Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Membongkar pemikiran Ahlusunnah versi Bani Umayyah!

 


 Ajaran Bani Umayyah ialah membenci Ali

 Sungguh berbahaya apabila kita melihat Ahlusunnah itu hanya berpegang kepada Sahabat nabi sebagai sumber agama setelah Al-Qur'an. Sebenar pada zaman dahulu, sekurang-kurangnya terdapat 3 kelompok fahaman umat Islam yang telah terbentuk iaitu:

1. Madrasah Ahlul Bait yang mengambil agama daripada sumber Al-Qur'an dan Ahlul Bait.
2. Madrasah Sahabah yang mengambil agama daripada sumber Al-Qur'an dan sahabat Nabi (s.a.w).
3. Madrasah Bani Umayyah yang mengambil sumber agama daripada ajaran Bani Umayyah.

Kajian ke atas fakta-fakta menunjukkan bahawa Islam yang difahami oleh kelompok Ahlusunnah yang 
cenderung dengan Bani Umayyah sangat bercanggah dan berbeza daripada Islam yang dipegang oleh 
kelompok Ahlusunnah iaitu madrasah Sahabah.

Perbahasan ini tidak akan terlepas dari merentasi krisis kemelut 
politik yang mencoreng sejarah hitam umat Islam. 
Tindakan awal yang diambil oleh Bani Umayyah setelah mencapai puncak kekuasaan ialah menjatuhkan 
martabat istimewa Ali bin Abi Talib . Inilah perang psikologi dan propaganda asasi yang dikuatkuasakan 
oleh regim monarki Muawiyah.

Diriwayatkan dalam Sahih Muslim, fasal kelebihan para sahabat, bab keutamaan Ali bin Abi Talib:

، أَمَرَ مُعَاوِيَةُ بْنُ أَبِى سُفْيَانَ سَعْدًا فَقَالَ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسُبَّ أَبَا التُّرَابِ
فَقَالَ أَمَّا مَا ذَكَرْتُ ثَلاَثًا قَالَهُنَّ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَلَنْ أَسُبَّهُ
لأَنْ تَكُونَ لِى وَاحِدَةٌ مِنْهُنَّ أَحَبُّ إِلَىَّ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ


“Muawiyah mengarahkan Saʻad, maka Muawiyah pun bertanya:
 Apa yang menghalang engkau dari menghina Aba Turab? 
Maka Sa'ad pun menjawab: Aku teringat 3 hal tentang kedudukan Ali yang pernah diucapkan oleh Rasulullah,
maka aku tidak akan mencerca beliau selama-lamanya kerana tiga hal tersebut. 
Sesungguhnya salah satu dari tiga hal tersebut lebih aku sukai dari pada seekor sapi yang mahal."


Imbasan daripada Sahih Muslim, sila klik pada gambar untuk resolusi yang lebih baik

Jelas bahawa Abu Turab tersebut ialah gelaran yang Rasulullah berikan kepada 
Ali bin Abi Talib. Cuma di dalam teks tersebut dikatakan tidak jelas apakaharahan Muawiyah 
kepada Sa'ad bin Abi Waqqas.

Namun bagi mereka yang banyak menelaah kitab-kitab sudah tentu 
faham apa yang diarahkan oleh Muawiyah. 
Tidak lain dan tidak bukan bahawa arahan tersebut ialah mencaci.

Muawiyah mengerahkan jentera kerajaannya menghina Ali bin Abi Talib.

Di dalam kitab Minhaj Al-Sunnah Al-Nabawiyyah, Syeikh Al-Mujassimah 
Ibnu Taimiyyah menjelaskan bahawa arahan Muawiyah itu ialah Menghina:

وعن سعد بن أبي وقاص قال أمر معاوية بن أبي سفيان سعدا بالسب فأبى فقال ما منعك أن تسب علي بن أبي طالب
"Diriwayatkan Saad bin Abi berkata: Muawiyah bin Abu Sufyan mengarahkan Sa'ad supaya menghina. 
Lantas Muawiyah bertanya: Apa yang menghalangmu dari mencaci maki Ali bin Abi Talib?"

Berikut adalah imbasan halaman daripada kitab tersebut, jilid 5 halaman 40:


Begitu juga dalam jilid ke 5 halaman 42, Syeikhul Mujassimah mengatakan:

وأما حديث سعد لما أمره معاوية بالسب فأبى فقال ما منعك أن تسب علي بن أبي طالب

"Adapun hadis Muawiyah mengarahkannya (Sa'ad) supaya mencaci maki, 
maka Sa'ad pun enggan berbuat demikian. Maka Muawiyah pun bertanya: 
Apa yang menghalangmu dari mencerca Ali bin Abi Talib?"

Kemudian Ibnu Taimiyyah melanjutkannya lagi:

فهذا حديث صحيح رواه مسلم في صحيحه


"Hadis sahih ini, diriwayatkan oleh Muslim 
di dalam kitab Sahihnya."

Sila klik pada imbasan berikut:

Sangat jelas di sini politik Muawiyah ketika itu ialah mencerca Ali bin Abi Talib,
 yang dianggap sahabat serta khalifah ke-empat oleh Ahlusunnah Wal Jamaah. 
Sungguh aneh apabila golongan yang mengagungkan Bani Umayyah 
bermati-matian membela Muawiyah dalam bab ini.

Setelah mengakui bahawa arahan Muawiyah itu adalah menghina, 
Ibnu Taimiyyah pun mula menolak keutamaan Ali:

وفيه ثلاث فضائل لعلي لكن ليست من خصائص الأئمة ولا من خصائص علي

"Dan didalam hadis itu ada tiga keutamaan Ali, 
namun ia bukanlah ciri-ciri istimewa pemimpin, dan
 bukanlah juga ciri-ciri istimewa Ali"

Cercaan terhadap Ali bin Abi Talib tidak terhenti pada Muawiyah sahaja, 
bahkan kerahan menghina sahabat dan saudara nabi ini melibatkan seluruh jentera parti 
dan pemerintahannya. Bahkan Ibnu Taimiyah mengakui
 karakteristik kerajaan Bani Umayyah ialah mencerca Ali:

وأعظم ما نقمه الناس على بني أمية شيئان أحدهما تكلمهم في علي

"Dan sebesar-besar dendam orang ramai terhadap Bani Umayyah ialah 2 perkara, 
salah satunya ialah perbicaraan mereka terhadap Ali." - Minhaj Al-Sunnah, jilid 8 halaman 239."

Sila rujuk pada imbasan kitab Minhaj Al-Sunnah di bawah:



Dengan ini jelaslah bahawa Bani Umayyah memang membenci dan mencerca Ali. 
Bagi golongan ini (termasuk Wahabi), mencerca Ali bukanlah masalah, 
namun masalah akan timbul sekiranya cercaan ditujukan 
kepada Abu Bakar, Umar dan Uthman. 
Sikap talam dua muka golongan Wahabi terungkap apabila sampai dalam perbahasan ini.

Ibnu Taimiyah ragu apakah Ali termasuk ke dalam 12 orang khalifah:

Ibnu Taimiyyah selaku penyokong kuat Bani Umayyah telah memasukkan 
Yazid bin Muawiyah Laknatullah sebagai salah seorang daripada 
12 orang khalifah yang disebut dalam sahih Muslim:

وفي لفظ لا يزال الإسلام عزيزا إلى أثنى عشر خليفة كلهم من قريش
وهكذا كان فكان الخلفاء أبو بكر وعمر وعثمان وعلي ثم تولى من اجتمع الناس عليه وصار له عز ومنعة معاوية وابنه يزيد

"Dan di dalam lafaz "Islam kekal selama-lamanya sampai kepada 
dua belas orang khalifah yang semua mereka itu daripada kaum Quraysh", 
mereka itu ialah khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. 
Kemudian orang ramai mengangkat mereka yang menyebabkan Islam gilang gemilang, 
iaitu Muawiyah dan anaknya Yazid..." - 
Sila rujuk imabasan kitab Minhaj Al-Sunnah seperti di bawah, dari jilid 8 halaman 238.




Kemudian kita buka lembaran-lembaran berikutnya dari kitab yang 
menjadi pegangan pengikut Bani Umayyah hingga zaman ini, 
pada halaman 244, Ibnu Taimiyah berkata:

والمقصود هنا أن الحديث الذي فيه ذكرالاثنى عشر خليفة سواء قدر أن عليا دخل فيه أو قدر انه لم يدخل

"Dan yang dimaksudkan di sini, sesungguhnya Hadis yang menyebut dua belas orang khalifah itu, 
kira-kira samada Ali termasuk di dalamnya atau sama sahaja kira-kira tidak termasuk..."


Terbukti, golongan ini ragu-ragu, bagi mereka sama sahaja andainya 
Ali termasuk sebagai 12 orang khalifah yang disabdakan oleh Nabi (s.a.w), 
bahkan tidakpenting juga jikalau Ali tidak termasuk di kalangan mereka.

Jadi di manakah cinta terhadap Ahlul Bait dan menzahirkannya (Mawaddah) 
seperti mana yang dituntut di dalam surah Syura ayat 23? Jikalau anda belum jelas, 
mari kita singkap misteri yang menyelubungi benak hati golongan ini. 
Anda dipersilakan merujuk pada Minhaj Al-Sunnah karya Syeikhul Mujassimah
 Ibnu Taimiyah, jilid 5 halaman 466:

وأيضا فقد انتظمت السياسة لمعاوية ما لم تنتظم لعلي فيلزم أن تكون رعية معاوية خيرا من رعية علي ورعية معاوية شيعة عثمان وفيهم النواصب المبغضون لعلي فتكون شيعة عثمان والنواصب أفضل من شيعة علي فيلزم على كل تقدير إما أن يكون الثلاثة أفضل من علي وإما أن تكون شيعة عثمان والنواصب أفضل من شيعة علي والروافض


"Tersusunnya politik Muawiyah selama tidak tersusunnya politik Ali. 
Maka menjadi kelaziman bahawa orang yang berada dibawah 
pemerintahan Muawiyah lebih baik daripada mereka yang di bawah pemerintahan Ali. 
Yang dibawah pemerintahan Muawiyah ialah pengikut Uthman, 
di kalangan mereka itu ada Nashibi pembenci Ali. 
Maka Syiah Uthman dan golongan Nashibi lebih baik daripada Syiah (pengikut) Ali, 
maka hendaklah ditetapkan seluruh perhitungan samada 
ketiga-tiga lebih baik daripada Ali mahupun Syiah Uthman, 
dan golongan nashibi lebih baik daripada Syiah Ali dan Rafidhah (Syiah Imamiyah). 
Minjah Al-Sunnah, jilid 5 halaman 466.

Tidakkah Allah mewajibkan kita menyintai Ahlul Bait? 
Sebaliknya ajaran Ibnu Taimiyah mengagungkan dan mengutamakan golongan yang membenci Ali.
Sedangkan hadis menyebut bahawa menyintai Ali adalah iman dan membencinya adalah munafik. 
Tidak diragukan lagi bahawa apa yang diajar oleh
 Ibnu Taimiyah itu adalah ajaran munafik menurut nas hadis nabawi.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Membongkar pemikiran Ahlusunnah versi Bani Umayyah! ini dipublish oleh Unknown pada hari 27 Julai 2012. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Membongkar pemikiran Ahlusunnah versi Bani Umayyah!
 

0 comments:

Catat Ulasan