Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Setiap Ahlu l-Bait Mempunyai Hujah Dikemukakan Allah Pada Hari Kiamat dll


Setiap Ahlu l-Bait Mempunyai Hujah Dikemukakan Allah Pada Hari Kiamat dll, al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H



Setiap Ahlu l-Bait Mempunyai Hujah Dikemukakan Allah Pada Hari Kiamat

       42. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada al-Fadhl bin Ismail al-Hasyimi, daripada bapanya berkata: Aku telah mengadu kepada Abu Abdullah a.s mengenai keluargaku yang tidak mengambil berat mengenai agama, maka beliau a.s berkata: Wahai Ismail, janganlah anda menentang ahli anda disebabkan perkara tersebut. Ini adalah kerana Allah telah menjadikan bagi setiap keluarga hujah yang akan dikemukan pada hari Kiamat terhadap keluarganya. Akan dikatakan kepada mereka: Tidakkah kamu melihat polan di kalangan kamu, tidakkah kamu melihat petunjuknya kepada kamu, tidakkah kamu melihat solatnya  pada kamu, tidakkah kamu melihat agamanya, kenapa kamu tidak mengikutinya mengenainya, maka ia menjadi hujah ke atas mereka pada hari Kiamat.

Allah Akan Berhujah Pada Hari Kiamat Ke Atas Jirannya (lelaki) Dengannya

       43. Daripadanya, daripada bapanya, daripada Muhammad bin  ‘Athim al-Nakhas, daripada Mu‘awiyah bin ‘Ammar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang lelaki di kalangan kamu akan berada di suatu tempat, maka Allah akan berhujah pada hari Kiamat ke atas jirannya (lelaki) dengannya. Akan dikatakan kepada mereka: Tidakkah polan di kalangan kamu, kenapa kamu tidak mendengar kata-katanya, kenapa kamu tidak mendengar tangisannya di waktu malam, maka ia akan menjadi hujah ke atas mereka.

Tafsir Firman Allah Surah Al-Fail (105) : 3 “Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong”
       44. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Jamil bin Salih, daripada Abu Maryam, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Aku telah bertanya beliau a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Fail (105):3 “Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melimpari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar”, beliau a.s berkata: Burung telah mendatangi mereka di sebelah laut, kepalanya seperti kepala binatang buas (ru’uus al-Siba’) dan kukunya seperti kuku burung yang buas. Setiap burung mempunyai tiga batu: Dua batu pada dua kakinya dan satu batu pada paruhnya.
       Burung-burung melontarkan batu-batu kepada mereka sehingga tubuh-tubuh mereka dijangkiti cacar, lalu membunuh mereka meskipun penyakit cacar tidak pernah berlaku kepada mereka. Mereka juga tidak pernah melihat burung sedemikian rupa sebelum hari itu dan selepasnya. Beliau a.s berkata: Orang yang terlepas di kalangan mereka pada hari itu, telah melarikan diri ke Hadhramaut; satu lembah di Yaman. Kemudian Allah mengutus banjir ke atas mereka, lalu menenggelamkan mereka semua. Beliau a.s berkata: Air sebelum hari itu tidak pernah di lihat selama lima belas tahun di lembah tersebut, beliau a.s berkata: Justeru ia dinamakan Hadhramaut ketika mereka mati padanya.

Janganlah Anda Mencampuri Dalam Hal Keluarga Kami

       45. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Fadhdhal daripada Abdullah bin Bakir, Tha‘labah bin Maimun, Asli bin ‘Uqbah, daripada Zararah, daripada Abd al-Malik berkata: Percakapan telah berlaku di antara Abu Ja‘far a.s dan anak lelaki al-Hasan a.s. Kemudian berita itu telah sampai kepadaku, lalu aku berjumpa dengan Abu Ja‘far a.s. Maka aku mulai bercakap mengenainya, lalu beliau a.s berkata kepadaku: Janganlah anda mencampuri dalam hal keluarga kami. Umpama kami dan sepupu kami seperti seorang lelaki pada Bani Israel yang mempunyai dua orang anak perempuan. Suami kepada salah seorang daripadanya adalah peladang dan suami kepada yang satu lagi adalah seorang pembuat belanga dari tanah liat.
       Kemudian bapanya telah menziarahi mereka berdua. Beliau mulai menziarahi anak perempuannya yang suaminya seorang peladang, maka beliau berkata kepadanya: Apakah keadaan kamu? Anak perempuannya berkata: Suamiku telah menanam tanaman yang banyak. Jika Allah menurunkan hujan dari langit, nescaya keadaan kami adalah yang terbaik di kalangan Bani Israel. Kemudian beliau datang kepada anak perempuannya yang suaminya seorang pembuat belanga dari tanah liat, maka beliau berkata kepada anak perempuannya: Apakah keadaan kamu? Anak perempuannya berkata: Suamiku telah banyak membuat belanga dari tanah liat, jika Allah tidak menurunkan hujan, nescaya keadaan kami adalah yang terbaik di kalangan Bani Israel. Kemudian bapanya pulang sambil berkata: Wahai Tuhanku, Engkau berserta mereka berdua. Abu Ja‘far a.s berkata: Demikian juga kami.

Doa Untuk Mengusir Jin

       46. Muhammad, daripada Ahmad, daripada Ibn Mahbub, daripada Jamil bin Salih, daripada Zuraih berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s melindungi (ya‘udhu) anak lelakinya sambil berkata: Aku berazam ke atas anda, wahai Raih dan Waja’,  yang masih boleh didapati selama aku memiliki azam yang dimiliki oleh Ali bin Abu Talib, Amir al-Mukminin a.s, utusan kepada Rasulullah s.a.w ke atas Jin wadi al-Basrah, lantas mereka menjawab dan mentaatinya. Abu Abdullah a.s berkata: Kenapakah anda tidak menjawab, anda tidak taat dan anda tidak keluar daripada anak lelakiku polan, anak lelaki kepada anak perempuanku polan sekarang juga?

Hadis Nabi s.a.w  Mengenai Hakikat Kehidupan.

       47. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ibn Sinan, daripada Ibn Jarud, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang tidak ada sesuatu, maka dia tidak memilikinya. Sesiapa yang tidak bersabar menghadapi kesusahan semasa, maka dia akan menjadi lemah. Sesiapa yang memberi pinjaman kepada orang ramai, maka mereka pula akan memberi pinjaman kepadanya. Sesiapa yang meninggalkan mereka, maka mereka tidak akan meninggalkannya. Ada orang berkata: Apakah yang aku akan lakukan, wahai Rasulullah s.a.w? Beliau s.a.w bersabda: Berilah pinjaman kepada  orang yang memintanya, demi hari kefakiran anda.

Dakwaan Lelaki Hamdan Akan Seekor Baghal Bertina Musa Bin Ja‘far A.S

       48. Daripadanya, daripada Ahmad, daripada al-Barqi, daripada Muhammad bin Yahya, daripada Hammad bin Uthman berkata: Manakala Musa bin Isa di rumahnya yang terletak di al-Mas‘a, tiba-tiba beliau a.s melihat Abu al-Hasan a.s menghala dari al-Marwah di atas seekor baghal betina, lalu Ibn Hiyaj memerintahkan seorang lelaki dari Hamadan  pergi kepadanya dan bergantung di tali kekangnya dan menuntut baghal betina. Kemudian lelaki itu mendatanginya, lalu bergantung di tali kekang dan menuntut baghal betina tersebut. Lantas Abu al-Hasan a.s mengangkat kakinya, lalu turun daripadanya dan berkata kepada hamba-hambanya: Kamu ambillah pelananya (sarja-ha) dan berikan kepadanya, maka dia berkata: Pelana juga untukku? Abu al-Hasan a.s berkata: Anda telah berbohong, di sisi kami keterangan (al-Bayyinah) bahawa sesungguhnya ia adalah pelana Muhammad bin Ali. Adapun baghal betina, maka kami telah membelinya pada masa yang terdekat dan anda lebih mengetahui apa yang aku katakan.


Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Setiap Ahlu l-Bait Mempunyai Hujah Dikemukakan Allah Pada Hari Kiamat dll ini dipublish oleh Unknown pada hari 11 September 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Setiap Ahlu l-Bait Mempunyai Hujah Dikemukakan Allah Pada Hari Kiamat dll
 

0 comments:

Catat Ulasan