakit najis ini. Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, berita telah sampai kepadaku tentang seorang lelaki yang mempunyai penyakit ini, tetapi dia menyebut di dalam percakapannya bahawa dia mewalikan Amir al-Mukminin, apakah anda fikir tentang kata-katanya itu?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Dia telah berbohong, demi Yang telah memecahkan biji-bijian dan membebaskan jiwa-jiwa, sesungguhnya Amir al-Mukminin kadang-kadang dicintai juga oleh kafir. Kafir dan mukmin yang mencintainya bebas daripada penyakit ini.
Nama ini tidak layak untuk orang lain dan orang yang menamakan dengan nama ini diuji anaknya. Aku telah berkata: Wahai Sayyidi, apakah nama ini? Beliau a.s telah berkata: Nama Amir al-Mukminin, kerana seorang itu tidak harus menamakan dirinya [Amir al-Mukminin] melainkan Ali bin Abi Talib. Sesungguhnya asal perkara ini, wahai Mufadhdhal, telah berlaku pada pusingan yang pertama. Al-Mufadhdhal telah berkata: Apakah yang telah berlaku kepada lelaki pondan ini? Al-Sadiq a.s telah berkata: Asalnya dia adalah seorang perempuan jahat yang terkenal dengan kejahatan pelacurannya, tidakkah anda telah mendengarnya?
Al-Mufadhdhal telah berkata: Ya, wahai Maulaaya, maka al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya perempuan ini jika dikembalikan kepada pusingan kedua, dia dikembalikan sebagai seorang lelaki, lalu dijadikan qubulnya (farajnya) sebagai duburnya, maka ia menjadi [tempat] syahwat nikah ke atasnya daripada perempuan yang pertama dan inilah perempuan jahat itu. Dan apa yang anda telah mendengarnya tidak berlaku melainkan pada benda kotor (najis)[1] sebagaimana aku telah memberitahu kepada anda. Sebabnya, sebagaimana aku telah memberitahu kepada anda, kerana memarahi Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib, memarahi Syiahnya dan mencintai musuh-musuhnya.
Allah tidak menjadikan najis ini pada seorang yang dikhususkan dengan makrifat dan mengakui keesaan-Nya dan mencintai Ahlul Bait. Maka inilah apa yang aku telah memberitahu kepada anda mengenainya daripada soalan anda tentang cinta orang yang mengaitkannya dengan Amir al-Mukminin. Cinta ini tidak menjadi bersih, kerana hatinya mempunyai perasan hasad kepadanya. Dan Allah Maha Alim dan kepada-Nya kita bertawakal. Wa s–Salam.
[1] Persetubuhan dilakukan pada tempat najis (dubur) sebagai ganti farajnya.
0 comments:
Catat Ulasan