Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Wasiat Rasulullah S.A.W Kepada Seorang Lelaki dll, al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H



Wasiat Rasulullah S.A.W Kepada Seorang Lelaki.

       130. Daripadanya, daripada Harun bin Muslim, daripada Mas‘adah bin Sadaqah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata kepadanya: Wahai Rasulullah s.a.w, berwasiatlah kepadaku, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Adakah anda akan berwasiat jika aku berwasiat kepada anda sehingga baginda s.a.w bersabda sedemikian sebanyak tiga kali. Setiap kali baginda s.a.w bersabda sedemikian dia berkata: Ya, wahai Rasulullah, maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Sesungguhnya aku berwasiat kepada anda bahawa apabila anda berniat untuk melakukan sesuatu, maka renunglah akibatnya (idha hamam-ta bi-amrin fa-tadabbar‘aaqibata-hu). Jika ia membawa kepada kebaikan, maka teruskanlah dan jika ia membawa kepada keburukan, maka hentikanlah daripadanya.

Perintah Nabi S.A.W Supaya Mengasihani Tiga Orang.

       131. Dengan sanad-sanad ini bahawa Nabi s.a.w bersabda: Kasihanilah orang yang perkasa apabila dia merendahkan dirinya (kepada kamu), orang yang kaya apabila dia menjadi fakir dan orang alim apabila dia hilang pada zaman masyarakt yang jahil.

Kelebihan Adab.

       132. Dengan sanad-sanad ini beliau berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata kepada para sahabatnya pada suatu hari: Janganlah kamu mendedahkan keaiban orang yang datang kepada kamu dengan kasih sayang. Janganlah kamu menghentikannya di atas kejahatan yang mana dia akan mematuhinya, ini kerana ia bukanlah daripada akhlak Rasulullah s.a.w dan akhlak para walinya.
       Abu Abdullah a.s berkata: Sebaik-baik perkara yang mana bapa-bapa mewariskan kepada anak-anak mereka adalah adab, bukan harta. Kerana harta akan kehabisan dan adab akan kekal. Mas‘adah berkata: Apa yang dimaksudkan dengan adab itu adalah ilmu. Abu Abdullah a.s berkata: Sekiranya anda dilanjutkan dua hari di dalam umur anda, maka jadilah salah satu daripadanya untuk adab anda. Justeru ia dapat membantu anda pada hari kematian anda. Ada orang bertanya kepadanya: Apakah bentuk bantuan? Beliau a.s berkata: Anda memperelokkan pengurusan yang terdahulu dan mengemaskinikannya. Abu Abdullah a.s telah menulis surat kepada seorang lelaki:
             Bismillahir Rahmanir RahimAmma ba‘du. Adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya munafik tidak akan sukakan perkara yang menggembirakan mukminin. Orang yang bahagia akan mengambil nasihat yang berguna (takwa) meskipun ia dimaksudkan untuk orang lain.




Allah Mengasihani Kamu, Lalu Dia Menjadikan Untuk Kamu Mut‘ah Sebagai  Gantian Kepada Minuman Arak.

       133. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ali bin Asbat berkata: Sebahagian daripada sahabat kami telah memberitahuku daripada Muhammad bin Muslim, berkata: Abu Ja‘far a.s berkata: Wahai Ibn Muslim, orang ramai adalah ahli riyak selain daripada kamu. Ini adalah kerana kamu menyembunyikan apa yang Allah cintai dan menzahirkan apa yang orang ramai cintai. Orang ramai menzahirkan apa yang dimurkai oleh Allah dan menyembunyikan apa yang dicintai oleh Allah, wahai Ibn Muslim, sesungguhnya Allah telah mengasihani kamu, lalu Dia telah menjadikan mut‘ah[1] sebagai gantian kepada minuman keras[2] (inna llaha ra’afa bi-kum fa-ja‘ala al-Mut‘ata ‘iwadhan ‘an al-Asyribati).



[1] Al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm. 137 menyatakan bahawa Umar adalah orang yang pertama mengharamkan nikah mut‘ah. Al-Baihaqi, al-Sunan, v, hlm. 206 meriwayatlan kata-kata Umar: Dua mut‘ah yang dilakukan pada masa Rasulullah s.a.w, tetapi aku melarang kedua-duanya dan aku akan mengenakan hukuman ke atasnya; iaitu mut‘ah perempuan dan mut‘ah haji. Justeru ayat mengenai mut‘ah Surah al-Nisaa’ (4):24 “Maka isteri-isteri kamu yang kamu nikmati (mut‘ah) di atas mereka, berilah kepada mereka maharnya sebagai suatu kewajipan” adalah ayat muhkamah dan madaniyyah.. Oleh itu, ayat tersebut tidak dimansuhkan oleh Surah al-Mukminun (23):6 “Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki ” dan Surah al-Ma‘aarij (70):30 “Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki ” Kedua-dua ayat tersebut adalah mutasyaabihat danmakkiyyah. Ayat mutasyaabihat dan makkiyyah tidak boleh memansuhkan ayat muhkamah danmadaniyyah, kerana ayat madaniyyah adalah ayat yang terakhir turun. Ia juga tidak boleh dimansuhkan dengan ayat miirath (pusaka) dan ayat talak.

[2] Minuman keras atau khususnya nabidh adalah halal menurut Abu Hanifah.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Wasiat Rasulullah S.A.W Kepada Seorang Lelaki dll, al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H ini dipublish oleh Unknown pada hari 28 Ogos 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Wasiat Rasulullah S.A.W Kepada Seorang Lelaki dll, al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H
 

0 comments:

Catat Ulasan