Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Unta dan Saiyidina Ali r.a.



بسم الله الرحمن الرحيم

PADA suatu hari setelah Ali r.a. menziarahi Rasulullah s.a.w., beliau terus ke rumahnya dan dilihatnya isterinya Fatimah r.a. sedang duduk memintal bulu domba. Kemudian Ali r.a. berkata, "Wahai perempuan yang mulia, adakah apa-apa makanan untuk suamimu ini?"

Kata Fatimah r.a., "Wahai suamiku, demi Allah aku tidak mempunyai apa-apa yang dapat kuberikan untukmu makanan, tetapi aku mempunyai 6 dirham yang diberikan oleh Salman Al-Farsi sebagai upah memintal. Dan wang ini aku bercadang untuk membeli makanan bagi Hasan dan Husin."

Apabila Ali r.a. mendengar penjelasan dari isterinya itu maka dia berkata, "Wahai perempuan yang mulia, berikanlah kepadaku wang yang 6 dirham itu." Sebaik sahaja menerima arahan Ali r.a. maka Fatimah pun memberikan wang tersebut supaya Ali r.a. dapat membeli makanan untuk anak-anak mereka. Dalam perjalanan ke pasar Ali r.a. berjumpa seorang lelaki yang berkata, "Siapakah yang hendak meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik." Sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki itu makan Ali r.a. pun memberikan kepada lelaki itu wang 6 dirham yang ada padanya untuk membeli makanan.

Setelah memberikan wang tersebut pada lelaki itu maka Ali r.a. pun balik dengan tangan kosong. Apabila Fatimah r.a. melihat Ali r.a. balik dengan tangan kosong maka beliau pun menangis. Ali r.a. berkata, "Wahai perempuan yang mulia, kenapakah kamu menangis?"

Kata Fatimah r.a., "Wahai suamiku, aku menangis sebab kamu tidak membawa apa-apa." Kata Ali r.a., Wahai perempuan yang mulia, sebenarnya wang 6 dirham tadi telah kupinjamkan kepada Allah SWT." Sebaik sahaja mendengar kata-kata suaminya itu maka berkata Fatimah r.a. dengan redhanya, "Benarkah begitu?"

Setelah berkata-kata dengan Fatimah r.a. maka Ali r.a. pun pergi menuju ke rumah Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan Ali r.a. bertemu dengan seorang lelaki yang sedang berjalan membawa seekor unta. Apabila Ali sampai dekat lelaki itu maka berkata lelaki itu, "Wahai bapa Hasan, belilah unta ini." Oleh kerana Ali r.a. tidak mempunyai wang maka berkata Ali r.a., "Sebenarnya aku tidak mempunyai apa-apa untuk membeli untamu ini." Berkata lelaki itu, "Beginilah, aku jualkan unta ini kepadamu dengan harga 100 dirham. Dan wangnya bolehlah kamu bayar kemudian."

Oleh kerana lelaki itu tidak meminta wang dahulu maka Ali r.a. pun setuju dengan berkata, "Kalau begitu aku setuju membeli unta ini dengan harga 100 dirham." Setelah Ali r.a. membeli unta tersebut maka datang pula seorang lelaki lain lalu berkata, "Wahai bapa Hasan, apakah kamu hendak menjual unta ini? Berkata Ali r.a., "Ya, memang benar aku hendak menjualnya." Kata Ali r.a., "300 dirham." Berkata lelaki itu pula, "Kalau begitu aku beli unta ini dengan harga 300 dirham." Kemudian lelaki itu pun membayar 300 dirham dengan cara tunai.

Setelah mendapat wang tersebut Ali r.a. pun balik ke rumah dengan senyuman, melihat akan telatah Ali r.a. maka berkata Fatimah r.a., "Wahai bapa Hasan, apakah sebabnya tersenyum sangat."

Ali r.a. pun menceritakan dari mula hingga ke akhir tentang kisah jual beli unta itu. Setelah selesai mendengar kata-kata suaminya itu maka Fatimah r.a. berkata, "Wahai suamiku, sebenarnya kamu telah mendapat taufiq."

Kemudian Ali r.a. pun terus pergi menemui Rasulullah s.a.w. Apabila Ali r.a. masuk ke dalam masjid baginda Rasulullah s.a.w. memandang beliau dengan tersenyum. Sebaik sahaja Ali r.a. memberi salam lalu berkata Rasulullah s.a.w., "Wahai Ali, apakah kamu hendak menceritakan kepadaku, atau aku menceritakan kepada kamu." Oleh kerana Ali r.a. tahu bahawa baginda Rasulullah s.a.w. lebih mengetahui, Ali r.a. berkata. "Ya Rasulullah s.a.w. eloklah anda sahaja yang menceritakan."

Kata Rasulullah s.a.w., "Wahai bapa Hasan, tahukah kamu siapakah yang menjual unta kepada kamu dan siapakah yang membeli unta itu dari kamu? Kata Ali r.a., "Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya."

Rasulullah s.a.w berkata, "Wahai Ali, kamu sungguh beruntung, kerana kamu berikan pinjaman kepada Allah SWT 6 dirham. Sebagai balasannya Allah memberikan kepada kamu 300 dirham." Kata Rasulullah s.a.w. lagi, "Wahai Ali, tahukah kamu siapa yang menjualkan unta kepada kamu dan tahukah kamu siapakah yang membeli unta tersebut?" Kata Ali r.a., "Allah dan Rasulnya lebih mengetahui."

Kata Rasulullah s.a.w., "Orang yang menjualkan unta itu ialah Jibrail a.s. dan orang yang membeli unta tersebut ialah Israfil a.s."

Kisah ini bukanlah menunjukkan bahawa Allah itu memerlukan wang atau Allah itu memerlukan pertolongan dari makhluk, tetapi ini ialah satu ujian Allah SWT terhadap orang yang hendak diuji~Nya. Allah SWT tidak memerlukan walaupun setitik pun bantuan dari makhluknya, haruslah ingat bahawa semua yang ada di dunia ini baik yang di langit atau di bumi adalah hak milik kekal~Nya.

Dunia ini ialah tempat kita menghadapi peperiksaan, lulus atau tidak seseorang itu hanya akan diketahuinya di akhirat nanti. Hanya Allah SWT sahaja yang akan memberi kita sijil kelayakan, samada layak ke syurga atau ke neraka. Oleh itu hendaklah kita benar-benar taat dan takut kepada Allah SWT.

Sekian, moga ada manfaatnya... والله اعلم

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Unta dan Saiyidina Ali r.a. ini dipublish oleh Unknown pada hari 05 April 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Unta dan Saiyidina Ali r.a.
 

0 comments:

Catat Ulasan