Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Malaikat yg meluruhkan dosa-dosa Syiah, tafsir ayat dan taubat Adam as, al-Raudhah mina l-Kafi oleh al-Kulaini, we. 328/29 H


Sesungguhnya Bagi Allah Malaikat Yang Meluruhkan Dosa-Dosa Daripada Belakang-Belakang Syi‘ah Kami.

       470. Muhammad bin Ahmad, daripada Abdullah bin al-Salt, daripada Yunus daripada orang yang telah menyebutnya, daripada Abu Basir berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya bagi Allah malaikat yang meluruhkan dosa-dosa daripada belakang-belakang Syi‘ah kami sebagaimana angin meluruhkan daun daripada pokok pada masa luruhnya sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Syuura (42):5 “Malaikat-malaikat  bertasbih serta memuji Tuhan-Nya dan memohonkan ampun bagi golongan yang ada di bumi”, beliau a.s berkata: Demi Allah, Dia tidak maksudkan dengan ayat ini selain daripada kamu.

Mengenai Firman Allah Di Dalam Surah Al-Zumar (39): 45 “Dan apabila hanya nama Allah saja yang disebut, kesallah hati golongan  yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat

       471. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada ‘Umar bin Adhinah, daripada Zararah berkata: Abu al-Khattab telah memberitahuku di dalam keadaan yang amat baik bahawa beliau  berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Zumar (39): 45 “Dan apabila hanya nama Allah saja yang disebut, kesallah hati golongan  yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat”, maka beliau a.s berkata: “Dan  apabila hanya nama Allah saja yang disebut” ( dengan mentaati keluarga Muhammad dengan perintah Allah) “kesallah hati golongan  yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat dan apabila nama golongan selain daripada Allah yang disebut, tiba-tiba mereka bergirang hati”

Taubat Adam A.S.  

       472. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Ibrahim, daripada Kathir bin Kalthamah, daripada salah seorang daripada mereka berdua a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 37 “Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhan-Nya”, beliau a.s berkata: Tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau. Wahai Tuhanku, dengan kepujian Engkau aku telah melakukan kejahatan dan aku telah menzalimi diriku. Justeru ampunilah aku dan Engkau adalah sebaik-baik Pengampun.
       Tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, dengan kepujian Engkau aku telah menzalimi diriku, maka ampunilah aku dan Engkau adalah Maha Penyayang. Tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, Wahai Tuhanku, dengan kepujian Engkau aku telah melakukan kejahatan dan aku telah menzalimi diriku, maka ampunilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Menerima  taubat dan Maha Mengasihani. Di dalam riwayat yang lain beliau a.s berkata: Adam telah memohon kepada Tuhan-Nya dengan hak Muhammad, Ali, al-Hasan, al-Husain dan Fatimah a.s.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Malaikat yg meluruhkan dosa-dosa Syiah, tafsir ayat dan taubat Adam as, al-Raudhah mina l-Kafi oleh al-Kulaini, we. 328/29 H ini dipublish oleh Unknown pada hari 05 Ogos 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Malaikat yg meluruhkan dosa-dosa Syiah, tafsir ayat dan taubat Adam as, al-Raudhah mina l-Kafi oleh al-Kulaini, we. 328/29 H
 

0 comments:

Catat Ulasan