Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Benarkah riwayat “Engkau khalifah setelahku” telah dinukilkan dalam sumber-sumber Ahlusunnah dengan sanad yang muktabar? (Bah. 1)



Berbagai riyawat yang membawa maksud bahawa Ali adalah khalifah setelah Rasulullah (s.a.w) dapat ditemui di dalam sumber-sumber Ahlusunnah Wal Jamaah. Artikel ini hanya akan menampilkan salah satu riwayatnya bersama pembuktian kesahihan sanadnya. ‘Amrū bin Abī ‘Āṣim di dalam kitab Ahlusunnahnya mengatakan:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَمَّادٍ، حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ يَحْيَى بْنِ سُلَيْمٍ أَبِي بَلْجٍ، عَنْ عَمْرِو بْنِ مَيْمُونٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص): ... 
وَخَرَجَ النَّاسُ فِي غَزْوَةِ تَبُوكَ، فَقَالَ عَلِيٌّ: أَخْرُجُ مَعَكَ، قَالَ: «لا»، قَالَ: فَبَكَى، قَالَ: «أَفَلا تَرْضَى أَنْ تَكُونَ مِنِّي بِمَنْزِلَةِ هَارُونَ مِنْ مُوسَى، إِلا أَنَّكَ لَسْتَ بِنَبِيٍّ، وَأَنْتَ خَلِيفَتِي فِي كُلِّ مُؤْمِنٍ مِنْ بَعْدِي».
الشيباني، عمرو بن أبي عاصم الضحاك (متوفاى287هـ)، السنة، ج 2، ص603 ، تحقيق: محمد ناصر الدين الألباني، ناشر: المكتب الإسلامي - بيروت، الطبعة: الأولى، 1400هـ.

Ibnu ‘Abbas berkata: RasūluLlah (s.a.w) bersabda… orang ramai keluar ke peperangan Tabuk. Maka ‘Alī bin Abī Ṭalib berkata: Saya juga turut keluar berasama engkau? RasūluLlah menjawab: Tidak. Maka ‘Alī pun menangis. Sabda RasūluLlah: Apakah engkau tidak reda perumpamaan engkau di sisiku seperti Ḥarun di sisi Musa?, melainkan engkau bukan nabi, dan engkau adalah khalifah setiap orang beriman setelahku? – Al-Shaybānī, ‘Amrū bin Abī ‘Āṣim, jilid 2 halaman 603.

Nasā’ī di dalam Khaṣā’iṣ Amīrul Mukminīn menukilkannya dengans sanad yang sama seperti berikut:

أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَمَّادٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْوَضَّاحُ ، وَهُوَ أَبُو عَوَانَةَ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى، قَالَ: حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ مَيْمُونٍ، قَالَ: " إِنِّي لَجَالِسٌ إِلَى ابْنِ عَبَّاسٍ... .
وَخَرَجَ بِالنَّاسِ فِي غَزْوَةِ تَبُوكَ، فَقَالَ عَلِيٌّ: أَخْرُجُ مَعَكَ؟ فَقَالَ: لا، فَبَكَى، فَقَالَ: أَمَا تَرْضَى أَنْ تَكُونَ مِنِّي بِمَنْزِلَةِ هَارُونَ مِنْ مُوسَى، إِلا أَنَّكَ لَسْتَ بِنَبِيٍّ؟ ثُمَّ قَالَ: أَنْتَ خَلِيفَتِي، يَعْنِي فِي كُلِّ مُؤْمِنٍ مِنْ بَعْدِي.
النسائي، ابوعبد الرحمن أحمد بن شعيب بن علي (متوفاى303 هـ)، خصائص اميرمؤمنان علي بن أبي طالب، ج 1، ص50 ، تحقيق: أحمد ميرين البلوشي، ناشر: مكتبة المعلا - الكويت الطبعة: الأولى، 1406 هـ.

Penelitian sanad riwayat:

ʽAmrū bin Abī ʽĀṣim (عمرو بن أبي عاصم)

ʽAmrū bin Al-Ḍaḥḥāk merupakan seorang penulis kitab meskipun ia tidak masyhur seperti anak lelakinya (Aḥmad bin ʽAmrū bin Al-Daḥḥāk, penulis kitab Al-Aḥād Wal Mathānī), namun beliau merupakan salah seorang guru kepada Ibnu Mājah Al-Qazwīnī dan ulama-ulama Ahlusunnah menthiqahkan beliau.

Ibnu Ḥajar Al-ʽAsqalānī dimenyarahkan beliau sebagai berikut:

عمرو بن الضحاك بن مخلد البصري ولد أبي عاصم النبيل ثقة كان على قضاء الشام من الحادية عشرة مات سنة اثنتين وأربعين ق .

العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاى852هـ)، تقريب التهذيب، ج1 ص423، رقم:5052 ، تحقيق: محمد عوامة، ناشر: دار الرشيد - سوريا، الطبعة: الأولى، 1406 - 1986.

ʽAmrū bin Al-Daḥḥāk bin Makhlad Al-Baṣrī, anak Abī ʽĀṣim Al-Nabīl adalah thiqah dan menjadi Qadi Syam pada tahun sebelas (kurun ke-3), beliau meninggal pada tahun empat puluh dua. - Al-ʽAsqalānī Al-Shāfiʽī, Aḥmad bin ʽAlī bin Ḥajar Abul Faḍl, Taqrīb Al-Tahdhīb, jilid 1 halaman 423.

Ibnu Ḥabbān Al-Shafiʽī menulis tentang beliau:

عمرو بن أبى عاصم النبيل يروى عن أبيه ثنا عنه محمد بن الحسن بن قتيبة وغيره من شيوخنا كان على قضاء الشام مستقيم الحديث.

التميمي البستي، ابوحاتم محمد بن حبان بن أحمد (متوفاى354 هـ)، الثقات، ج 8   ص 486، رقم: 14580، تحقيق السيد شرف الدين أحمد، ناشر: دار الفكر، الطبعة: الأولى، 1395هـ – 1975م

ʽAmrū bin Abī ʽAṣim Al-Nabīl meriwayatkan daripada ayahnya yang menukilkan daripada Muḥammad bin Al-Ḥasan bin Qutaybah dan beberapa orang ulama yang lain bahawa beliau adalah Qadi Syam dan hadis-hadisnya adalah benar. - Al-Tamīmī, Abu Ḥātim Muḥammad bin Ḥabbān bin Aḥmad, Al-Thiqāt, jilid 8 halaman 486.

Muhammad bin Al-Muthannā (محمد بن المثنى)

Beliau merupakan perawi hadis Bukhārī, Muslim dan sahih sittah yang lain, Dhahabī memuji beliau seperti berikut:

محمد بن المثنى أبو موسى العنزي الحافظ عن بن عيينة وعبد العزيز العمي وعنه الجماعة وأبو عروبة والمحاملي ثقة ورع مات 252 ع .

الذهبي الشافعي، شمس الدين ابوعبد الله محمد بن أحمد بن عثمان (متوفاى 748 هـ)، الكاشف في معرفة من له رواية في الكتب الستة، ج2 ص214، رقم: 5134 ، تحقيق محمد عوامة، ناشر: دار القبلة للثقافة الإسلامية، مؤسسة علو - جدة، الطبعة: الأولى، 1413هـ - 1992م.

Muḥammad bin Al-Muthannā Abū Mūsā Al-‘Anaziy Al-Ḥāfiẓ (mereka yang menghafal seratus ribu hadis).. seorang yang thiqah dan wara’. – Al-Dhahabī Al-Shafiʽī, Shamsuddin Abū ‘Abdullah Muḥammad bin Aḥmad bin Uthmān, Al-Kāshif fī Ma’rifah man lahu riwāyah fi Al-Kutub Al-Sittah, jilid 2 halaman 214, nombor 5134.

Ibnu Ḥajar berkata tentang beliau:

محمد بن المثنى بن عبيد العنزي بفتح النون والزاي أبو موسى البصري المعروف بالزمن مشهور بكنيته وباسمه ثقة ثبت من العاشرة وكان هو وبندار فرسي رهان وماتا في سنة واحدة ع .
العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاى852هـ)، تقريب التهذيب، ج1 ص505، رقم: 6264 ، تحقيق: محمد عوامة، ناشر: دار الرشيد - سوريا، الطبعة: الأولى، 1406 - 1986. 

Maksudnya Muḥammad bin Muthannā adalah seorang yang thiqah – Al-‘Asqalānī Al-Shāfiʽī, Aḥmad bin ‘Alī bin Ḥajar bin Abul Faḍl, Taqrīb Al-Tahdhib.

Yaḥyā bin Ḥammād (يحيى بن حماد):

Merupakan perawi hadis Bukhari, Muslim dan sahih sittah yang lain. Dhahabī mensyarahkan beliau sebagai berikut:

يحيى بن حماد الشيباني مولاهم ختن أبي عوانة وراويته له عن عكرمة بن عمار وشعبة وعنه البخاري والدارمي والكديمي ثقة متأله توفي 215 خ م ت س ق 
الكاشف ج2 ص364، رقم: 6158 

Yaḥyā bin Ḥammād Al-Shaybānī meriwayatkan daripada ‘Akramah dan Shuʽbah. Al-Bukārī, Al-Dārimī dan Al-Kudaymiy menukilkan riwayat daripadanya dan menganggapnya Thiqah. – Al-Kāshif, jilid 2 halaman 364, nombor 6158.

Ibnu Ḥajar Al-ʽAsqalānī berkata:

يحيى بن حماد بن أبي زياد الشيباني مولاهم البصري ختن أبي عوانة ثقة عابد من صغار التاسعة مات سنة خمس عشرة خ م خد ت س ق .

تقريب التهذيب ج1 ص589، رقم:‌7535 

Yaḥyā bin Ḥammād seorang yang Thiqah, Taqrībul Tahdhib, jilid 1 halaman 589, nombor 7535

Abū ‘Awānah, Waḍḍāḥ bin ‘AbduLlah (أَبُو عَوَانَةَ، وضّاح بن عبد الله)

Beliau merupakan perawi hadis Bukhari, Muslim dan Sahih Sittah yang lain. Dhahabī menganggap beliau adalah Thiqah dan Mutqin:

وضاح بن عبد الله الحافظ أبو عوانة اليشكري مولى يزيد بن عطاء سمع قتادة وابن المنكدر وعنه عفان وقتيبة ولوين ثقة متقن لكتابه توفي 176 ع 

الذهبي الشافعي، شمس الدين ابوعبد الله محمد بن أحمد بن عثمان (متوفاى 748 هـ)، الكاشف في معرفة من له رواية في الكتب الستة، ج2 ص349، رقم:6049، تحقيق محمد عوامة، ناشر: دار القبلة للثقافة الإسلامية، مؤسسة علو - جدة، الطبعة: الأولى، 1413هـ - 1992م.

Ibnu Ḥajar turut menulis bahawa Waḍḍāḥ seorang yang thiqah tingkat ke-tujuh:

وضاح بتشديد المعجمة ثم مهملة اليشكري بالمعجمة الواسطي البزاز أبو عوانة مشهور بكنيته ثقة ثبت من السابعة مات سنة خمس أو ست وسبعين ع

العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاى852هـ)، تقريب التهذيب،ج1، ص580، رقم: 7407، تحقيق: محمد عوامة، ناشر: دار الرشيد - سوريا، الطبعة: الأولى، 1406 - 1986. 

Abū Balj, Yaḥyā bin Sulaym bin Balj

Mizzi di dalam Tahdhibul Kamāl menulis:

أبو بلج الفزاري الواسطي، ويُقال: الكوفي، وهو الكبير، اسمه: يحيى بن سليم بن بلج... 
قال إسحاق بن منصور، عن يحيى بن مَعِين: ثقة. وكذلك قال محمد بن سعد، والنَّسَائي، والدار قطني. وقَال البُخارِيُّ: فيه نظر. وَقَال أبو حاتم: صالح الحديث، لا بأس به.

المزي، ابوالحجاج يوسف بن الزكي عبدالرحمن (متوفاى742هـ)، تهذيب الكمال،ج33، ص162، تحقيق: د. بشار عواد معروف، ناشر: مؤسسة الرسالة - بيروت، الطبعة: الأولى، 1400هـ – 1980م.

Abu Balj Al-Fazārī…

Isḥaq bin Manṣūr menukilkan daripada Yaḥyā bin Muʽīn bahawa beliau adalah Thiqah. Begitu juga Muḥammad bin Saʽd, Nasā’ī dan Al-Dār Qaṭanī menthiqahkan beliau. Al-Bukhārī berkata: Ada pandangan tentangnya (ada masalah). Berkata Abū Ḥātim: Hadisnya adalah Ṣāliḥ, tidak ada sebarang masalah dengannya. – Al-Mizzi, Abul Hajjaj Yūsuf bin Al-Zakī ʽAbdul Raḥmān (meninggal pada tahun 742 Hijrah), Tahdhībul Kamāl, jilid 33 halaman 162.

Dhahabī di dalam kitab Al-Kāshif mengatakan bahawa beliau:

أبو بلج الفزاري يحيى بن سليم أو بن أبي سليم عن أبيه وعمرو بن ميمون الأودي وعنه شعبة وهشيم وثقه بن معين والدارقطني وقال أبو حاتم لا بأس به وقال البخاري فيه نظر 
الكاشف ج2 ص414، رقم:6550

Abū Balj Al-Farazī Yaḥyā bin Sulaym atau Ibnu Abī Sulaym; Yaḥyā bin Mu’īn dan Dārqaṭnī menthiqahkan beliau, Abū Ḥatim berkata bahawa tidak ada masalah tentang beliau, dan Bukhārī mengatakan beliau ada masalah. – Al-Kāshif, jilid 2 halaman 414, bilangan 6550.

Ibnu Ḥajar di dalam Lisān Al-Mīzān berkata:

يحيى بن سليم ان أبو بلج الفزاري عن عمرو بن ميمون وعنه شعبة وهشيم وثقه بن معين والنسائي والدارقطني.
لسان الميزان ج7 ص432، رقم:5209

Yaḥyā bin Mu’īn, Nasā’ī dan Al-Dārqatanī menthiqahkan beliau. - Lisān Al-Mīzān, jilid ke-7 halaman ke 432, nombor 5209.

Di dalam Taqrīb Al-Tahdhib ia dianggap sebagai Ṣadūq meskipun ada ketika ia melakukan kesilapan.
أبو بلج بفتح أوله وسكون اللام بعدها جيم الفزاري الكوفي ثم الواسطي الكبير اسمه يحيى بن سليم أو بن أبي سليم أو بن أبي الأسود صدوق ربما أخطأ من الخامسة 4 
تقريب التهذيب ج1 ص625، رقم: 8003.

Abū Balj sangat jujur, kemungkinan ia melakukan kesalahan. – Taqrīb Al-Tahdhib, jilid 1 halaman 625, no. 8003.

Ibnu ʽAbbās (ابْنِ عَبَّاسٍ)

Beliau adalah seorang sahabat sehinggakan ulama Wahabi yang bernama Albānī telah menganggap beliau sebagai Ḥasan di dalam kitab Ẓilāl Al-Jannah, jilid 2 halaman 337, hadith no. 1188. Oleh itu hadith ini tidak mempunyai masalah dalam persanadannya dan ia telah menyabitkan bahawa RasuluLlah (s.a.w) telah menggunakan kata-kata “وَأَنْتَ خَلِيفَتِي فِي كُلِّ مُؤْمِنٍ مِنْ بَعْدِي” untuk Ali bin Abī Ṭālib.


ʽAmru bin Maymūn (عَمْرِو بْنِ مَيْمُونٍ)

Beliau adalah perawi hadis Bukhārī, Muslim dan Saḥiḥ Sittah yang lain:

عمرو بن ميمون الأودي عن عمر ومعاذ وعنه زياد بن علاقة وأبو إسحاق وابن سوقة كثير الحج والعبادة وهو راجم القردة مات 74 ع 
الكاشف ج2 ص89، رقم: 4237

ʽAmrū bin Maymūn Al-Awdiy banyak kali mengerjakan haji dan beliau merupakan ahli ibadat.  Beliau seorang yang merejam kera, meninggal pada tahun 74. – Al-Kāshif, jilid 2 halaman 89, no. 4237.

عمرو بن ميمون الأودي أبو عبد الله ويقال أبو يحيى مخضرم مشهور ثقة عابد نزل الكوفة مات سنة أربع وسبعين وقيل بعدها ع.
تقريب التهذيب ج1 ص427، رقم:5122.

ʽAmru bin Maymūn Al-Awdiy yang dikatakan Abū Yaḥya, Mukhḍaram (mereka yang mengenali Islam di zaman Jahiliyyah), orangnya masyhur, thiqah dan ahli ibadat. – Taqrīb Al-Tahdhīb jilid 1 halaman 427, no. 5122. 

Kisah kera direjam di zaman jahiliyah telah dinukilkan oleh Bukhārī sendiri:

حدثنا نُعَيْمُ بن حَمَّادٍ حدثنا هُشَيْمٌ عن حُصَيْنٍ عن عَمْرِو بن مَيْمُونٍ قال رأيت في الْجَاهِلِيَّةِ قِرْدَةً اجْتَمَعَ عليها قِرَدَةٌ قد زَنَتْ فَرَجَمُوهَا فَرَجَمْتُهَا مَعَهُمْ.
البخاري الجعفي، ابوعبدالله محمد بن إسماعيل (متوفاى256هـ)، صحيح البخاري،ج3، ص1397، ح3636، کتاب مناقب الأنصار، باب القسامة في الجاهلية، تحقيق د. مصطفي ديب البغا، ناشر: دار ابن كثير، اليمامة - بيروت، الطبعة: الثالثة، 1407 - 1987.

Nuʽaym bin Ḥammād telah meriwayatkan daripada Hashim bin Ḥuṣayn, daripada ʽAmrū bin  Maymūn berkata: Di zaman jahilyah aku melihat sekumpulan kera berhimpun mengelilingi seekor kera yang telah berzina. Mereka merejamnya dan aku pun turut merejamnya bersama mereka. – Al-Bukharī Al-Ja’fī, Abū ʽAbduLlah Muḥammad bin Ismāʽīl (meninggal pada tahun 256 hijrah), Saḥīḥ Al-Bukhārī, jilid 3 halaman 1397, kitāb Manāqib Al-Anṣār, bab Al-Qasāmah fi Al-Jahiliyyah.

Penelitian tentang pandangan Al-Bukhārī tentang Abūbalj:
Sebagaimana yang kita baca syarahan tentang Abūbalj Al-Fazārī, Dhahabī dan Mizzī mengatakan bahawa Al-Bukhāri mempermasalahkan beliau:

وقال البخاري فيه نظر.

“Al-Bukhārī mengatakan ada masalah padanya”.

Shuʽayb Al-Arna’ūṭ, penyelidik Wahabi di zaman ini menggunakan kata-kata Al-Bukhārī tersebut untuk mendhaifkan sebarang riwayat yang mempunyai sanad kepada Abū Balj.

إسناده ضعيفٌ بهذه السياقة، أبو بلج ـ وإسلمه يحيى بن سليم، أو ابن أبي سليم ـ، وإن وثقه غيرُ واحد، قد قال فيه البخاري: فيه نظر... .
مسند أحمد بن حنبل، ج5، ص181، تحقيق: شعيب الأرنؤوط/عادل مرشد، ناشر: مؤسسه الرسالة ـ بيروت، الطبعة: الأولى، 1416ه ـ 1995م.

Persadannya dhaif kerana Abū Balj (yang bernama Yahyā bin Sulaym atau Ibnu Abī Sulaym), jikalau bukan seorang ulama yang menthiqahkan beliau namun Al-Bukhārī mengatakan bahawa beliau bermasalah. - Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 5 halaman 181.

Namun permasalahan ini hendaklah dikaji dari berbagai sisi yang lain:

1. Apakah Al-Bukhārī mengatakan demikian kepada individu tersebut?
2. Apakah kata-kata Al-Bukhārī dapat menandingi penthiqahan beliau daripada ulama-ulama besar Ahlusunnah yang lain seterusnya ia dihitung sebagai dhaif.
3. Apakah ada ulama-ulama Ahlusunnah yang mensahihkan riwayat Abūbalj?
4. Pertentangan antara dua ulama Ahlusunnah dengan riwayat Abūbalj.

Sisi pertama; Apakah Al-Bukhārī, mendhaifkan Abūbalj?
Tatkala kita membahaskan bahawa pernahkah Al-Bukhārī mengatakan demikian tentang Abūbalj atau tidak, maka kita perlu meneliti tentang kesahihan dan penolakan perkara ini dari dua noktah:

1.    Aḥmad Shākir, menolak kaitan ini terhadap Bukhārī:

Ustāz Aḥmad Shākir salah seorang penyelidik Ahlusunnah terkenal masa kini mensahihkan sanad yang ada Abūbalj. Mengenai permasalahan Abūbalj Al-Fazāri, beliau menjawabnya sebagai berikut:

 (3062) إسناده صحيح، أبو بلج، بفتح الباء وسكون اللام و آخره جيم: اسمه «يحيى بن سليم» ويقال «يحيى بن أبي الأسود» الفزاري، وهو ثقة، وثقه ابن معين وابن سعد والنسائي والدارقطني وغيرهم.
وفي التهذيب أن البخاري قال: «فيه نظر» ! وما أدري أين قال هذا؟، فإنه ترجمه في الكبير 4/2/279 ـ 280 ولم يذكر فيه جرحاً، ولم يترجمه في الصغير، ولا ذكره هو والنسائي في الضعفاء، وقد روى عنه شعبة، وهو لا يروي إلا عن ثقه.
مسند أحمد بن حنبل، ج3، ص331، ح3062، تحقيق: احمد شاكر، ناشر: دار الحديث ـ قاهرة، الطبعة : الأولى، 1416هـ ـ 1995م. 

Persanadannya Sahih, Abūbalj, dengan fatḥaḥ ba’, sukun pada lām dan berakhir dengan jim. Namanya Yaḥyā bin Sulaym. Dikatakan juga Yaḥya bin Abī Al-Aswad Al-Fazārī, beliau adalah thiqah. Ibnu Maʽīn, Ibnu Saʽd, Al-Nasā’ī, Al-Dārqaṭanī dan lain-lain lagi.

Di dalam Al-Tahdhib disebut bahawa Al-Bukhārī berkata: فيه نظر, dan saya tidak tahu di mana beliau mengatakan demikian? Sesungguhnya beliau tidak pernah mensyarahkannya di dalam Al-Kabīr dengan permasalahan, dan beliau juga tidak pernah menterjemahkannya di dalam Tarikh Al-Ṣaghīr, tidak pula disebutkan oleh Nasā’ī di dalam Al-Ḍuʽafā’. Shuʽbah meriwayatkan daripadanya dan beliau tidak meriwayatkan daripada sesiapapun kecuali daripada orang yang thiqah. - Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 3 halaman 331, Taḥqīq Aḥmad Shākir.

2.    Tiada bukti Al-Bukhārī mengatakan demikian.
Sebagaimana yang dikatakan oleh Aḥmad Shākir, Al-Bukhārī tidak pernah mendhaifkan Abūbalj Al-Fazārī sehingga namanya dicatat di dalam Tārikh Al-Kabīr tanpa mendhaifkannya. Silakan rujuk teks berikut:

يحيى بن أبي سليم قال إسحاق نا سويد بن عبد العزيز وهو كوفي ويقال واسطي أبو بلج الفزاري روى عنه الثوري وهشيم ويقال يحيى بن أبي الأسود وقال سهل بن حماد نا شعبة قال نا أبو بلج يحيى بن أبي سليم
البخاري الجعفي،  ابوعبدالله محمد بن إسماعيل (متوفاى256هـ)، التاريخ الكبير، ج8، ص279، رقم: 2996، تحقيق: السيد هاشم الندوي، ناشر: دار الفكر.

Oleh itu, pendhaifan Abūbalj yang dikaitkan dengan Al-Bukhārī perlu ditolak, namun dari manakah sumber awal yang mengaitkan perkara ini dengan Al-Bukhārī? Orang yang mula-mula mengatakan demikian ialah Ibnu ʽAdī di dalam kitab Al-Kāmil dengan mengaitkan perkara ini kepada Al-Bukhārī:

يحيى بن أبى سليم أبو بلج الفزاري ثنا علان ثنا بن أبى مريم سمعت يحيى بن معين يقول أبو بلج يحيى بن أبى سليم، سمعت إبن حماد يقول قال البخاري يحيى بن أبى سليم أبو بلج الفزاري سمع محمد بن حاطب وعمرو بن ميمون فيه نظر .
الجرجاني ، عبدالله بن عدي بن عبدالله بن محمد أبو أحمد (متوفاى365هـ)، الكامل في ضعفاء الرجال ، ج 7   ص 229، رقم: 2128 ، تحقيق : يحيى مختار غزاوي ، ناشر : دار الفكر - بيروت ، الطبعة : الثالثة ، 1409هـ – 1988م.

Yaḥyā bin Abī Sulaym, Abūbalj Al-Fazārī, aku mendengar daripada Yaḥyā bin Maʽīn bahawa Abūbalj ialah Yaḥyā bin Abī Sulaym. Aku mendengar daripada Ḥammād bahawa Al-Bukhārī mengatakan bahawa:

Yaḥyā bin Abī Sulaym Abūbalj Al-Fazārī yang mendengar daripada Muḥammad bin Ḥāṭib dan ʽUmarū bin Maymūn bahawa Abūbalj mempunyai masalah. - Al-Jarjānī, ʽAbduLlah bin Muḥammad Abū Aḥmad, Al-Kāmil Fī Ḍuʽafā’, jilid 7 halaman 229.

Sebenarnya apa yang terjadi di sini, orang yang menukilkan kata-kata tersebut ialah Muḥammad bin Aḥmad bin Ḥammād Al-Dūlābī yang didhaifkan oleh ibnu ʽAdī sendiri. Inilah yang dikatakan oleh Dhahabī di dalam Tārikh Al-Islām:

محمد بن أحمد بن حماد بن سعيد بن مسلم.
أبو بشر الأنصاري الدولابي الحافظ الوراق . من أهل الري ... وعنه : عبد الرحمن بن أبي حاتم ، وعبد الله بن عدي ، والطبراني ... قال الدارقطني : تكلموا فيه ، وما يتبين من أمره إلا خير. وقال ابن عدي : ابن حماد متهم فيما يقوله في نعيم بن حماد لصلابته في أهل الري . 
قلت : رمى نعيم بن حماد بالكذب . 
وقال ابن يونس : كان من أهل الصنعة ، وكان يضعف .
الذهبي الشافعي، شمس الدين ابوعبد الله محمد بن أحمد بن عثمان (متوفاى 748 هـ)، تاريخ الإسلام ووفيات المشاهير والأعلام، ج 23   ص 276 ، تحقيق د. عمر عبد السلام تدمرى، ناشر: دار الكتاب العربي - لبنان/ بيروت، الطبعة: الأولى، 1407هـ - 1987م.

Muḥammad bin Aḥmad bin Ḥammād bin Saʽīd bin Muslim.

Abū Bashar Al-Anṣārī Al-Dūlābī Al-Warrāq, daripada penduduk Rey… ʽAbdul Raḥmān bin Abī Ḥātim, dan ʽAbduLlah bin ʽAdī dan Al-Ṭabrānī menukilkan riwayat daripada beliau. Dārqaṭānī berkata: Mereka berbicara tentangnya, tidaklah mereka jelaskan tentangnya kecuali kebaikan. Ibnu ʽAdī berkata: Ibnu Ḥammād dituduh dengan apa yang dikatakannya tentang Nuʽaym bin Ḥammaād kerana kerasnya beliau terhadap penduduk Rey. Saya mengatakan Nuʽaym bin Ḥammād dituduh sebagai penipu… - Al-Dhahabī Al-Shāfiʽī, Shamsuddin Abū AbdiLlah bin Aḥmad bin Uthmān, Tārikh Al-Islām Wa Wafayāt Al-Mashāhīr Wal-Aʽlām, jilid 23 halaman 276.

Oleh itu dapatlah kita simpulkan bahawa Al-Bukhārī tidak mendhaifkan Abūbalj dan pandangan yang dikaitkan dengan Al-Bukhārī tidak lebih dari pembohongan.

Sisi ke-dua: Apakah kata-kata “فيه نظر” dapat mendhaifkan AbūlBalj?

Andainya kita menerima bahawa Al-Bukhārī mengatakan demikian tentang individu tersebut, apakah kata-kata beliau itu dapat dijadikan sebab pendhaifannya? Apakah pendhaifan ini dapat menghadapi penthiqahannya oleh para ulama besar Ahlusunnah?

Yang penting di sini ialah kata-kata Al-Bukhari “فيه نظر” tidak dapat menghapuskan penthiqahan yang dipegang oleh para ulama rijal Ahlusnnah. Pendhaifan tersebut tidak dapat menggugat kesahihan riwayat kerana Yaḥyā bin Maʽīn, Dārqaṭānī, Nasā’ī, Muḥammad bin Saʽd dan Ibnu Abī Ḥātim menthiqahkan beliau. Oleh itu pendhaifan yang dikatakan Al-Bukhārī tidak dapat menewaskan penthiqahan oleh para ulama besar tersebut.

Untuk penjelasan lebih lanjut, silakan merujuk kepada beberapa noktah berikut:

1. Abū Isḥāq Al-Ḥuwaynī menganggap pendhaifan Al-Bukhārī tidak mempunyai dalil:

Abū Isḥāq Al-Ḥuwaynī merupakan seorang lagi penyelidik Sunni di zaman ini, beliau di dalam kitab Khaṣā’iṣ Nasā’ī mengatakan bahawa terdapat Abūbalj di dalam sanad sebuah riwayat:

إسناده حسن.
... وأبو بلج بن أبي سليم وثقه ابن معين وابن سعد والمصنف والدارقطني وقال أبوحاتم : «صالح الحديث لا بأس به» . 
أما البخاري فقال : « فيه نظر » (!) وهذا جرح شديد عنده لا أرى مُسَوِّغٍ له إلا أن يكون قاله فيه لكونه روى حديثا عن عمرو بن ميمون عن عبد الله بن عمرو «ليأتين على جهنم زمان تخفق أبوابها ليس فيها أحد » فإنهم أنكروا على أبي بلج أن يحدث بهذا .
قلت : وهذا الحديث أخرجه يعقوب بن ... وقال الذهبي في «الميزان» : «وهذا الخبر من بلاياها».
فالظاهر أن من جرحه إنما كان لهذا الخبر وهذا لا يقتضي رد جمع مروياته و إنما يرد ما علي أنه خالف فيه أو نحو ذلك . والله أعلم .
خصائص نسائي، ص34، تحقيق: أبو اسحق الحويني الأثري الحجازي بن محمد بن شريف، ناشر: دار الكتب العلمية ـ بيروت ، الطبعة: الأولى، 1405هـ ـ 1984م.

Sanad riwayat ini adalah Ḥasan. Abūbalj bin Abī Sulaym dithiqahkan oleh Yaḥyā bin Maʽīn, Ibnu Saʽd, Al-Muṣannaf dan Al-Dārqaṭanī. Abu Ḥātim berkata: Abū Ḥātim mengatakan: Hadis yang diriwayatkannya adalah ṣālih dan beliau tidak mempunyai masalah. Namun mengenai Al-Bukhārī yang mempermasalahkan kethiqahan beliau (فيه نظر), pendhaifan ini adalah pendhaifan shadīd di sisi Al-Bukhārī, saya tidak melihat alasannya. Tidakkah sebuah riwayat yang beliau nukilkan daripada ʽAmrū bin Maymūb, daripada ʽAbduLlah bin ʽUmar bahawa: Akan datang nanti waktu pintu jahannam dibuka yang tiada seorang pun di dalamnya. Ulama mempermasalahkan Abūbalj kerana hadis yang ini. Saya berkata: Hadis ini dikeluarkan oleh Yaʽqūb bin… dan Al-Dhahabī berkata di dalam Al-Mīzān bahawa: Ini adalah berita tentang balanya. Zahirnya permasalahan ke atasnya adalah kerana penukilan riwayat ini; sedangkan ia bukan menjadi sebab untuk menolak semua riwayat daripadanya… - Khaṣā’ṣ Nasā’ī, halaman 34, tahqīq Abū Ishāq al-Ḥuwaynī.

2. Penthiqahan Yaḥyā bin Maʽīn cukup untuk mengarakan beliau sebagai thiqah.

Badruddīn ʽAynī berkata tentang sebuah riwayat yang dinukilkan daripada Abūl Munīb ʽÛbaydiLlah bin ʽAbduLlah:

فإن قلت: في إسناده أبو المنيب عبيد الله بن عبد الله، وقد تكلم فيه البخاري وغيره. قلت: قال الحاكم: وثقه ابن معين، وقال ابن أبي حاتم: سمعت أبي يقول: هو صالح الحديث، وأنكر على البخاري إدخاله في الضعفاء، فهذا ابن معين إمام هذا الشأن وكفى به حجة في توثيقه إياه.
العيني الغيتابي الحنفي، بدر الدين ابومحمد محمود بن أحمد (متوفاى 855هـ)، عمدة القاري شرح صحيح البخاري،ج7، ص11، ناشر: دار إحياء التراث العربي – بيروت.

Jikalau aku mengatakan bahawa di dalam sanadnya Abul Munīb ÛbaydiLlah bin ʽAbduLlah, maka Al-Bukhārī dan selainnya berbicara tentangnya. Aku mengatakan Al-Ḥakim berkata bahawa beliau menthiqahkan ibnu Maʽīn. Ibnu Abī Ḥatim berkata aku mendengar ayahku menyatakan: beliau adalah Ṣālih Al-Hadith. Namun Al-Bukhārī mengingkari dan memasukkannya ke dalam Al-Ḍuʽafā’, namun cukupkah penthiqahannya sebagai hujjah riwayat oleh ulama rijal. - Badruddīn ʽAynī Abū Muḥammad bin Aḥmad, ʽUmdatul Qārī Syarh Ṣahīh Al-Bukhārī, jilid 7 halaman 11. 

Keadaan Yaḥyā bin Sulaym juga hampir seperti ini. Bukhārī mendhaifkannya, namun Yaḥyā bin Muʽīn dan ulama rijal Ahlusunnah yang lain menthiqahkan beliau. Oleh itu menurut kata-kata Badruddīn ʽAynī, pendhaifannya oleh Bukāarī tidak mempunyai nilai dan cukuplah penthiqahan Yaḥyā bin Muʽīn untuk menyabitkan hujjah riwayat.

4. Shuʽbah bin Ḥajjāj, hanya menukilkan riwayat daripada perawi yang thiqah sahaja.

Salah seorang yang menukilkan daripada Abūbalj adalah Shuʽbah bin Al-Ḥajjaj. Para ulama Ahlusunnah telah menjelaskan bahawa beliau hanya meriwayatkan hadis daripada perawi yang thiqah sahaja. Dengan kata lah penukilan riwayat daripada seseorang melalui Shuʽbah boleh menyabitkan kethiqahannya. Inilah yang disebut oleh peneliti Musnad Ibnu Hanbal Dr. Shākir yang menjelas masalah ini:

وقد روى عنه شعبة، وهو لا يروي إلا عن ثقه.
مسند أحمد بن حنبل، ج3، ص331، ح3062، تحقيق: احمد شاكر، ناشر: دار الحديث ـ قاهرة، الطبعة : الأولى، 1416هـ ـ 1995م.

Shuʽbah meriwayatkan daripadanya dan beliau tidak akan meriwayatkan daripada sesiapa pun melainkan daripada mereka yang thiqah. - Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 3 halmaan 331, hadis no. 3036, tahqīq Aḥmad Shākir.

Ibnu Abdul Bar Qurṭubī dalam Al-Tahmid menulis tentang jenis-jenis riwayat mursal dan penerimaan sebahagian daripadanya:

وقد يكون المرسِل للحديث نسى مَن حَدَّثه به وعرف المعزى اليه الحديث فذكره عنه فهذا أيضا لا يضر اذا كان أصل مذهبه أن لا يأخذ الا عن ثقة كمالك وشعبة. 
ابن عبد البر النمري القرطبي المالكي، ابوعمر يوسف بن عبد الله بن عبد البر (متوفاى 463هـ)، التمهيد لما في الموطأ من المعاني والأسانيد، ج 1   ص 17 ، تحقيق: مصطفي بن أحمد العلوي، ‏محمد عبد الكبير البكري، ناشر: وزارة عموم الأوقاف والشؤون الإسلامية - المغرب – 1387هـ.

Kadang-kadang perawi hadis mursal terlupa tentang orang yang meriwayatkannya. Namun beliau tahu orang yang berikutnya. Ini juga tidak memudharatkan jika asalnya orang itu tidak meriwayatkan hadis melainkan daripada orang yang thiqah sahaja seperti Mālik dan Shuʽbah. - Ibnu ʽAbdul Bar, Al-Tamhīd lamma fi Al-Muwaṭṭā’ minal Maʽānī Wal Asānīd, jilid 1 halaman 17.

Ibnu Kathīr Dimasyqī Al-Salafī di dalam kitab Talkhiṣ Al-Istighāthah menulis:

و إنما العالمون بالجرح والتعديل هم علماء الحديث وهم نوعان: منهم من لم يرو إلا عن ثقة عنده كمالك و شعبة و يحيى ين سعيد و عبدالرحمن بن مهدي وأحمد بن حنبل و كذلك البخاري و أمثاله ...
ابن كثير الدمشقي،  ابوالفداء إسماعيل بن عمر القرشي (متوفاى774هـ)، تلخيص كتاب الاستغاثة، ج1، ص77 .

Hanyasanya ulama ilmu Jarh Wa Taʽdīl mereka itu ulama hadis terbahagi kepada dua: Mereka yang tidak meriwayatkan hadis melainkan yang thiqah seperti Mālik, Shuʽbah, Yaḥyā bin Saʽīd, Abdul Raḥman bin Mahdī, Aḥmad bin Ḥanbal, begitu juga Al-Bukhārī dan yang sepertinya. - Ibnu Kathir AL-Dimasyhqī, Abul Fidā’ Ismāʽīl bin ʽUmar Al-Qarashī, Talkhiṣ kitāb Al-Istighāthah, jilid 1 halaman 77.

Al-Ṣāliḥī Al-Shāmī juga menthiqahkan orang yang Shuʽbah nukilkan riwayat daripadanya:

روى عنه شعبة ولم يكن يروي إلا عن ثقة عنده.
الصالحي الشامي، محمد بن يوسف (متوفاى942هـ)، سبل الهدي والرشاد في سيرة خير العباد، ج 12   ص 378 ، تحقيق: عادل أحمد عبد الموجود وعلي محمد معوض، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت، الطبعة: الأولى، 1414هـ.

Shuʽbah meriwayatkan daripadanya sedangkan beliau tidak pernah meriwayatkan kecuali daripada orang yang thiqah pada pandangannya. - Al-Ṣāliḥī Al-Shāmī, Muḥammad bin Yūsuf, Subulul Hudā Wal Rashād fi Sīrah Khayr Al-ʽIbād, jilid 12 halaman 378.

Abū Saʽīd Kaykaldī berkata:

ومنها أن يكون المرسل للحديث نسي من حدثه به وعرف المتن جيدا فذكره مرسلا لأن اصل طريقته أنه لا يأخذ إلا عن ثقة كمالك وشعبة فلا يضره الإرسال.
العلائي، أبو سعيد بن خليل بن كيكلدي (متوفاى: 761هـ)، جامع التحصيل في أحكام المراسيل ، ج 1   ص 88 ، تحقيق : حمدي عبدالمجيد السلفي ، ناشر : عالم الكتب - بيروت  ، الطبعة : الثانية ، 1407هـ ـ 1986م 

Di antara yang menjadikan perawi meriwayat hadis mursal ialah terlupa daripada ia mendengarnya, namun ia ingat matannya dengan baik. Maka ia menukilkannya dalam keadaan mursal kerana aslinya beliau tidak mengambil hadis melainkan daripada orang yang thiqah seperti Mālik, Shuʽbah. Maka kemursalan tidak memberi kesan terhadap hadis tersebut. - Al-ʽAlā’ī, Abū Saʽīd Kaykaldī, Jāmiʽ Al-Taḥṣīl fi Aḥkām Al-Marāsīl, jilis 1 halaman 88.

Di dalam kitab Al-Nukat ʽAlā Muqaddimah ibnu Ṣalāḥ terdapat catatan:
 [ فائدة ] الذي عادته لا يروي إلا عن ثقة ثلاثة يحيى بن سعيد وشعبة ومالك قاله ابن عبد البر وغيره وقال النسائي ليس أحد بعد التابعين آمن على الحديث من هؤلاء الثلاثة.

Barangsiapa yang terbiasa tidak menukilkan riwayat kecuali daripada orang yang thiqah ada tiga orang: Yaḥyā bin Saʽīd, Shuʽbah dan Mālik. Ibnu ʽAbdul Bar dan beberapa ulama yang lain mengatakan demikian. Al-Nasāʽī mengatakan: Tidak ada seorang pun di kalangan selepas tabiʽīn yang sangat amanah daripada tiga orang ini. - ʽAbduLlah bin Bahādur, Badruddīn Abī AbduLlah Muḥammad bin Jamāluddīn, Al-Nukat ʽAlā Muqaddimah ibnu Ṣalāḥ, jilid 3 halaman 370.

Oleh itu penukilan riwayat Shuʽbah daripada Abūbalj menyabitkan kethiqahan perawinya.

4. Ibnu Ḥajar Al-ʽAsqalānī mencari kesalahan Abūbalj kerana keSyiahannya:

Ibnu Ḥajar Al-ʽAsqalānī yang dikenali sebagai “حافظ على الإطلاق” di kalangan Ahlusunnah menganggap Abūbalj sebagai Syiah. Lantaran itu beliau mengkritiknya setelah menyatakan pandangan ulama terhadap perawi hadis tersebut. Beliau turut mengatakan tidak perlu merima riwayat daripadanya.

وَرِجَالُهُ رِجَالُ الصَّحِيحِ إِلَّا أَبَا بَلْجٍ بِفَتْحِ الْمُوَحَّدَةِ وَسُكُونِ اللَّام بعْدهَا جِيم واسْمه يحيى وَثَّقَهُ بن مَعِينٍ وَالنَّسَائِيُّ وَجَمَاعَةٌ وَضَعَّفَهُ جَمَاعَةٌ بِسَبَبِ التَّشَيُّعِ وَذَلِكَ لَا يَقْدَحُ فِي قَبُولِ رِوَايَتِهِ عِنْدَ الْجُمْهُورِ.
العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاى852 هـ)، فتح الباري شرح صحيح البخاري، ج 10   ص 182 ، تحقيق: محب الدين الخطيب، ناشر: دار المعرفة - بيروت.

Perawi hadis ini adalah perawi hadis Bukhārī melainkan Abūbalj yang namanya adalah Yaḥyā. Nasa’ī dan jemaah menthiqahkan beliau. Jemaah juga mendhaifkannya kerana beliau Syiah. Kerana itu tidak perlu menerima riwayat daripadanya. - Al-ʽAsqalānī Al-Shāfiʽī, Aḥmad bin ʽAlī bin Ḥajar Abul Faḍl, Fathul Bārī Sharḥ Ṣaḥīḥ Al-Bukhārī, jilid 10 halaman 182.

Sisi ketiga: Kesahihan riwayat Abūbalj menurut ulama Ahlusunnah:

Biarpun ulama Ahlusunnah (selain Albānī) tidak mengemukakan pandangan tentang riwayat « وَأَنْتَ خَلِيفَتِي فِي كُلِّ مُؤْمِنٍ مِنْ بَعْدِي», sebagai Sahih, namun mereka telah mensahihkan beberapa hadis lain yang ada pada sanadnya Abūbalj Al-Fazārī, seperti mana sebuah hadis mengenai sepuluh fadhilat terbaik ʽAlī bin Abī Ṭālib yang dinukilkan daripada Ibnu ʽAbbas:

ثنا يحيى بن حَمَّادٍ ثنا أبو عَوَانَةَ ثنا أبو بَلْجٍ ثنا عَمْرُو بن مَيْمُونٍ قال: إني لَجَالِسٌ إلى إبن عَبَّاسٍ إذا أَتَاهُ تِسْعَةُ رَهْطٍ فَقَالُوا يا أَبَا عَبَّاسٍ إما أن تَقُومَ مَعَنَا وإما أَنْ تخلونا هَؤُلاَءِ؟
قال: فقال: إبن عَبَّاسٍ بَلْ أَقُومُ مَعَكُمْ قال: وهو يَوْمَئِذٍ صَحِيحٌ قبل أَنْ يَعْمَى. قال: فابتدؤا فَتَحَدَّثُوا فَلاَ ندري ما قالوا. قال: فَجَاءَ يَنْفُضُ ثَوْبَهُ وَيَقُولُ أُفْ وَتُفْ وَقَعُوا في رَجُلٍ له عَشْرٌ... 
الشيباني،  ابوعبد الله أحمد بن حنبل (متوفاى241هـ)، فضائل الصحابة، ج2، ص685، ح3062 ، تحقيق د. وصي الله محمد عباس، ناشر: مؤسسة الرسالة - بيروت، الطبعة: الأولى، 1403هـ – 1983م؛
همو، مسند أحمد بن حنبل، ج1، ص3053، ح3062، ناشر: مؤسسة قرطبة ـ مصر؛ 

Ḥākim Al-Nīshabūrī setelah menukilkan riwayat ini mengatakan:

هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه بهذه السياقة.
النيسابوري، محمد بن عبدالله ابوعبدالله الحاكم (405 هـ)، المستدرك علي الصحيحين، ج 3، ص 143، تحقيق: مصطفي عبد القادر عطا، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت، الطبعة: الأولى، 1411هـ - 1990م.

Riwayat ini sahih persanadannya dan mereka berdua (Al-Bukhārī dan Muslim) tidak pernah menukilkannya dalam bentuk ini. - Al-Nisyaburī, Al-Mustadrak ʽAla Al-Ṣaḥiḥayn, jilid 3 halmaan 143.

Dhahabi juga di dalam Talkhiṣ Al-Mustadrak mengatakan Saḥīḥ setelah menukilkan hadis ini:

صحيحٌ.
المستدرك علي الصحيحين و بذيله التلخيص للحافظ الذهبي، ج3، ص134، كتاب معرفة الصحابة، باب ذكر اسلام امير المؤمنين، طبعة مزيدة بفهرس الأحاديث الشريفة، دارالمعرفة، بيروت،1342هـ.

Al-Mustadrak ʽAlā Al-Ṣaḥiḥayn Wa Badhilihī Al-Talkhīṣ Lilḥāfiz Al-Dhahabī, jilid 3 halaman 134.
Ibnu ʽAbdul Bar Al-Qurṭubī setelah menukilkan riwayat ini mengatakan:

قال أبو عمر رحمه الله هذا إسنادٌ لا مَطْعَنٌ فيه لأحدٍ لصحته وثقة نَقَلَتِه... .
ابن عبد البر النمري القرطبي المالكي، ابوعمر يوسف بن عبد الله بن عبد البر (متوفاى 463هـ)، الاستيعاب في معرفة الأصحاب،ج3 ص1091 ـ 1092، تحقيق: علي محمد البجاوي، ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولى، 1412هـ.

Abū ʽUmar (Ibnu ʽAbdul Bar) berkata: Tidak seorang pun berhak mempertikaikan kesahihan persanadan ini kerana sanadnya adalah sahih dan seluruh perawinya adalah thiqah. - Ibnu ʽAbdul Bar Al-Numayrī Al-Qurṭubī Al-Mālikī, Abū ʽUmar Yūsuf bin ʽAbduLlah bin ʽAbd Al-Bar, Al-Istīʽāb fī Maʽrifah Al-Aṣḥāb, jilid 3 halaman 1091-1092.

Ibnu Ḥajar Al-ʽAsqalānī setelah menukilkan antara riwayat ini dengan berbagai lafaz, beliau menulis:

اخرجهما أحمد والنسائي ورجالهما ثقات.
العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاي852 هـ)، فتح الباري شرح صحيح البخاري، ج 7، ص 15، تحقيق: محب الدين الخطيب، ناشر: دار المعرفة - بيروت.

Aḥmad dan Nasā’ī menukilkan kedua-dua riwayat ini, perawi kedua-duanya adalah thiqah. - Al-ʽAsqalānī Al-Shāfiʽī, Aḥmad bin ʽAlī bin Ḥajar Abul Faḍl, Fathul Bārī Sharh Ṣaḥīḥ Al-Bukhārī, jilid 7 halaman 15.

Ḥāfiz Abū Bakr Haythamī yang wafat pada tahun 807 Hijrah juga setelah menukilkan riwayat ini mengatakan:

رواه أحمد والطبراني في الكبير والأوسط باختصار ورجال أحمد رجال الصحيح غير أبي بلج الفزاري وهو ثقة وفيه لين.
الهيثمي، علي بن أبي بكر، مجمع الزوائد، ج9، ص120، دار الريان للتراث/‏ دار الكتاب العربي ـ القاهرة، بيروت ـ 1407هـ.

Riwayat ini telah dinukilkan secara ringkas oleh Aḥmad dan Ṭabrānī di dalam Muʽjam Al-Kabīr dan Muʽjam Al-Awsaṭ, dan rijal Aḥmad adalah rijal sahih melainkan Abī Balj Al-Fazārī, dan dia juga thiqah meskipun ada isykal padanya. - Al-Haythamī ʽAlī bin Abī Bakr, Majma’ Al-Zawā’id, jilid 9 halaman 120.

Ahmad Shākir, peneliti kitab Musnad Aḥmad bin Ḥanbal berkata tentang riwayat tersebut sebagai:

إسناده صحيح.
مسند أحمد بن حنبل، ج3، ص331، ح3062، تحقيق: احمد شاكر، ناشر: دار الحديث ـ قاهرة، الطبعة : الأولى، 1416هـ ـ 1995م. 

Persadanannya sahih. - Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 3 halaman 331.

Abū Isḥāq Al-Ḥuwaynī selaku muhaqqiq kitab Khaṣā’iṣ Nasā’ī berkata:

إسناده حسن.
خصائص نسائي، ص34، تحقيق: أبو اسحق الحويني الأثري الحجازي بن محمد بن شريف، ناشر: دار الكتب العلمية ـ بيروت ، الطبعة: الأولى، 1405هـ ـ 1984م.

Persanadannya Ḥasan. - Khaṣā’ṣ Nasā’ī, halaman 43.

Sisi ke-empat: Pertentangan dua jenis riwayat Abū Balj:

Banyak riwayat Abūbalj Al-Fazārī yang terdapat di dalam sumber-sumber Ahlusunnah, sebahagian daripada riwayat-riwayat ini adalah tentang kelebihan Alī bin Abī Ṭālib, manakala sebahagian yang lain mengenai beberapa tajuk.

Malangnya beberapa ulama Wahabi yang fanatik berusaha sedaya upaya untuk mendhaifkan sebarang riwayat yang menceritakan tentang kelebihan Alī bin Abī Ṭālib. Namun di beberapa tempat yang lain mereka mensahihkan riwayatnya tanpa kaedah ilmu rijal. Sebagai contoh pertentangan antara Shuʽayb Al-Arna’ūṭ dan Al-Bānī adalah seperti berikut:


Bersambung...

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Benarkah riwayat “Engkau khalifah setelahku” telah dinukilkan dalam sumber-sumber Ahlusunnah dengan sanad yang muktabar? (Bah. 1) ini dipublish oleh Unknown pada hari 27 September 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Benarkah riwayat “Engkau khalifah setelahku” telah dinukilkan dalam sumber-sumber Ahlusunnah dengan sanad yang muktabar? (Bah. 1)
 

0 comments:

Catat Ulasan