Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Ulama Yaman

Ulama Yaman;
 Saya membaca kitab untuk hapuskan Syiah, akhirnya saya masuk Syiah

Isham Imad menceritakan bagaimana beliau masuk Syiah dan berkata, "Mereka menyuruh saya membaca kitab Syeikh Mufid tentang Ahlul Bait, mereka ingin saya menulis kritikan dan analisa kukuh tentang kitab ini dan isi kandungannya, mereka percaya dengan penulisan kritikan terhadap kitab ini, namun saya menjadi Syiah setelah membacanya." 

 Saya membaca kitab untuk hapuskan Syiah, akhirnya saya masuk Syiah
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dr. Isham Imad (عصام العماد) dalam satu seminar pemikiran al-Qur'an, Universiti Perindustrian Hamedan berkata, "Perselisihan paling penting dan asasi antara Syiah dan Wahabi ialah masalah Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib yang berlanjutan sehingga kepada akidah. Namun setelah saya kenal dan banyak menyelidik kehidupan Ali (a.s), akidah saya bertukar dan saya pun masuk Syiah."

Tentang pembentukan firqah Wahabi beliau mendedahkan, "Saya percaya Amerika dan Inggeris adalah penyokong Wahabi, dan masalah Wahabi ialah kehilangan arah."

Isham Imad menjelaskan, "Antara bentuk-bentuk Wahabi yang lain ialah mereka tidak menerima apa sahaja daripada Ahlul Bait, barangsiapa yang berminat ke arah Ahlul Bait akan ditentang."

Mengenai keluarganya yang masih menganut fahaman Wahabi, beliau berkata, "Saya banyak berusaha supaya teori mereka tentang Wahabi betukar, malangnya saya belum berjaya."

Mantan ulama Wahabi ini berkata, "Kesedaran ialah pertukaran visi dan sikap seseorang individu, kesedaran ini terjadi di Saudi, Bahrain dan Yaman yang menunjukkan wujudnya kesetiakawanan di kalangan masyarakat mereka."

Isham Imad menegaskan kesilapan Wahabi di dalam tafsir sangat berbahaya, "Kesilapan dalam penafsiran, boleh mengubah maksud al-Quran ke 180 darjah, dan masalah Muhammad bin Abdul Wahabi ialah menafsirkan Al-Quran berasaskan kamus i'rab, bukan berasaskan kamus al-Quran. Inilah kesilapan tafsir yang dilakukan oleh golongan Khawarij."

Tambah beliau lagi, "Pegangan Wahabi tentang syiriknya bertawassul dengan haram Ahlul Bait hanyalah dalam skop penafsiran mereka. Ini disebabkan pihak musuh mencari jalan untuk menimbulkan masalah kepada Syiah."

Bekas ulama Wahabi yang berasal dari Yaman ini berkata, "Doktrin Wahabi memberi perhatian terhadap al-Quran, namun tidak secara mendalam dan mencapai pemahaman yang sebenar."

Katanya lagi, "Mereka menyuruh saya membaca kitab Syeikh Mufid tentang Ahlul Bait, mereka ingin saya menulis kritikan dan analisa kukuh tentang kitab ini dan isi kandungannya, mereka percaya dengan penulisan kritikan terhadap kitab ini, namun saya menjadi Syiah setelah membacanya.

"Sebab penukaran saya ke mazhab Syiah ialah, Syiah muncul dari fondasi Islam."

Dr Isham Imad merupakan bekas ulama Wahabi dan anak murid mufti Bin Baz yang pernah menulis buku anti Syiah. Namun beliau akhirnya menemui kebenaran setelah banyak mengkaji dan menjadi aktivis pembela Syiah di zaman ini.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Ulama Yaman ini dipublish oleh Unknown pada hari 22 Ogos 2012. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Ulama Yaman
 

0 comments:

Catat Ulasan