Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Sesiapa Mencintai Ahlu l-Bait A.S, Maka Dia Akan Bersama Mereka Pada Hari Kiamat, al-Raudhah mina l-Kafi oleh al-Kulaini, w.328/


Sesiapa Mencintai Ahlu l-Bait A.S, Maka Dia Akan Bersama Mereka Pada Hari Kiamat.

       80. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Tha‘labah bin Maimun, daripada Abu Umayyah Yusuf bin Thabit bin Abu Sa‘idah, daripada Abu Abdullah a.s bahawa mereka berkata ketika mereka berjumpa dengannya: Sesungguhnya kami telah mencintai kamu kerana kamu adalah kerabat Rasulullah s.a.w (ahbabnaa-kum li-qaraabati-kum min rasulillah) manakala Allah mewajibkah hak kamu. Kami bukanlah mencintai kamu kerana dunia, ganjarannya daripada kamu melainkan kerana Allah dan negeri akhirat serta bagi memperbaiki urusan agama kami. Maka Abu Abdullah a.s berkata: Kamu memang benar, kamu memang benar. Kemudian beliau a.s berkata: Sesiapa yang mencintai kami, maka dia adalah bersama kami atau dia akan datang bersama kami pada hari Kiamat. Kemudian beliau a.s telah mengumpulkan dua jari telunjuknya.
       Kemudian berkata: Demi Allah, sekiranya seorang lelaki telah berpuasa di siang hari dan beribadat di waktu malam (saama al-Nahaar wa qaama al-Lail), kemudian dia berjumpa dengan Allah a.w tanpa mewalikan kami Ahlu l-Bait (bi-ghairi wilayati-naa ahli l-Bait), nescaya dia berjumpa dengan-Nya di dalam keadaan di mana Dia tidak meredainya atau memarahinya (wa huwa ‘an-hu ghaira radhin au sakhitun ‘alai-hi). Kemudian beliau a.s berkata: Itu adalah sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Taubah (9): 54 “Dan tidak ada yang menghalangi mereka untuk diterima dari mereka nafkah-nafkah melainkan kerana mereka kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan”.
       Kemudian beliau a.s berkata: Begitu juga iman tidak akan merosakkan bersamanya amal. Demikianlah kekufuran tidak akan memanfaatkan bersamanya amal. Kemudian beliau a.s berkata: Jadilah kamu orang yang mentauhidkan Tuhan. Rasulullah s.a.w adalah orang yang mentauhidkan Tuhan menyeru orang ramai, tetapi mereka tidak menyahut seruannya. Ali a.s adalah orang pertama yang menyahuti seruannya. Rasulullah s.a.w bersabda: Kedudukan anda  di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa melainkan tiada nabi selepasku.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Sesiapa Mencintai Ahlu l-Bait A.S, Maka Dia Akan Bersama Mereka Pada Hari Kiamat, al-Raudhah mina l-Kafi oleh al-Kulaini, w.328/ ini dipublish oleh Unknown pada hari 05 Ogos 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Sesiapa Mencintai Ahlu l-Bait A.S, Maka Dia Akan Bersama Mereka Pada Hari Kiamat, al-Raudhah mina l-Kafi oleh al-Kulaini, w.328/
 

0 comments:

Catat Ulasan