Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Sesiapa Yang Mati Mencintai Ahlu l-Bait A.S, Maka Dia Mati Syahid dll, al-Raudhah mina l-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H


Sesiapa Yang Mati Mencintai Ahlu l-Bait A.S, Maka Dia Mati Syahid.

       120. Yahya bin al-Halabi, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Abu Basir, berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, adakah anda berpendapat bahawa orang yang menentang perkara ini (al-Raad ‘ala hadha al-Amr) seperti orang yang menentang kamu? Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, sesiapa yang menentang anda mengenai perkara ini (imamah), maka dia adalah seperti menentang Rasulullah s.a.w dan Allah t.w, wahai Abu Muhammad, sesungguhnya  orang yang mati daripada kamu di atas perkara ini adalah mati syahid. Abu Basir berkata: Sekalipun dia mati di atas hamparannya? Beliau a.s berkata: Ya, demi Allah, sekalipun dia mati di atas hamparannya, dia mati syahid, hidup dan diberi rezeki.

Amalkan Sifat Warak Dan Ijtihad.

       121. Yahya al-Halabi, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Habib berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Demi Allah, tiada seorangpun manusia yang aku paling mencintainya selain daripada kamu. Sesungguhnya manusia telah memilih jalan yang bermacam-macam. Di antara mereka ada yang memilih pendapatnya sendiri, ada yang menurut hawa nafsunya dan ada yang menurut riwayat (tanpa kajian). Tetapi kamu telah memilih perkara yang ada asalnya. Justeru hendaklah kamu bersifat warak dan ijtihad. Hadirilah jenazah, ziarahilah pesakit dan hadirilah bersama kaum kamu pada masjid-masjid mereka untuk solat. Tidakkah seorang daripada kamu terasa malu apabila jirannya mengetahui haknya sedangkan dia tidak mengetahui hak jirannya.

Orang Yang Mati Di Kalangan Kamu Adalah Mati Syahid Seperti Penghunus Pedang Pada Jalan Allah.

       122. Daripadanya, daripada Ibn Maskan, daripada Malik al-Jahani berkata: Abu Abdullah berkata kepadaku: Wahai Malik, adakah kamu reda mengerjakan solat, memberi zakat, menahan nafsu kamu dan memasuki syurga? Wahai Malik, tiada satu kaumpun yang telah mengimamkan seorang imam di dunia melainkan dia (imam) datang pada hari kaimat melaknati mereka dan mereka pula melaknatinya selain daripada kamu dan golongan seperti kamu. Wahai Malik, sesungguhnya orang yang mati daripada kamu di atas perkara ini  adalah syahid sepertilah orang yang menghunus pedangnya pada jalan Allah.

Sesiapa Yang Mati Dan Tiada Baginya Imam, Nescaya Dia Mati Seperti Seorang Jahiliyah.

       123. Yahya al-Halabi, daripada Basyir al-Kinasi berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Kamu telah menghubungi silaturahim sedangkan orang lain memutuskannya, kamu mencintai kami sedangkan orang lain memarahi kami, kamu mengenali kami sedangkan orang lain mengingkari kami, ini adalah satu kebenaran. Sesungguhnya Allah telah mengambil Muhammad s.a.w sebagai seorang hamba sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang nabi. Sesungguhnya Ali a.s adalah seorang hamba yang memberi nasihat kerana Allah. Dia telah mejalankan khidmat nasihatnya dan mencintai Allah, justeru Allah mencintainya. Sesungguhnya hak kami pada kitab Allah adalah jelas. Untuk kami harta yang bersih dan untuk kami harta rampasan.
       Sesungguhnya kami adalah kaum yang mana Allah telah memfardukan ketaatan kami. Sesungguhnya kamu di amanahkan supaya tidak menolak kami. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mati dan tiada baginya Imam, nescaya dia mati seperti seorang jahiliyah (man maata wa-laisa la-hu imam maata maitatan jahiliyyatan), hendaklah kamu melakukan ketaatan seperti kamu telah melihat para sahabat Ali a.s, Kemudian Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda ketika sakitnya: Panggilah khaliilku, maka kamipun mengutus keduas-dua bapa mereka (Aisyah dan Hafsah), tetapi apabila kedua-dua datang[1], Rasulullah s.a.w memalingkan mukanya, kemudian bersabda: Panggillah untukku  khaliilku, maka mereka berdua berkata: Baginda s.a.w telah melihat kami, jika baginda s.a.w menghendaki kami, nescaya baginda s.a.w telah  bercakap dengan kami.
       Lalu Aisyah dan Hafsah mengutus kepada Ali a.s. Manakala Ali a.s datang, baginda s.a.w menatapi wajahnya, bercakap dengannya  dan Ali a.s pula bercakap dengannya sehingga apabila baginda s.a.w selesai, kedua-duanya datang dan berkata kepada Ali a.s: Apakah yang baginda s.a.w bersabda kepada anda? Maka Ali a.s berkata: Baginda s.a.w telah memberitahuku seribu bab daripada ilmu dan setiap bab akan membuka seribu bab yang lain pula.



[1] Abu Bakr dan Umar.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Sesiapa Yang Mati Mencintai Ahlu l-Bait A.S, Maka Dia Mati Syahid dll, al-Raudhah mina l-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H ini dipublish oleh Unknown pada hari 05 Ogos 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Sesiapa Yang Mati Mencintai Ahlu l-Bait A.S, Maka Dia Mati Syahid dll, al-Raudhah mina l-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H
 

0 comments:

Catat Ulasan