Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Dua Golongan Ahli Kebatilan Tidak Akan Bertemu dll, al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H



Dua Golongan Ahli Kebatilan Tidak Akan Bertemu.

       139. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn al-Hakam, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Dua golongan ahli kebatilan tidak akan bertemu (berperang) melainkan kemenangan bersama golongan yang lebih baik di antara keduanya bagi menentang (ahli) Islam. 

Hati Tertarik Kepada Orang Yang Memberi Manfaat Kepadanya.

       140. Daripadanya, daripada Ahmad, daripada Ali bin Hadid, daripada sebahagian para sahabat kami daripada Abu Abdullah a.s berkata: Hati tertarik kepada orang yang memberi manfaat kepadanya dan memarahi orang yang memudaratkannya.

Buatlah Kebaikan Kepada Orang Yang Memintanya.

       141. Muhammad bin Abu Abdullah, daripada Musa bin Imran, daripada al-Husain bin Isa bin Abdullah, daripada Ali bin Ja‘far, daripada, daripada saudaranya Abu al-Hasan Musa a.s berkata: Bapaku telah memegang tanganku, kemudian berkata: Wahai anak lelakiku, sesungguhnya bapaku Muhammad bin Ali a.s telah memegang tanganku sebagaimana aku  memegang tangan anda dan berkata: Sesungguhnya bapaku Ali bin al-Husain a.s telah memegang tanganku dan berkata: Wahai anak lelakiku, buatlah kebaikan kepada orang yang memintanya daripada anda. Jika dia daripada ahlinya, maka anda telah menepati sasarannya dan jika dia bukan daripada ahlinya, maka anda adalah daripada ahlinya. Jika seorang lelaki di sebelah kanan anda mencaci anda, kemudian dia  berpindah ke sebelah kiri anda, lalu meminta maaf daripada anda, maka terimalah maafnya itu.

Setiap Sesuatu Asalnya Air Dan ‘Arasy-Nya Di Atas Air.
     
       142. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada al-‘Ala’ bin Ruzban, daripada Muhammad bin Muslim dan al-Hijal, daripada al-‘Ala’, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Abu Ja‘far a.s berkata kepadaku: Setiap sesuatu pada asalnya adalah air. Dan ‘Arasy-Nya adalah di atas air. Kemudian Allah memerintahkan air, lalu ia mengeluarkan api. Kemudian Dia memerintahkan api, lalu ia padam. Kemudian asap (dukhaan) naik ke atas, lalu Allah menciptakan langit-langit daripada asap tersebut. Kemudian Dia menciptakan bumi daripada abu (al-Ramaad). Kemudian api, air  dan angin bertengkar, maka air berkata: Akulah tentera Allah yang akbar. Api berkata: Akulah tentera Allah yang akbar. Dan angin berkata: Akulah tentera Allah yang akbar. Lantas Allah menurunkan wahyu kepada angin: Andalah tentera Allah yang akbar.


Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Dua Golongan Ahli Kebatilan Tidak Akan Bertemu dll, al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H ini dipublish oleh Unknown pada hari 28 Ogos 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Dua Golongan Ahli Kebatilan Tidak Akan Bertemu dll, al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H
 

0 comments:

Catat Ulasan