Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Meletakkan atau menjunjung al-Qur’an di atas kepalanya dan berdoa? lebih afdhal?

 Benarkah Ali bin Abi Talib meletakkan al-Qur’an di kepalanya dan berdoa?

 Benarkah Ali bin Abi Talib meletakkan al-Qur’an di kepalanya dan berdoa?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Salah satu permasalahan yang sentiasa Wahabi timbulkan terhadap Syiah, dengan menyiarkannya secara meluas di beberapa saluran tv satelit iaitu "mengapakah Syiah meletakkan al-Qur’an di kepala sambil berdoa? al-Qur’an untuk dibaca dan diamalkan, bukan untuk diletakkan di kepada sambil berdoa." Salah satu saluran tv mendakwa sebab Syiah meletakkannya di atas kepala ialah untuk mengesakan Allah dengan cara tidak memandang teks al-Qur’an.

Sebagai jawapan, memang benar al-Qur’an untuk dibaca dan diamalkan. Bahkan Syiah lebih mengenali al-Qur’an daripada kamu dan lebih mengamalkan ayat-ayatnya; namun siapakah yang mengatakan bahawa meletak al-Qur’an di atas kepala adalah haram?

Apakah terdapat sebarang hadis daripada Rasulullah (s.a.w) dan para imam Ahlul Bait atau salah seorang sahabat yang menyatakan pengharaman amalan ini?

Bukan sahaja tidak ada satu pun dalil pengharamannya, bahkan ulama Ahlusunnah menukilkan perbuatan tersebut daripada amalan Ali bin Abi Talib (a.s) dengan persanadan yang 100 peratus sahih.

Abu Yusuf al-Fasawi di dalam kitab al-Ma’rifah wa al-Tarikh (berasaskan riwayat dari perawi al-Bukhari dan Muslim) menulis:
 
حدثنا عبد العزيز بن عبد الله الأويسي ثنا إبراهيم بن سعد عن شعبة عن أبي عون محمد بن عبيد الله الثقفي عن أبي صالح الحنفي قال: رأيت علي بن أبي طالب أخذ المصحف فوضعه على رأسه حتى لأرى ورفه يتقعقع ثم قال: اللهم إنهم منعوني أن أقوم في الأمة بما فيه فأعطني ثواب ما فيه
الفسوي ، أبو يوسف يعقوب بن سفيان (متوفاى277هـ) ، المعرفة والتاريخ  ج 2   ص751 ، تحقيق : الدكتور أكرم ضياء العمري ، ناشر: ناشر: مكتة الدار ـ المدينة المنورة ، الطبعة الأولي ، 1410هـ .
البداية والنهاية  ج 8   ص 12، اسم المؤلف:  إسماعيل بن عمر بن كثير القرشي أبو الفداء الوفاة: 774 ، دار النشر : مكتبة المعارف - بيروت

Diriwayatkan Abdul Aziz bin Abdullah al-Uwaisi, daripada Ibrahim bin Sa’ad, daripada Abi ‘Awn Muhammad bin Ubaidillah al-Thaqafi, daripada Abi Salih al-Hanafi yang berkata: Aku telah melihat Ali bin Abi Talib mengambil mushaf al-Quran dan meletakkannya di atas kepala sehingga aku mendengar bunyi gerakan lembaran-lembarannya. Setelah itu beliau berkata: Ya Allah, mereka menghalangku untuk aku laksanakan (pemerintahan) pada ummat; oleh itu anugerahkan pahala kepadaku.
- Al-Fasawi, Abu Yusuf Ya’qub bin Sufyan (wafat tahun 277 Hijrah), al-Maʻrifah wa al-Tarikh, jilid 2 halaman 751, Maktabah Al-Dar - al-Madinah al-Munawwarah, cetakan pertama 1410 Hijrah
- Al-Bidayah wal Nihayah, jilid 8 halaman 12, Ismail bin Umar bin Kathir al-Qurashi Abul Fida, (wafat tahun 774), Darul Nashr, Maktabah al-Maʻarif, Beirut

Penelitian sanad riwayat:

Abdul Aziz bin Abdullah bin Yahya bin ‘Amru bin Uwais bin Sa’ad bin Abi al-Sarh:

3397- عبد العزيز بن عبدالله العامري الاويسي الفقيه عن مالك ونافع بن عمر وعنه البخاري وأبو زرعة ثقة مكثر خ د ت ق
الكاشف في معرفة من له رواية في الكتب الستة ، ج1 ص656، رقم: 3397 

Abdul Aziz bin Abdullah al-‘Amiri : al-Kashif fi Ma’rifah man lahu riwayah fil kutub al-sittah, jilid 1 halaman 656, nombor 3397

4106- عبدالعزيز ابن عبدالله ابن يحيى ابن عمرو ابن أويس ابن سعد ابن أبي سرح الأويسي [العامري] أبو القاسم المدني ثقة من كبار العاشرة خ د ت كن ق
تقريب التهذيب ج1 ص357 ، رقم: 4106

Abdul Aziz bin Abdullah, bin Yahya, bin Amru, ibnu Uwais, bin Sa’ad, bin Abi Sarh al-Uwaisi Abul Qasim al-Madani adalah thiqah - Taqrib al-Tahdhib, jilid 1 halaman 357, nombor 4106

Ibrahim bin Sa’ad bin Ibrahim bin Abdul Rahman bin Auf:

177- إبراهيم ابن سعد ابن إبراهيم ابن عبدالرحمن ابن عوف الزهري أبو إسحاق المدني نزيل بغداد ثقة حجة تُكُلِّم فيه بلا قادح من الثامنة مات سنة خمس وثمانين ع
تقريب التهذيب ج1 ص89 ، رقم: 177

Ibrahim bin Sa’ad bin Ibrahim, bin Abdul Rahman, bin Auf Al-Zuhri, Abu Ishaq al-Madani yang tinggal di Baghdad, seorang yang tsiqah dan hujjah.

138- إبراهيم بن سعد الزهري العوفي أبو إسحاق المدني عن أبيه والزهري وعنه بن مهدي وأحمد ولوينوخلق توفي 183 وكان من كبار العلماء ع
الكاشف ج1 ص212 ، رقم: 138

Ibrahim bin Sa’ad al-Zuhri al-ʻAwfi Abu Ishaq al-Madani… beliau adalah salah seorang ulama besar. - Al-Kashif jilid 1 halaman 212

Syuʻbah bin al-Hujjaj:

2278- شعبة بن الحجاج الحافظ أبو بسطام العتكي أمير المؤمنين في الحديث ولد بواسط وسكن البصرة سمع معاوية بن قرة والحكم وسلمة بن كهيل وعنه غندر وأبو الوليد وعلي بن الجعد له نحو من ألفي حديث مات في أول عام 16 ثبت حجة ويخطئ في الاسماء قليلا ع
الكاشف ج1 ص485 ، رقم: 2278

Syuʻbah bin al-Hujjaj al-Hafiz Abu Abu Bistham al-ʻAtaki, seorang pemimpin orang-orang beriman dalam bidang hadis… seorang hujjah - Al-Kashif, jilid 1 halaman 485

2790- شعبة ابن الحجاج ابن الورد العتكي مولاهم أبو بسطام الواسطي ثم البصري ثقة حافظ متقن كان الثوري يقول هو أمير المؤمنين في الحديث وهو أول من فتش بالعراق عن الرجال وذب عن السنة وكان عابدا من السابعة مات سنة ستين ع
تقريب التهذيب ج2  ص266 ، رقم: 2790

Muhammad bin Ubaidillah al-Tsaqafi

6107- محمد ابن عبيد الله ابن سعيد أبو عون الثقفي الكوفي الأعور ثقة من الرابعة خ م د ت س
 تقريب التهذيب ج1 ص494 ، رقم: 6107

Muhammad bin Ubaidillah, bin Sa’id Abu Aun al-Tsaqafi al-Kufi al-Aʻwar, seorang yang tsiqah - Taqrib al-Tahzib, jilid 1 halaman 494, no. 6107

Abdul Rahman bin Qais Abi Shaleh al-Hanafi

3295- عبدالرحمن بن قيس أبو صالح الحنفي الكوفي عن علي وابن مسعود وعنه بيان بن بشر وإسماعيل بن أبي خالد ثقة م د س 
الكاشف ج1 ص641 ، رقم: 3295

Abdul Rahman bin Qais Abi Shalih al-Hanafi al-Kufi… seorang yang tsiqah - al-Kashif, jilid 1 halaman 641

3987- عبدالرحمن ابن قيس أبو صالح الحنفي الكوفي ثقة من الثالثة قيل إن روايته عن حذيفة مرسلة م د س
تقريب التهذيب ج1 ص349 ، رقم:3987

Abdul Rahman bin Qais Abu Shalih al-Hanafi al-Kufi seorang yang tsiqah - Taqrib al-Tahzib, jilid 1 halaman 349

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Meletakkan atau menjunjung al-Qur’an di atas kepalanya dan berdoa? lebih afdhal? ini dipublish oleh Unknown pada hari 26 Disember 2012. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Meletakkan atau menjunjung al-Qur’an di atas kepalanya dan berdoa? lebih afdhal?
 

0 comments:

Catat Ulasan