Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Asal Kejadian Para Nabi dan Mukminin, pahala ziarah mukmin dll, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid, w. 413 H



Asal Kejadian Para Nabi dan Mukminin  

       Daripadanya, daripada Ruba‘i daripada seorang lelaki daripada Ali bin al-Husain a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan para nabi dari tanah ‘Illiyyiin. (syurga). Hati dan badan mereka (quluubu-hum wa abdaanu-hum) adalah daripada tanah tersebut. Dia telah menciptakan hati  orang-orang mukmin daripada tanah itu tetapi  tidak menciptakan  badan mereka darinya.
       Allah menciptakan orang-orang kafir, hati dan badan mereka daripada tanah Sijjin (neraka). Kemudian  Allah s.w.t. mencampurkan kedua-dua tanah tersebut (fa-khalata al-tinatain). Maka keadaan inilah menyebabkan seorang mukmin melahirkan seorang kafir (yalidu al-Mu’min al-Kafir),dan seorang kafir melahirkan seorang mukmin (al-Kafir yalidu al-Mukmin). Keadaan ini jugalah menyebabkan seorang mukmin (boleh) ditimpa keburukan (al-Sayyiah) dan seorang kafir (boleh) mendapat kebaikan (al-Hasanah). Justeru itu hati orang-orang mukmin cenderung kepada asal ciptaan mereka manakala  hati orang-orang kafir juga cenderung kepada asal ciptaan mereka.
       Daripada Huraiz  daripada Abu Abdullah a.s menjelaskan tentang firman Allah Surah Fussilat (41): 34  “Dan tidaklah sama  kebaikan (al-Hasanatu) dan  kejahatan (al-Sayyi’atu)”. Beliau berkata: al-Hasanatu adalah al-Taqiyyatu dan al-Sayyia’atu adalah al-Idhaa’atu (penyebaran) “Tolaklah(kejahatan itudengan cara yang lebih baik. (Keadaan ini membolehkan) orang yang bermusuhan terhadapmu akan bertukar menjadi (seolah-olah) seorang sahabat yang baik.  
       Daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s. daripada bapa, datuk dan moyangnya daripada Amir al-Mukminin a.s daripada Rasulullah s.a.w daripada Allah Azzawajalla berfirman: Urusan kamu adalah dengan warak, ijtihad, menunaikan amanah, benar di dalam perkataan, lama sujud, rukuk, tahajud di waktu malam, memberi makan dan memberi salam.
       Al-Sadiq a.s berkata: Sesiapa yang bersumpah (halifa) dengan (nama) Allah dalam keadaan berbohong (kadhiban), maka dia akan menjadi kafir (kafara). Sesiapa yang bersumpah dengan (nama) Allah dalam keadaan benar (sadiqan), maka dia berdosa (athima) kerana Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah(2):24 “ Dan janganlah kamu menjadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan ”.
       Al-Baqir a.s berkata: Tidak ada seorang lelaki yang memberi penyaksian palsu ke atas seorang lelaki muslim  bagi melucutkan haknya melainkan Allah menulis  tempatnya di dalam catatan ke neraka. Beliau a.s. berkata: Perkukuhkan harta kamu (hassinuu amwala-kum) dengan mengeluarkan zakat dan ubatilah penyakit kamu (daawuu mardhaa-kum) dengan memberi sedekah[1].
       Al-Sadiq a.s berkata: Tidak ada seekor burung yang diburu melainkan ia meninggalkan tasbih dan tidak ada harta yang ditimpa bencana melainkan ia tidak dikeluarkan zakat[2].  

Mukmin Diciptakan Dari Tanah Para Nabi A.S         

       Daripada Muhammad bin Hamraan: Aku telah bertanya kepada al-Sadiq a.s. Dari apakah Allah telah menciptakan tanah mukmin? Beliau a.s. menjawab: Dari tanah ‘Illiyyin. Aku bertanya lagi: Dari apakah diciptakan seorang mukmin? Beliau menjawab: Dari tanah para nabi, lantaran itu mereka tidak boleh dikotori oleh sesuatu (fa-lan yunajjisa-hu sya’un) [3].

Pahala Ziarah Mukmin Akan Saudaranya Kerana Agama         

       Al-Sadiq a.s berkata: Menunaikan hajat seorang mukmin adalah lebih baik (qadha’u hajati al-Mu’min khairun) dari membawa  seribu ekor kuda pada jalan Allah dan memerdekakan seribu orang hamba[4].  Beliau a.s. berkata: Tidak ada seorang mukmin yang memandikan (jenazah) seorang mukmin  dalam keadaan membalikkannya (wa-huwa yuqallibu-hu) dan berkata: Tuhanku! keampunan-Mu dipinta” (Rabb ‘afwa-ka)  melainkan Allah mengampunkan  orang yang memandikan jenzah itu (al-Ghaasil )[5]
       Jabir daripada Abu Ja‘far daripada Ali bin al-Husain daripada al-Husain bin Ali a.s daripada nabi s.a.w bersabda: Jibra’il telah memberitahuku sesungguhnya Allah Azzawajalla telah menurunkan malaikat ke bumi. Malaikat itu mula berjalan sehingga sampai ke pintu rumah seorang lelaki. Tiba-tiba datang seorang lelaki meminta izin di pintu rumah itu. Malaikat bertanya kepadanya: Apakah hajat anda kepada tuan rumah ini? Dia menjawab: Dia adalah audara seagama denganku. Aku menziarahinya kerana Allah. Malaikat berkata: Demi Allah! Itu sahaja yang telah membuatkan anda datang kepadanya? Lalaki itu menjawab: Itu sahaja yang membuatkan aku datang kepadanya. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada anda. Allah s.w.t. memberi salam kepada anda dan berfirman: Anda wajib memasuki syurga (wajabat laka al-Jannah). Malaikat berkata: Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman: Seseorang muslim yang menziarahi seseorang muslim bukanlah beliau menziarahinya, tetapi beliau menziarahi-Ku dan pahalanya (ke atas-Ku) adalah syurga[6]. Al-Sadiq a.s berkata: Seorang muslim yang berjalan untuk memenuhi hajat (keperluan) seseorang mukmin adalah lebih baik daripada tawaf tujuh puluh kali di sekeliling al-Bait al-Haram[7].
       Dia berkata: Abu Ja‘far a.s berkata: Perasaan takut terhadap musuh kami di campak ke hati syi‘ah (ulqia al-Ra‘bu fi qulubi syi‘ati-na min ‘aduwwi-na). Tetapi apabila berlaku perintah kami dan keluar Mahdi kami maka seseorang daripada mereka lebih berani dari seekor singa jantan, lebih tajam dari mata tombak, menendang musuh kami dengan dua kakinya dan membunuh mereka dengan dua tapak tangannya[8].
       Daripada Abu al-Hasan Musa a.s berkata: Bukan daripada kami mereka yang tidak melakukan muhasabah diri pada setiap hari. Jika dia melakukan kebaikan maka dia memohon kepada Allah supaya menambahkannya dan memuji Allah di atasnya. Jika dia melakukan perkara yang tidak baik maka dia memohon keampunan Allah dan bertaubat kepada-Nya[9].                   
                           
Mukmin Adalah Saudara Mukmin         

       Al-Sadiq a.s berkata: Mukmin itu adalah saudara mukmin, bagaikan matanya dan petunjuknya. Dia tidak mengkhianati saudaranya dan tidak pula menghinanya. Beliau a.s. berkata: Mukmin mendatangkan berkat kepada mukmin. Beliau a.s. berkata: Mukmin yang mejemput dua orang mukmin ke rumahnya, lalu memberi makan kepada mereka berdua sehingga kenyang adalah lebih baik daripada memerdekakan seorang hamba. Seorang mukmin yang memberi pinjaman kepada seorang mukmin kerana Allah, maka Allah akan menghitungkan pahala untuknya seperti pahala bersedekah. Seseorang mukmin yang berjalan kerana keperluan saudaranya maka Allah menulis kebaikan pada setiap langkahnya serta menghapuskan kejahatan pada setiap langkahnya, lalu diangkat untuknya beberapa darjat dan ditambahkan kepadanya sepuluh kebaikan, kemudian diberi syafaat pada sepuluh keperluan (hajat). Mukmin yang berdoa kepada saudaranya supaya zahirnya perkara ghaib, maka Allah akan mewakilkannya seorang malaikat yang akan berkata: Anda adalah sepertinya. Seseorang mukmin yang menyelamatkan saudaranya daripada kesusahan, maka Allah akan menyelamatkannya daripada kesusahan di akhirat. Seseorang mukmin yang membantu mukmin yang dizalimi (mu’minan mazluman) adalah lebih baik daripada berpuasa sebulan dan beriktikaf di Masjid Haram. Seseorang mukmin yang membantu mukmin mengikut kemampuannya, maka Allah akan membantunya di dunia dan akhirat. Beliau a.s. berkata: Mukmin yang menghina saudaranya sedangkan beliau mampu membantunya, maka Allah akan menghinanya di dunia dan di akhirat[10].
       Beliau a.s. berkata: Muslim adalah saudara muslim dan hak muslim ke atas saudaranya ialah janganlah dia merasa kenyang sedangkan saudaranya lapar. Janganlah dia minum sepuas-puasnya sedangkan saudaranya dahaga. Janganlah dia memiliki pakaian berlebihan sedangkan saudaranya bertelanjang. Alangkah besarnya hak muslim ke atas saudara yang muslim.
       Beliau a.s. berkata: Cintailah saudara muslim sebagaimana anda mencintai diri anda sendiri. Apabila anda perlu, maka mintalah daripadanya. Apabila dia meminta daripada anda, maka berilah kepadanya. Jangan anda merasa jemu untuk melakukan kebaikan kepadanya begitulah sebaliknya. Jadilah anda seorang yang baik terhadapnya, jika dia tidak ada (ghaib), maka jagalah dia semasa ketiadaannya. Apabila dia pulang, maka ziarahilah dia dengan penuh penghormatan, kerana dia adalah daripada anda dan anda daripadanya. Jika anda mencelanya, maka janganlah anda berpisah daripadanya sehingga anda memohon maaf. Jika dia mendapat kebaikan, maka anda bersyukurlah kepada Allah. Jika dia ditimpa bencana, maka bantulah dia. Apabila seorang mukmin berkata kepada saudaranya uffin, maka terputuslah wilayah antara mereka berdua. Apabila berkata seseorang lelaki: Anda adalah musuh aku, maka salah seorang daripada mereka berdua menjadi kafir, jika dia menuduh saudaranya dengan sesuatu tuduhan, maka imannya mengecil sebagaimana mengecilnya garam apabila terkena air.
       Beliau a.s. berkata: Sesungguhnya mukmin akan terpancar cahayanya kepada penghuni langit sebagaimana terpancarnya bintang-bintang di langit kepada penghuni bumi. Beliau a.s. berkata: Sesungguhnya mukmin adalah wali Allah. Dia membantu dan menolong saudaranya. Dia tidak berkata kepada saudaranya melainkan kebenaran dan dia  tidak takut selain daripada-Nya[11].
       Daripada Hamzah al-Thumali berkata: Barangsiapa yang memberi makan[12] seorang mukmin yang kelaparan, nescaya Allah akan memberi makan buah-buahan di syurga kepadanya. Barangsiapa yang memberi minum seorang mukmin yang dahaga, maka Allah akan memberi minuman yang istimewa kepadanya. Sesiapa yang memberi pakaian kepada seorang mukmin, maka Allah akan memakaikannya dengan pakaian yang hijau. Di dalam hadis yang lain menyebutkan dia sentiasa di dalam jaminan Allah selama beliau melakukan sedemikian[13].
       Beliau a.s. berkata: Sesungguhnya apabila dua  orang mukmin bertemu dan berjabat tangan, maka Allah  berdepan dengan mereka berdua dengan muka-Nya (zat-Nya). Dosa hilang dari muka mereka berdua sehingga mereka berdua berpisah. Beliau a.s. juga berkata: Demi Allah! Allah tidak disembah dengan sesuatu yang lebih baik dari menunaikan hak mukmin. Beliau a.s. berkata: Demi Allah! Sesungguhnya  hak seseorang mukmin lebih besar  daripada Ka‘bah (Wa l-Lahi inna l-mu’min la-a‘zamu haqqan mina l-ka‘bah). Beliau a.s. berkata: Doa seseorang mukmin untuk mukmin dapat menghindari bala dan mendatangkan rezeki[14].

Hak-Hak Mukmin Ke Atas Mukmin       

       Daripada Abd al-A‘la daripada al-Mu‘alla bin Khanis berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s.  Aku berkata: Apakah hak mukmin ke atas mukmin? Beliau a.s. menjawab: Aku kasihankan anda. Aku khuatir  anda mengetahui, tetapi anda tidak beramal dengannya. Anda menghilangkannya  kerana anda tidak menjaganya. Al-Mu‘alla berkata: Aku berkata: La haula wala quwwata illa bi-lLah. Beliau a.s. berkata: Bagi seseorang mukmin ke atas mukmin ada tujuh hak dan kewajipan. Sekiranya dia menghilangkan satu sahaja daripadanya, maka terkeluarlah dia daripada wilayah Allah (kharaja min wilayati l-lLah) dan meninggalkan ketaatan kepada-Nya serta tidak ada haknya di hari Kiamat.       
       Pertama: Anda mencintai untuknya sebagaimana anda mencintai untuk diri anda sendiri.
       Kedua: Anda menolongnya dengan diri anda, harta anda, lidah anda, tangan anda dan kaki anda.
       Ketiga: Anda menuruti keredaannya, menjauhi kemarahannya dan mentaati suruhannya.
       Keempat: Anda menjadi matanya, penunjuknya dan cerminnya.
       Kelima: Janganlah anda kenyang sedangkan dia lapar. Anda puas meminum air sedangkan dia dahaga. Anda berpakaian sedangkan dia bertelanjang.
       Keenam: Sekiranya anda mempunyai khadam sama ada lelaki atau wanita yang berkhidmat kepada anda sedangkan beliau tidak mempunyai khadam maka hendaklah anda mengutus khadam anda membersihkan pakaiannya, memasak makanannya dan menyediakan hamparannya.
       Ketujuh: Anda menerimanya, menyahut seruannya, menziarahi kesakitannya dan menghadiri jenazahnya. Sekiranya dia mempunyai hajat, maka bersegeralah melaksanakannya. Janganlah anda membebankannya sehingga dia memintanya daripada anda. Apabila anda telah melakukan kesemuanya, maka wilayah anda bersambung dengan wilayahnya[15].                  


[1] Al-Kulaini, al-Kafi,  iv, 61

[2] Ibid, iii, 55

[3] Al-Barqi, al-Mahasin, hlm.133,al-Kulainial-Kafi, ii, 167

[4] Al-Kulaini, al-Kafi, iii ,193

[5] Al-Kulaini, al-Kafi,  iii, 164

[6] Ibid,  ii, 168, al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  xiv, 230, xvi, 101

[7] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vxvi, 88

[8] Ibid, xiii, 195

[9] Al-Kulaini,  al-Kafi,  ii , 453

[10] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar,  xvi, 88

[11] Al-Kulaini,  al-Kafi,  ii, 170, al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  xvi,  68

[12] Al-Kulaini,  al-Kafi, ii, 170, 179,507

[13] Al-Kulaini,  al-Kafi,  ii,  201,  205

[14] Ibid, ii, 170, 179, 507

[15] Al-Kulaini,  al-Kafi, ii,  169, al-Majlisi,  Bihar al-Anwar, xvi, 61

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Asal Kejadian Para Nabi dan Mukminin, pahala ziarah mukmin dll, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid, w. 413 H ini dipublish oleh Unknown pada hari 05 Ogos 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Asal Kejadian Para Nabi dan Mukminin, pahala ziarah mukmin dll, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid, w. 413 H
 

0 comments:

Catat Ulasan