Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Hadis Mengenai Mimpi (al-Ahlaam) Dan Hujah Ke Atas Ahli Zaman, al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H


Hadis Mengenai Mimpi (al-Ahlaam) Dan Hujah Ke Atas Ahli Zaman

       57. Sebahagian daripada sahabat kami, daripada Ali bin al-‘Abbas, daripada al-Hasan bin Abd al-Rahman daripada Abu al-Hasan a.s berkata: Sesungguhnya mimpi tidak berlaku pada masa yang lalu; pada masa awal kejadian. Kemudian ia berlaku, maka aku berkata: Apakah sebabnya? Sesungguhnya Allah telah mengutus seorang rasul kepada ahli zamannya, lalu beliau menyeru mereka kepada Allah dan ketaatan-Nya. Mereka berkata: Jika kami berbuat sedemikian, apakah akan terjadi kepada kami, demi Allah, anda bukanlah orang yang mempunyai harta yang lebih banyak daripada kami dan bukanlah keluarga yang lebih mulia daripada keluarga kami.
       Maka rasul itu  berkata: Sekiranya kamu mentaati aku, nescaya  Allah memasukkan kamu syurga dan sekiranya kamu menderhakai aku, nescaya Allah memasukkan kamu ke neraka. Mereka berkata: Apakah itu syurga dan neraka? Maka rasul itu menceritakan kepada mereka mengenai syurga dan neraka. Mereka berkata: Bilakah kami akan memasukinya? Rasul itu berkata: Apabila kamu mati, maka mereka berkata: Kami telah melihat golongan mati di kalangan kami dan mereka telah menjadi tulang yang reput. Mereka bertambah lagi membohonginya dan memandang rendah kepadanya. Lalu Allah menjadikan mimpi-mimpi untuk mereka. Lantaran itu, mereka mendatanginya dan menceritakan kepadanya mimpi-mimpi mereka dan mereka tidak menentangnya, maka rasul itu berkata: Sesungguhnya Allah mahu berhujah ke atas kamu dengan perkara ini. Beginilah akan terjadi kepada roh-roh kamu apabila kamu mati sekalipun badan-badan kamu reput; roh-roh kamu akan menghadapi azab sehingga badan-badan kamu dibangkitkan.

Mimpi Mukmin Pada Akhir Zaman.

       58. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Pendapat seorang mukmin dan mimpinya pada akhir zaman adalah di atas tujuh puluh bahagian daripada bahagaian-bahagian kenabian.

Soalan Nabi  S.A.W: Adakah Mimpi Yang Mengembirakan?

       59. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Mu‘ammar bin Khalad, daripada al-Ridha a.s berkata: Sesungguhnya  Rasulullah s.a.w apabila datang waktu pagi bersabda kepada para sahabatnya: Adakah ada berita gembira (hal min mubasysyiraat). Apa yang baginda s.a.w maksudkannya adalah mimpi (al-Ru’ya). 

Tafsir Firman Allah Surah Yunus (10) :64“Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia

       60. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Abu Jamilah, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah s.a.w mengenai firman Allah di dalam Surah Yunus (10): 64 “Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia”. Beliau a.s berkata: Iaitu mimpi yang baik yang dilihat oleh mukmin, maka dia bergembira dengannya di dunianya. 

Mimpi Ada Tiga Jenis.

       61. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Sa‘d bin Abu Khalaf, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Mimpi ada tiga jenis: Sebagai berita gembira Allah kepada mukmin, sebagai galakan daripada syaitan dan sebagai mimpi-mimpi yang kosong.

Mimpi Benar Dan Mimpi Bohong Keluar Dari Satu Tempat.

       62. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada bapanya, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Darst bin Abu Mansur, daripada Abu Basir berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Aku jadikan diriku tebusan anda, mimpi yang benar dan mimpi yang bohong kedua-duanya keluar dari satu tempat? Beliau a.s berkata: Anda memang benar, adapun mimpi yang bohong, maka seorang itu melihatnya pada awal malam di dalam kekuasaan fasik. Ia suatu yang dikhayalkan oleh seseorang. Iaitu mimpi bohong yang bercanggah, tiada kebaikan padanya. Adapun mimpi yang benar, iaitu apabila seseorang itu melihatnya pada dua pertiga malam dengan pertolongan malaikat. Itu adalah sebelum sahur, maka mimpi itu adalah benar. Janganlah anda menentangnya, insya Allah melainkan dia  di dalam junub atau tidur tanpa kebersihan diri dan tidak berzikir kepada Allah dengan sebenar. Justeru mimpi itu akan bercanggah dan tidak membantu tuannya.


Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Hadis Mengenai Mimpi (al-Ahlaam) Dan Hujah Ke Atas Ahli Zaman, al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H ini dipublish oleh Unknown pada hari 11 September 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 1comments: di postingan Hadis Mengenai Mimpi (al-Ahlaam) Dan Hujah Ke Atas Ahli Zaman, al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H
 

1 comments:

  1. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    BalasPadam