Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Hadis al-Asbagh Bersama Amir al-Mukminin Tentang Pengampunan Dosa Syia‘h dll, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid, w. 413 H




Al-Asbagh bin Nabatah

       Dia adalah anggota Syurtah al-Khamis (tentera elit ) dan seorang yang terhormat. Ja‘far bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Ja‘far  al-Muaddib daripada Ahmad bin Abu Abdullah al-Barqi daripada Abual-Husain Salih bin Abu Hammad daripada Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab daripada Muhammad bin Sinan daripada Abu al-Jarud daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah berkata kepada al-Asbagh: Apakah kedudukan lelaki ini (Amir al-Mukminin  Ali bin Abu Talib) pada anda? Al-Asbagh berkata: Aku tidak mengerti apakah yang anda perkatakan selain daripada pedang-pedang kami adalah di atas bahu-bahu kami dan siapa yang memberi isyarat kepadanya, kami memukulnya[1].
       Ja‘far bin Muhammad bin Quluwaih daripada Ja‘far bin Muhammad bin Mas‘ud daripada bapanya berkata: Ali bin al-Husain telah memberitahu aku daripada Muruk bin ‘Ubaid berkata: Ibrahim bin Abu Milad telah memberitahu aku daripada seorang lelaki daripada al-Asbagh berkata: Aku telah berkata kepadanya: Bagaimana anda menamakan Syurtah al-Khamis wahai Asbagh?  Asbagh berkata: Kami telah menjamin baginya penyembelihan dan ia telah menjamin  pembukaan untuk kami (inna dhamin-naa la-hu al-Dhabha wa dhamina-lana al-Fath)[2].                   

Hadis al-Asbagh Bersama Amir al-Mukminin Tentang Pengampunan Dosa Syi‘ah
                                                  
       Muhammad bin al-Hasan al-Syahhadh daripada Sa‘d bin Abdullah daripada Muhammad bin Ahmad daripada Muhammad bin Ismail daripada Ja‘far bin al-Haitham al-Hadhrami daripada Ali bin al-Husain al-Fazari daripada Adam al-Tammar al-Hadhrami daripada Sa‘d bin Tarif daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah mendatangi Amir al-Mukminin untuk memberi salam kepadanya. Aku mulai  menunggunya, maka beliau a.s. telah keluar kepadaku, lalu aku pun berdiri di hadapannya. Aku telah memberi salam kepada Amir al-Mukminin, lantas beliau a.s. memukul tapak tanganku. Kemudian beliau a.s. memasukkan anak-anak jarinya ke dalam anak-anak jariku. Beliau a.s. berkata kepadaku: Wahai Asbagh bin Nabatah!. Aku berkata: Labbai-ka wa sa‘dai-ka, wahai Amir al-Mukminin.
       Maka beliau a.s. berkata: Sesungguhnya wali kami adalah wali Allah, apabila mati wali Allah, maka beliau berada di makam yang tinggi di sisi Allah dan Dia memberinya minuman daripada sungai yang lebih sejuk daripada salji, lebih manis daripada madu dan lebih lembut daripada keju. Asbagh berkata: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku sekalipun ia berdosa (wa inkana mudhniban)? Beliau a.s. berkata: Ya, sekalipun ia berdosa, tidakkah anda membaca al-Qur’an Surah al-Furqan (25):70  “ maka kejahatan mereka diganti Allah  dengan kebaikan (ulaika yubaddilu l-Allahu sayyiaati-him hasanaat). Dan adalah Allah Maha Pengampun dan Penyayang”. Wahai Asbagh! Sesungguhnya wali kita jika beliau berjumpa dengan Allah sedangkan dosanya seperti buih laut, atau seperti bilangan pasir, nescaya Allah mengampuninya untuknya insya Allah[3].           

Zararah bin A‘yan, Abu Basir, Muhammad bin Muslim dan Barid bin Mu‘awiyah Penjaga Agama
                                           
       Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ya‘qub bin Yazid daripada Muhammad bin Abu Umair daripada Hisyam bin Salim daripada Sulaiman bin khalid al-Aqta‘ berkata: Aku mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Aku tidak dapati seorang yang telah menghidupkan peringatan mengenai kami (dhikra-na) dan hadis-hadis bapaku selain daripada Zararah, Abu Basir al-Muradi, Muhammad bin Muslim dan Barid bin Mu‘awiyah. Jika mereka tidak ada, nescaya tidak seorang pun mendapat petunjuk. Merekalah penjaga-penjaga agama, pemegang-pemegang amanah bapa aku a.s tentang perkara halal Allah dan haram-Nya. Mereka adalah yang terawal kepada kami di dunia dan di akhirat[4].
       Daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ibrahim bin Hasyim daripada Ibn Abu ‘Umair daripada Ibrahim bin Abd al-Hamid berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Allah merahmati Zararah bin A‘yan. Jika tidak ada Zararah, nescaya terhapuslah Athar al-Nubuwwahdan hadis-hadis bapaku a.s[5].
       Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin Isa daripada Ismail bin Mihran daripada Abu Jamilah al-Mufadhdhal bin Salih daripada Jabir bin Yazid al-Ja‘fi berkata: Abu Ja‘far a.s memberitahu aku bahawa tujuh puluh ribu hadis aku tidak memberitahu seorang pun mengenainya dan aku tidak akan memberitahu seorang pun mengenainya selama-lamanya. Jabir berkata: Aku berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda. Sesungguhnya anda telah memberi aku penghormatan yang besar kerana anda telah memberitahu aku rahsia anda. Aku tidak akan memberitahu seorang pun mengenainya. Kadangkala ia bergelora di dadaku sehingga membuatkan aku seperti gila. Beliau a.s. berkata: Wahai Jabir! Jika berlaku kepada anda sedemikian, maka keluarlah ke al-Jabban, galilah satu parit dan masukkan kepala anda di dalamnya,  kemudian berkatalah: Muhammad bin Ali telah memberitahu aku begini dan begitu[6].
       Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Barqi daripada Ahmad bin al-Nadh al-Khazaz daripada al-Nu‘man bin Basyir berkata: Aku telah menemani Jabir bin Yazid al-Ja‘fi bagi mengerjakan haji. Ketika kami keluar ke Madinah, Jabir datang menemui Abu Ja‘far al-Baqir a.s. Jabir mengucap selamat tinggal kepadanya. Kami keluar sehingga kami bermalam di al-Ukhirijah[7]. Kami mengerjakan solat pertama dan memulakan perjalanan, tiba-tiba seorang lelaki berbadan  tinggi, hitam manis membawa surat daripada Muhammad bin Ali al-Baqir a.s kepada Jabir bin Yazid al-Ja‘fi.  Jabir telah mengambilnya dan mengucupnya.
       Jabir berkata: Bilakah temu janji anda dengan tuanku. Sebelum solat atau selepas solat? Utusan berkata: Selepas solat. Al-Ni‘man berkata: Maka Jabir membuka surat itu dengan mukanya yang berseri, tetapi dia tidak ketawa tidak tersenyum dan tidak bercakap sebagaimana sebelumnya sehinggalah kami sampai di Kufah. Jabir memasuki rumah terlambat satu jam. Kemudian Jabir keluar kepada kami sambil menggantungkan surat tadi di tengkuknya dan berpusing-pusing di lorong-lorong Kufah sambil berkata: Mansur bin Jamhur ialah Amir yang tidak diperintah”. Kata-kata lain juga dikatakan olehnya. Dia telah mengelilingi lorong-lorong di Kufah. Orang ramai berkata: Jabir telah gila.  Jabir telah gila.
       Selepas tiga hari, Hisyam telah menghantar surat kepada Yusuf bin Uthman supaya dia mendapatkan seorang lelaki dari Ja‘fi yang mengenali Jabir bin Yazid untuk dipenggal  lehernya dan menghantarkan kepalanya kepada Hisyam. Yusuf bin ‘Uthman membaca surat tersebut. Dia berpaling kepada mereka di sekelilingnya dan berkata: Siapakah Jabir bin Yazid? Sesungguhnya surat ini telah dihantar oleh Amir al-Mukminin kepada aku memerintah aku supaya memenggal  lehernya dan menghantarkan kepala kepadanya? Mereka berkata: Aslaha l-Lahu al-Amir! Lelaki ini adalah pakar bahagian hadis, warak dan zuhud tetapi dia telah menjadi gila, fikirannya telah bercampur-aduk. Dia berada di halaman dan sedang bermain-main dengan kanak-kanak. Yusuf menulis surat kepada Hisyam bin Abd al-Malik: Sesungguhnya anda telah menulis kepada aku tentang lelaki al-Ja‘fi. Sesungguhnya dia adalah seorang gila. Hisyam menjawabnya: Tinggalkan dia. Beberapa hari selepas itu, Mansur bin Jamhur datang, lalu dia membunuh Yusuf bin Uthman dan melakukan apa yang telah dilakukannya[8].

Isa bin A‘yan

       Beliau berkata: Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu aku, berkata: Sa‘d bin Abdullah telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Isa daripada Muhammad bin Abu ‘Umair daripada sebahagian daripada sahabatnya berkata: Isa bin A‘yan apabila mengerjakan haji, maka dia akan pergi ke al-Mauqif berdoa kepada saudara-saudaranya sehingga datang orang ramai. Ada orang berkata kepadanya: Anda membelanjakan harta anda,  memenatkan badan anda sehingga anda berada di tempat ini memohon hajat kepada Allah s.w.t. Anda berdoa untuk saudara-saudara anda dan meninggalkan berdoa untuk diri anda sendiri?  Isa berkata: Aku yakin tentang doa malaikat untukku,  tetapi aku syak doa ku untuk diri ku sendiri[9].
       Daripadanya daripada Sa‘d bin Abdullah daripada Ahmad bin Muhammad daripada Musa bin Talhah daripada Abu Muhammad saudara lelaki Yunus bin Ya‘qub daripadanya berkata: Ketika aku berada di Madinah, maka Ja‘far bin Muhammad a.s telah menyambut kedatangan aku di sebuah lorong di Madinah. Beliau a.s. berkata: Wahai Yunus! Di pintu itu seorang lelaki daripada kami Ahlu l-Bait. Yunus berkata: Aku telah pergi ke pintu tersebut, tiba-tiba Isa bin Abdullah al-Qummi sedang duduk di pintu.
       Isa berkata: Aku berkata kepadanya: Siapakah anda? Dia berkata: Aku adalah seorang lelaki daripada ahli Qum. Yunus berkata: Tiba-tiba Abu Abdullah a.s sampai dengan menaiki keldai dan memasuki rumahnya. Beliau a.s. berpaling kepada kami sambil berkata: Kamu berdua masuklah. Kemudian beliau berkata: Wahai Yunus! Aku kira anda  mengingkari kata-kata aku kepada anda bahawa Isa bin Abdullah daripada kami Ahlu l-Bait?  Yunus berkata: Aku berkata: Ya, demi Tuhan, aku telah menjadikan diri aku tebusan anda kerana Isa bin Abdullah ialah lelaki daripada Qum. Beliau a.s. berkata:  Wahai Yunus bin Ya‘qub! Isa bin Abdullah ialah daripada kami semasa hidup dan dia ialah daripada kami semasa mati[10].

 ‘Imran bin Abdullah al-Qummi

       Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Musa bin Talhah daripada sebahagian penduduk Kufah berkata: Aku telah berada di Mina dan bersamanya beberapa khemah untuk lelaki dan wanita. Lalu didirikan di tempat perkhemahan Abu Abdullah a.s. Tiba-tiba Abu Abdullah a.s datang bersama beberapa wanitanya dan berkata: Apakah ini? Musa berkata: Aku telah jadikan diri aku tebusan anda, ini adalah khemah-khemah yang telah didirikan untuk anda oleh ‘Imran bin Abdullah al-Qummi. Musa berkata: Maka beliau a.s telah bermalam di dalamnya.
       Kemudian beliau a.s. berkata: Wahai  Ghulam Imran bin Abdullah? Maka Ghulam Imran pun datang dan berkata: Aku telah jadikan diri aku tebusan anda, ini adalah khemah-khemah yang anda telah memerintah aku membuatkannya untuk anda. Beliau a.s. berkata: Berapakah tingginya? Ghulam Imran berkata kepada Abu Abdullah a.s.: Aku jadikan diri aku tebusan anda, sesungguhnya rangka adalah daripada  ciptaan aku dan aku telah membuatkannya untuk anda, aku suka, aku jadikan diri aku tebusan anda, supaya anda menerimanya daripada aku sebagai hadiah, aku telah mengembalikan harta yang anda telah memberinya kepada aku. Musa berkata: Abu Abdullah telah memegang tangan Ghulam Imran sambil berkata: Aku memohon kepada Allah s.w.t supaya berselawat ke atas Muhammad dan keluarganya serta melindungi anda di hari tiada bayang selain daripada bayang-Nya[11].
       Ja‘far bin Muhammad bin Quluwaih telah memberitahu kami daripada Ja‘far bin Muhammad bin Mas‘ud daripada bapanya berkata: Ali bin Muhammad telah memberitahu aku daripada al-Husain bin Abdullah daripada Abdullah Ali daripada Ahmad bin Hamzah bin Imran al-Qummi daripada Himad al-Nab berkata: Kami dan jemaah telah berada bersama Abu Abdullah a.s di Mina. Pada masa itu Imran bin Abdullah al-Qummi datang berjumpa dengan Abu Abdulah a.s. Lantas Abu Abdullah a.s bertanya kepadanya dengan ceria. Selepas Imran meninggalkan tempat itu, aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s: Siapakah lelaki yang anda telah melayaninya dengan baik? Beliau a.s. berkata: Ini adalah daripada Ahlu l-Bait al-Nujaba’. Allah akan membinasakan mana-mana penguasa yang ingin membinasakannya[12].
       Daripadanya, dengan sanad ini daripada Ahmad bin Hamzah daripada al-Mirzaban bin Imran daripada Abban bin Uthman berkata: Imran bin Abdullah al-Qummi  telah datang berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, maka beliau a.s telah mendekatinya dan berkata: Bagaimana keadaan anda, anak lelaki anda, keluarga anda, sepupu-sepupu anda dan keluarga anda? Kemudian dia bercakap dengan Abu Abdullah a.s. seketika.  Apabila dia keluar, maka orang bertanya kepada Abu Abdullah a.s: Siapakah lelaki itu?  Beliau a.s. menjawab: Seorang yang cerdik (najib) daripada kaum yang cerdik. Allah akan membinasakan mana-mana penguasa yang ingin membinasakannya[13].

Muhammad bin Abu Bakr Rahima-hu l-Lah

       Ibn al-Tayyar berkata: Disebut Muhammad bin Abu Bakr di sisi Abu Abdullah a.s, maka Abu Abdullah a.s berkata: Rahmat Allah ke atasnya, pada suatu hari Muhammad  berkata kepada Amir al-Mukminin a.s: Hulurkan tangan anda supaya aku memberi baiah kepada anda. Maka beliau a.s berkata: Anda akan melakukannya? Muhammad menjawab: Ya. Beliau a.s. menghulurkan tangannya. Muhammad berkata: Aku naik saksi bahawa anda adalah imam. Ketaatan kepada  anda difardukan dan sesungguhnya bapa aku berada  di neraka (asyhadu anna-ka imam muftaradhun ta‘atu-ka wa anna Abi fi al-Nar). Abu Abdullah a.s berkata: Kecerdikannya (al-Najabah) adalah di pihak ibunya Asma‘  binti ‘Umais, bukan di pihak bapanya[14].
       Ahmad bin Harun al-Fami-rahima-hu l-Lah- telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ya‘qub bin Yazid daripada Ibn Abu Umair daripada Umair bin Abu Udhinah daripada Zararah bin  A‘yan daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Muhammad  bin Abu Bakr telah memberi baiah kepada Ali di atas pelepasan diri daripada bapanya (al-bara’ati min abi-hi)[15] .
       Ja‘far bin Muhammad bin Quluwaih daripada bapanya daripada Sa‘d bin Abdullah daripada al-Hasan bin Musa al-Khasysyab dan Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid daripada Ali bin Asbat daripada Abdullah bin Sinan berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Lima orang Quraisy yang telah bersama Amir al-Mukminin a.s. dan tiga belas kabilah bersama Mu‘awiyah.
Adapun yang lima, pertama: Muhammad bin Abu Bakr. Kecerdikan (al-Najabah) adalah di pihak ibunya Asma‘ binti ‘Umais. Kedua: Hisyam bin AbuWaqqas al-Mirqal. Ketiga: Ja‘dah bin Hubairah al-Makhzumi. Amir al-Mukminin a.s adalah bapa saudara Ja‘dah di sebelah ibunya. ‘Atbah bin Abu Sufyan telah berkata kepada Ja‘dah: Sesungguhnya kekuatan di dalam peperangan adalah di pihak bapa saudara anda sebelah ibu anda. Ja‘dah berkata: Jika anda mempunyai bapa saudara sebelah ibu anda seperti bapa saudara aku di sebelah ibu nescaya anda telah melupai bapa anda. Keempat: Muhammad bin Abu Huzaifah ibn ‘Atabah bin Rabi‘ah. Kelima: Ibn Abu al-‘As bin Rabi‘ah[16].
                               
Ibn Laila dan Syutair

       Ja‘far bin al-Hasan al-Mu’min dan Ahmad bin Harun al-Fami serta sekumpulan syeikh kami telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ali bin bin Isa daripada Hammad bin Isa daripada al-Husain bin Mukhtar al-Qalanisi daripada al-Harith bin al-Mughirah al-Nadhari berkata: Abu Abdullah a.s telah berkata kepadaku: Apakah yang kamu katakan?  Al-Harith berkata: Kami berkata: Semua orang binasa melainkan tiga (halaka al-Nasu illa thalathad). Abu Abdullah a.s berkata: Di manakah Laila dan Syutair? Maka aku pun bertanya Hammad bin Isa tentang mereka berdua. Hammad berkata: Mereka berdua adalah hamba berkulit hitam kepunyaan Ali bin Abu Talib a.s[17].
                        
Abdullah bin Abbas bin Abd a l-Muttalib

       Ja‘far bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhamad bin al-Husain daripada Safwan bin Yahya daripada Dhuraih bin Muhammad al-Muharibi daripada Abu Abdullah a.s daripada Ibn Juraih dan lain-lain daripada Thaqif bahawa Ibn Abbas ketika dia mati, maka dikeluarkan seekor burung berwarna putih di bawah kain kapannya. Mereka melihat burung itu terbang ke langit  sehingga hilang daripada pandangan mereka. Abu Abdullah a.s berkata: Bapa aku telah mencintainya dengan kuat sekali. Ketika bapa aku masih kecil maka ibunya memakaika pakaian, lalu dia a.s. telah bermain-main dengan kanak-kanak daripada Bani Abd al-Muttalib. Ibn Abbas telah mendatangi bapaku dan berkata: Siapakah anda? Selepas ia menjadi buta. Maka beliau a.s berkata: Aku adalah Muhammad bin Ali bin al-Husain bin Ali. Ibn Abbas berkata: Hasbu-ka, sesiapa yang sebelumnya tidak mengenali anda, maka dia tidak mengenali anda[18].
       Daripadanya, daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ali bin Ismail daripada Hammad bin Isa daripada Ibrahim bin ‘Umar al-Yamani daripada al-Fudhail bin Yasar daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Seorang lelaki telah berjumpa dengan bapa aku a.s. Lelaki itu berkata: Sesungguhnya ada seorang lelaki iaitu Abdullah bin Abbas menyangka dirinya mengetahui setiap ayat yang diturunkan di dalam al-Qur’an, hari ia diturunkan dan kepada siapa ia diturunkan. Maka beliau a.s berkata kepada lelaki itu: Tanyakan kepada Ibn. Abbas: Kepada siapakah diturunkan ayat  di dalam Surah al-Isra’ (17):72 “ Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini,nescaya di akhirat nanti ia akan lebih buta dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).
       Dan kepada siapakah  diturunkan ayat di dalam Surah Hud (11):34 “Dan tidaklah bermanfaat kepadamu nasihatku jika aku hendak memberi nasihat kepada kamu” Dan kepada siapakah diturunkan ayat di dalam Surah Ali Imran (3):200 “ Wahai orang-orang yang beriman bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan tetaplah bersiap sedia”? Lelaki itu datang kepada Ibn Abbas dan mengemukakan tiga soalan tersebut kepadanya. Ibn Abbas memarahinya dan berkata: Aku mahu orang yang telah memerintah anda mengemukakan soalan ini supaya berdepan dengan aku.  Dengan  itu, aku akan bertanya kepadanya.
       Walau bagaimanapun bertanyalah kepadanya: Daripada apakah  ‘Arasy ? Bilakah ia dijadikan? Dan bagaimanakah ia? Lelaki tadi kembali kepada bapa aku a.s dan memberitahu apa yang dikatakan oleh Ibn Abbas. Beliau a.s berkata: Adakah Ibn Abbas telah memberi jawapan kepada anda tentang ayat-ayat tersebut?  Lelaki itu menjawab: Tidak. Beliau a.s. berkata: Aku memberi jawapan kepada anda mengenainya dengan cahaya dan ilmu bukan sebagai dakwaan semata-mata dan bukan pula sebagai penganutnya. Adapun dua ayat yang pertama telah diturunkan kepada bapanya (Abbas). Adapun ayat yang akhir, maka ia telah diturunkan kepada bapa aku dan kepada kami. Ribat (ikatan) yang kami diperintah dengannya belum lagi terlaksana, daripada keturunan kamilah akan wujudnya al-Murabitdan daripada keturunannyalah juga akan wujudnya al-Murabit.
       Adapun apa yang telah ditanyakan oleh beliau tentang ‘Arasy, maka sesungguhnya Allah telah menjadikannya empat persegi. Allah s.w.t. tidak menjadikan sebelumnya selain tiga perkara: Udara,al-Qalam dan cahaya. Kemudian Allah s.w.t. menjadikannya beberapa cahaya daripada warna-warna  yang bermacam-macam. Daripada salah satu cahaya tersebut terpancar cahaya hijau lagi menghijaukan, cahaya kuning telah menjadikan suasana sekitarnya kekuningan, cahaya merah memerahkan suasana di sekitarnya dan cahaya putih merupakan cahaya segala cahaya (Nur al-Anwar). Daripada cahaya puih itu terpancarnya cahaya siang. Kemudian Alah s.w.t.  menjadikannya tujuh puluh ribu lapisan yang tebal.
       Dan setiap lapisan seperti  ‘Arasy pertama sehingga ke lapisan yang terkebawah. Tidak ada satu lapis pun melainkan bertasbih dengan memuji dan menguduskan-Nya dengan suara yang bermacam-macam dan bahasa yang tidak sama. Jika satu suara daripadanya didengari oleh lapisan di bawahnya nescaya semua bukit, bandar dan benteng akan musnah. Lautan akan ditelan bumi dan binasa semuanya. Ia (‘Arasy) mempunyai lapan tiang (arkan). Setiap tiang membawa malaikat yang tidak terhitung banyaknya melainkan Allah. Mereka bertasbih siang dan malam tanpa berhenti-henti. Jika satu malaikat merasai sesuatu di atas lapisannya, maka ia tidak dapat berdiri sekalipun sekejap di antaranya dan rasa keperkasaan (Jabarut), kemegahan (kibriya’), kebesaran, (al-‘azamah) kekudusan dan rahmat yang tidak terungkap oleh lidah, dituntut oleh setiap  yang rakus tanpa menerusi jalan yang sewajarnya.
       Adapun di salbi Abbas mempunyai simpanan zuriat (wadi‘ah). Maka ia telah disediakan untuk neraka Jahanam, kerana keturunannya mengeluarkan orang ramai daripada agama Allah sebagaimana mereka telah memasukinya. Bumi akan dipenuhi dengan darah generasi muda daripada keluarga Muhammad a.s yang meneruskan perjuangan mereka sepenuh masa  bagi memperkuatkan ikatan (yurabitun) di kalangan mereka yang beriman dengan penuh kesabaran sehingga Allah memberi keputusan dan Allah adalah sebaik-baik hakim.

Bilal bin Rabah

       Bilal adalah muazin Rasulullah s.a.w. Selepas Rasulullah s.a.w meninggal dunia, maka Bilal hanya tinggal di rumahnya. Dia tidak menjadi muazin kepada mana-mana Khalifah. Abu Abdullah Ja‘far bin Muhammad a.s   berkata mengenainya: Semoga Allah memberi rahmat kepada Bilal, kerana dia mencintai Ahlu l-Bait, sebaliknya Allah melaknati Suhaib (La‘ana l-Lahu Suhaiban) kerana dia memusuhi kami (fa-inna-hu kaana yu‘aadii-na)Di dalam riwayat yang lain: Suhaib pernah menangis kerana mencintai  ‘Umar[19].






[1] Ibid, viii, 728

[2] Ibid, ix,  643

[3] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar, viii,  727

[4] Al-Kasyi, al-Rijal,  hlm.90

[5] Ibid

[6] Al-Kasyi, al-Rijal,  128

[7] Nama tempat antara  Makkah dan Madinah

[8] Al-Kulaini,  al-Kafi,  I,  396, al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  xi,  81

[9] Al-Kulaini,  al-Kafi,  iv,  465

[10] Al-Kasyi,  al-Rijal, hlm.213

[11] Al-Kasyi, al-Rijal,  hlm.213, al-Majlisi,  Bihar  al-Anwar,  xi,  205

[12] Ibid

[13] Ibid

[14] Ibid

[15] Ibid

[16] Ibid

[17] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  ix, 423

[18] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.38, al-Majlisi,  Bihar al-Anwar, ix,  643

[19] Al-Kasyi, al-Rijal,  hlm.26.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Hadis al-Asbagh Bersama Amir al-Mukminin Tentang Pengampunan Dosa Syia‘h dll, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid, w. 413 H ini dipublish oleh Unknown pada hari 11 September 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Hadis al-Asbagh Bersama Amir al-Mukminin Tentang Pengampunan Dosa Syia‘h dll, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid, w. 413 H
 

0 comments:

Catat Ulasan