Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Di sisi kami Ahlu l-Bait Benteng Ilmu Dan Pintu Hikmah, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid, w. 413 H


Di sisi kami Ahlu l-Bait Benteng Ilmu Dan Pintu Hikmah
            
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Hasan bin Ali bin al-Nu‘man, daripada Ali bin al-Nu‘man, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata:Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberi faedah kepada orang ramai dan kami Ahlu l-Bait di sisi kami benteng ilmu, pintu hikmah, dan pencerahan urusan  (dhiya’ al-Amr) manusia[1].
       Ya‘qub bin Yazid, dan Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Ziad bin Marwan al-Qandi, daripada Hisyam bin ibn Salim, berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Di sisi orang ramai (al-‘Ammah) hadis-hadis Rasulullah perlu disahkan? Beliau berkata:Ya, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberi ilmu yang banyak kepada orang ramai, dan di sisi kami benteng ilmu (ma‘aqil al-‘ilmi) dan pemutus di antara manusia (wa faslun ma baina al-Nas)[2].
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Abdullah bin Muhammad al-Hijjal, daripada Ali bin Hammad, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberi ilmu yang banyak kepada orang ramai, dan di sisi kami Ahlu l-Bait asas ilmu, keasliannya, cahayanya, dan tunjangnya (usul al-‘ilmi wa ‘ura-hu wa dhiyau-hu wa awakhi-hi).
       Ya‘qub bin Yazid, dan Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair, daripada Hisyam bin Salim, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya kami mendapati sesuatu dari hadis-hadis kami di tangan orang ramai, maka beliau berkata: Mudah-mudahan anda tidak terfikir bahawa Rasulullah s.a.w telah memberi ilmu yang banyak kepada orang ramai- Beliau telah memberi isyarat dengan tangannya di kanannya, kirinya, di hadapannya, dan di belakangnya- Sesungguhnya kami Ahlu l-Bait di sisi kami benteng ilmu, pencerahan urusan, dan pemutus di antara orang ramai[3].
       Ibrahim bin Hasyim, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Hisyam bin Salim, daripada al-Hasan bin Yahya, berkata:Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya kami Ahlu al-Bait di sisi kami benteng ilmu, peninggalan  kenabian, ilmu al-Kitab, dan pemutus di antara orang ramai.
       Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Abu Abdullah Zakaria bin Muhammad al-Mu’min, daripada Abdullah bin Maskan, dan Abu Khalid al-Qammat, dan Abu Ayyub al-Khazzaz, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberi ilmu yang banyak kepada orang ramai, dan di sisi kami keaslian ilmu, pintu hikmah, benteng ilmu, pencerahan urusan, dan tunjangnya. Barangsiapa yang telah mengenali kami, maka makrifatnya akan memberi manfaat kepadanya (fa-man‘arafa-na nafa‘at-hu ma ‘rifatu-hu), dan diterima daripadanya amalannya. Barangsiapa yang tidak mengenali kami, maka  makrifatnya tidak memberi faedah kepadanya dan  amalannya tidak akan diterima[4].
       Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Safwan bin Yahya, daripada Abu Khalid bin al-Qammat, daripada Hamraan bin A‘yan berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Apakah kedudukan para ulama? Beliau berkata: Sepertilah Dhu l-Qurnain, sahabat Sulaiman, dan sahabat Musa[5].
       Ya’qub bin Yazid, dan Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Ziad bin Marwan al-Qandi, daripada Muhammad bin ‘Ammar, daripada al-Fudhail bin Yassar berkata: Aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s bagaimana Amir al-Mukminin a.s mengenakan hukuman ke atas peminum arak (syarib al-Khamr)? Beliau berkata: Beliau telah mengenakan hukum hudud ke atasnya. Aku berkata: Jika ia mengulanginya? Beliau berkata: Beliau mengenakan hukum hudud, aku berkata: Jika ia mengulanginya? Beliau berkata: Beliau akan membunuhnya. Aku berkata: Bagaimana beliau mengenakan peminum minuman yang memabukkan (al-Muskir)? Beliau berkata: Hukumannya adalah sama. Aku berkata:  Barangsiapa yang meminum minuman yang memabukkan seperti orang yang  meminum minuman khamr? Beliau berkata: Ia adalah sama. Maka aku telah  memperbesarkan perkara itu. Beliau berkata kepada aku: Wahai Fudhail, janganlah anda memperbesarkan  perkara tersebut, sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad sebagai  rahmat kepada alam semesta. Dan sesungguhnya Allah telah  mendidik Nabi-Nya, maka beliau telah memperbaiki adabnya.
       Manakala beliau telah  mempelajari  segala adab, Dia telah menyerahnya kepadanya. Lantaran itu, Allah telah mengharamkan al-Khamr, dan Rasulullah s.a.w telah mengharamkan segala yang memabukkan, maka Allah telah mengharuskannya untuknya pula.  Allah telah menjadikan Makkah sebagai tanah haram sementara Rasulullah s.a.w telah menjadikan Madinah sebagai tanah haram, maka Allah telah mengharuskannya untuknya. Allah telah mewajibkan pusaka daripada keturunan salbi sementara Rasulullah s.a.w telah memberi bahagian datuk (al-Jadd), maka Allah telah mengharuskannya untuknya. Kemudian beliau berkata: Wahai Fudhail, barangsiapa yang mentaati Rasul, maka beliau telah mentaati Allah[6].
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Abu  ‘Umair, daripada Muhammad bin Yahya al-Khasy‘ami, daripada Abd al-Rahim al-Qasir, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Ali a.s apabila dikemukakan kepadanya perkara yang tidak diturunkan kitab (lam yanzil bi-hi kitab), dan sunnah, beliau mengambil bahagian (rajama) mengenainya, lalu menepati sasarannya (fa-asaba). Abu Ja‘far a.s berkata: Ia adalah di antara perkara-perkara yang menyulitkan(al-Mu‘dilat )[7].      
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, dan Muhammad bin Khalid al-Barqi, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Isa bin Imran al-Halabi, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Abd al-Rahim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Ali a.s apabila dikemukakan kepadanya perkara yang tidak didatangi (lam yaji’) oleh kitab dan sunnah, beliau mengambil bahagian mengenainya, lalu menepati sasarannya. Kemudian beliau berkata: Wahai Abd al-Rahim, itu adalah di antara perkara-perkara yang menyulitkan.


[1] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, i , 136

[2] Ibid

[3] Ibid

[4] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, I, 136

[5] Ibid, vii,  393

[6] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar, vii,  262

[7] Ibid

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Di sisi kami Ahlu l-Bait Benteng Ilmu Dan Pintu Hikmah, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid, w. 413 H ini dipublish oleh Unknown pada hari 05 Ogos 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Di sisi kami Ahlu l-Bait Benteng Ilmu Dan Pintu Hikmah, al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid, w. 413 H
 

0 comments:

Catat Ulasan