Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Asal Kejadian Para Nabi dan Mukminin, pahala ziarah mukmin dll, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid, w. 413 H



Asal Kejadian Para Nabi dan Mukminin  

       Daripadanya, daripada Ruba‘i daripada seorang lelaki daripada Ali bin al-Husain a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan para nabi dari tanah ‘Illiyyiin. (syurga). Hati dan badan mereka (quluubu-hum wa abdaanu-hum) adalah daripada tanah tersebut. Dia telah menciptakan hati  orang-orang mukmin daripada tanah itu tetapi  tidak menciptakan  badan mereka darinya.
       Allah menciptakan orang-orang kafir, hati dan badan mereka daripada tanah Sijjin (neraka). Kemudian  Allah s.w.t. mencampurkan kedua-dua tanah tersebut (fa-khalata al-tinatain). Maka keadaan inilah menyebabkan seorang mukmin melahirkan seorang kafir (yalidu al-Mu’min al-Kafir),dan seorang kafir melahirkan seorang mukmin (al-Kafir yalidu al-Mukmin). Keadaan ini jugalah menyebabkan seorang mukmin (boleh) ditimpa keburukan (al-Sayyiah) dan seorang kafir (boleh) mendapat kebaikan (al-Hasanah). Justeru itu hati orang-orang mukmin cenderung kepada asal ciptaan mereka manakala  hati orang-orang kafir juga cenderung kepada asal ciptaan mereka.
       Daripada Huraiz  daripada Abu Abdullah a.s menjelaskan tentang firman Allah Surah Fussilat (41): 34  “Dan tidaklah sama  kebaikan (al-Hasanatu) dan  kejahatan (al-Sayyi’atu)”. Beliau berkata: al-Hasanatu adalah al-Taqiyyatu dan al-Sayyia’atu adalah al-Idhaa’atu (penyebaran) “Tolaklah(kejahatan itudengan cara yang lebih baik. (Keadaan ini membolehkan) orang yang bermusuhan terhadapmu akan bertukar menjadi (seolah-olah) seorang sahabat yang baik.  
       Daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s. daripada bapa, datuk dan moyangnya daripada Amir al-Mukminin a.s daripada Rasulullah s.a.w daripada Allah Azzawajalla berfirman: Urusan kamu adalah dengan warak, ijtihad, menunaikan amanah, benar di dalam perkataan, lama sujud, rukuk, tahajud di waktu malam, memberi makan dan memberi salam.
       Al-Sadiq a.s berkata: Sesiapa yang bersumpah (halifa) dengan (nama) Allah dalam keadaan berbohong (kadhiban), maka dia akan menjadi kafir (kafara). Sesiapa yang bersumpah dengan (nama) Allah dalam keadaan benar (sadiqan), maka dia berdosa (athima) kerana Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah(2):24 “ Dan janganlah kamu menjadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan ”.
       Al-Baqir a.s berkata: Tidak ada seorang lelaki yang memberi penyaksian palsu ke atas seorang lelaki muslim  bagi melucutkan haknya melainkan Allah menulis  tempatnya di dalam catatan ke neraka. Beliau a.s. berkata: Perkukuhkan harta kamu (hassinuu amwala-kum) dengan mengeluarkan zakat dan ubatilah penyakit kamu (daawuu mardhaa-kum) dengan memberi sedekah[1].
       Al-Sadiq a.s berkata: Tidak ada seekor burung yang diburu melainkan ia meninggalkan tasbih dan tidak ada harta yang ditimpa bencana melainkan ia tidak dikeluarkan zakat[2].  

Mukmin Diciptakan Dari Tanah Para Nabi A.S         

       Daripada Muhammad bin Hamraan: Aku telah bertanya kepada al-Sadiq a.s. Dari apakah Allah telah menciptakan tanah mukmin? Beliau a.s. menjawab: Dari tanah ‘Illiyyin. Aku bertanya lagi: Dari apakah diciptakan seorang mukmin? Beliau menjawab: Dari tanah para nabi, lantaran itu mereka tidak boleh dikotori oleh sesuatu (fa-lan yunajjisa-hu sya’un) [3].

Pahala Ziarah Mukmin Akan Saudaranya Kerana Agama         

       Al-Sadiq a.s berkata: Menunaikan hajat seorang mukmin adalah lebih baik (qadha’u hajati al-Mu’min khairun) dari membawa  seribu ekor kuda pada jalan Allah dan memerdekakan seribu orang hamba[4].  Beliau a.s. berkata: Tidak ada seorang mukmin yang memandikan (jenazah) seorang mukmin  dalam keadaan membalikkannya (wa-huwa yuqallibu-hu) dan berkata: Tuhanku! keampunan-Mu dipinta” (Rabb ‘afwa-ka)  melainkan Allah mengampunkan  orang yang memandikan jenzah itu (al-Ghaasil )[5]
       Jabir daripada Abu Ja‘far daripada Ali bin al-Husain daripada al-Husain bin Ali a.s daripada nabi s.a.w bersabda: Jibra’il telah memberitahuku sesungguhnya Allah Azzawajalla telah menurunkan malaikat ke bumi. Malaikat itu mula berjalan sehingga sampai ke pintu rumah seorang lelaki. Tiba-tiba datang seorang lelaki meminta izin di pintu rumah itu. Malaikat bertanya kepadanya: Apakah hajat anda kepada tuan rumah ini? Dia menjawab: Dia adalah audara seagama denganku. Aku menziarahinya kerana Allah. Malaikat berkata: Demi Allah! Itu sahaja yang telah membuatkan anda datang kepadanya? Lalaki itu menjawab: Itu sahaja yang membuatkan aku datang kepadanya. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada anda. Allah s.w.t. memberi salam kepada anda dan berfirman: Anda wajib memasuki syurga (wajabat laka al-Jannah). Malaikat berkata: Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman: Seseorang muslim yang menziarahi seseorang muslim bukanlah beliau menziarahinya, tetapi beliau menziarahi-Ku dan pahalanya (ke atas-Ku) adalah syurga[6]. Al-Sadiq a.s berkata: Seorang muslim yang berjalan untuk memenuhi hajat (keperluan) seseorang mukmin adalah lebih baik daripada tawaf tujuh puluh kali di sekeliling al-Bait al-Haram[7].
       Dia berkata: Abu Ja‘far a.s berkata: Perasaan takut terhadap musuh kami di campak ke hati syi‘ah (ulqia al-Ra‘bu fi qulubi syi‘ati-na min ‘aduwwi-na). Tetapi apabila berlaku perintah kami dan keluar Mahdi kami maka seseorang daripada mereka lebih berani dari seekor singa jantan, lebih tajam dari mata tombak, menendang musuh kami dengan dua kakinya dan membunuh mereka dengan dua tapak tangannya[8].
       Daripada Abu al-Hasan Musa a.s berkata: Bukan daripada kami mereka yang tidak melakukan muhasabah diri pada setiap hari. Jika dia melakukan kebaikan maka dia memohon kepada Allah supaya menambahkannya dan memuji Allah di atasnya. Jika dia melakukan perkara yang tidak baik maka dia memohon keampunan Allah dan bertaubat kepada-Nya[9].                   
                           
Mukmin Adalah Saudara Mukmin         

       Al-Sadiq a.s berkata: Mukmin itu adalah saudara mukmin, bagaikan matanya dan petunjuknya. Dia tidak mengkhianati saudaranya dan tidak pula menghinanya. Beliau a.s. berkata: Mukmin mendatangkan berkat kepada mukmin. Beliau a.s. berkata: Mukmin yang mejemput dua orang mukmin ke rumahnya, lalu memberi makan kepada mereka berdua sehingga kenyang adalah lebih baik daripada memerdekakan seorang hamba. Seorang mukmin yang memberi pinjaman kepada seorang mukmin kerana Allah, maka Allah akan menghitungkan pahala untuknya seperti pahala bersedekah. Seseorang mukmin yang berjalan kerana keperluan saudaranya maka Allah menulis kebaikan pada setiap langkahnya serta menghapuskan kejahatan pada setiap langkahnya, lalu diangkat untuknya beberapa darjat dan ditambahkan kepadanya sepuluh kebaikan, kemudian diberi syafaat pada sepuluh keperluan (hajat). Mukmin yang berdoa kepada saudaranya supaya zahirnya perkara ghaib, maka Allah akan mewakilkannya seorang malaikat yang akan berkata: Anda adalah sepertinya. Seseorang mukmin yang menyelamatkan saudaranya daripada kesusahan, maka Allah akan menyelamatkannya daripada kesusahan di akhirat. Seseorang mukmin yang membantu mukmin yang dizalimi (mu’minan mazluman) adalah lebih baik daripada berpuasa sebulan dan beriktikaf di Masjid Haram. Seseorang mukmin yang membantu mukmin mengikut kemampuannya, maka Allah akan membantunya di dunia dan akhirat. Beliau a.s. berkata: Mukmin yang menghina saudaranya sedangkan beliau mampu membantunya, maka Allah akan menghinanya di dunia dan di akhirat[10].
       Beliau a.s. berkata: Muslim adalah saudara muslim dan hak muslim ke atas saudaranya ialah janganlah dia merasa kenyang sedangkan saudaranya lapar. Janganlah dia minum sepuas-puasnya sedangkan saudaranya dahaga. Janganlah dia memiliki pakaian berlebihan sedangkan saudaranya bertelanjang. Alangkah besarnya hak muslim ke atas saudara yang muslim.
       Beliau a.s. berkata: Cintailah saudara muslim sebagaimana anda mencintai diri anda sendiri. Apabila anda perlu, maka mintalah daripadanya. Apabila dia meminta daripada anda, maka berilah kepadanya. Jangan anda merasa jemu untuk melakukan kebaikan kepadanya begitulah sebaliknya. Jadilah anda seorang yang baik terhadapnya, jika dia tidak ada (ghaib), maka jagalah dia semasa ketiadaannya. Apabila dia pulang, maka ziarahilah dia dengan penuh penghormatan, kerana dia adalah daripada anda dan anda daripadanya. Jika anda mencelanya, maka janganlah anda berpisah daripadanya sehingga anda memohon maaf. Jika dia mendapat kebaikan, maka anda bersyukurlah kepada Allah. Jika dia ditimpa bencana, maka bantulah dia. Apabila seorang mukmin berkata kepada saudaranya uffin, maka terputuslah wilayah antara mereka berdua. Apabila berkata seseorang lelaki: Anda adalah musuh aku, maka salah seorang daripada mereka berdua menjadi kafir, jika dia menuduh saudaranya dengan sesuatu tuduhan, maka imannya mengecil sebagaimana mengecilnya garam apabila terkena air.
       Beliau a.s. berkata: Sesungguhnya mukmin akan terpancar cahayanya kepada penghuni langit sebagaimana terpancarnya bintang-bintang di langit kepada penghuni bumi. Beliau a.s. berkata: Sesungguhnya mukmin adalah wali Allah. Dia membantu dan menolong saudaranya. Dia tidak berkata kepada saudaranya melainkan kebenaran dan dia  tidak takut selain daripada-Nya[11].
       Daripada Hamzah al-Thumali berkata: Barangsiapa yang memberi makan[12] seorang mukmin yang kelaparan, nescaya Allah akan memberi makan buah-buahan di syurga kepadanya. Barangsiapa yang memberi minum seorang mukmin yang dahaga, maka Allah akan memberi minuman yang istimewa kepadanya. Sesiapa yang memberi pakaian kepada seorang mukmin, maka Allah akan memakaikannya dengan pakaian yang hijau. Di dalam hadis yang lain menyebutkan dia sentiasa di dalam jaminan Allah selama beliau melakukan sedemikian[13].
       Beliau a.s. berkata: Sesungguhnya apabila dua  orang mukmin bertemu dan berjabat tangan, maka Allah  berdepan dengan mereka berdua dengan muka-Nya (zat-Nya). Dosa hilang dari muka mereka berdua sehingga mereka berdua berpisah. Beliau a.s. juga berkata: Demi Allah! Allah tidak disembah dengan sesuatu yang lebih baik dari menunaikan hak mukmin. Beliau a.s. berkata: Demi Allah! Sesungguhnya  hak seseorang mukmin lebih besar  daripada Ka‘bah (Wa l-Lahi inna l-mu’min la-a‘zamu haqqan mina l-ka‘bah). Beliau a.s. berkata: Doa seseorang mukmin untuk mukmin dapat menghindari bala dan mendatangkan rezeki[14].

Hak-Hak Mukmin Ke Atas Mukmin       

       Daripada Abd al-A‘la daripada al-Mu‘alla bin Khanis berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s.  Aku berkata: Apakah hak mukmin ke atas mukmin? Beliau a.s. menjawab: Aku kasihankan anda. Aku khuatir  anda mengetahui, tetapi anda tidak beramal dengannya. Anda menghilangkannya  kerana anda tidak menjaganya. Al-Mu‘alla berkata: Aku berkata: La haula wala quwwata illa bi-lLah. Beliau a.s. berkata: Bagi seseorang mukmin ke atas mukmin ada tujuh hak dan kewajipan. Sekiranya dia menghilangkan satu sahaja daripadanya, maka terkeluarlah dia daripada wilayah Allah (kharaja min wilayati l-lLah) dan meninggalkan ketaatan kepada-Nya serta tidak ada haknya di hari Kiamat.       
       Pertama: Anda mencintai untuknya sebagaimana anda mencintai untuk diri anda sendiri.
       Kedua: Anda menolongnya dengan diri anda, harta anda, lidah anda, tangan anda dan kaki anda.
       Ketiga: Anda menuruti keredaannya, menjauhi kemarahannya dan mentaati suruhannya.
       Keempat: Anda menjadi matanya, penunjuknya dan cerminnya.
       Kelima: Janganlah anda kenyang sedangkan dia lapar. Anda puas meminum air sedangkan dia dahaga. Anda berpakaian sedangkan dia bertelanjang.
       Keenam: Sekiranya anda mempunyai khadam sama ada lelaki atau wanita yang berkhidmat kepada anda sedangkan beliau tidak mempunyai khadam maka hendaklah anda mengutus khadam anda membersihkan pakaiannya, memasak makanannya dan menyediakan hamparannya.
       Ketujuh: Anda menerimanya, menyahut seruannya, menziarahi kesakitannya dan menghadiri jenazahnya. Sekiranya dia mempunyai hajat, maka bersegeralah melaksanakannya. Janganlah anda membebankannya sehingga dia memintanya daripada anda. Apabila anda telah melakukan kesemuanya, maka wilayah anda bersambung dengan wilayahnya[15].                  


[1] Al-Kulaini, al-Kafi,  iv, 61

[2] Ibid, iii, 55

[3] Al-Barqi, al-Mahasin, hlm.133,al-Kulainial-Kafi, ii, 167

[4] Al-Kulaini, al-Kafi, iii ,193

[5] Al-Kulaini, al-Kafi,  iii, 164

[6] Ibid,  ii, 168, al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  xiv, 230, xvi, 101

[7] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vxvi, 88

[8] Ibid, xiii, 195

[9] Al-Kulaini,  al-Kafi,  ii , 453

[10] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar,  xvi, 88

[11] Al-Kulaini,  al-Kafi,  ii, 170, al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  xvi,  68

[12] Al-Kulaini,  al-Kafi, ii, 170, 179,507

[13] Al-Kulaini,  al-Kafi,  ii,  201,  205

[14] Ibid, ii, 170, 179, 507

[15] Al-Kulaini,  al-Kafi, ii,  169, al-Majlisi,  Bihar al-Anwar, xvi, 61
READMORE
 

Apakah Pengertian Al-Fataa?, dan sifat-sifat Ahlu l-Bait, al-Raudhah mina l-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H



Apakah Pengertian Al-Fataa?

       595. Ali bin Ibrahim secara marfuu’ berkata: Abu Abdullah a.s berkata kepada seorang lelaki: Apakah pengertian al-Fataa (pemuda) di sisi kamu? Pemuda itu memberi jawapan kepadanya[1], maka beliau a.s berkata: Tidak, al-Fataa al-Mu’min (pemuda adalah mukmin), sesungguhnya Ashaab al-Kahf adalah syeikh-syeikh (orang tua), lalu Allah menamakan mereka fityah (pemuda) dengan iman mereka.

Tafsir Firman Allah Surah Sabaa’ (34): 19 “Mereka berkata: “Ya Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami
       596. Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Jamil bin Salih, daripada Sudair berkata: Seorang lelaki telah bertanya Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah Sabaa’ (34): 19 “Mereka berkata: “Ya Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami”, maka beliau a.s berkata: Mereka adalah golongan yang mempunyai kampung-kampung yang menghubungkan di antara satu sama lain, sebahagian mereka melihat kepada sebahagian yang lain dan mereka telah mengubahkan apa yang ada pada diri mereka[2].
       Lalu Allah menghantar ke atas mereka banjir yang besar, kemudian ia menenggelamkan kampung-kampung mereka, merosakkan rumah-rumah mereka serta menghilangkan harta-harta mereka. Kemudian Dia menukarkan taman-taman mereka yang banyak kepada dua taman sahaja. Satu taman mengeluarkan makanan yang “berduri” dan satu taman mengeluarkan bunga teratai. Kemudian Allah telah berfirman di dalam Surah Sabaa‘ (34): 17 “Demikianlah kami memberi balasan kepada mereka kerana kekafiran mereka. Dan kami tidak menjalankan azab melainkan kepada golongan yang sangat kafir”.    

Sifat-Sifat Ahlu l-Bait A.S.

       597. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’ daripada Abu Basir, daripada Ahmad bin Umar berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata setelah didatangi oleh seorang lelaki yang berkata kepadanya: Sesungguhnya kamu Ahlu Bait rahmat yang dikhususkan oleh Allah dengannya, maka beliau a.s berkata kepadanya: Begitu juga kami dan segala puji bagi Allah bahawa kami tidak memasukkan seorang di dalam kesesatan dan kami tidak mengeluarkan seorang daripada petunjuk[3]. Sesungguhnya dunia tidak akan berlalu sehingga Allah mengutus seorang lelaki daripada kami Ahlu l-Bait yang beramal dengan Kitab Allah yang mana beliau tidak akan melihat pada kamu perkara yang mungkar melainkan beliau mengingkarinya.                                                                                                                                                                                                      

      




[1] Mengikut pengertian al-Fataa dari segi bahasa.

[2] Tidak bersyukur kepada nikmat Allah.

[3] Kedatangan Imam al-Mahdi adalah satu kepastian.
READMORE
 

Di sisi kami Ahlu l-Bait Benteng Ilmu Dan Pintu Hikmah, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid, w. 413 H


Di sisi kami Ahlu l-Bait Benteng Ilmu Dan Pintu Hikmah
            
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Hasan bin Ali bin al-Nu‘man, daripada Ali bin al-Nu‘man, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata:Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberi faedah kepada orang ramai dan kami Ahlu l-Bait di sisi kami benteng ilmu, pintu hikmah, dan pencerahan urusan  (dhiya’ al-Amr) manusia[1].
       Ya‘qub bin Yazid, dan Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Ziad bin Marwan al-Qandi, daripada Hisyam bin ibn Salim, berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Di sisi orang ramai (al-‘Ammah) hadis-hadis Rasulullah perlu disahkan? Beliau berkata:Ya, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberi ilmu yang banyak kepada orang ramai, dan di sisi kami benteng ilmu (ma‘aqil al-‘ilmi) dan pemutus di antara manusia (wa faslun ma baina al-Nas)[2].
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Abdullah bin Muhammad al-Hijjal, daripada Ali bin Hammad, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberi ilmu yang banyak kepada orang ramai, dan di sisi kami Ahlu l-Bait asas ilmu, keasliannya, cahayanya, dan tunjangnya (usul al-‘ilmi wa ‘ura-hu wa dhiyau-hu wa awakhi-hi).
       Ya‘qub bin Yazid, dan Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair, daripada Hisyam bin Salim, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya kami mendapati sesuatu dari hadis-hadis kami di tangan orang ramai, maka beliau berkata: Mudah-mudahan anda tidak terfikir bahawa Rasulullah s.a.w telah memberi ilmu yang banyak kepada orang ramai- Beliau telah memberi isyarat dengan tangannya di kanannya, kirinya, di hadapannya, dan di belakangnya- Sesungguhnya kami Ahlu l-Bait di sisi kami benteng ilmu, pencerahan urusan, dan pemutus di antara orang ramai[3].
       Ibrahim bin Hasyim, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Hisyam bin Salim, daripada al-Hasan bin Yahya, berkata:Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya kami Ahlu al-Bait di sisi kami benteng ilmu, peninggalan  kenabian, ilmu al-Kitab, dan pemutus di antara orang ramai.
       Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Abu Abdullah Zakaria bin Muhammad al-Mu’min, daripada Abdullah bin Maskan, dan Abu Khalid al-Qammat, dan Abu Ayyub al-Khazzaz, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberi ilmu yang banyak kepada orang ramai, dan di sisi kami keaslian ilmu, pintu hikmah, benteng ilmu, pencerahan urusan, dan tunjangnya. Barangsiapa yang telah mengenali kami, maka makrifatnya akan memberi manfaat kepadanya (fa-man‘arafa-na nafa‘at-hu ma ‘rifatu-hu), dan diterima daripadanya amalannya. Barangsiapa yang tidak mengenali kami, maka  makrifatnya tidak memberi faedah kepadanya dan  amalannya tidak akan diterima[4].
       Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Safwan bin Yahya, daripada Abu Khalid bin al-Qammat, daripada Hamraan bin A‘yan berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Apakah kedudukan para ulama? Beliau berkata: Sepertilah Dhu l-Qurnain, sahabat Sulaiman, dan sahabat Musa[5].
       Ya’qub bin Yazid, dan Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Ziad bin Marwan al-Qandi, daripada Muhammad bin ‘Ammar, daripada al-Fudhail bin Yassar berkata: Aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s bagaimana Amir al-Mukminin a.s mengenakan hukuman ke atas peminum arak (syarib al-Khamr)? Beliau berkata: Beliau telah mengenakan hukum hudud ke atasnya. Aku berkata: Jika ia mengulanginya? Beliau berkata: Beliau mengenakan hukum hudud, aku berkata: Jika ia mengulanginya? Beliau berkata: Beliau akan membunuhnya. Aku berkata: Bagaimana beliau mengenakan peminum minuman yang memabukkan (al-Muskir)? Beliau berkata: Hukumannya adalah sama. Aku berkata:  Barangsiapa yang meminum minuman yang memabukkan seperti orang yang  meminum minuman khamr? Beliau berkata: Ia adalah sama. Maka aku telah  memperbesarkan perkara itu. Beliau berkata kepada aku: Wahai Fudhail, janganlah anda memperbesarkan  perkara tersebut, sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad sebagai  rahmat kepada alam semesta. Dan sesungguhnya Allah telah  mendidik Nabi-Nya, maka beliau telah memperbaiki adabnya.
       Manakala beliau telah  mempelajari  segala adab, Dia telah menyerahnya kepadanya. Lantaran itu, Allah telah mengharamkan al-Khamr, dan Rasulullah s.a.w telah mengharamkan segala yang memabukkan, maka Allah telah mengharuskannya untuknya pula.  Allah telah menjadikan Makkah sebagai tanah haram sementara Rasulullah s.a.w telah menjadikan Madinah sebagai tanah haram, maka Allah telah mengharuskannya untuknya. Allah telah mewajibkan pusaka daripada keturunan salbi sementara Rasulullah s.a.w telah memberi bahagian datuk (al-Jadd), maka Allah telah mengharuskannya untuknya. Kemudian beliau berkata: Wahai Fudhail, barangsiapa yang mentaati Rasul, maka beliau telah mentaati Allah[6].
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Abu  ‘Umair, daripada Muhammad bin Yahya al-Khasy‘ami, daripada Abd al-Rahim al-Qasir, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Ali a.s apabila dikemukakan kepadanya perkara yang tidak diturunkan kitab (lam yanzil bi-hi kitab), dan sunnah, beliau mengambil bahagian (rajama) mengenainya, lalu menepati sasarannya (fa-asaba). Abu Ja‘far a.s berkata: Ia adalah di antara perkara-perkara yang menyulitkan(al-Mu‘dilat )[7].      
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, dan Muhammad bin Khalid al-Barqi, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Isa bin Imran al-Halabi, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Abd al-Rahim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Ali a.s apabila dikemukakan kepadanya perkara yang tidak didatangi (lam yaji’) oleh kitab dan sunnah, beliau mengambil bahagian mengenainya, lalu menepati sasarannya. Kemudian beliau berkata: Wahai Abd al-Rahim, itu adalah di antara perkara-perkara yang menyulitkan.


[1] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, i , 136

[2] Ibid

[3] Ibid

[4] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, I, 136

[5] Ibid, vii,  393

[6] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar, vii,  262

[7] Ibid
READMORE
 

Pimpinan Imam Dua Belas A.S, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid, w. 413 H


Pimpinan Imam Dua Belas A.S

       Abu Ja‘far Muhammad bin Ahmad al-‘Alawi berkata: Ahmad bin Ali bin Ibrahim bin Hasyim telah memberitahu aku daripada bapanya daripada datuknya Ibrahim bin Hasyim daripada Hammad bin Isa daripada bapanya daripada al-Sadiq a.s berkata: Salman al-Farisi-rahmatu l-Lahi  ‘alai-hi-berkata: Aku telah melihat al-Husain bin Ali a.s di bilik Nabi s.a.w  di dalam keadaan beliau s.a.w sedang mengucup dua matanya, dan dua bibir mulutnya sambil bersabda: Anda adalah sayyid bin sayyid bapa kepada  sayyid-sayyid, anda adalah Hujjah bin hujjah bapa kepada hujjah-hujjah, anda adalah imam bin imam, dan bapa kepada sembilan imam daripada keturunan anda, dan yang kesembilan mereka adalah qaimmereka (anta sayyid bin sayyid abu sadah, anta hujjah ibn hujjah abu hujajin, anta al-Imam ibn al-Imam abu al-Aimmah al-Tis‘ah min salbi-ka, tasi ‘u-hum qaimu-hum )[1] 
       Beliau berkata: Abu al-Hasan Muhammad bin Ma‘qal al-Qarmisini telah memberitahu kami, berkata: Muhammad bin Abdullah al-Misri telah memberitahu kami, berkata: Ibrahim bin Mahzam telah memberitahu kami daripada bapanya daripada Abu Abdullah a.s daripada bapa-bapanya a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Dua belas orang daripada keluarga aku adalah mereka yang telah dikurniakan Allah kefahamanku, dan ilmuku, mereka telah diciptakan daripada tanahku  (tinat-i). Maka neraka wail bagi mereka yang mengingkari hak mereka selepasku, mereka yang memutuskan  pada mereka perhubungan aku (silat-i), Allah tidak akan memberi mereka syafaat aku[2].
       Abu al-Hasan Muhammad bin Ma‘qal telah memberitahu kami berkata: Muhammad bin ‘Asim telah memberitahu kami, berkata: Ali bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Marzuq daripada ‘Amir al-Sarraj daripada Sufyan al-Thauri daripada Qais bin Muslim daripada Tariq bin Syihab berkata: Aku telah mendengar Huzaifah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika keluarnya al-Qaim seorang penyeru dari langit menyeru: Wahai manusia, diputuskan daripada kamu masa penguasa-penguasa zalim, dan urusan pemerintahan akan dipimpin oleh sebaik-baik umat Muhammad s.a.w. Justeru itu, sertailah beliau di Makkah, kemudian al-Nujaba’ (orang-orang cerdik) dari Mesir, dan al-Abdal (perkasa) dari Syam,dan al- ‘Asaib  (cekal) dari Iraq.
       Di waktu malam seperti rahib, dan di waktu siang seperti singa jantan. Hati mereka seperti besi. Maka mereka akan memberi baiah kepadanya di antara Rukn dan Maqam, Umar bin al-Hasin berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, beritahukan kami tentang lelaki ini? Beliau s.a.w bersabda: Beliau adalah seorang lelaki daripada anak al-Husain seolah-olah beliau di kalangan lelaki Syanwah di Yaman, memakai dua kain daripada kapas, namanya sepertilah nama aku, dan pada masa itu, burung-burung akan menetas di sangkar-sangkarnya, dan ikan-ikan paus di laut-lautnya, sungai-sungai akan mengalirkan air yang banyak, mengeluarkan mata air, bumi akan menjadi subur, pendapatan yang berganda, kemudian Jibrail akan berjalan di hadapannya, dan di belakangnya Israfil. Bumi akan dipenuhi keadilan dan saksama sebagaimana ia dipenuhi penindasan dan kezaliman[3].
       Beliau berkata: Muhammad bin Quluwaih telah memberitahu kami berkata: Sa‘d bin Abdullah telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Khalid al-Tayalasi daripada al-Mundhir bin Muhammad daripada al-Nasr bin al-Sanadi daripada Abu Daud Sulaiman bin Sufyan al-Mustariq daripada Tha‘labah bin Maimun daripada Malik bin al-Jahani daripada al-Harith bin al-Mughirah daripada al-Asbagh bin Nabatah. Sa‘d bin Abdullah berkata: Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab al-Kufi telah memberitahu kami, berkata: Al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal telah memberitahu kami daripada Tha‘labah bin Maimun daripada Malik al-Jahani daripada al-Harith bin al-Mughirah daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah datang kepada Amir al-Mukminin a.s, maka aku telah mendapati beliau sedang mengetukkan  tanah dengan kayu (yankutu).
       Aku berkata : Wahai Amir al-Mukminin, aku melihat anda sedang berfikir mengetukkan tanah, adakah kehendak anda sendiri melakukannya? Beliau berkata: Tidak, demi Tuhan, aku tidak menghendakinya, mahu pun dunia ini  walaupun satu hari, tetapi aku telah memikir tentang maulud(anak kelahiran) daripada zuriat kesebelas daripada anak lelaki aku iaitu al-Mahdi yang akan memenuhi bumi dengan  keadilan dan saksama sebagaimana ia dipenuhi penindasan dan kezaliman, akan dipenuhi kehairanan  dan ghaib, akan sesat sebahagian kaum dan akan mendapat  hidayat sebahagian yang lain, aku berkata: Adakah ini akan terjadi? Beliau berkata: Ya, sebagaimana ia dijadikan. Maka  di manakah  kedudukan anda di dalam perkara ini wahai  Asbagh? Mereka itu adalah pilihan umat ini bersama-sama pilihan terbaik keluarga ini, aku berkata: Apakah akan berlaku selepas itu? Beliau berkata: Allah akan melakukan apa yang Dia kehendaki, kerana bagi Allah  iradat, permulaan dan matlamat yang banyak[4].






[1] Ibid,  ix,  158

[2] Al-Saduq, Kamal al-Din, hlm.164

[3] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  xiii,  179

[4] Al-Kulaini,  al-Kafi, I,  337

READMORE
 

Syukur Kepada Allah Dan Doa Untuk Murah Rezeki, al-Raudhah mina l-Kafi oleh al-Kulaini, w.328/29 H


Syukur Kepada Allah Dan Doa Untuk Murah Rezeki.

       65. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya daripada al-Naufali, daripada al-Sukuni, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mendapat nikmat, maka hendaklah dia memperbanyakkan berkata: Al-Hamdulillah. Sesiapa yang banyak dukacita, maka hendaklah dia melakukan istighfar. Sesiapa yang fakir, maka hendaklah dia memperbanyakkan kata-kata La haula wa-la quwwata illa bi l-Lahi l-‘Azim, nescaya ia akan menolak kefakiran.       Beliau a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah kehilangan seorang lelaki Ansar, lalu baginda s.a.w bersabda: Apakah sebab anda menghilangkan diri daripada kami (ma ghaibu-ka ‘annaa)?
       Maka lelaki itu berkata: Kefakiran dan kesakitan, wahai Rasulullah. Maka baginda s.a.w bersabda kepadanya:  Aku akan mengajar anda kata-kata apabila anda ucapkan, maka kefakiran dan kesakitan akan hilang daripada anda? Dia berkata: Ya, wahai Rasulullah, lalu baginda s.a.w bersabda: Apabila tiba waktu pagi dan petang, anda bacalah: La haula wa-la quwwata illa bi l-Lahi ‘aliyyi l-‘Azim. Tawakkal-tu ’ala l-Hayyi l-ladhi la yamuut wa l-Hamduli l-Lahi l-Ladhi lam yattakhiz waladan wa lam yakun lahu syariikun fi l-Mulki wa lam yakun lahu waliyyun mina l-Dhdhulli wa kabbir-hu takbiran. Maka lelaki itu berkata: Demi Allah, aku tidak membacanya melainkan tiga hari sehingga hilang daripadaku kefakiran dan kesakitan.

Makna Kerabat Rasulullah S.A.W

       66. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Ismail bin Abd al-Khaliq berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata kepada Abu Ja‘far al-Ahwal: Aku sedang mendengar anda telah datang ke Basrah? Dia menjawab: Ya, beliau a.s berkata: Bagaimana anda melihat  keterlibatan orang ramai di dalam perkara ini? Dia berkata: Demi Allah, sesungguhnya mereka adalah sedikit.
       Sesungguhnya mereka telah melakukannya, tetapi bilangan mereka adalah sedikit. Beliau a.s berkata: Hendaklah anda mengikuti peristiwa yang berlaku, kerana mereka adalah lebih cepat kepada setiap kebaikan. Kemudian beliau a.s berkata: Apa pendapat ahli Basrah mengenai firman-Nya di dalam Surah Assyuura (42): 23 “Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun melainkan kasih sayang kepada keluarga(ku)”? Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, mereka berkata: Ayat itu adalah untuk kaum kerabat Rasulullah s.a.w, maka beliau a.s berkata: Mereka telah berbohong, sesungguhnya ia diturunkan khusus pada  kami Ahlu l-Bait; pada Ali, Fatimah, al-Hasan, al-Husain; Ashaab al-Kisaa’ a.s.
READMORE
 

Hukuman Ajaib Amir al-Mukminin A.S Tentang Lapan Keping Roti, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid, w. 413 H


Hukuman Ajaib Amir al-Mukminin A.S Tentang Lapan Keping Roti

       Abu Ahmad daripada seorang lelaki daripada Abu Abdullah atau Abu Ja‘far a.s berkata: Dua orang lelaki berkumpul untuk  makan. Salah seorangnya mempunyai tiga keping roti sementara seorang lagi mempunyai lima keping roti.
Beliau a.s. berkata: Seorang lelaki datang dan memberi salam kepda mereka berdua. Mereka berdua berkata: Wa  alaika al-Salam, dijemput makan bersama. Lalu lelaki itu duduk dan makan bersama mereka berdua. Apabila selesai makan, dia berdiri dan memberi lapan dirham kepada mereka berdua  sambil berkata: Ini adalah sebagai ganti kepada kamu berdua terhadap apa yang  aku telah makan daripada makanan kamu berdua. Beliau a.s. berkata: Mereka berdua bertengkar mengenai bayaran itu. Lelaki yang mempunyai tiga keping roti berkata: Separuh adalah untuk aku dan separuh adalah untuk anda. Lelaki yang mempunyai lima keping roti pula berkata: Untuk aku lima dirham dengan kadar lima keping roti aku dan untuk anda tiga dirham dengan kadar tiga keping roti anda. Masalah mereka tidak selesai dan terus bertengkar sehingga mereka berjumpa dengan Amir al-Mukminin a.s dan memberitahunya mengenainya. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya perkara yang kamu berdua bertengkar ini adalah sedikit nilainya, justeru itu, kamu berdua tidak patut membawanya ke pengadilan.
 Kemudian Ali a.s berjumpa dengan lelaki yang mempunyai tiga keping roti sambil berkata: Aku fikir sahabat anda  telah mencadangkan untuk memberi kepada anda tiga dirham, kerana rotinya adalah lebih banyak daripada roti anda, maka redailah cadangannya. Dia berkata: Tidak, demi Tuhan, wahai Amir al-Mukminin, aku tidak reda melainkan dengan berlalunya pengadilan. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya jika pengadilan dilakukan, maka anda berhak satu dirham. Lantaran itu, ambillah satu dirham dan berilah kepadanya tujuh dirham. Dia berkata: Subhana l-Lah! Wahai Amir al-Mukminin! dia telah mencadangkan kepada aku tiga dirham, maka aku enggan. Bagaimana aku akan mengambil satu dirham sahaja? Beliau a.s berkata: Beliau telah mencadangkan kepada anda tiga dirham adalah untuk perdamaian, tetapi anda telah bersumpah bahawa anda tidak reda melainkan dilakukan pengadilan.
Jika pengadilan dilakukan, anda berhak satu dirham. Dia  berkata: Berikan penjelasan kepada aku? Beliau a.s berkata: Tidakkah anda mengetahui bahawa tiga yang anda miliki itu adalah sama dengan sembilan dibahagikan dengan tiga. Dia berkata: Ya. Beliau a.s berkata: Tidakkah anda mengetahui bahawa limanya itu adalah menyamai lima belas dibahagikan dengan tiga? Dia berkata: Ya. Jadi semuanya adalah dua puluh empat dibahagikan dengan tiga. Engkau telah memakan lapan, tetamu telah memakan lapan dan sahabat anda telah memakan lapan. Maka tinggallah daripada sembilan anda itu satu dan telah dimakan oleh tetamu. Dan tinggal  daripada lima belasnya adalah tujuh, maka ia telah dimakan oleh tetamu, lantaran itu, dengan tujuhnya,  ia mendapat tujuh dan anda dengan satu anda yang telah dimakan oleh tetamu maka anda mendapat satu[1].



[1] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  xxiv,  15
READMORE
 

Hadis Mengenai Kubah-Kubah (Bumbung), al-Raudhah mina l-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H


Hadis Mengenai Kubah-Kubah (Bumbung)

       300. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasya’, daripada Abdullah bin Sinan, daripada Abu Hamzah berkata: Abu Ja‘far as telah berkata kepadaku: Pada suatu malam aku berada di sisinya, beliau a.s telah melihat kepada langit, lalu berkata: Wahai Abu Hamzah, ini adalah kubah bapa kita Adam a.s dan sesungguhnya Allah a.w telah menyempurnakan tiga puluh sembilan kubah padanya makhluk yang tidak pernah menderhakai Allah sekalipun sekelip mata.

Kubah Adam A.S

       301. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abu Yahya al-Wasiti, daripada ‘Ajalan Abu Salih berkata: Seorang lelaki telah berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, maka dia berkata kepadanya: Aku jadikan diriku tebusan anda, inikah kubah Adam a.s? Beliau a.s berkata: Ya, bagi Allah kubah-kubah yang banyak. Sesungguhnya di sebalik maghrib (barat) kamu ini terdapat tiga puluh sembilan maghrib, bumi putih dipenuhi makhluk yang mana mereka mengambil daripada cahayanya. Mereka tidak pernah menderhakai Allah sekalipun sekelip mata, mereka tidak mengetahui sama ada Adam telah diciptakan ataupun tidak, tetapi mereka melepaskan diri mereka (yubri’uun) daripada polan (Abu Bakr) dan polan (Umar).
READMORE
 

Malaikat yg meluruhkan dosa-dosa Syiah, tafsir ayat dan taubat Adam as, al-Raudhah mina l-Kafi oleh al-Kulaini, we. 328/29 H


Sesungguhnya Bagi Allah Malaikat Yang Meluruhkan Dosa-Dosa Daripada Belakang-Belakang Syi‘ah Kami.

       470. Muhammad bin Ahmad, daripada Abdullah bin al-Salt, daripada Yunus daripada orang yang telah menyebutnya, daripada Abu Basir berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya bagi Allah malaikat yang meluruhkan dosa-dosa daripada belakang-belakang Syi‘ah kami sebagaimana angin meluruhkan daun daripada pokok pada masa luruhnya sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Syuura (42):5 “Malaikat-malaikat  bertasbih serta memuji Tuhan-Nya dan memohonkan ampun bagi golongan yang ada di bumi”, beliau a.s berkata: Demi Allah, Dia tidak maksudkan dengan ayat ini selain daripada kamu.

Mengenai Firman Allah Di Dalam Surah Al-Zumar (39): 45 “Dan apabila hanya nama Allah saja yang disebut, kesallah hati golongan  yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat

       471. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada ‘Umar bin Adhinah, daripada Zararah berkata: Abu al-Khattab telah memberitahuku di dalam keadaan yang amat baik bahawa beliau  berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Zumar (39): 45 “Dan apabila hanya nama Allah saja yang disebut, kesallah hati golongan  yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat”, maka beliau a.s berkata: “Dan  apabila hanya nama Allah saja yang disebut” ( dengan mentaati keluarga Muhammad dengan perintah Allah) “kesallah hati golongan  yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat dan apabila nama golongan selain daripada Allah yang disebut, tiba-tiba mereka bergirang hati”

Taubat Adam A.S.  

       472. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Ibrahim, daripada Kathir bin Kalthamah, daripada salah seorang daripada mereka berdua a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 37 “Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhan-Nya”, beliau a.s berkata: Tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau. Wahai Tuhanku, dengan kepujian Engkau aku telah melakukan kejahatan dan aku telah menzalimi diriku. Justeru ampunilah aku dan Engkau adalah sebaik-baik Pengampun.
       Tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, dengan kepujian Engkau aku telah menzalimi diriku, maka ampunilah aku dan Engkau adalah Maha Penyayang. Tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, Wahai Tuhanku, dengan kepujian Engkau aku telah melakukan kejahatan dan aku telah menzalimi diriku, maka ampunilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Menerima  taubat dan Maha Mengasihani. Di dalam riwayat yang lain beliau a.s berkata: Adam telah memohon kepada Tuhan-Nya dengan hak Muhammad, Ali, al-Hasan, al-Husain dan Fatimah a.s.
READMORE
 

Sesiapa Yang Mati Mencintai Ahlu l-Bait A.S, Maka Dia Mati Syahid dll, al-Raudhah mina l-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H


Sesiapa Yang Mati Mencintai Ahlu l-Bait A.S, Maka Dia Mati Syahid.

       120. Yahya bin al-Halabi, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Abu Basir, berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, adakah anda berpendapat bahawa orang yang menentang perkara ini (al-Raad ‘ala hadha al-Amr) seperti orang yang menentang kamu? Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, sesiapa yang menentang anda mengenai perkara ini (imamah), maka dia adalah seperti menentang Rasulullah s.a.w dan Allah t.w, wahai Abu Muhammad, sesungguhnya  orang yang mati daripada kamu di atas perkara ini adalah mati syahid. Abu Basir berkata: Sekalipun dia mati di atas hamparannya? Beliau a.s berkata: Ya, demi Allah, sekalipun dia mati di atas hamparannya, dia mati syahid, hidup dan diberi rezeki.

Amalkan Sifat Warak Dan Ijtihad.

       121. Yahya al-Halabi, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Habib berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Demi Allah, tiada seorangpun manusia yang aku paling mencintainya selain daripada kamu. Sesungguhnya manusia telah memilih jalan yang bermacam-macam. Di antara mereka ada yang memilih pendapatnya sendiri, ada yang menurut hawa nafsunya dan ada yang menurut riwayat (tanpa kajian). Tetapi kamu telah memilih perkara yang ada asalnya. Justeru hendaklah kamu bersifat warak dan ijtihad. Hadirilah jenazah, ziarahilah pesakit dan hadirilah bersama kaum kamu pada masjid-masjid mereka untuk solat. Tidakkah seorang daripada kamu terasa malu apabila jirannya mengetahui haknya sedangkan dia tidak mengetahui hak jirannya.

Orang Yang Mati Di Kalangan Kamu Adalah Mati Syahid Seperti Penghunus Pedang Pada Jalan Allah.

       122. Daripadanya, daripada Ibn Maskan, daripada Malik al-Jahani berkata: Abu Abdullah berkata kepadaku: Wahai Malik, adakah kamu reda mengerjakan solat, memberi zakat, menahan nafsu kamu dan memasuki syurga? Wahai Malik, tiada satu kaumpun yang telah mengimamkan seorang imam di dunia melainkan dia (imam) datang pada hari kaimat melaknati mereka dan mereka pula melaknatinya selain daripada kamu dan golongan seperti kamu. Wahai Malik, sesungguhnya orang yang mati daripada kamu di atas perkara ini  adalah syahid sepertilah orang yang menghunus pedangnya pada jalan Allah.

Sesiapa Yang Mati Dan Tiada Baginya Imam, Nescaya Dia Mati Seperti Seorang Jahiliyah.

       123. Yahya al-Halabi, daripada Basyir al-Kinasi berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Kamu telah menghubungi silaturahim sedangkan orang lain memutuskannya, kamu mencintai kami sedangkan orang lain memarahi kami, kamu mengenali kami sedangkan orang lain mengingkari kami, ini adalah satu kebenaran. Sesungguhnya Allah telah mengambil Muhammad s.a.w sebagai seorang hamba sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang nabi. Sesungguhnya Ali a.s adalah seorang hamba yang memberi nasihat kerana Allah. Dia telah mejalankan khidmat nasihatnya dan mencintai Allah, justeru Allah mencintainya. Sesungguhnya hak kami pada kitab Allah adalah jelas. Untuk kami harta yang bersih dan untuk kami harta rampasan.
       Sesungguhnya kami adalah kaum yang mana Allah telah memfardukan ketaatan kami. Sesungguhnya kamu di amanahkan supaya tidak menolak kami. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mati dan tiada baginya Imam, nescaya dia mati seperti seorang jahiliyah (man maata wa-laisa la-hu imam maata maitatan jahiliyyatan), hendaklah kamu melakukan ketaatan seperti kamu telah melihat para sahabat Ali a.s, Kemudian Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda ketika sakitnya: Panggilah khaliilku, maka kamipun mengutus keduas-dua bapa mereka (Aisyah dan Hafsah), tetapi apabila kedua-dua datang[1], Rasulullah s.a.w memalingkan mukanya, kemudian bersabda: Panggillah untukku  khaliilku, maka mereka berdua berkata: Baginda s.a.w telah melihat kami, jika baginda s.a.w menghendaki kami, nescaya baginda s.a.w telah  bercakap dengan kami.
       Lalu Aisyah dan Hafsah mengutus kepada Ali a.s. Manakala Ali a.s datang, baginda s.a.w menatapi wajahnya, bercakap dengannya  dan Ali a.s pula bercakap dengannya sehingga apabila baginda s.a.w selesai, kedua-duanya datang dan berkata kepada Ali a.s: Apakah yang baginda s.a.w bersabda kepada anda? Maka Ali a.s berkata: Baginda s.a.w telah memberitahuku seribu bab daripada ilmu dan setiap bab akan membuka seribu bab yang lain pula.



[1] Abu Bakr dan Umar.
READMORE
 

Manusia Terbahagi Kepada Tiga Golongan, al-Raudhah mina l-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H


Manusia Terbahagi Kepada Tiga Golongan.

       275. Al-Husain bin Muhammad Ali al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya’, daripada Muthanna, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya manusia terbahagi kepada tiga golongan: Golongan pertama:  Mereka daripada kami dan kami daripada mereka. Golongan kedua: Mereka menyerupai kita manusia dan berpura-pura dengan kita (yatazayyanuuna bi-na). Golongan ketiga: Mereka memakan sebahagian mereka akan sebahagian yang lain.

Pengertian Orang Ramai Menentang Mereka.

       276. Daripadanya, daripada al-Mu‘alla daripada al-Wasya’, daripada Abd al-Karim bin ‘Umru, daripada ‘Ammar bin Marwan, daripada al-Fudhail bin Yassar berkata: Abu Ja‘far a.s berkata: Apabila anda melihat orang papa dan hajat bertambah sementara orang ramai menentang sesama mereka, maka di kala itu, tunggulah urusan Allah a.w. Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, kepapaan dan hajat aku telah mengetahuinya, maka apakah penentangan orang ramai sesama mereka? Beliau a.s berkata: Seorang lelaki daripada kamu mendatangi saudaranya, lalu dia meminta hajatnya, lalu dia melihat kepadanya bukan dengan  mata biasa dan bercakap kepadanya bukan dengan lidah biasa[1].

Rezeki, Akal Dan Bala.

       277. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ahmaf bin Muhammad bin Khalid, daripada Muhammad bin Ali, daripada ‘Abid bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ali bin al-Husain, daripada bapanya, daripada datuknya berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata: Setiap rezeki adalah secara kebodohan (humq), setiap larangan (al-Hirmaan) adalah dengan akal dan setiap bala adalah dengan kesabaran.


[1] Menghinanya.
READMORE