Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Kritikan Ulama Ahlusunnah Wal Jamaah


 Kritikan Ulama Ahlusunnah Wal Jamaah Terhadap Ibnu Taimiyah


Zahabi menganggap pengikut Ibnu Taimiyah sebagai hina dan pendusta
Zahabi (wafat tahun 774), salah seorang tokoh besar Ahlusunnah yang masyhur dalam ilmu Rijal di zamannya menulis sepucuk surat kepada Ibnu Taimiyah:
يا خيبة! من اتّبعك فإنّه معرض للزندقة والإنحلال ... فهل معظم أتباعك إلاّ قعيد مربوط، خفيف العقل، أو عاميّ، كذّاب، بليد الذهن، أو غريب واجم قويّ المكر، أو ناشف صالح عديم الفهم، فإن لم تصدّقنى ففتّشهم وزِنْهم بالعدل ... ؛
Alangkah kecewanya kerana barangsiapa yang mengikutimu (Ibnu Taimiyah) maka sesungguhnya ia adalah Zindiq dan merosot… Maka tidakkah kebanyakan pengikut kamu itu ketinggalan, tipis akal, atau orang awam biasa, pendusta, tumpul  pemikirannya, kemurungan yang aneh dan kuat tipu daya, kekeringan amalan soleh dan luput pemahaman, andainya kamu tidak mempercayaiku, maka kajilah mereka dan nilailah mereka dengan keadilan…

Zahabi menulis sehinggalah ke perenggan berikut:

فما أظنّك تقبل على قولي وتصغى إلى وعظي، فإذا كان هذا حالك عندي وأنا الشفوق المحبّ الوادّ، فكيف حالك عند أعدائك، وأعداوءك واللّه فيهم صلحاء وعقلاء وفضلاء كما أنّ أولياءك فيهم فجرة كذبة جهلة؛ 
(1) الإعلان بالتوبيخ، ص 77 و تكملة السيف الصقيل، ص 218.

Maka tidaklah aku kira bahawa kamu akan menerima kata-kataku! tidaklah engkau akan mendengari nasihatku! Sedangkan aku seorang bersimpati yang belas kasihan, maka bagaimana engkau di sisi musuh-musuh engkau, sedangkan musuh-musuhmu itu demi Allah, di kalangan mereka adalah orang yang soleh, berakal dan mulia. Sementara orang yang mendampingimu adalah di kalangan mereka yang keji, pendusta dan bodoh. - Al-Iʻlān bil Tawbikh halaman 77, Takmilah Al-Sayf Al-Ṣaqīl, halaman 218
Ibnu Hajar mengaitkan Ibnu Taimiyah dengan kemunafikan:
Ibnu Hajar Al-ʼAsqalani yang termasuk sebagai tunggak utama ilmu Ahlusunnah dan bergelar sebagai Al-Hafiz Ahlusunnah menulis tentang Ibnu Taimiyah sebagai berikut:
وافترق الناس فيه شيعا، فمنهم من نسبه إلى التجسيم، لما ذكر في العقيدة الحمويّة والواسطيّة وغيرهما من ذلك كقوله: إنّ اليد والقدم والساق والوجه صفات حقيقيّة للّه، وأنّه مستو على العرش بذاته... ؛
Ulama mempunyai berbagai pendapat tentang beliau (Ibnu Taimiyah), di antara mereka mengaitkannya dengan penjisiman, ini disebabkan di dalam kitab Al-Aqidah Al-Hamawiyah, kitab Al-Wasathiyyah dan selain keduanya ia mengatakan seperti: Sesungguhnya tangan, betis dan wajah adalah sifat Allah secara hakikat, dan Allah sendiri bersemanyam di atas ʻArash…
ومنهم من يَنسِبُه إلى الزندقة، لقوله: النبيّ [ صلى‏الله‏عليه‏و‏آله ] لايستغاث به، وأنّ في ذلك تنقيصا ومنعا من تعظيم النبيّ¨] صلى‏الله‏عليه‏و‏آله ] ... ؛

Dan di kalangan mereka ada yang mengaitkannya dengan zindiq (berpura-pura beriman atau imannya terpesong). Ini disebabkan ia berkata: Janganlah memohon bantuan daripada Nabi (s.a.w), sesungguhnya perbuatan itu mengurangkan dan mencegah daripada pengagungan Nabi (s.a.w)…
 ومنهم من ينسِبُه إلى النفاق، لقوله فى عليّ ما تقدّم ـ أي أنّه أخطأ في سبعة عشر شيئا ـ ولقوله: إنّه - أي عليّ - كان مخذولاً حيثما توجّه، وأنّه حاول الخلافة مرارا فلم ينلها، وإنّما قاتل للرئاسة لا للديانة، ولقوله: إنّه كان يحبّ الرئاسة، ولقوله: أسلم أبو بكر شيخا يدري مايقول، وعليّ أسلم صبيّا، والصبيّ لا يصحّ إسلامه، وبكلامه في قصّة خطبة بنت أبي جهل ... فإنّه شنع فى ذلك، فألزموه بالنفاق، لقوله [ صلى‏الله‏عليه‏و‏آله ] : ولايبغضك إلاّ منافق؛ 
الدرر الكامنة فى أعيان المائة الثامنة، ج 1، ص 155.
Di kalangan mereka ada yang mengaitkannya dengan kemunafikan, kerana pandangan jeleknya tentang Ali bin Abi Talib (iaitu ia melakukan kesalahan dalam tujuh belas perkara). Katanya: Sesungguhnya beliau (Ali bin Abi Talib) adalah orang yang kecewa dan patah harapan sebagaimana yang diketahui beliau berusaha banyak kali untuk mendapatkan kekhalifahan namun beliau tidak pernah mencapainya.  Beliau berperang hanyalah untuk mendapatkan tampuk pemerintahan, bukan kerana agama. Katanya: Sesunggunya beliau gila kuasa. Katanya lagi: Abu Bakar masuk Islam diusia tua kerana ia tahu apa yang dikatakannya, namun Ali masuk Islam ketika masih kanak-kanak, sedangkan keislaman kanak-kanak tidak sah. Termasuk juga kata-katanya tentang kisah lamaran anak perempuan Abu Jahal… sesungguhnya ia terlampau jelek tentang itu, maka lazimlah ia dengan sifat kemunafikan kerana nabi (s.a.w) bersabda: Wahai Ali, tidaklah membencimu melainkan ia adalah orang munafik. - Al-Durar Al-Kaminah Fi Aʻyan Al-Mi’ah Al-Thaminah, jilid 1 halaman 155.

Nota:
Sayuti berkata:
ابن حجر، شيخ الاسلام والإمام الحافظ في زمانه، وحافظ الديار المصرية؛ بل حافظ الدنيا مطلقا، قاضى القضاة؛ ابن حجر، شيخ الاسلام، پيشوا و حافظ زمان خويش در منطقه مصر؛ بلكه حافظ دنيا به شمار مى‏آمد. طبقات الحفاظ، ص 547.
Ibnu Hajar adalah Syeikhul Islam dan Imam Al-Hafiz di zamannya di tanah Mesir; bahkan secara mutlaknya beliau adalah seorang Hafiz dunia - Tabaqat Al-Huffaz, halaman 547.
Al-Subki memutuskan bahawa Ibnu Taimiyah sebagai tukang bid’ah:
Al-Subki (wafat tahun 756 Hijrah) seorang ulama besar Ahlusunnah yang tersohor di zaman Ibnu Taimiyah menulis:
أما بعد، فإنه لما أحدث ابن تيمية ما أحدث في أصول العقائد، ونقض من دعائم الإسلام الأركان والمعاقد، بعد أن كان مستترا بتبعية الكتاب والسنة، مظهرا أنه داع إلى الحق هاد إلى الجنة، فخرج عن الاتباع إلى الابتداع، وشذ عن جماعة المسلمين بمخالفة الإجماع، وقال بما يقتضي الجسمية والتركيب في الذات المقدس، وأن الافتقار إلى الجزء- أي افتقار الله إلى الجزء- ليس بمحال، وقال بحلول الحوادث بذات الله تعالى، وأن القرءان محدث تكلم الله به بعد أن لم يكن، وأنه يتكلم ويسكت ويحدث في ذاته الإرادات بحسب المخلوقات، وتعدى في ذلك إلى استلزام قدم العالم، والتزامه بالقول بأنه لا أول للمخلوقات فقال بحوادث لا أول لها، فأثبت الصفة القديمة حادثة والمخلوق الحادث قديما، ولم يجمع أحد هذين القولين في ملة من الملل ولا نحلة من النحل، فلم يدخل في فرقة من الفرق الثلاث والسبعين التي افترقت عليها الأمة، ولا وقفت به مع أمة من الأمم همة، """وكل ذلك وإن كان كفرا شنيعا""" مما تقل جملته بالنسبة لما أحدث في الفروع ". ا.هـ
 طبقات الشافعيّة، ج 9، ص 253؛ السيف الصقيل، ص 177 و الدرّة المضيئة فى الردّ على ابن تيميّه، ص 5.
Adapun sesungguhnya, Ibnu Taimiyah : Sesungguhnya Ibnu Taimiyah membuat hal baru (bid’ah) dalam usul-usul aqidah dan merosakkan perkara dari pokok-pokok agama Islam iaitu rukun-rukun dan aqidah, setelah dia bersembunyi dengan (seakan-akan) mengikuti Al Kitab dan As-Sunnah, menampilkan diri bahawa dialah yang menyeru kepada yang Haq dan pembimbing ke syurga. Lantas dia keluar dari Ittiba’ (ikut al Qur’an dan As Sunnah) menuju bid’ah, ganjil dan aneh daripada jemaah kaum muslimin dengan menyalahi ijma’ ulama, dan dia mengatakan sesuatu yang mewajibkan penjisiman dan penstrukturan dalam Zat Allah Yang Suci, dan keperluan Allah pada bahagian juzuk tidaklah mustahil, mengatakan bertempatnya mahluk pada dzat Allah, Al Qur’an adalah diciptakan yang Allah berbicara dengannya setelah al Qur’an tidak ada, Allah berbicara dan diam, pada Zatnya terjadi kehendak-kehendak sesuai dengan mahluk-mahluk-Nya, dan berlanjut pada penetapan Qidam (keterdahuluan)-nya alam dan pendapat tidak ada permulaan bagi makhluk …… dan semua (pendapat Ibnu Taimiyah) tersebut, meski pun merupakan kekufuran yang jelek, namun lebih sedikit jumlahnya dinisbahkan pada yang telah di buatnya (Bid’ah?) dalam hal furu’”. - Tabaqat Al-Syafiʻiyyah, jilid 9 halaman 253; Al-Saif Al-Ṣaqīl, halaman 177; Al-Durrah Al-Mudhi’ah fi Al-Rad Ala Ibnu Taimiyah, halaman 5
Nota:

Sayuthi mengatakan tentang Al-Subki sebagai:
شيخ الإسلام، إمام العصر، وتصانيفه تدلّ على تبحره في الحديث؛ 
طبقات الحفّاظ، ص 55.
Syeikhul Islam, pemimpin di zamannya dan karya-karyanya yang melimpah menunjukkan betapa banyaknya ilmu beliau dalam bidang hadis. - Tabaqat Al-Huffaz, halaman 55.
Selain itu, Ibnu Kathir al-Salafi berkata tentangnya:
«الإمام العلامة ... قاضي دمشق ... برع في الفقه والأصول والعربية وأنواع العلوم ... انتهت إليه رئاسة العلم في وقته؛ سبكى امام و علاّمه، قاضى دمشق در علم فقه، اصول، عربيه و ديگر علوم سرآمد عصر خويش بوده است و رياست علم در زمان خويش به وى منحصر شد. بدايه ونهايه: ج 1، ص 551، شماره 2251.
Al-Imam Al-ʻAllamah… Qadi Damsyiq… pintar dalam ilmu Fiqh, Ushul, Arab dan berbagai klasifikasi ilmu… mencapai kepimpinan ilmu di zamannya. - Al-Bidayah Wa Al-Nihayah, jilid 1 halaman 551, nombor 2251
Al-Hushni Dimasyqi menganggap Ibnu Taimiyah sebagai zindiq
Al-Hushni Dimasqi menulis:

وأن ابن تيمية كما قاله بعض الأئمة الأعلام – الذي كان يوصف بأنه بحر في العلم – يقول عنه أنه زنديق مطلق. وسبب قوله ذلك أنه تتبع كلامه فلم يقف له على اعتقاد، حتى أنه في مواضع عديدة يكفر فرقة ويضللها، وفي موضع آخر يعتقد ما قالته أو بعضه. مع أن كتبه مشحونة بالتشبيه والتجسيم والإشارة إلى الازدراء بالنبي والشيخين وتكفير عبد الله بن عباس وأنه من الملحدين وجعل عبد الله بن عمر رضي الله عنهما من المجرمين وأنه ضال ومبتدع ذكر ذلك في كتاب له سماه (الصراط المستقيم والرد على أهل الجحيم) وقد وقفت في كلامه على المواضع التي كفر فيها الأئمة الأربعة. وكان بعض أتباعه يقول أنه أخرج زيف الأئمة الأربعة يريد بذلك إضلال هذه الأمة لأنها تابعة لهذه الأئمة في جميع الأقطار والأمصار وليس وراء هذا زندقة.

Ibnu Taimiyyah sepertimana yang dikatakan oleh kebanyakan ulama besar - iaitu ulama yang disifatkan sebagai 'lautan ilmu' - berkata: Sesungguhnya Ibnu Taimiyah adalah kafir zindiq secara mutlak. Ini disebabkan penelitian atas kata-katanya dan diketahuilah bahawa ia beberapa kali telah mengkafirkan golongan lain dan menyesatkan mereka. Pada ketika yang lain ia mengiyakan apa yang golongan lain katakan, atau mengesahkan sebahagiannya. Sementara itu fakta di dalam bukunya penuh dengan 'tasybih' (menyamakan Allah dengan makhluk), 'tajsim' (menjisimkan Allah), termasuklah penghinaan terhadap Nabi (s.a.w), penghinaan terhadap Abu Bakar dan Umar, mengkafirkan Ibnu Abbas, dan sesungguhnya ia adalah kafir ateis. Ia mengatakan Abdullah bin Umar sebagai penjenayah, dan sesungguhnya ia adalah sesat, tukang bid'ah, ia mengatakan demikian di dalam kitab yang bernama Al-Shiratul Mustaqim Wa Al-Rad 'Ala Ahl Al-Jahim'. Aku turut menemui kata-katanya yang berposisi mengkafirkan para imam empat mazhab fiqh dengan tujuan mendakwa bahawa seluruh umat ini sesat kerana mengikuti imam ini di seluruh pelusuk dunia. Tidak terselindung lagi kezindiqan ini.- Dafʻ Syabah 'An Rasulillah, Tahqiq Jama'ah min Ulama, halaman 125
Al-Hushni Dimasyqi menulis di tempat lain:
وقال (ابن تيميّة): «من استغاث بميّت أو غائب من البشر... فإنّ هذا ظالم، ضالّ، مشرك»، هذا شيء تقشعرّ منه الأبدان، ولم نسمع أحدا فاه، بل ولا رمز إليه في زمن من الأزمان، ولا بلد من البلدان، قبل زنديق حرّان قاتله اللّه ـ عزّ وجلّ ـ وقد جعل الزنديق الجاهل الجامد، قصّة عمر رضى‏الله‏عنه دعامة للتوصّل بها إلى خبث طويّته في الإزدراء بسيّد الأوّلين والآخرين وأكرم السابقين واللاحقين، وحطّ رتبته في حياته، وأنّ جاهه وحرمته ورسالته وغير ذلك زال بموته، وذلك منه كفر بيقين وزندقة محقّقة؛
دفع الشبه عن الرسول، ص 131
Ibnu Taimiyah berkata: Barangsiapa yang memohon bantuan (istighasah) dengan mayat atau orang ghaib dari manusia… Sesungguhnya ini adalah zalim, sesat dan musyrik. Dengan ini badan manusia menggeletar (di mana tawassul dengan para nabi setelah mereka wafat aku anggap sesat), sehingga kini aku belum mendengarnya daripada sesiapa pun. Bahkan tidak seorang pun yang menunjukkan simbol sebegini di zaman manapun, atau di negara mana pun. Sehinggalah sebelum Harran Ibnu Taimiyah (semoga Allah membunuhnya dan Allah telah melakukannya), si kafir zindiq yang tegar kejahilannya telah membuatkan kisah Umar Radhiyallahuanhu yang bertawassul sebagai kekotoran di hari perasaannya dalam menghina Sayyidil Awwalin, dan merendahkan martabatnya di dalam hidupnya, ia ingin mengatakan wibawa, kehormatan, risalahnya dan lain-lain lagi telah luput setelah wafat. Itu meyakinkan bahawa ia telah kafir dan realitinya ia telah zindiq.- Dafʻ Syabah 'An Rasulillah, halaman 131
Nota:
Khairuddin Al-Zarkali di dalam menceritakan perihal Al-Hushni Al-Dimasyqi mengatakan:

تقي الدين الحصني فقيه ورع من أهل دمشق…
له تصانيف كثيرة، منها…  دفع شبه من شبه وتمرد

Taqiyuddin Al-Hushni, seorang yang alim dan faham agama, wara’, daripada warga Damsyiq… beliau mempunyai banyak karya antaranya… Daf'u Syubah man Syabbaha wa Tamarrada
Qadi Syafi’i menganggap darah pengikut Ibnu Taimiyah adalah halal ditumpahkan.

Ibnu Hajar Al-ʻAsqalani (wafat tahun 825 Hijrah) dan Al-Syaukani (wafat tahun 1255 Hijrah) merupakan dua ulama besar Ahlusunnah yang menulis bahawa Al-Qadi Al-Shafiʻi memberi perintah di Damsyiq:

من اعتقد عقيدة ابن تيمية حل دمه وماله
الدرر الكامنة، ج 1، ص 147؛ البدر الطالع، ج 1، ص 67 و مرآة الجنان، ج 2، ص 242.
Barangsiapa yang berpegang dengan akidah Ibnu Taimiyyah, maka halal darahnya (ditumpahkan) dan hartanya. - Al-Durar Al-Kaminah, jilid 1 halaman 147; Al-Badrul Thaliʻ, jilid 1 halaman 67; Mir’atul Jinan jilid 2 halaman 242
Ibnu Hajar Al-Haythami menanganggap Ibnu Taimiyah sebagai individu yang sesat lagi menyesatkan
Ibnu Hajar Al-Haythami Al-Makki (wafat tahun 974) menulis tentang Ibnu Taimiyah sebagai berikut:
ابن تيمية عبد خذله الله وأضله وأعماه وأصمه وأذله ، وبذلك صرح الأئمة الذين بينوا فساد أحواله وكذب أقواله...
وأهل عصرهم من الشافعية والمالكية والحنفية...
والحاصل أن لا يقام لكلامه وزن بل يرمى في كل وعر وحزن ويعتقد فيه أنه مبتدع ضال ومضل جاهل غال عامله الله بعدله وأجارنا من مثل طريقته وعقيدته وفعله آمين .
الفتاوى الحديثة، ص 86.

Allah mengecewakan Ibnu Taimiyah, menyesatkannya, membutakannya, menulikannya dan menghinanya. Demikian itu para imam yang menerangkan kerosakannya dan pendustaan kata-katanya telah menjelaskan… ahli di zamannya daripada golongan al-Syafiʻi, al-Maliki dan al-Hanafi…kesimpulannya kata-katanya tidak bernilai, bahkan ia adalah tukang bid’ah yang sesat lagi menyesatkan dan jahil. Semoga Allah menegakkan keadilan dan menyelamatkan kita daripada jalannya, akidahnya dan perbuatanyya, Amin. - Al-Fatawa Al-Hadithiyyah, halaman 86.
Kekafiran orang yang memanggil Ibnu Taimiyah sebagai ‘Syeikhul Islam’

 
Ulama besar Ahlusunnah bernama Al-Shawkani berkata:

 
صرّح محمّد بن محمّد البخاري الحنفيّ المتوفّى سنة 841 بتبديعه ثمّ تكفيره، ثمّ صار يصرّح في مجلسه: إنّ من أطلق القول على ابن تيميّة أنّه شيخ الإسلام فهو بهذا الإطلاق كافر
بدر الطالع، ج 2، ص 260
Muhammad Al-Bukhari Al-Hanafi yang meninggal pada tahun 841 Hijrah menjelaskan bid’ahnya kemudian mengkafirkannya, kemudian beliau menjelaskan di dalam majlisnya: Barangsiapa yang menggelar Ibnu Taimiyah sebagai Syeikhul Islam, maka ia telah kafir. - Badrul Taliʻ, jilid 2 halaman 260
Ibnu Batutta mengatakan Ibnu Taimiyyah gila

Ibnu Batutta, menulis dalam catatan pengembaraan ilmiyahnya sebagai:

وكان بدمشق من كبار الفقهاء الحنابلة تقي الدين بن تيميّة كبير الشام يتكلّم فى الفنون إلاّ أنّ فى عقله شيء
رحله ابن بطوطه، ج 1، ص 57
Tersebutlah di Damsyiq seorang daripada ahli Fiqh Hanafi yang bernama Taqiyudin Ibnu Taimiyah, berbicara tentang berbagai kesenian, namun akalnya tidak waras.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Kritikan Ulama Ahlusunnah Wal Jamaah ini dipublish oleh Unknown pada hari 07 Jun 2012. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Kritikan Ulama Ahlusunnah Wal Jamaah
 

0 comments:

Catat Ulasan