Metodologi tabligh Wahabi untuk menentang Syiah (2)
|
Menyebarkan penentangan Ulama Syiah terhadap mazhab Syiah.
Salah satu jalan baru propaganda Wahabi ialah menyebarkan perkara-perkara yang menentang Syiah daripada ulama Syiah. Dalam 2 – 3 minggu kebelakangan ini, isu ini telah didanai. Andainya anda menonton saluran-saluran Wahabi Safa, Wisal, dan Nur selama satu minggu, anda akan dapati salah satu perkara yang mereka singgung ialah ada di kalangan para ulama Syiah membicarakan perkara yang menentang Syiah. Contohnya seperti apa yang dikatakan sebagai Dr. Musa Musawi, cucu al-Marhum Sayyid Abul Hasan Esfahani, mereka telah banyak mengeluarkan biaya di dalam laman web, satelit dan kitab-kitabnya. Beliau telah menulis kitab yang bernama As-Syiah Wa Al-Tashih. Ayatullah al-Uzma Subhani menukilkan kepada saya dengan berkata, «من خودم از راديو شنيدم كه صدام ميگفت: اگر اين 8 سال جنگ ما عليه ايران، هيچ فايدهاي نداشت جز اينكه اين كتاب توسط يك مرجع زاده نوشته شد، براي ما كافي است». (Saya sendiri mendengar Saddam mengatakan, jikalau perang 8 tahun kita menentang Iran tidak memberi apa-apa faedah, tetapi cukuplah sebuah kitab yang ditulis oleh cucu seorang Marji).
Kitab ini dari awal sampai ke penghujungnya, tidak ada yang lain kecuali menghina dan melampaui batas terhadap Syiah dan tempat-tempat sucinya. Wahabi juga turut membina tugu dari buku daripada Musa Musawi ini. Salah seorang Marji’ Taqlid besar yang mungkin tidak reda kalau saya sebutkan nama beliau di sini, beliau terkenal sebagai seorang yang bersih, taqwa dan wilayah di kalangan penuntut agama. Beliau berkata kepada saya, “Saya tidak akan lupa Musa Musawi ini di Zaman Syah, ia seorang peminum arak, penzina dan pergi ke kelab-kelab malam, bersamanya ialah seorang bintang sinema.” Beliau juga bersama-sama dengan beberapa penari masyhur , memberi cek kepada mereka, lari dari Iran dan ceknya itu adalah cek tendang kemudiannya tersebar dalam surat khabar. Ada orang memberitahu kepada saya, "Sudah tentu ia tahu memberi wang kepada mereka ini adalah haram, oleh itu cek yang tidak munasabah dikeluarkan. Ia mengatakan, “Beliau dilihat bertemu dengan bekas perdana menteri Syah, dan kepalanya dipakaikan topi, dan ia mengambil sejumlah wang dan melarikan diri”. Sekarang lihatlah golongan Wahabi hari ini mengambil individu seperti ini, dengan menyapurata satu kedudukan dan sekeliling yang ada padanya, mereka telah perkenalkannya sebagai seorang pemikir Syiah di mana ia mengistiharkan ‘Setelah ia tahu Syiah adalah sebuah mazhab yang sesat, ia menulis sebuah buku yang dinamakan Al-Syiah Wa Al-Tashih. Beliau hampir 7, 8 tahun yang lalu di Arab Saudi telah menderita penyakit barah akibat banyak meminum arak. Saya pernah menghubungi beberapa orang bapa saudara dan anak saudaranya di Masyhad, termasuk adik beradiknya di Tehran. Mereka berkata “Kami rasa malu, kami mengadakan majlis untuk merawat aib keluarga kami ini”.
Sekarang mereka buat boneka daripada Sayed Abu al-Fadhl Burqe’i sambil mewar-warkan beliau sebagai Ayatullah Uzma, kononnya beliau salah seorang ustaz hawzah ilmiyah Qom yang tersohor. Setiap hari rakaman beliau yang menghina symbol-simbol suci Syiah, penghinaan kepada para marji’ besar Syiah dan ejekan terhadap ziarah para Imam berkali ditayangkan berkali-kali dalam Saluran Nur, sementara dalam saluran-saluran Arab ditayangkan bersama sarikata sedangkan sejarah latar belakangnya sangat jelas. Memang benar beliau pernah berada di dalam Hawzah, iaitu di zaman Ayatullah Burujerdi, ia mengajar kitab Rasail dan makasib, dan disebabkan kebiadabannya terhadap Ayatullah Burujerdi di dalam Masjid Imam, penduduk Qom telah merusuh dan menyingkirkannya dari kota Qom. Beliau pergi ke Tehran dan membina masjid Wazir Daftar. Beberapa ketika beliau di sana, beliau masih meneruskan penghinaan dan pengikut Syiah di sana turut menyingkirkannya. Kitab Ibnu Taimiyah sejak dari kurun ke-tujuh sampai sekarang, sudah ada sebuah terjemahan Parsi yang dikarang oleh beliau sendiri. Beberapa tahun lalu kami ke Makkah, ketika kami masuk ke Baitullah Al-Haram, bungkusan jilid yang dimasukkan al-Quran kecil ke dalamnya, saya lihat salah satunya mengandungi terjemahan Minhaj Al-Sunnah Ibnu Taimiyah hasil bekas tangan Abul Fadhl Burqe’i. Ini benar-benar sebuah skandal. Namun beliau mempunyai hampir 70 karya dan buku. Daripada jumlah ini hampir 30 kitab menguntungkan Syiah dan 40 kitab menentang Syiah. Namun menjelang penghujung usia, beliau menyesal di atas kebiadabannya. Namun sesalan tidak lagi berguna:
“Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. Surah Al-Nisa ayat 18.
Salah seorang sahabat-sahabat terdekat beliau sendiri, Husaini dan Rajani menukilkan dan menulis, “Beliau meninggal kerana penyakit tersebut. Kami telah pergi menjenguknya dan beliau membaca surat wasiatnya untuk kami dan berkata: Saya seorang Syiah yang percaya keimamahan dan kemaksuman 12 Imam. Dan saya pernah melakukan kesilapan”. Ketika beliau dikeluarkan dari Tehran, beliau pergi ke kampung Kun di kawasan Tehran dan tinggal di rumah anak lelakinya. Beliau berwasiat: “Jikalau pengikut Syiah mengizinkan, pusarakan jenazahku di dalam perkuburan sanak saudara Nabi Syuib (a.s) semoga baginda memberikan syafaat kepadaku dan Allah mengampuniku”. Sekarang kelancangan memerangi Syiah atau merosakkan pemikiran para pemuda adalah dengan memutarkan rakaman ucapan pendek beliau. Namun Uthman Khamis seorang pemuka ekstrim Wahabi dan pemikirannya dikenali ramai, kelancangan beliau telah menguntungkan Syiah dan sudah tentu Syiah dalam akidahnya sangat tegar. Oleh itu mereka terpaksa membawa seorang yang menyebabkan kita rasa tersinggung dan orang itu daripada seorang produktiviti Hawzah yang memperlihatkan penentangannya terhadap Syiah. Mereka perkenalkan satu watak seperti Sayid Abul Fadhl Burqe’i sebagai seorang tokoh Syiah terkemuka di mana beliau dahulunya seorang Syiah dan masuk Sunni. Beginilah cara mereka bercakap. Sekiranya mereka tidak menemukan seorang watak Syiah, mereka pasti menciptanya. Contohnya berbagai kitab yang dicetak di Arab Saudi dengan nama Ayatullah al-Uzma Subhani dan Allamah Askari. Ayatullah al-Uzma Subhani menulis dalam sepucuk surat kepada Dr. Qardawi: Apakah anda tidak punya maklumat bahawa di Arab Saudi dan Emirates, tidak berlalu satu hari melainkan ditulis sebuah risalah atau buku, atau makalah yang menyerang Syiah dan malangnya, ia sentiasa mengulang tuduhan-tuduhan palsu di mana puluhan kali jawapan sudah diberi…, mereka masih tidak cukup dengan ini, buku-buku mengkritik Syiah dengan nama Ulama Syiah telah dicetak dan disebarkan. Sehingga sebuah kitab yang dengan nama orang ini, dan sebuah kitab dengan nama al-Marhum Allamah Askari telah di cetak dan diterbitkan. Kedua-dua mereka ini diperkenalkan seorang muballigh Wahabi dan pengkritik Syiah”. Iaitu mereka tidak menimbul keraguan dengan mengadakan pemuka Syiah selaku pengkritik Syiah. Sehingga seorang saudara kita dari Afghanistan menelefon saya dan berkata, “Di sini mereka telah menulis sebuah kitab yang mengandungi kata-kata anda iaitu Qazwini telah menjadi Ahlusunnah dan menentang Syiah dan risalah-risalah telah mereka sebarkan”. Saya pun berkata, “Jikalau suara Ayatullah al-Uzma Subhani dan Allamah Askari tidak sampai ke seluruh dunia serta terbatas, saya dengan berkat Ahlul Bait (a.s) hadir bergiat dalam dialog Syiah - Wahabi, dan di dalam saluran Al-Mustaqillah, Nur, Salam dan Wilayah tidak sampai seminggu yang lalu saya ada program menentang Wahabi dan mempertahankan Syiah”. Mereka sampai ke tahap ini mencipta perkara Syiah menentang Syiah. Atau seperti buku Lillah Thumma Li Tarikh telah diterjemahkan dengan nama ‘Ahlul Bait membela dirinya’, Arab Saudi telah mencetaknya dengan edaran berjuta naskah dan disebarkan ke seluruh negara-negara Islam. Dalam pertemuan saya dengan salah seorang ulama besar di Qatif di Makkah al-Mukarramah berkata, “Di kawasan Qatif dan Ahsha, buku ini diedarkan kepada pemuda-pemuda Syiah dari sebuah lori. Di mana sahaja mereka lihat orang beratur membeli roti atau selainnya, mereka akan bawa serta mengedarkannya dengan percuma”. Di Kuwait 100 ribu naskah buku ini telah dicetak dan disebarkan kepada orang ramai. Salah seorang ulama terkenal Syiah Kuwait, (bernama) Muhri secara rasmi memberi amaran kepada kerajaan Kuwait, “Jikalau penyebaran buku ini tidak disekat, Kuwait akan menjadi Lubnan ke-dua”. Mereka serta-merta menghalang penyebaran buku tersebut. Penulis buku ini juga adalah yang dikatakan sebagai Ayatullah Sayed Husain Musawi, salah seorang marji’ Syiah terkenal di Najaf. (kandungan buku tersebut) Ia pernah mengajar di sana selama beberapa ketika dan merasa ragu, lantas pergi mendapatkan jawapan daripada Ayatullah al-Uzma al-Khui, Ayatullah al-Uzma Sadr dan lain-lain lagi. Mereka tidak menjawab keraguan dan ia kembali kepada Ahlusunnah dan menjadi Wahabi. Hari ini mereka membina tugu Sayid Husain Musawi dan bukunya dicetak dan diedarkan ke negara-negara Islam dengan berjuta-juta naskah. Walau bagaimana pun banyak kitab telah ditulis untuk menyangkal bukunya. Salah satu buku terbaik ialah dikarang oleh ulama terkenal Saudi yang bernama Syaikh Ali Al Muhsin yang pernah menimba ilmu di Hawzah Ilmiyah Qom. Kitab ini berjudul ‘Lillah Thumma Lil Haqiqah’. Hampir 15 kitab telah menjawab buku tersebut, dan ada di dalam beberapa laman web.
Di Pakistan, 3 juta pelajar Wahabi direkrut untuk menyebarkan kebudayaan Wahabi.
Di Afghanistan, pada tahun 1383 11 ribu madrasah dibangunkan untuk Wahabi di mana di Afghanistan sahaja ada 70 ribu pelajar Wahabi sedang direkrut.
Sebelum ini, pemimpin pelajar Ahlusunnah atau guru dari kota Timur dan Selatan telah dibawa ke Madinah untuk belajar di Universiti Madinah. Saya berusaha mengenal lebih dekat pembelajaran di sana. Tatkala pemergian mereka (pelajar) ke Arab Saudi menghadapi masalah, Saudi telah membina madrasah di Emirates yang boleh menempatkan 12 ribu pelajar. Beberapa kali pelajar dari Iran, Afghanistan dan Tajikistan dibawa ke Emirates. Wang yang banyak diberi kepada mereka untuk tabligh dan dikirim ke kampung-kampung. Para hadirin sekalian, demikianlah rumusannya.

وَ لَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّى إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ إِنِّي تُبْتُ الْآَنَ وَ لَا الَّذِينَ يَمُوتُونَ وَ هُمْ كُفَّارٌ أُولَئِكَ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
سوره نساء/آيه18“Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. Surah Al-Nisa ayat 18.
Salah seorang sahabat-sahabat terdekat beliau sendiri, Husaini dan Rajani menukilkan dan menulis, “Beliau meninggal kerana penyakit tersebut. Kami telah pergi menjenguknya dan beliau membaca surat wasiatnya untuk kami dan berkata: Saya seorang Syiah yang percaya keimamahan dan kemaksuman 12 Imam. Dan saya pernah melakukan kesilapan”. Ketika beliau dikeluarkan dari Tehran, beliau pergi ke kampung Kun di kawasan Tehran dan tinggal di rumah anak lelakinya. Beliau berwasiat: “Jikalau pengikut Syiah mengizinkan, pusarakan jenazahku di dalam perkuburan sanak saudara Nabi Syuib (a.s) semoga baginda memberikan syafaat kepadaku dan Allah mengampuniku”. Sekarang kelancangan memerangi Syiah atau merosakkan pemikiran para pemuda adalah dengan memutarkan rakaman ucapan pendek beliau. Namun Uthman Khamis seorang pemuka ekstrim Wahabi dan pemikirannya dikenali ramai, kelancangan beliau telah menguntungkan Syiah dan sudah tentu Syiah dalam akidahnya sangat tegar. Oleh itu mereka terpaksa membawa seorang yang menyebabkan kita rasa tersinggung dan orang itu daripada seorang produktiviti Hawzah yang memperlihatkan penentangannya terhadap Syiah. Mereka perkenalkan satu watak seperti Sayid Abul Fadhl Burqe’i sebagai seorang tokoh Syiah terkemuka di mana beliau dahulunya seorang Syiah dan masuk Sunni. Beginilah cara mereka bercakap. Sekiranya mereka tidak menemukan seorang watak Syiah, mereka pasti menciptanya. Contohnya berbagai kitab yang dicetak di Arab Saudi dengan nama Ayatullah al-Uzma Subhani dan Allamah Askari. Ayatullah al-Uzma Subhani menulis dalam sepucuk surat kepada Dr. Qardawi: Apakah anda tidak punya maklumat bahawa di Arab Saudi dan Emirates, tidak berlalu satu hari melainkan ditulis sebuah risalah atau buku, atau makalah yang menyerang Syiah dan malangnya, ia sentiasa mengulang tuduhan-tuduhan palsu di mana puluhan kali jawapan sudah diberi…, mereka masih tidak cukup dengan ini, buku-buku mengkritik Syiah dengan nama Ulama Syiah telah dicetak dan disebarkan. Sehingga sebuah kitab yang dengan nama orang ini, dan sebuah kitab dengan nama al-Marhum Allamah Askari telah di cetak dan diterbitkan. Kedua-dua mereka ini diperkenalkan seorang muballigh Wahabi dan pengkritik Syiah”. Iaitu mereka tidak menimbul keraguan dengan mengadakan pemuka Syiah selaku pengkritik Syiah. Sehingga seorang saudara kita dari Afghanistan menelefon saya dan berkata, “Di sini mereka telah menulis sebuah kitab yang mengandungi kata-kata anda iaitu Qazwini telah menjadi Ahlusunnah dan menentang Syiah dan risalah-risalah telah mereka sebarkan”. Saya pun berkata, “Jikalau suara Ayatullah al-Uzma Subhani dan Allamah Askari tidak sampai ke seluruh dunia serta terbatas, saya dengan berkat Ahlul Bait (a.s) hadir bergiat dalam dialog Syiah - Wahabi, dan di dalam saluran Al-Mustaqillah, Nur, Salam dan Wilayah tidak sampai seminggu yang lalu saya ada program menentang Wahabi dan mempertahankan Syiah”. Mereka sampai ke tahap ini mencipta perkara Syiah menentang Syiah. Atau seperti buku Lillah Thumma Li Tarikh telah diterjemahkan dengan nama ‘Ahlul Bait membela dirinya’, Arab Saudi telah mencetaknya dengan edaran berjuta naskah dan disebarkan ke seluruh negara-negara Islam. Dalam pertemuan saya dengan salah seorang ulama besar di Qatif di Makkah al-Mukarramah berkata, “Di kawasan Qatif dan Ahsha, buku ini diedarkan kepada pemuda-pemuda Syiah dari sebuah lori. Di mana sahaja mereka lihat orang beratur membeli roti atau selainnya, mereka akan bawa serta mengedarkannya dengan percuma”. Di Kuwait 100 ribu naskah buku ini telah dicetak dan disebarkan kepada orang ramai. Salah seorang ulama terkenal Syiah Kuwait, (bernama) Muhri secara rasmi memberi amaran kepada kerajaan Kuwait, “Jikalau penyebaran buku ini tidak disekat, Kuwait akan menjadi Lubnan ke-dua”. Mereka serta-merta menghalang penyebaran buku tersebut. Penulis buku ini juga adalah yang dikatakan sebagai Ayatullah Sayed Husain Musawi, salah seorang marji’ Syiah terkenal di Najaf. (kandungan buku tersebut) Ia pernah mengajar di sana selama beberapa ketika dan merasa ragu, lantas pergi mendapatkan jawapan daripada Ayatullah al-Uzma al-Khui, Ayatullah al-Uzma Sadr dan lain-lain lagi. Mereka tidak menjawab keraguan dan ia kembali kepada Ahlusunnah dan menjadi Wahabi. Hari ini mereka membina tugu Sayid Husain Musawi dan bukunya dicetak dan diedarkan ke negara-negara Islam dengan berjuta-juta naskah. Walau bagaimana pun banyak kitab telah ditulis untuk menyangkal bukunya. Salah satu buku terbaik ialah dikarang oleh ulama terkenal Saudi yang bernama Syaikh Ali Al Muhsin yang pernah menimba ilmu di Hawzah Ilmiyah Qom. Kitab ini berjudul ‘Lillah Thumma Lil Haqiqah’. Hampir 15 kitab telah menjawab buku tersebut, dan ada di dalam beberapa laman web.
Di Pakistan, 3 juta pelajar Wahabi direkrut untuk menyebarkan kebudayaan Wahabi.
Di Afghanistan, pada tahun 1383 11 ribu madrasah dibangunkan untuk Wahabi di mana di Afghanistan sahaja ada 70 ribu pelajar Wahabi sedang direkrut.
Sebelum ini, pemimpin pelajar Ahlusunnah atau guru dari kota Timur dan Selatan telah dibawa ke Madinah untuk belajar di Universiti Madinah. Saya berusaha mengenal lebih dekat pembelajaran di sana. Tatkala pemergian mereka (pelajar) ke Arab Saudi menghadapi masalah, Saudi telah membina madrasah di Emirates yang boleh menempatkan 12 ribu pelajar. Beberapa kali pelajar dari Iran, Afghanistan dan Tajikistan dibawa ke Emirates. Wang yang banyak diberi kepada mereka untuk tabligh dan dikirim ke kampung-kampung. Para hadirin sekalian, demikianlah rumusannya.
««« و السلام عليكم و رحمة الله و بركاته »»»
0 comments:
Catat Ulasan