Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Hukuman Ajaib Amir al-Mukminin A.S Tentang Lapan Keping Roti, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid, w. 413 H


Hukuman Ajaib Amir al-Mukminin A.S Tentang Lapan Keping Roti

       Abu Ahmad daripada seorang lelaki daripada Abu Abdullah atau Abu Ja‘far a.s berkata: Dua orang lelaki berkumpul untuk  makan. Salah seorangnya mempunyai tiga keping roti sementara seorang lagi mempunyai lima keping roti.
Beliau a.s. berkata: Seorang lelaki datang dan memberi salam kepda mereka berdua. Mereka berdua berkata: Wa  alaika al-Salam, dijemput makan bersama. Lalu lelaki itu duduk dan makan bersama mereka berdua. Apabila selesai makan, dia berdiri dan memberi lapan dirham kepada mereka berdua  sambil berkata: Ini adalah sebagai ganti kepada kamu berdua terhadap apa yang  aku telah makan daripada makanan kamu berdua. Beliau a.s. berkata: Mereka berdua bertengkar mengenai bayaran itu. Lelaki yang mempunyai tiga keping roti berkata: Separuh adalah untuk aku dan separuh adalah untuk anda. Lelaki yang mempunyai lima keping roti pula berkata: Untuk aku lima dirham dengan kadar lima keping roti aku dan untuk anda tiga dirham dengan kadar tiga keping roti anda. Masalah mereka tidak selesai dan terus bertengkar sehingga mereka berjumpa dengan Amir al-Mukminin a.s dan memberitahunya mengenainya. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya perkara yang kamu berdua bertengkar ini adalah sedikit nilainya, justeru itu, kamu berdua tidak patut membawanya ke pengadilan.
 Kemudian Ali a.s berjumpa dengan lelaki yang mempunyai tiga keping roti sambil berkata: Aku fikir sahabat anda  telah mencadangkan untuk memberi kepada anda tiga dirham, kerana rotinya adalah lebih banyak daripada roti anda, maka redailah cadangannya. Dia berkata: Tidak, demi Tuhan, wahai Amir al-Mukminin, aku tidak reda melainkan dengan berlalunya pengadilan. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya jika pengadilan dilakukan, maka anda berhak satu dirham. Lantaran itu, ambillah satu dirham dan berilah kepadanya tujuh dirham. Dia berkata: Subhana l-Lah! Wahai Amir al-Mukminin! dia telah mencadangkan kepada aku tiga dirham, maka aku enggan. Bagaimana aku akan mengambil satu dirham sahaja? Beliau a.s berkata: Beliau telah mencadangkan kepada anda tiga dirham adalah untuk perdamaian, tetapi anda telah bersumpah bahawa anda tidak reda melainkan dilakukan pengadilan.
Jika pengadilan dilakukan, anda berhak satu dirham. Dia  berkata: Berikan penjelasan kepada aku? Beliau a.s berkata: Tidakkah anda mengetahui bahawa tiga yang anda miliki itu adalah sama dengan sembilan dibahagikan dengan tiga. Dia berkata: Ya. Beliau a.s berkata: Tidakkah anda mengetahui bahawa limanya itu adalah menyamai lima belas dibahagikan dengan tiga? Dia berkata: Ya. Jadi semuanya adalah dua puluh empat dibahagikan dengan tiga. Engkau telah memakan lapan, tetamu telah memakan lapan dan sahabat anda telah memakan lapan. Maka tinggallah daripada sembilan anda itu satu dan telah dimakan oleh tetamu. Dan tinggal  daripada lima belasnya adalah tujuh, maka ia telah dimakan oleh tetamu, lantaran itu, dengan tujuhnya,  ia mendapat tujuh dan anda dengan satu anda yang telah dimakan oleh tetamu maka anda mendapat satu[1].



[1] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  xxiv,  15

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Hukuman Ajaib Amir al-Mukminin A.S Tentang Lapan Keping Roti, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid, w. 413 H ini dipublish oleh Unknown pada hari 05 Ogos 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Hukuman Ajaib Amir al-Mukminin A.S Tentang Lapan Keping Roti, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid, w. 413 H
 

0 comments:

Catat Ulasan