Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Wasiat Rasulullah S.A.W Kepada Sahabatnya dll, al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328 H



Wasiat Rasulullah S.A.W Kepada Sahabatnya.

       190. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Mahbub, daripada al-Hasan bin al-Sariy, daripada Abu Maryam, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Aku telah mendengar Jabir bin Abdullah berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melalui kami pada suatu hari  ketika itu kami sedang berada di kelab kami dan baginda s.a.w berada di atas unta betinanya. Ini berlaku ketika baginda s.a.w pulang dari hajjatu al- wida’, lalu baginda s.a.w berdiri di hadapan kami, memberi salam kepada kami, kemudian kami menjawab salamnya. Kemudian baginda s.a.w bersabda: Aku melihat kecintaan kepada dunia telah menguasai ke atas kebanyakan orang sehingga seolah-olah maut di dunia ini difardukan untuk orang lain.
       Seolah-olah kebenaran di dunia ini diwajibkan ke atas orang lain seolah-olah mereka tidak mendengar dan melihat berita golongan mati sebelum mereka. Jalan mereka adalah sama dengan jalan kaum yang musafir sedikit sahaja yang akan kembali kepada mereka. Rumah-rumah mereka adalah kubur-kubur mereka. Mereka makan warisan mereka. Mereka menyangka mereka kekal selepas mereka [di dunia]. Alangkah jauhnya sangkaan mereka. Orang yang akhir mereka tidak menerima nasihat orang yang awal mereka. Sesungguhnya mereka telah jahil dan melupai setiap nasihat pada kitab Allah. Mereka percaya kepada setiap akibat kejahatan. Justeru mereka tidak takut kepada  malapetaka yang akan berlaku.
       Alangkah beruntungnya orang yang disibukkan dengan ketakutan kepada Allah daripada ketakutan kepada manusia.
       Alangkah beruntungnya orang yang mana keaibannya menegahnya dari mengaibkan saudara-saudaranya yang mukminin.
       Alangkah beruntungnya orang yang tawaduk kepada Allah, zuhud kepada apa yang dihalalkan oleh Allah, tanpa menentang sirahku, menolak perhiasan dunia tanpa mengubah sunnahku. Menuruti berita-berita daripada keluargaku selepasku, menjauhi ahli khayal, orang yang bermegah dan orang yang cintakan dunia. Golongan yang melakukan bid‘ah; menyalahi sunnahku dan beramal menyalahi sirahku.
       Alangkah beruntungnya orang mukmin yang berusaha mendapatkan hartanya tanpa maksiat, lalu dia membelanjakannya bukan pada maksiat dan mengembalikannya kepada keluarganya.
       Alangkah beruntungnya orang yang akhlaknya baik bersama manusia, membelanjakan kepada mereka pendapatannya dan memalingkan kejahatannya daripada mereka.

Angan-Angan Tiga Jenis Manusia.

       191. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad secara marfuu’, daripada sebahagian bijaksana, berkata: Orang yang paling berhak mengangan-angankan kekayaan kepada manusia adalah orang yang bakhil. Ini adalah kerana manusia apabila mereka menjadi kaya, mereka akan menahan harta mereka. Orang yang paling berhak mengangan-angankan kebaikan manusia adalah ahli keaiban. Ini adalah kerana manusia apabila mereka menjadi baik, mereka akan menahan diri mereka dari mengikuti keaiban orang lain.
       Orang yang paling berhak mengangan-angankan kelembutan manusia adalah orang bodoh yang memerlukan kebodohan mereka dimaafi. Justeru orang yang bakhil mengangan-angankan kefakiran manusia. Ahli keaiban mengangan-angankan kefasikan mereka. Orang yang melakukan dosa mengangan-angankan kebodohan mereka. Di dalam kefakiran memerlukan kepada orang yang bakhil. Di dalam kefasadan menuntut aurat ahli keaiban dan di dalam kebodohan dibalas dengan dosa.

Dilarang Membuat Pengaduan Kepada Ahli Khilaf.

       192. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada al-Qasim bin Yahya, daripada datuknya al-Hasan bin Rasyid berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Hasan, apabila anda ditimpa kesedihan, maka janganlah anda mengadu kepada seorangpun di kalangan ahli Khilaf (penentang ahlu l-Bait a.s.) Sebaliknya sebutlah mengenainya kepada sebahagian saudara-saudara anda. Ini adalah kerana anda tidak akan hilang salah satu daripada empat sifat: Memadai dengan harta, pertolongan dengan pangkat, doa yang dimakbulkan atau mesyuarat untuk mendapatkan pendapat.

Khutbah Amir al-Mukmin A.S Mengenai Nasihat.

       193. Ali bin al-Husain al-Muaddib dan lain-lain, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada Ismail bin Mihran, daripada Abdullah bin Abu al-Harith al-Hamdani, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s telah memberi khutbah, lalu berkata: Segala puji bagi Allah Yang Maha Rendah dan Yang Maha Tinggi, Yang Maha Mudarat dan Yang Maha Manfaat, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Luas, Yang Maha Mulia pujiannya, Yang Maha Benar nama-nama-Nya, Yang Meliputi yang ghaib dan apa yang terlintas di hati.
       Yang Menjadikan kematian di antara makhluk-Nya dengan penuh keadilan. Dia telah memberikan kehidupan kepada mereka secara kurniaan. Lantaran itu, Dialah yang menghidup dan mematikan serta menentukan makanan (al-Aqwaat) yang mana Dia memberikannya dengan keilmuan-Nya, ketentuan-Nya dan hikmah-Nya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Arif dan Maha Melihat dengan matahati, Dia sentiasa wujud tanpa kematian, kekal tanpa penghujungnya. Dia mengetahui apa yang ada di bumi dan apa yang ada di langit dan apa yang ada di antara kedua-duanya dan di bawah tanah.
       Aku memujiNya dengan penuh pujian yang tersimpan; pujian yang diucapkan oleh para malaikat dan para nabi, pujian yang tidak terhitung bilangannya, tidak didahului oleh masa yang mana tidak pernah dipuji seorangpun seumpamanya. Aku beriman dengan-Nya dan bertawakal ke atas-Nya, aku pohon hidayah daripada-Nya, aku memadai dengan-Nya, aku pohon kebaikan dan keredaan daripada-Nya. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya. Aku naik saksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Dia telah mengutusnya dengan petunjuk dan agama yang benar supaya ia terserlah di atas semua agama sekalipun dibenci oleh musyrikun, selawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarganya.
       Wahai manusia, dunia bukanlah rumah yang kekal bagi kamu. Sesungguhnhya kamu padanya seperti orang musafir berpesta, lalu mereka bermalam, beristirahat dan meninggalkan tempat itu pada pagi hari. Mereka datang dan pergi tanpa tertarik kepada perkara yang telah berlalu dan tiada keinginan untuk kembali lagi. Perbaharuilah keazaman mereka untuk mengahadapinya. Mereka cenderung kepada dunia tanpa persediaan sehingga datang  kepada kaum yang  mana tinta mereka kekeringan tanpa mendapati khabar dan kesan  daripada kebanyakan mereka. Mereka tinggal di dunia pada masa yang singkat dan bersegera kepada akhirat untuk kebangkitan mereka.
       Justeru kamu memasuki rumah-rumah mereka berdukacita di atas kesan-kesan mereka yang hampir tiada lagi. Hari-hari kamu dengan diri-diri kamu bertahan. Sementara malam-malam kamu dengan roh-roh kamu berjalan. Kamu menceritakan keadaan mereka, lalu mengikuti perjalanan mereka. Justeru janganlah kamu terpedaya oleh kehidupan dunia. Ini adalah kerana kamu di dalam musafir yang panjang. Maut akan berlaku kepada kamu dan akan menunaikan angan-angan-nya, ia akan membawa kamu ke negeri pahala, balasan dan hisab.
       Allah mengasihani seorang yang memerhati akan kebesaran Tuhannya, menyesal akan dosanya, melawan hawa nafsunya dan membohongi angan-angannya. Orang yang mencela hawa nafsunya  dengan ikatan takwa, lalu mengikatkannya, kerana takut kepada Tuhan-Nya. Lalu dia membawanya kepada ketaatan dengan ikatannya. Dan menegahnya dari kemaksiatan dengan ikatannya, mengangkatnya ke alam akhirat pada setiap waktu akan kematiannya, selalu berfikir, berjaga malam, menjauhi dunia kerana kejemuan, bekerja keras untuk akhiratnya, menjaga orang yang menjadikan kesabaran sebagai matlamat kejayaannya, ketakwaan sebagai persediaan kematiannya dan penawar kepada penyakit dalamannya.
       Lantaran itu, dia mengambil iktibar, meninggalkan dunia dan orang ramai, dia belajar untuk memahaminya dan menutup perutnya. Sesungguhnya hatinya tenang apabila menyebut hari akhirat, membuat persediaan yang rapi, beribadat kepada Allah dengan khusyuk, air matanya berlinang, hatinya khusyuk, takut kepada Allah. Cinta dan ketakutan  kepada Allah begitu besar di dalam hatinya, meredai segala perintah-Nya, lalu menzahirkannya, memadai dengan sedikit apa yang diketahui oleh mereka sebagai simpanan Allah di bumi, mempertahankan mereka daripada hamba-Nya.
       Jika seorang daripada mereka bersumpah dengan nama Allah, nescaya Dia menerimanya, atau berdoa ke atas seseorang, nescaya Dia menolongnya. Dia mendengar apabila dia bermunajat kepada-Nya, Dia menyahutinya apabila dia berdoa kepada-Nya. Allah telah menjadikan syurga-Nya bagi orang yang bertakwa dan doa mereka padanya adalah sebaik-baik doa. Maha Suci Tuhan, doa mereka kepada Allah di atas apa yang Dia kurniakan kepada mereka “Dan penutup doa mereka adalah al-Hamdulillahi Rabbil  ‘alamin” Surah Yunus (10):10.

Khutbah Amir al-Mukmin A.S Supaya Bertakwa Kepada Allah Pada Hari Jumaat.

       194. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Hasan bin al-Mahbub, daripada Muhammad bin al-Nu‘man atau lain-lain, daripada Abu Abdullah a.s bahawa beliau a.s telah menyebut khutbah Amir al-Mukminin a.s pada hari Jumaat:
       Segala pujian bagi Allah, ahli kepujian  dan tempat akhirnya pujian. Yang Memulakan dan Mereka sesuatu, Yang Paling Mulia lagi Besar, Perkasa lagi Mulia, Yang Tunggal dengan sifat takbur-Nya dan nikmat-nikmat-Nya, Perkasa dan menguasai dengan kekuasaan-Nya, mencegah dengan kekuatan-Nya, menguasai dengan kudrat-Nya, Tinggi di atas sesuatu dengan jabarut-Nya, terpuji dengan kurniaan-Nya dan Ihsan-Nya, bermurah hati dengan pemberian-Nya dan faedahnya, luas rezeki-Nya, meliputi nikmat-Nya. Kami memuji di atas nikmat-nikmat-Nya dengan pujian yang setanding dengan kebesaran-Nya yang memenuhi kadar nikmat-nikmat-Nya dan keagongan-Nya.
       Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya, Yang Awal dan Berkuasa. Semua makhluk menunduk kepada keesaan-Nya dan ketuhanan-Nya, qadim keazalian-Nya.
       Aku naik saksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya serta pilihan-Nya di kalangan makhluk-Nya. Dia telah memilihnya dengan keilmuan-Nya, membersihkannya dengan wahyu-Nya, mengamanahkannya di atas rahsia-Nya, meredainya untuk makhluk-Nya, melantiknya untuk urusan-Nya yang besar sebagai pencerahan kepada lambang agama-Nya dan manhajnya sebagai pembuka kepada wahyu-Nya dan menjadi sebab kepada rahmat-Nya. Dia telah mengutusnya pada masa ketiadaan para rasul, kekurangan ilmu, perselisihan agama, kesesatan dari kebenaran, kejahilan dengan Tuhan, kekafiran dengan hari Kiamat dan janji baik. Dia telah mengutusnya kepada semua manusia sebagai rahmat kepada alam semesta dengan kitab yang mulia.
       Dia telah melebihkannya, menerangkannya, memperkuatkannya dan menjaganya dari didatangi kebatilan di semua penjuru, ia adalah daripada Yang Maha Bijaksana lagi terpuji. Dia telah memberi contoh kepada manusia dan menerangkan kepadanya ayat-ayatnya supaya mereka berfikir. Dia telah menghalalkan padanya apa yang halal dan mengharamkan padanya apa yang haram. Dia telah mensyariatkan padanya agama kepada hamba-hamba-Nya sebagai peringatan supaya tidak menjadi hujah bagi manusia ke atas Allah selepas penghantaran para rasul. Justeru beliau telah menyampaikan risalah-Nya, berjuang pada jalan-Nya dan menyembah-Nya sehingga kematian mendatanginya, selawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarganya.
       Aku mewasiatkan kamu supaya menyembah Allah dan aku mewasiatkan diriku sendiri  dengan ketakwaan kepada Allah yang telah memulakan segala perkara dengan ilmu-Nya. Besok janji-Nya akan berlaku dan di tangan-Nya kemusnahannya serta kebinasaan kamu. Hari-hari kamu akan berlalu, ajal-ajal kamu akan binasa dan akan tamat tempoh kamu. Ia akan hilang daripada kita sedikit demi sedikit seperti berlaku kepada golongan sebelum kamu. Justeru wahai hamba-hamba Allah, jadikanlah ijtihad kamu di dunia sebagai persediaan dari harinya yang pendek kepada hari akhirat yang panjang, kerana di dunia adalah tempat amal dan akhirat adalah tempat yang kekal dan balasan.
       Lantaran itu, jauhilah dari dunia, kerana orang yang terpedaya adalah orang yang terpedaya dengannya. Dunia tidak akan menunaikan angan-angan orang yang mencintainya sebagaimana firman Allah di dalam Surah Yunus (10): 24 “Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya kerana air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan oleh manusia dan binatang ternak”. Kamu tidak akan mendapat semua yang kamu kehendaki di dunia melainkan teladan. Kamu tidak akan terasa aman melainkan ketakutan; berlakunya musibat atau perubahan nikmat atau hilangnya kesihatan serta maut di sebaliknya. Kemudian berdiri di hadapan hukuman keadilan yang mana setiap jiwa akan dibalas dengan apa yang lakukan sebagaimana firman-Allah di dalam Surah al-Najm (53):31 “Supaya Dia memberi balasan kepada orang yang berbuat jahat terhadap apa yang mereka telah kerjakan dan memberi balasan kepada orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik”.
       Justeru bertakwalah kepada Allah dan bersegeralah kepada keredaan Allah, beramal dengan ketaatan kepada-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya bagi mendapat keredaan-Nya, kerana Dia adalah dekat dan menjawab doa. Semoga Allah menjadikan kami dan kamu di kalangan orang yang beramal dengan mencintaiNya, menjauhi kemurkaan-Nya. Kemudian sebaik-baik kisah, nasihat dan peringatan adalah pada kitab Allah sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-A‘raaf (7):204 “Dan apabila dibacakan al-Qur’an, maka dengarlah baik-baik, dan perhatilah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat”. Aku pohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Bismillahir Rahmanir rahim. Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali golongan yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran” Surah al-Asr (103):1-3. “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai golongan yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucaplah salam penghormatan kepadanya” Surah al-Ahzaab (33): 56. 
       Wahai Tuhanku, berselawatlah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad dan berkatilah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad. Kasihanilah Muhammad dan keluarga Muhammad, salam ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebaik-baik apa yang Engkau lakukan ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha terpuji dan Maha Mulia. Wahai Tuhanku, berilah kepada Muhammad al-Wasilah (darjat), kemuliaan, kelebihan dan kedudukan yang mulia. Wahai Tuhanku, jadilah Muhammad dan keluarganya sebesar-besar makhluk semuanya dari segi kemuliaan pada hari Kiamat, tempat yang paling hampir dan kehadapan daripada Engkau. Wahai Tuhanku, berilah kepada Muhammad tempat yang paling mulia, kesejahteraan dan syafaat Islam. Wahai Tuhanku, kaitlah kami dengannya tanpa kehinaan, dukacita, penyesalan, perubahan, Tuhan yang benar, amin.
       Kemudian beliau a.s duduk seketika, kemudian berdiri dan berkata: Segala pujian kepada Allah. Ia adalah lebih berhak bagi orang yang takut kepada-Nya dan  memujiNya. Ia adalah lebih baik bagi orang yang bertakwa, lebih aula bagi orang membesarkan-Nya dan memuji-Nya. Kami memujiNya kerana kebesaran-Nya yang mutlak, kemurahan pemberian-Nya, dan keterserlahan nikmat-nikmat-Nya, kebaikan ujian-Nya. Kami beriman dengan hidayat-Nya yang tidak pernah malap cahayanya. Kami pohon perlindungan dengan Allah daripada kejahatan setiap kesangsian dan kezaliman fitnah.
       Kami pohon istighfar-Nya daripada dosa-dosa dan penjagaan-Nya daripada keaiban amalan, angan-angan yang dibenci, serangan di dalam kesusahan, bersyarikat dengan ahli syak dan reda dengan amalan golongan yang jahat di bumi tanpa kebenaran. Wahai Tuhanku, ampunilah kami, mukminin dan mukminat, yang hidup mereka dan yang mati mereka yang Engkau telah mematikan mereka di atas agama-Mu dan agama Muhammad s.a.w. Wahai Tuhanku, terimalah kebaikan mereka, lepaskanlah kejahatan mereka, masukkanlah rahmat, keampunan dan keredaan ke atas mereka.
       Ampunilah mukminin dan mukminat yang masih hidup yang telah mentauhidkanMu, membenarkan Rasul-Mu, berpegang dengan agama-Mu, beramal dengan fardu-fardu-Mu, mengikuti Nabi-Mu, bersunnah dengan sunnah-Mu, menghalalkan halal-Mu, mengharamkam haram-Mu, takut kepada balasan-Mu, mengharapkan pahala-Mu, mewalikan para wali-Mu dan memusuhi musuh-musuh-Mu. Wahai Tuhanku, terimalah kebaikan mereka, ampunilah kejahatan mereka dan masukkanlah mereka ke syurga dengan rahmat-Mu bersama hamba-hamba-Mu yang soleh, Tuhan yang benar, amin.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Wasiat Rasulullah S.A.W Kepada Sahabatnya dll, al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328 H ini dipublish oleh Unknown pada hari 28 Ogos 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Wasiat Rasulullah S.A.W Kepada Sahabatnya dll, al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328 H
 

0 comments:

Catat Ulasan