Bismillahir Rahmanir Rahim. Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad wa 'jjil faraja-hum:
Ziarah Asyura’ Dan Ziarah Arba’iin (40) untuk Imam al-Husain as
1.Ziarah Asyura’ pada 10 Muharram adalah ziarah yang besar yang digalakkan di dalam hadis-hadis para imam a.s kerana ia memberi kesan yang sangat mendalam dan cepat kepada pengunjung-pengujungnya (zuwwaar). Kebanyakan para ulama besar juga menggalakkannya kerana mereka yang mengalami kesusahan, kesedihan dan mereka yang berhajat telah mencapai maksud (hajat) mereka dengan kelebihan membaca doa ziarah Asyura’. Diriwayatkan bahawa ziarah Asyura adalah sebuah hadis kudsi. Safwan berkata: Imam Ja’far al-Sadiq as berkata: bacalah doa ini dan ziarahilah (Imam al-Husain as) dengannya, sesungguhnya aku sebagai penjamin ke atas Allah bagi setiap pengunjung (zair) dengan ziarah ini. Sama ada ia dilakukan dari dekat atau jauh bahawa ziarahnya diterima dan usahanya akan mendapat ganjaran, salamnya akan sampai kepadanya tanpa halangan, hajatnya dilaksanakan oleh Allah tanpa Dia mengabaikannya. Imam Ja’far as berkata: Wahai Safwan! Aku telah mendapati ziarah ini dijamin dengan jaminan yang sama daripada bapaku dan bapaku daripada bapanya Ali bin al-Husain as dengan jaminan ini daripada al-Husain as dan al-Husain as daripada saudaranya al-Hasan as menjamin dengan jaminan ini daripada bapanya Amir al-Mukminin as menjamin dengan jaminan ini dan Amir al-Mukminin as daripada Rasulullah saw menjamin dengan jaminan ini dan Rasulullah saw daripada Jibrail as menjamin jaminan ini dan Jibrail as daripada Allah menjamin dengan jaminan ini bahawa sesiapa yang menziarahi al-Husain as dengan ziarah ini sama ada dari dekat atau jauh dan berdoa dengan doa ziarah ini, maka Aku menerima ziarahnya dan Aku memberi syafaat kepadanya dalam masalahnya, kemudian dia tidak akan merasa hampa daripadaKu. Aku akan menukarnya menjadi gembira dengan menunaikan hajatnya, mendapat kemenangan di syurga dan terselamat daripada api neraka. Aku akan memberi syafaat kepada setiap orang yang melakukannya melainkan kepada penentang kami Ahlulbait ….(lihat Mafaatiih al-Jinan dan al-Istisyfaa’ bi Ahlil Bait as)).
2.Manfaat ziarah Asyura’:
1. Ziarah Asyura’ dan pembayaran hutang.
2.Ziarah Asyura’ dan kelahiran cahaya mata
3. Ziarah Asyura’ dan pengetahuan tentang perkara-perkara yang ghaib dengan izinNya.
4. Ziarah Asyura, dan penyembuhan daripada penyakit.
5. Ziarah Asyura, dan penyelesain masalah.
6. Ziarah Asyura’ dan lain-lain hajat.
Cara-cara dan adab-adabnya.
- Berada dalam kebersihan (taharah) dan diutamakan mandi sebelum melakukannya.
- Ia boleh dilakukan di mana-mana jika tidak ada pilihan.
- Ia dilakukan selama 40 hari bagi mereka yang bernazar utk sesuatu hajat khusus.
- Solat dua rakaat ziarah selepasnya.
- Diutamakan membaca doa ‘Alqamah selepasnya jika ada waktu.
- Hendaklah dia menghadiahkan bacaannya kepada salah seorang para imam as atau seorang daripada anak-anak mereka.
- Untuk cepat mustajab, bacalah lebih dari satu kali sehari.
- Mengulangi laknat sebanyak 100 kali (jika ada waktu) pada doa” Allahumma l’an-hum jamii’an”.
- Mengulangi 100 kali(jika ada waktu) pada doa “assalamu a'la al-Husain wa ‘ala ‘Ali bni al-Husain wa ‘ala aulaad al-Husain wa ‘ala ashaab al-Husain. Sila rujuk Mafaatiih al-Jinaan bab Ziarah Asyura’.
- Digalakkan untuk menbaca doa ziarah Asyura’ setiap hari dan bukan semestinya pada 10 muharram saja.
- 11. Doa ziarah Asyura’ boleh didapati dari Youtube (Dua Ashura)
3.Pahala ziarah Asyura'.
Banyak riwayat tentang pahala menziarahi Imam al-Husain as. Antaranya menyamai satu kali haji mabrur, 50 kali haji mabrur, 100 kali haji mabrur, 1000 kali haji mabrur dan 100 ribu haji mabrur. Malah tidak ada siapa yang mengetahui kelebihan pahala menziarahinya dengan sebenar, kerana ia terpulang kepada pengetahuan pengunjung (zair) tentang Imam al-Husain dan hak-haknya.Justeru seorang itu hendaklah selalu menziarahinya.
4.Waktu disunatkan untuk menziarahinya.
a.Hari Asyura' (10 Muharram) dan malamnya.Riwayat daripada al-Sadiq as berkata: Sesiapa yang menziarahi al-Husain as pada hari Asyura', wajib syurga keatasnya (al-Tahzib,6 hlm. 51.Di dalam riwayat yang lain pula berkata:Sesungguhnya sesiapa yang ingin menunaikan hak Rasulullah, hak Amir al-Mukminin dan hak Fatimah as, maka hendaklah dia menziarahi al-Husain as pada hari Asyura' (al-Wasaa'il, 14, hlm.477).
b. Awal bulan Rajab. Diriwayatkan: Siapa yang menziarahi makam al-Husain as pada awal hari Rajab, Allah akan mengampuni dosanya (al-Tahzib, 6, hlm.48).
c.Pada malam hari raya Aidilfitri, malam Aid al-Adha dan malam Nisfu Sya'ban. Abu Abdillah as berkata: Sesiapa yang menziarahi makam al-Husain as pada hari-hari tersebut Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang lalu" (al-Tahzib 6, hlm 49).
d. Pada hari 'Arafah. Abu Abdillah as berkata: Sesiapa yang menziarahi makam al-Husain as pada hari Arafah, Allah akan menulis pahala baginya 100 ribu haji bersama al-Qaim as, 100 ribu Umrah bersama Rasulullah saw, kemerdekaan 100 ribu hamba...(al-Tahzib, 6, hlm.49)
e.Pada bulan Ramadhan.Daripada Abu Abdillah as berkata: Sesiapa yang menziarahi makam al-Husain as pada bulan Ramadhan dan mati dijalan, maka dia tidak akan dihisab..." (al-Wasaa'il,14, hlm.479)
f. Pada hari Jumaat dan malamnya.Daripada Abu Abdillah as berkata: Sesiapa yang menziarahi makam al-Husain as pada setiap Jumaat, Allah akan mengampuni dosanya.(al-Wasaa'il 14, hlm.479)
g. Pada setiap hari dan jika mampu hendaklah dia menghafalnya pula.
5. Ziarah Arbaiin(40) hari kesyahidan Imam al-Husain as.
Ziarah Arba’iin berlakau pada setiap 20 Safar. Semoga ziarah Asyura’ dan ziarah Arba'iin dimakbulkan oleh Allah, ilahi amiin.Wassalam
0 comments:
Catat Ulasan