Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Pengertian beberapa firman Allah, al-Raudhah mina l-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H


Pengertian Firman Allah Surah Al-Syams (91) : 1“Demi matahari dan cahayanya di pagi hari

       12. Sekumpulan daripada sahabat kami, daripada Sahl, daripada Muhammad, daripada bapanya (daripada Abu Muhammad), daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah bertanya kepadanya mengenai firman Allah a.s di dalam Surah Asy-Syams (91):1“Demi matahari dan cahayanya di pagi hari”, maka beliau a.s berkata: Asy- Syams (matahari) adalah Rasulullah s.a.w. Dengannyalah Allah telah menerangkan kepada manusia akan agama mereka. Aku berkata: Wa l-Qamari idha ma talaa-ha(dan bulan apabila mengiringinya?) Maka beliau a.s berkata: Al-Qamar (bulan) itu adalah Amir al-Mukminin a.s di mana Rasulullah s.a.w telah mengurniakan kepadanya ilmu.
       Aku berkata: Wa l-Laili idha yaghyaa-ha (dan malam apabila menutupinya”? Maka beliau a.s berkata: Al-Lail (malam) adalah para imam yang zalim selain daripada keluarga Rasulullah s.a.w. mereka menduduki tempat di mana keluarga Rasulullah s.a.w lebih layak dengannya. Justeru mereka menutup agama Allah dengan kezaliman, lalu Allah menceritakan perbuatan mereka di dalam firman-Nya “Dan malam apabila menutupinya”. Aku berkata: Wa n-Nahari idha jallaa-ha (dan siang apabila menampakkannya?) Beliau a.s berkata: Itulah imam daripada zuriat Fatimah a.s. yang akan ditanya mengenai agama Rasulullah s.a.w, lalu ia menjelaskannya  kepada siapa yang bertanya kepadanya. Lantaran itu, Allah a.w menceritakan firman-Nya “Dan siang apabila menampakkannya

Takwil Firman Allah “ Sudah datangkah kepadamu berita (mengenai) hari pembalasan?” Surah Al-Ghaasyiah(88):1

       13. Sahl, daripada Muhammad, daripada bapanya, daripada Abu Abdullah a.s , berkata: Aku berkata: “ Sudah datangkah kepadamu berita (mengenai) hari pembalasan?” Surah al-Ghaasyiah(88):1. Beliau a.s berkata: Al-Qaim akan membalas mereka dengan pedang. Aku berkata: “Banyak muka pada hari itu tunduk terhina”? Beliau a.s berkata: Tunduk tanpa penentangan. Aku berkata: ‘amilatun [bekerja keras] beliau a.s berkata: Ia bekerja keras tanpa menurut hukum Allah (‘amilat bi-ghai ma anzala l-Lah). Aku berkata: Nasibatun (penuh dengan penentangan?) Beliau a.s berkata: Menentang para imam (nasabat ghaira wulaat al-Amr). Aku berkata: Taslaa naaran hamiyatan (memasuki api yang sangat panas), beliau a.s berkata: Memasuki api peperangan di dunia pada masa al-Qaim dan pada hari akhirat api neraka.

Takwil Firman Allah “Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sumpahnya yang sungguh-sungguh Surah Al-Nahl (16):38

       14. Sahl, daripada Muhammad, daripada bapanya, daripada Abu Basir, berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s mengenai firman-Nya Surah al-Nahl (16):38 “Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sumpahnya yang sungguh-sungguh: “Allah tidak akan membangkitkan orang yang mati “(Tidak demikian) bahkan Allah akan membangkitkannya), sebagai suatu janji yang benar, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya”? Beliau a.s berkata kepadaku : Wahai Abu Basir, apa pendapat anda mengenai ayat ini?
       Aku berkata: Sesungguhnya musyrikin menyangka dan bersumpah kepada Rasulullah s.a.w bahawa Allah tidak akan membangkitkan orang yang mati. Maka beliau a.s berkata: Binasalah orang yang berkata sedemikian, dan bertanyalah kepada mereka, adakah musyrikin bersumpah dengan Allah atau dengan al-Lata dan al-‘Uzza? Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, maka teranglah kepadaku. Maka beliau a.s berkata kepadaku: Wahai Abu Basir, sekiranya al-Qaim kita datang, maka Allah akan membangkitkan satu kaum di kalangan Syi‘ah kita dengan sarung-sarung pedang mereka berada di atas bahu-bahu mereka, lalu al-Qaim menyampaikannya kepada  satu kaum di kalangan Syi‘ah kita yang belum mati dan mereka berkata: Polan telah dibangkitkan, begitu juga polan dan polan telah dibangkitkan daripada kubur-kubur mereka dan mereka bersama al-Qaim.
       Kemudian al-Qaim menyampaikan perkara tersebut kepada satu kumpulan di kalangan musuh kita, lalu mereka berkata: Wahai kumpulan Syi‘ah, alangkah dustanya kamu, ini adalah kerajaan kamu, tetapi kamu bercakap bohong, demi Allah, mereka tidak pernah hidup dan mereka tidak akan hidup sehingga hari Kiamat. Maka Allah menceritakan percakapan mereka di dalam firman-Nya “Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sumpahnya yang sungguh-sungguh:“Allah tidak akan membangkitkan orang yang mati

Takwil Firman Allah “Maka tatkala mereka merasakan azab kami, tiba-tiba mereka melarikan diri Surah Al-Anbiyaa’ (21): 12

       15. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Tha‘labah bin Maimun daripada Badr bin al-Khalil al-Asadi berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata mengenai firman Allah di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21): 12 “Maka tatkala mereka merasakan azab kami, tiba-tiba mereka melarikan diri dari negerinya. Janganlah kamu lari tergesa-gesa; kembalilah kepada nikmat yang telah kamu rasakan dan kepada tempat-tempat kediamanmu(yang baik), supaya kamu ditanya”, maka beliau a.s berkata: Apabila al-Qaim datang dan diutus kepada Bani Umayyah di Syam, lalu mereka lari ke Rom.
       Maka golongan Rom berkata kepada mereka: Kami tidak akan membenarkan kamu masuk sehingga kamu menjadi kristian (tatanassaru). Lantas mereka menggantungkan salib di tengkuk-tengkuk mereka. Kemudian mereka dibenarkan masuk. Apabila para sahabat al-Qaim datang kepada mereka, mereka menuntut keamanan dan perdamaian. Lantas para sahabat al-Qaim berkata: Kami tidak akan melakukannya sehingga kamu memulangkan kepada kami golongan kami di pihak kamu. Kemudian mereka memulangkan mereka semua kepada para sahabat al-Qaim.
       Justeru Allah berfirman “Maka tatkala mereka merasakan azab kami, tiba-tiba mereka melarikan diri dari negerinya. Janganlah kamu lari tergesa-gesa; kembalilah kepada nikmat yang telah kamu rasakan dan kepada tempat-tempat kediamanmu(yang baik), supaya kamu ditanya” Al-Qaim akan bertanya mereka mengenai barang simpanan sedangkan beliau a.s lebih mengetahui mengenainya. Justeru mereka berkata di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21):14-15 “Aduhai, celaka kami, sesungguhnya kami adalah golongan yang zalim” “ Maka tetaplah demikian keluhan kami, sehingga kami jadikan mereka sebagai tanaman yang telah dituai, yang tidak dapat hidup lagi” dengan pedang.


Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Pengertian beberapa firman Allah, al-Raudhah mina l-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H ini dipublish oleh Unknown pada hari 05 Ogos 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Pengertian beberapa firman Allah, al-Raudhah mina l-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H
 

0 comments:

Catat Ulasan