Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Kepada Kami Makhluk Ini Akan Kembali Dan Hisab Mereka Di Atas Kami dll, al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H



Kepada Kami Makhluk Ini Akan Kembali Dan Hisab Mereka Di Atas Kami.

       167. Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Sinan, daripada Sa‘dan, daripada Sama‘ah berkata: Aku telah duduk bersama Abu al-Hasan yang pertama a.s sedangkan orang ramai sedang tawaf di tengah malam, maka beliau a.s berkata: Wahai Sama‘ah, kepada kami makhluk ini akan kembali, hisab mereka di atas kami. Dosa yang berlaku di antara mereka dan Allah, maka Allah menyerahkannya kepada kami, dosa yang berlaku di antara mereka dan orang ramai, kami pohon supaya Dia memberikannya kepada mereka secara hibah, maka mereka menyahutinya, lantaran itu, Allah akan mengurniakan kepada mereka  ‘iwadh (gantian).

Rasulullah S.A.W Mempersaudarakan  Salman Dan Abu Dhar.

       168. Sahl bin Ziyad, daripada Mansur bin al-‘Abbas, daripada Sulaiman al-Mustariq daripada Salih al-Ahwal berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan di antara Salman dan Abu Dhar dan baginda s.a.w telah mensyaratkan ke atas Abu Dhar supaya tidak menderhakai Salman.

Wajib Menjauhi Orang Yang Melakukan Kemungkaran.

       169. Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Mahbub, daripada Khitab bin Muhammad, daripada al-Harith bin al-Mughirah berkata: Abu Abdullah a.s telah berjumpa denganku di satu jalan di Madinah, lalu beliau a.s berkata: Siapakah ini, adakah ini Harith? Aku berkata: Ya, maka beliau a.s berkata: Sesungguhnya aku akan membawa dosa golongan yang bodoh kamu di atas para ulama kamu, kemudian beliau a.s pergi. Kemudian aku mendatanginya. Aku telah meminta izinnya, kemudian aku masuk berjumpa dengannya.
       Maka aku berkata: Anda telah berjumpa denganku dan anda telah berkata: Sesungguhnya aku akan membawa dosa golongan yang bodoh kamu di atas para ulama kamu, maka suatu perkara yang besar telah memasuki fikiranku. Maka beliau a.s berkata: Ya, apakah yang menghalang kamu apabila berita sampai kepada kamu mengenai seorang lelaki daripada kamu melakukan apa yang kamu benci dan ia menyakitkan kami, lalu kamu membawanya, membuatnya bertaubat, mengusirnya dan berkata kepadanya percakapan yang lembut? Aku berkata kepadanya: Aku jadikan diriku tebusan anda, jika begitu, mereka tidak mentaati kita dan tidak menerima daripada kita? Maka beliau a.s berkata: Tinggalkan mereka dan jauhilah majlis mereka.

Diazab Enam Dengan Enam.

       170. Sahl bin Ziyad, daripada Ibrahim bin ‘Uqbah, daripada Siyabah bin Ayyub dan Muhammad bin al-Walid, dan Ali bin Asbat mereka mengaitkannya kepada Amir al-Mukminin a.s sebagai berkata: Sesungguhnya aku akan mengazab enam dengan enam: Arab dengan  asabiyah, pemilik-pemilik tanah dengan keangkuhan, pemimpin-pemimpin dengan kezaliman, para fakih dengan hasad, peniaga-peniaga dengan pengkhianatan dan ahli Rasatiq dengan kejahilan.

Perkara Yang Paling Dicintai Oleh Rasulullah S.A.W.

       171. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hisyam dan lain-lainnya, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Tidak ada suatu perkara yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w selain daripada seorang itu sentiasa takut dan mengharap kepada Allah a.w.

Kezuhudan Ali Bin Abu Talib Dan Ali Bin Al-Husain A.S.

       172. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya dan Muhammad bin Ismail, daripada al-Fadhl bin Syazan, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Abd al-Rahman bin al-Hajjaj dan Hafs al-Buhturi dan Salmah Biya‘ al-Sabiri, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Ali bin al-Husain a.s apabila mengambil kitab Ali a.s, maka beliau a.s mengkajinya dan berkata: Siapakah yang mampu melakukannya, siapakah yang mampu melakukannya? Kemudian Ali bin al-Husain a.s melakukannya. Apabila beliau a.s mengerjakan solat, warna mukanya berubah. Tidak ada seorangpun yang mampu melakukan amalan Ali bin Abu Talib a.s di kalangan anak-anaknya selepasnya selain daripada Ali bin al-Husain a.s.

Sirah Ali A.S, Kezuhudannya Dan Walinya Tidak Makan Perkara Haram.

       173. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Nu‘man, daripada Ibn Maskan, daripada al-Hasan al-Saiqal berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya wali Ali a.s tidak makan melainkan makanan yang halal. Ini kerana sahabatnya (Amir al-Mukminin a.s) sedemikian. Tetapi wali Uthman tidak peduli sama ada dia makan makanan yang halal atau yang haram. Ini kerana sahabatnya (Uthman) sedemikian. Kemudian beliau a.s kembali menyebut Ali a.s seraya berkata: Sesungguhnya Ali a.s tidak pernah makan benda yang haram sama ada sedikit ataupun banyak sehingga beliau a.s meninggal dunia. Dan beliau a.s apabila dibentangkan kepadanya dua perkara yang mana kedua-duanya bagi mentaati Allah, maka beliau a.s memilih perkara yang paling sukar ke atas badannya. Apabila berlaku kesukaran kepada Rasulullah s.a.w, maka Ali a.s menghadapinya dengan tenang kerana keyakinannya kepada Rasulullah s.a.w.
       Tiada seorangpun yang mampu melakukan amalan Rasulullah s.a.w di kalangan umat ini selepasnya selain daripadanya. Beliau a.s telah melakukan amalan seorang yang melihat kepada syurga dan neraka. Beliau a.s telah memerdekakan seribu hamba daripada hartanya. Semuanya tidak diketahui oleh dua tangannya. Dahinya berpeluh kerana mencari keredaan Allah a.w dan melepaskan dirinya dari api neraka. Makanannya adalah cuka dan minyak, pencuci mulutnya adalah kurma apabila beliau a.s mendapatinya. Pakaiannya daripada  kain kapas. Dan apabila pakaiannya melebihi ukuran badannya, maka beliau a.s menyeru dengan gunting, lalu memotongnya.

Makruh Memakan Makanan Yang Panas.

       174. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada al-Hasan bin Ali, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada Sulaiman bin Khalid daripada seorang pekerja kepada Muhammad bin Rasyid berkata: Aku telah menghadiri makan malam Ja‘far bin Muhammad a.s di musim panas, lalu dibawa dengan meja makan di atasnya roti. Kemudian dibawa dengan mangkuk di dalamnya sup daging. Beliau a.s telah meletakkan tangannya, maka beliau a.s mendapatinya panas, kemudian mengangkatnya seraya berkata: Kami pohon perlindungan daripada Allah dari api, kami pohon perlindungan dari api.
       Kami tidak mampu ke atas api ini bagaimana dengan api neraka. Beliau a.s telah mengulangi kata-kata ini sehingga aku dapat menghirupnya. Beliau a.s telah meletakkan tangannya padanya dan kami meletakkan tangan-tangan kami. Beliau a.s makan, maka kamipun makan bersamanya. Kemudian mangkuk di angkat, lalu beliau a.s berkata: Wahai budak, Bawakan sesuatu kepada kami, lalu dia membawa kurma di dalam dulang, maka akupun menghulurkan tanganku, maka aku dapati ia adalah kurma. Aku berkata: Aslaha-ka llahu, ini musim anggur dan buah-buahan? Beliau a.s berkata: Musim kurma, kemudian beliau a.s berkata: Angkat ini dan bawalah yang lain, lalu dia membawa kepadanya kurma. Maka aku telah menghulurkan tanganku, maka aku berkata: Ini adalah kurma? Maka beliau a.s berkata: Ia adalah baik.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Kepada Kami Makhluk Ini Akan Kembali Dan Hisab Mereka Di Atas Kami dll, al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H ini dipublish oleh Unknown pada hari 28 Ogos 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Kepada Kami Makhluk Ini Akan Kembali Dan Hisab Mereka Di Atas Kami dll, al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H
 

0 comments:

Catat Ulasan