Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Allah Mempunyai Lima Perkara Yang Suci. rawatan penyakit dll, al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H



Allah Mempunyai Lima Perkara Yang Suci.

       82. Yunus, daripada Ali bin Syajarah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Allah mempunyai lima perkara yang suci (haram) di bumi . Haram Rasulullah s.a.w, haram keluarga Rasulullah s.a.w (ali rasulillah), haram kitab Allah, haram Ka‘bah dan haram mukmin.

Apabila Mukmin Meningkat Umur Empat Puluh Tahun…

       83. Beberapa sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abu Najran, daripada Muhammad bin al-Qasim, daripada Ali bin al-Mughirah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Apabila mukmin meningkat umur empat puluh tahun, maka Allah selamatkannya dari tiga penyakit: Kanser, penyakit kusta dan gila. Apabila dia meningkat umur lima puluh tahun, maka Allah akan menringankan hisabnya. Apbila dia meningkat umur enam puluh tahun, maka Allah akan kurniakan kepadanya taubat. Apabila dia meningkat umur tujuh puluh tahun, maka dia dicintai oleh ahli langit. Apabila dia meningkat umur lapan puluh tahun, maka Allah memerintahkan supaya ditetapkan kebaikannya dan dibuangkan kejahatannya. Apabila dia meningkat umur sembilan puluh tahun, maka Allah akan mengampuni dosanya yang dahulu dan sekarang serta ditulis sebagai tawanan Allah di bumi-Nya. Di dalam riwayat yang lain, apabila dia meningkat umur seratus tahun, maka itulah umur yang paling lanjut (ardhali l-‘umari).

Ambillah Tindakan Keras Ke Atas Hamba-Ku.

       84. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam daripada Daud daripada Saif, daripada Abu Basir berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang hamba berada di dalam kerehatan urusannya sebelum umurnya empat puluh tahun. Apabila dia meningkat empat puluh tahun, maka Allah akan memberitahu dua malaikat-Nya:  Aku telah memanjangkan umur hamba-Ku ini. Lantaran itu, ambil tindakan yang keras ke atasnya dan tuliskan  ke atasnya  perkara yang sedikit ataupun banyak, kecil ataupun besar.

Dibenarkan Lari Daripada Wabak Penyakit.

       85. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abu ‘Umair, daripada Hammad bin Uthman, daripada al-Halabi, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah mengenai wabak penyakit di bahagian Mesir, lalu seorang itu berpindah ke tempat yang lain atau ia berlaku di Mesir, kemudian dia berpindah ke tempat yang lain? Maka beliau a.s berkata: Tidak mengapa, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melarang mengenainya pada tempat yang berhadapan dengan musuh, lalu berlakulah wabak penyakit pada mereka. Kemudian mereka telah melarikan diri daripadanya. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang lari daripadanya adalah seperti orang yang lari daripada  peperangan, kerana benci markaz-markaz mereka akan ditinggalkan.

Tiga Perkara Seorang Nabi Atau Bukan Nabi Tidak Akan Berjaya.

       86. Ali, daripada bapanya, daripada Ibn Abu ‘Umair, daripada Abu Malik al-Hadhrami, daripada Hamzah bin Hamran, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Tiga perkara yang mana seorang nabi atau bukan nabi tidak akan berjaya: Berfikiran  waswas mengenai kejadian (al-Khalq),  ramalan yang tidak baik (tiirah) dan hasad melainkan mukmin yang tidak melakukan hasadnya.

Rawatan Penyakit.

       87. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Qasim bin Muhammad al-Jauhari daripada Ali bin Abu Hamzah, daripada Abu Ibrahim a.s berkata: Beliau a.s telah berkata kepadaku bahawa sesungguhnya aku tidak sihat selama tujuh bulan dan anak lelakiku tidak sihat selama dua belas bulan, maka ia membebankan kami. Aku rasa ia tidak berlaku kepada seluruh badan, hanya bahagian atas badan sahaja, tidakpun di bawahnya. Kemungkinan ia berlaku di bawah badan dan tidak berlaku di atas seluruh badan?
       Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, jika anda izinkan aku, nescaya aku menceritakan kepada anda sebuah hadis daripada Abu Basir, daripada datuk anda bahawa apabila beliau a.s tidak sihat, beliau a.s telah menggunakan air sejuk. Beliau a.s mempunyai dua kain satu kain di letakkan di dalam air sejuk dan satu kain di atas badannya, lalu beliau a.s memutarkannya di antara keduanya. Kemudian beliau a.s berdoa sehingga didengari suaranya di balik pintu, wahai Fatimah binti Muhammad, maka beliau a.s berkata: Anda memang benar.
       Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, kamu tidak mempunyai ubat untuk mengubati demam selesema? Maka beliau a.s berkata: Kami tidak mendapati ubat untuknya di sisi kami selain berdoa dan air sejuk. Sesungguhnya aku telah mengadu, lalu Muhammad bin Ibrahim mengutus kepadaku seorang tabib, lalu dia membawa ubat cair kepadaku, tetapi aku telah enggan meminumnya, kerana apabila aku muntah, maka sendiku menjadi lemah.

   Tangkal Demam Panas.

       88. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Ishaq al-Asy‘ari, daripada Bakr bin Muhammad al-Azadi berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah demam panas, lalu Jibrail a.s telah mendatanginya, dan memberi tangkal demam, lalu berkata: Bismillah aku mengangkat anda, wahai Muhammad dan Bismillah aku menyembuhkan anda dan Bismillah daripada setiap penyakit yang membuatkan anda tidak sihat, Bismillah, Allah menyembuhkan anda, Bismillah ambillah, ia akan meninggalkan anda, Bismillahir Ramanir Rahim, aku bersumpah dengan bintang-bintang bahawa anda akan sembuh dengan izin Allah. Bakr berkata: Aku telah bertanya kepadanya mengenai tangkal demam, lalu beliau a.s memberitahuku dengan tangkal ini.

Bacaan Bagi Mengelakkan Penyakit.

       89. Abu ‘Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Salim, daripada Ahmad bin al-Nadhar, daripada ‘Umru bin Syamar, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang berkata: “Bismillahir Rahmanir Rahim.. La haula wa la quwwata illa bi llahi l-‘Aliyyi l-‘azim’” sebanyak tiga kali. Allah akan mencukupinya sembilan puluh sembilan jenis penyakit dan yang paling senang adalah sesak nafas.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Allah Mempunyai Lima Perkara Yang Suci. rawatan penyakit dll, al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H ini dipublish oleh Unknown pada hari 11 September 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Allah Mempunyai Lima Perkara Yang Suci. rawatan penyakit dll, al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H
 

0 comments:

Catat Ulasan