Bismillahir Rahmanir Rahim. Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad wa 'ajjil faraja-hum:
Tasbih al-Zahra' adalah tasbih yang besar fadhilatnya.
1.Imam al-Baqir as berkata: Sesiapa yang bertasbih dengan tasbih al-Zahra' as kemudian dia beristighfar, maka Dia akan mengampuni dosanya.Ia adalah 100 (tasbih) di lidah, 1000 (nilainya) di neraca (al-Mizan). Ia menolak syaitan dan ia diredhai oleh Yang Maha Pemurah" (al-Saduq, Thawab al-A'maal, hlm.197).
2.Imam al-Sadiq as berkata:Sesiapa yang yang bertasbih dengan tasbih Fatimah al-Zahra' as sebelum dia mengubah tempat duduknya selepas solat fardhu, maka Dia mengampuni untuknya dan wajib baginya syurga" (Mafaatih al-Jinaan).
3. Imam al-Sadiq as berkata: Tasbih Fatimah al-Zahra' as selepas solat itu adalah lebih baik bagiku daripada solat sunat 1000 rakaat setiap hari" al-Saduq, Thawaab al-A'maal, 197).
4. Membacanya sebelum tidur dapat menolak mimpi yang buruk.
Cara-caranya:
Bismilllahir Rahmanir Rahim. Inna llaha wa mala'ikata-hu yussalluuna 'ala al-Nabiyyi ya ayyuha lladhiina aamanuu salluu 'alai-hi wa sallimuu tasliiman".Kemudian Allahu akbar 34 kali, al-Hamdulillah 33 kali dan subhanallah 33 kali (100).
Dari kitab Khazaanah al-Asraar oleh Hujjatul Islam M.Taqi al-Muqaddam, Qom 1431 H.
0 comments:
Catat Ulasan