Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Ayatullah Husaini Qazwini; Metodologi tabligh Wahabi untuk menentang Syiah (1)


Ayatullah Dr Husaini Qazwini menerangkan tentang sebab-sebab propaganda Wahabi menentang Syiah seperti dalam sebaran am, saluran satelit dan sebagainya, kemunculan Yasser al-Habib, kecenderungan pemuda Wahabi dan Sunni terhadap Syiah, statistik propaganda Wahabi, dan banyak lagi perkara penting tentang gerakan Wahabi di zaman ini.
Ayatullah Husaini Qazwini;
 Metodologi tabligh Wahabi untuk menentang Syiah (1)

Metodologi tabligh Wahabi untuk menentang Syiah (1)

Ayatullah Husaini Qazwini
Metodologi tabligh Wahabi untuk menentang Syiah.
Bertempat di Mushalla Qom, 11/08/1389.
بسم الله الرحمن الرحيم
Tajuk perbahasan kita pada hari ini ialah metodologi terbaru propaganda Wahabi.
Jikalau kita ingin katakan tentang pembahasan Wahabi dalam satu ayat, dengan mengamati keupayaan dana dan gerak kerja Wahabi, maka ia merupakan sebuah pusat kebudayaan yang sangat utuh di mana golongan Kristian sekalipun tidak mempunyai pergerakan seperti ini.
Hampir 4 tahun sebelum saya melihat Makkah, salah satu pusat kebudayaan Wahabi bernama رابطة العالم الإسلامية  di mana para hadirin dapat melihatnya ketika masuk ke Makkah dari Madinah, di permulaannya ada sebuah gedung putih yang mereka letakkan papan tertera رابطة العالم الإسلامية, saya sendiri hampir tujuh jam melawat pusat ini dan melihat dengan lebih dekat berbagai bahagian methodologi propaganda, risalah dan percetakan buku yang berbeza. Ringkasnya pusat رابطة العالم الإسلامية sama seperti Pejabat Tablighat Eslami dan Sazman Tablighat Eslami kita. Inilah perbezaan yang ada pada pusat kebudayaan mereka. Namun dalam Sazman Milal Muttahid (PBB), mereka ada anggota rasmi sebagai pemerhati dalam pertubuhan UNESCO dan UNICEF. Salah seorang penyelia mereka berkata, “Belum ada negara yang tidak ada pejabat atau wakil kami”.  Penyelia pusat pengajian mereka, telah mencapai gerakan kebudayaan membantu anak yatim dan golongan miskin, serta membekalkan ubat ke rumah sakit dan lain-lain lagi.
Para hadirin sekalian tahu, methodologi propaganda hari ini sangat jauh bezanya dengan zaman yang lalu. Dahulu tatkala alat cetak telah ditemui, surat kabar dan buku telah digunakan untuk memindahkan budaya ke wilayah yang lain, dan dari generasi ke generasi. Namun hari ini, dengan kebolehan alat moden pada manusia seperti bidang ‘cyber’, internet, satelit dan sms, pihak penentang dan musuh kita menggunakan ruang yang ada ini sebanyak-banyaknya.
Statistik propaganda Wahabi
Dalam statistik yang ada, laman web www.isl.org.uk telah memaklumkan lebih dari 40,000 laman web Wahabi yang asyik bekerja 24 jam menentang Syiah. Memadailah anda merujuk kepada laman web Faisal Nur www.fnoor.com yang diselenggarakan oleh seorang Wahabi di Arab Saudi. Sudah terkenal bahawa penajanya adalah putera mahkota Arab Saudi sekarang iaitu Amir Naif. Dalam laman web ini ada lebih dari 40 ribu judul kitab dan makalah menentang Syiah, dan boleh dikatakan nenek kepada segala laman sesawang Wahabi. Terlalu sedikit laman web Wahabi yang tidak berpaut (link) dengan laman ini atau tidak mengambil subjek-subjek daripadanya. Begitu juga beberapa laman web Parsi seperti Sunni News, Sunni Online dan Islam Teks, sebahagian besarnya menyebarkan bahan-bahan yang lancang dalam menentang Syiah, serta meluaskan penghinaan dan caci maki.
Dalam berita-berita minggu lalu, laporan online menyebut seorang penyelidik Kanada mengistiharkan bahawa satu daripada 2 laman web Islam adalah berkaitan dengan Wahabi sehingga ada yang berselindung dibalik pusat pengajian kebudayaan Ikhwanul Muslimin.
Sebelum hari raya ketika saya bermusafir ke negara German dan Belanda, saya berpeluang menggunakan laman-laman web dari internet teman baik yang membantu saya di sana. Salah satu perkara yang menghairankan saya ialah tentang Imam Mahdi yang dinantikan, ada 1.5 juta laman dalam internet tentang perkara itu. Namun tentang al-Masih yang dinantikan iaitu seorang reformis dan juru selamat mempunyai 18 juta laman dalam internet. Zahirnya mungkin statistik ini kelihatan biasa, namun andainya kita mengamatinya sedikit, nescaya kita akan lihat berapa yang telah mereka gunakan kemudahan, dan berapa yang telah kita gunakannya. Perkara ini dapat dirujuk dalam laman web universiti Amir Kabir سايت دانشگاه امير كبير.
Aktiviviti saluran-saluran satelit.
Sekarang ini, dari 1800 saluran satelit yang aktif di rantau ini, hampir 300 saluran satelit yang diisi dengan acara dan program menentang Ahlul Bait.
Mungkin mendengar perkara ini dianggap biasa, menyatakan statistik liputan dan pendengarnya sangat mudah. Namun anda semua lihatlah apa matlamat mereka dalam masalah propaganda dan kebudayaan? dan apakah matlamat kita? Akhirnya kerja اتحاديه تلويزيون‌هاي اسلامي mampu dilaksanakan, iaitu pada 2 minggu lalu sebelum persidangan di Tehran, mereka telah mengumpulkan 182 radio dan televisyen tempatan.
Dalam beberapa saluran satelit, demi mempertahankan Wilayah dan Tasyayyu’ mereka telah menghentam Ahlusunnah dan menyerang mereka yang biadap terhadap kesucian Ahlul Bait. Hasilnya tidak lain dari fitnah. Kami telah mendengar bahawa dalam kongres Amerika pada tahun 2009 secara rasminya meingistiharkan ia sebagai ‘Tahun Ikhtilaf Sunni dan Syiah’. Untuk ini mereka telah memperuntukkan anggaran yang khusus. Kita tidak lupa di permulaan perang di Iraq, seluruh surat kabar memaklumkan, jika tidak salah saya bertarikh 20 atau 19 Esfand 1384 surat kabar Kayhan menulis, “نظاميان آمريكايي در عراق، يك جوان سيد و معمم نوراني را دستگير كرده بودند كه او، همان مهدي موعود است و مدت‌ها او را در زندان شكنجه مي‌كردند تا اعتراف كند او مهدي است” (Tentera Amerika di Iraq menangkap seorang Sayid dan guru; iaitu Imam Mahdi, mereka menyeksanya di penjara sehingga ia mengaku bahawa dirinya Imam Mahdi) setelah mereka mengetahui ayah dan ibu Imam Mahdi itu mempunyai beberapa tanda. Ayah dan ibu individu ini adalah orang lain, mereka sudah berputus harapan dan berjanji akan melaporkan kepada tentera Amerika jikalau menemui tempat persembunyian Al-Mahdi. Begitu juga Bush, presiden Amerika yang lalu, sebuah lembaga ilmu dibentuk yang terdiri daripada orang Islam dan Kristian, teoretisi Rumah Putih telah diterangkan sehingga mereka melakukan penyelidikan tentang Al-Mahdi Maw’ud dan melaporkannya kepada beliau (presiden). Pernyataan ini turut tersebat dalam laporan berita tempatan, namun tidak diketahui apakah hasilnya.
Tanggal 17 bulan Ramadan tahun ini seorang pelajar jahil dan tidak waras di London melangsungkan hari kewafatan Aisyah dan memberi ucapan yang kasar, tidak benar dan menyalahi sayra’. Perkara ini sampai memancing perhatian para Marji’ Taqlid dan Rahbar sehingga 90 orang ulama besar Syiah di Arab Saudi dan wilayah Timur, Imam Juma’at dan Jemaah, pengetua pusat pengajian ilmiyah mengecamnya. Kecaman ini telah dicetak juga dalam surat khabar yang bernama al-Riyadh. Pergerakan yang mempunyai unsur fitnah seperti ini tidak jauh dari modal-modal Wahabi. Individu seperti ini telah mereka perkenalkan, dan biaya serta kemudahan telah diperuntukkan untuknya supaya ia dapat memberikan uncapan tentang dunia Islam. Setelah bulan Ramadhan, sama waktu dengan penghinaan (Yasser al-Habib) terhadap Ummul Mu’minin Aisyah, hampir 19 saluran satelit Wahabi senada mengadakan program menentang Syiah. Akibatnya sebahagian saluran Wahabi seperti saluran Wisal dan Safa, saya sendiri menonton program-program mereka selama beberapa minit, saluran ini tidak dapat menahan kesabaran, mereka menggunakan kata-kata yang paling buruk untuk mencerca para Marji’ Taqlid, sehingga orang merusuh sekalipun tidak akan melakukan seperti ini. Mereka terlalu biadab menghina makam-makam suci para Imam seperti salah seorang hadirin mengatakan, “ ‘Tidak malu’ pun ada hadnya, namun orang ini tidak malu tanpa had” terutama sekali dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan tahun ini, saluran-saluran al-Mustaqillah, Hafiz, Safa, Nas, al-Rahmah, al-Hikmah, al-Khalijiyah dan al-Sihhah tidak ada lagi segan silu . Namun mereka ini punyai satu konspirasi. Kami tidak tahu apa yang berada di baliknya kerana saluran-saluran ini disiarkan melalui Nil Sat. Minggu lalu, pemerintah Mesir telah menyekat penyiaran saluran ini, seperti saluran Safa dan Wisal, di mana saluran ini lebih tidak malu berbanding saluran-saluran yang lain.
Arab Saudi mengistiharkan dalam hari-hari Haji tahun ini, sebuah saluran radio siaran langsung dalam lapan bahasa sedang dibangunkan supaya sekurang-kurangnya ia dapat diperkenalkan kepada pengerja haji Baitullah al-Haram.
Perkara penting di sini, beberapa laporan dalam laman-laman web iaitu mereka memaklumkan, ‘Saluran satelit Syiah lebih bahaya dari bom nuklear dan atom. Ini disebabkan mereka tahu saluran seperti al-Kawthar, individu seperti Ayatullah Kurani atau Sayed Kamal Haidari ada berbicara di dalamnya. Atau juga saluran Ahlul Bait dan saluran al-Wilayah, bicara-bicaranya seperti bom atom yang meletup, dan pemikiran pemuda Wahabi disedarkan.
Gelombang kesedaran para pemuda Ahlusunnah dan Wahabi, dan cenderungnya mereka ke arah Syiah.
Dengan mengamati informasi yang telah tersebar, saya selalunya dengan segera mencari berita-berita online atau satelit, ataupun berita akan sampai dengan perantara sahabat-sahabat. Saya ingin mengatakan satu ayat, “Dalam kurun ke-15 ini, belum ada lagi kurun yang lalu para pemuda Wahabi dan Ahlusunnah cenderung kepada Syiah seperti kurun sekarang”. Setiap minggu 10, 20 orang atau sebahagian minggu lebih dari 30 orang merujuk kepada saya dan secara rasmi mengsitiharkan mereka mengikut Mazhab Ahlul Bait. Dalam tahun ini saja, beberapa kali para pemuda Kristian datang ke Qom dan tuhan memberi taufiq, mereka telah menjadi Syiah di tangan kami dan pulang.
Dalam hampir 40 hari yang lalu, seorang pemuda berusia 25 tahun datang dari London, seorang pendakwah Bahai. Beliau terpengaruh dengan kata-kata kami dalam satelit dan mengambil keputusan bertaubat, lantas mengikuti mazhab Ahlul Bait dan cenderung kepada Syiah.
Percanggahan kita dengan Ahlulsunnah
Dengan tersebarnya propaganda yang dilakukan Wahabi, di beberapa tempat seringkali menghasilkan keputusan yang terbalik. 
Abu Bashir pernah datang menemui Imam Sadiq dan berkata:
Bagaimana cara kita melayan Ahlusunnah? Imam berkata: Apakah engkau mempunyai Imam dan yakin mengikutinya? ujarnya: Iya. Imam berkata: Saya adalah Imam kamu, dan kamu mengikuti kami, muamalat saya dengan Ahlusunnah adalah seperti ini, andainya mereka sakit saya menziarahi mereka. Jikalau mereka meninggal dunia, saya akan mengikut perarakan jenazah mereka. Sekiranya…
Kerana itu kami mengatakan beberapa kali. Apakah yang bakal terjadi kepada Syiah jikalau para Imam tidak berpesan supaya kita beradab santun dengan Ahlusunnah. Apa yang berlaku jika para marji’ kita tidak melarang kita dari mencerca? 
[Bersambung….]



Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Ayatullah Husaini Qazwini; Metodologi tabligh Wahabi untuk menentang Syiah (1) ini dipublish oleh Unknown pada hari 29 November 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Ayatullah Husaini Qazwini; Metodologi tabligh Wahabi untuk menentang Syiah (1)
 

0 comments:

Catat Ulasan