Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Mengapa Aku Memilih Ahlu l-Bait AS? Oleh Syeikh al-Antaki, bab 3, Syi'ah dan Sunnah Nabawiyyah, (B)



Begitu juga hadith ini mewajibkan mukmin berpegang kepada Ahlu l-Bait AS bagi mendapat kejayaan yang abadi dan menjauhi siksaan di hari hisab.
Al-Sayyid al-Muhsin al-Amin al-'Amili65 berkata: Manakah kata-kata yang lebih jelas daripada sabdanya:"Siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang membelakanginya binasa atau tenggelam" sebagaimana orang yang menaiki bahtera Nuh berjaya daripada tenggelam. Dan siapa yang tidak menaikinya tenggelam dan binasa. Begitu juga dengan orang yang mengikuti Ahlu l-Bait AS berada di dalam kebenaran dan selamat daripada kemurkaan Allah SWT serta mendapat kemenangan dengan keridhaanNya. Dan siapa yang menyalahi mereka akan binasa dan jatuh ke dalam kemurkaan Allah dan siksaanNya. Ini menunjukkan kemaksuman mereka. Jikalau tidak, bagaimana orang yang mengikuti mereka berjaya dan orang yang menyalahi mereka binasa.
Ini adalah secara umum dan khusus sebagaimana telah diterangkan di dalam hadith Thaqalain. Apa yang dimaksudkan di dalam hadith itu ialah para imam Ahlu l-Bait yang telah disepakati kelebihan mereka. Dikenali dengan keilmuan, kezuhudan dan kewarakan mereka. Dan ummat juga bersepakat selain daripada mereka tidaklah maksum. Orang yang tidak maksum tidak menjamin kejayaan pengikutnya, dan penentangnya pula tidaklah binasa dalam setiap keadaan.
Justeru itu memadailah mereka dinamakan pintu pengampunan kerana kejayaan terletak pada mengikuti mereka dan pelepasan dosa serta kemaksiatan, adalah dengan mengambil jalan mereka.
Aku berkata: Hadith ini yang mulia ini merupakan hujah yang pemutus dan dalil yang kuat terhadap dakwaan Syi'ah al-Abrar dan pengikut-pengikut Ahlu l-Bait AS bahawa khalifah adalah untuk 'Ali Amirul Mukminin AS. Selepas Rasulullah SAWAW secara langsung dan selepasnya adalah zuriatnya yang terpilih berdasarkan kepada nas hadith bahawa orang-orang yang berpegang kepada 'itrah yang suci akan berjaya. Dan orang yang membelakangi mereka akan binasa. Lantaran itu tidak ada ruang bagi seseorang untuk menentang hujah mereka dan mengambil selain daripada mereka serta mendakwa kejayaan bagi dirinya. Aku memohon kepada Allah supaya menunjukkan Muslimin kepada jalan yang benar dan menyatukan pemikiran mereka bagi mengikuti kebenaran dan mengilhamkan mereka percakapan yang benar.
5. Hadith Madinah al-'Ilm (Hadith Bandar Ilmu)
Sabda Nabi SAWAW:"Aku adalah bandar ilmu dan 'Ali adalah pintunya."
Hadith ini adalah di antara hadith-hadith yang sabit di sisi para ulama Islam secara langsung daripada para penghafal hadith, pakar-pakar sejarah dan sirah. Dan pemindahannya adalah secara mutawatir daripada para ulama Islam dari berbagai-bagai pihak di setiap masa.
Adapun para sahabat yang meriwayatkan hadith ini adalah ramai di antaranya:
Imam Amiru l-Mukminin Ali AS, Imam Hasan AS, Abdullah bin Abbas, Jabir bin Abdullah al-Ansari, Abdullah bin Mas'ud al-Hazali, Huzaifah bin al-Yaman, Abdullah bin Umar, Anas bin Malik, Amru bin al-'As dan lain-lain.

Adapun para perawi hadith ini di peringkat Tabi'in ialah:
Imam Zain al-'Abidin bin 'Ali bin al-Husain  AS. Anaknya Imam Muhammad al-Baqir AS, Asbagh bin Nubatah, Jarir al-Dhubi, Haris bin Abdullah al-Hamdani al-Kufi, Sa'd bin Tarif al-Hamzali al-Kufi, Sa'id bin Jubair al-Asadi al-Kufi, Salmah bin Kuhail al-Hadhrami al-Kufi, Sulaiman bin Mihran al-Asadi al-Kufi, 'Asim bin Hamzah al-Saluli al-Kufi, 'Abdullah bin Uthman bin Khaitham al-Qari' al-Makki, Abdul Rahman bin Uthman, Abdullah bin Usailah al-Muradi Abu Abdullah al-Sinaiji, Mujahid bin Jubair Abu al-Hajjaj al-Makhzumi al-Makki.
Adapun para ulama yang menghukum kesahihannya adalah ramai di antaranya: al-Tabari di dalam Tahdhib al-Athar, al-Hakim di dalam Mustadrak66, al-Suyuti di dalam Jam' al-Jawami', al-Biruni di dalam Asna al-Matalib, al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-Ummal, Fadhulullah bin Ruzabhan al-Syirazi di dalam Abtal al-Abatil, al-Fairuz Abadi di dalam Naqd al-Sahih, Ibn Hajr al-Asqalani di dalam beberapa fatwanya yang diceritakan oleh al-Suyuti di dalam al-Li'ali al-Masnu'ah dan Jam' al-Jawami', al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah, Muhammad bin Yusuf al-Syammi di dalam Subul al-Huda wa-Rasyad fi Asma' al-'Ibad, Ibn Hajr di dalam Sawa'iq al-Muhriqah, al-Muhawi di dalam Faidh al-Qadir Syarh al-Jami' al-Saghir, 'Abd al-Haq al-Dahlawi di dalam al-Luma'at, al-Siban al-Misri di dalam Is'af al-Raghibin dan lain-lain.
Adapun para ulama yang mencatat hadith ini di dalam buku-buku dan musnad-musnad mereka adalah ramai di antaranya: al-Hakim di dalam al-Mustadrak, dia berkata: Abu al-Abbas Muhammad bin Ya'qub telah memberitahukan  kami, Muhammad bin Abd al-Rahim al-Harwi telah memberitahukan kami di Ramlah, Abu al-Salt Abd al-Salam bin Salih telah memberitahukan kami, Abu Muawiyah telah memberitahukan kami daripada al-'Amasy daripada Mujahid daripada Ibn Abbas RD dia berkata: Rasulullah SAWAW bersabda: Aku adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya. Maka sesiapa yang ingin datang ke bandar ilmu, maka hendaklah dia datang melalui pintunya. Sanad hadith ini adalah sahih tetapi Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya di dalam sahih-sahih mereka.
Al-Khatib al-Baghdadi di dalam Tarikh Baghdad67 berkata: Yahya bin 'Ali al-Daskari Bahlawan telah memberitahukan kami. Begitu juga Abu Bakr Muhammad bin al-Muqri, Abu Tayyib Muhammad bin Abd al-Samad al-Daqqaq al-Baghdadi, Ahmad bin Abdullah Abu Ja'far al-Maktab. Abd al-Razzaq. Sufyan al-Thauri telah memberitahukan kami daripada Abdullah bin Uthman, dia berkata: Aku telah mendengar Jabir bin Abdullah RD berkata: Aku mendengar Rasulullah SAWAW bersabda di dalam keadaan memegang lengan Ali bin Abu Talib AS:'Inilah amir orang-orang yang baik,pembunuh orang-orang yang jahat, menolong orang yang menolongnya, menghina orang yang menghinanya. Aku adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya. Maka sesiapa yang ingin datang ke bandar ilmu, maka hendaklah dia datang melalui pintunya.'
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah68, hlm. 183 berkata: Ibn 'Udayy dan al-Hakim telah meriwayatkan daripada Jabir, dia berkata: Rasulullah SAWAW bersabda:'Aku adalah bandar ilmu dan 'Ali adalah pintunya. Dan sesiapa yang ingin datang kepada bandar ilmu, maka hendaklah dia datang melalui pintunya.'
Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah69 menerangkan bahawa hadith ini telah diriwayatkan melalui al-'Uqaili dan Ibn 'Udayy daripada Ibn Umar dia berkata: Rasulullah SAWAW bersabda:'Aku adalah bandar ilmu dan 'Ali adalah pintunya.' Di dalam riwayat yang lain pula 'Sesiapa yang inginkan ilmu, maka hendaklah datang melalui pintunya.'
Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah70 berkata:'Hadith ini telah diriwayatkan oleh Suwaid bin Sa'id daripada Syarik daripada Salmah daripada al-Sinaiji daripada 'Ali secara marfu':'Aku adalah bandar ilmu dan 'Ali adalah pintunya. Maka sesiapa yang inginkan ilmu, maka hendaklah datang melalui pintunya.'
Al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-Ummal71 menyatakan bahawa hadith ini telah diriwayatkan daripada Ali sebagaimana telah disebutkan oleh Ibn Kathir.
Ibn 'Abd al-Birr di dalam al-Isti'ab72 berkata: Hadith ini telah diriwayatkan daripada Nabi SAWAW, beliau bersabda:'Aku adalah bandar ilmu dan 'Ali adalah pintunya. Maka sesiapa yang inginkan ilmu, maka hendaklah melalui pintunya.'
Muhibb al-Tabari di dalam al-Riyadh al-Nadhirah73 menerangkan bahawa hadith ini telah diriwayatkan melalui Abu 'Umar sebagaimana telah diterangkan di dalam al-Isti'ab dan Dhakha'ir al-'Uqba74.
Ibn Abi l-Hadid di dalam Syarh Nahj al-Balaghah75 berkata: Rasulullah SAWAW bersabda:'Aku adalah bandar ilmu dan 'Ali adalah pintunya. Maka sesiapa yang ingin datang ke bandar ilmu, maka hendaklah datang melalui pintunya.' Hadith ini juga telah dicatat oleh Ibn al-Athir al-Jazari di dalam Usd al-Ghabah76, al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib77, al-Dhahabi di dalam al-Talkhis78, Ibn Hajr al-'Asqalani di dalam Lisan al-Mizan79 dan Tahdhib al-Tahdhib80, al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah, al-Nabhani di dalam al-Fath al-Kabir al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa' dan al-Jami' al-Saghir, Sibt Ibn al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Khawwas dan lain-lain.
Sayyid Najafi' al-Mar'asyi telah menyebutkan hadith ini di dalam Ta'liqatuhu 'Ala Ihqaq al-Haqa'iq karangan Ayatullah 'Uzma Sayyid Qadhi Nurullah al-Tastari RH. Kemudian dia menyebutkan nama-nama ulama Ahlu l-Sunnah yang menyokong hadith ini di dalam Jilid, V, hlm. 469-514.
Aku berkata: Sekiranya Ahlu s-Sunnah yang meriwayatkan hadith ini telah membohongi Rasulullah SAWAW sebagaimana telah disangkakan oleh dajal-dajal yang menjadi kebiasaan mereka melakukan keaiban-keaiban dan berusaha untuk kerosakan dan menentang darurat, maka mereka akan dipertanggungjawabkan terhadap agama di hadapan Allah SWT. Ya! Kita dapati ramai daripada orang yang memalsukan hadith ke atas Rasulullah SAWAW mengenai 'kelebihan sahabat' telah menerima upah yang lumayan dan ada yang melakukannya secara sukarela. Apabila mereka dapati tidak ada kecacatan pada hadith ini, kerana ia diakui oleh Sunnah dan Syi'ah, lalu mereka menambahkan beberapa rangkaian padanya bagi mengalihkannya daripada apa yang sepatutnya. Maka mereka memindahkannya seperti: Aku adalah bandar ilmu, Abu Bakr asasnya, 'Umar dindingnya, 'Uthman bumbungnya dan 'Ali pintunya.
Para ulama Ahlu s-Sunnah mencela sesama mereka. Kerana mereka menjadikan 'Uthman bumbungnya lalu berkata: Bandar tidak ada bumbung. Sekiranya mereka berfikir sejenak nescaya mereka mengetahui bahawa madinah al-ilm (Bandar ilmu) adalah 'suasananya.' Bagaimana Abu Bakr menjadi asasnya sedangkan dia tidak mengetahui perkataan Abba. Sebagaimana diriwayatkan oleh para ahli Tafsir dari golongan Sunah dan Syi'ah bahawa dia pernah ditanya tentang firmanNya di dalam Surah 'Abbasa(80):31:"Fakihatan wa abba (buah-buah dan rumput-rumputan).'"Fakihatan  kami mengetahui maknanya adapun Abba kami tidak mengetahuinya. Bumi manakah yang aku akan pijak dan langit manakah yang aku akan junjung, apabila aku berkata sesuatu tentang kitab Allah dengan fikiranku sedangkan aku tidak mengetahuinya."Dia juga berkata:"Sesungguhnya syaitan selalu menggodaku dan apabila aku melakukan kesalahan, maka perbetulkanlah (kesalahan)ku."
Begitu juga halnya dengan 'Umar. Bagaimana dia boleh menjadi dindingnya sedangkan dia berkata:"Orang ramai lebih mengetahui daripada Umar sehingga gadis-gadis sunti di dalam khemah." Dia berkata:"Sekiranya 'Ali tidak ada, nescaya binasalah Umar." Dia juga berkata:"Semoga Allah tidak meninggalkan aku di dalam permasalahan di mana Abu l-Hasan tidak ada." Dan banyak lagi contoh-contoh seumpama itu dari pengakuannya sendiri tentang kejahilannya di dalam beberapa perkara termasuk hukum-hukum dan lain-lain. Demi Tuhan Ka'bah, Ahlu s-Sunnah tidak boleh mengatakan bahawa kata-kata Umar itu sebagai tawadhuk (merendah diri).
Keuzuran yang sejuk ini tidak mempunyai kemuliaan lagi kerana dia tidak ada jalan keluar bagi sifat tawadhuk yang disangkakan. Kerana maqam yang kita bincangkan sekarang adalah maqam khilafah daripada Nabi SAWAW yang maksum yang membawa syariat yang kuat sehingga berakhirnya dunia ini. Sebagai menunaikan kewajipan tersebut maka tawadhuk tidak menjadi alasan lagi. Dan sesungguhnya dakwah tawadhuk memerlukan dalil dan tidak ada dalil bagi Ahlu s-Sunnah. Kemudian kata-kata 'Umar itu menunjukkan kelebihan 'Ali AS di setiap keadaan. Dan cukuplah itu menjadi dalil bagi Syi'ah al-Abrar.
Dengan nama Tuhan anda, katakanlah kepadaku wahai Muslim yang budiman! Adakah layak orang seperti Umar yang mengakui kejahilannya sendiri menjadi khalifah kepada ummat yang baru Islam sedangkan ada orang yang disabdakan oleh Rasulullah SAWAW:"Anda wahai 'Ali! Pewaris ilmuku, suami anak perempuanku, pelaksana agamaku dan khalifahku selepasku." Justeru itu Amirul Mukminin telah menunjuk kepada dadanya di suatu hari di atas mimbar Masjid di Kufah sebanyak tiga kali sambil berkata:"Disinilah sifat ilmu. Bertanyalah kepadaku sebelum kalian kehilanganku. Demi Allah sekiranya kalian bertanya kepadaku tentang jalan-jalan langit dan bumi, nescaya aku akan memberitahukan kalian mengenainya. Maka sesungguhnya aku lebih mengetahui jalan-jalan langit dan bumi." Hadith-hadith seumpama ini memanglah banyak, maka di manakah nilainya wahai Muslimun!
Mereka juga telah menjadikan Uthman sebagai bumbung, ianya ditertawakan oleh ibu yang kehilangan anaknya. Mereka menjadi Abu Bakr sebagai asas dan Umar sebagai dindingnya. Aku tidak mengerti syaitan, jin dan manusia mana yang membuat tambahan kepada hadith ini? Kerana apa yang terdapat di dalam musnad-musnad Ahlu s-Sunnah menyalahinya. Malah terdapat sanadnya yang tidak boleh dipercayai. Mudah-mudahan mereka akan sedar dari kelalaian mereka dan memerhatikan hadith yang mulia ini dari segi balaghah dan fasahahnya.
Malah penambahan kepada hadith tersebut, telah menurunkan darjat ketiga-tiga khalifah dan menghia mereka. Kerana orang yang menuju ke bandar ilmu tidak akan memasuki melalui asasnya, dindingnya dan bumbungnya, malah melalui pintunya.
Hadith (tambahan) seperti ini telah dilakukan di zaman Tahgut Mu'awiyah yang telah mengambil hadith sebagai bahan perniagaan sebagaimana kami telah kemukakannya sebelum ini. Dia telah memerintahkan gabenor-gabenornya supaya memalsukan hadith tentang kelebihan sahabat dan mencela Ahlu l-Bait AS. Apatah lagi tentang hak Amiru l-Mukminin AS.
Kesimpulan: Tertegaknya khalifah Amiru l-Mukminin Ali AS selepas Rasulullah SAWAW secara langsung dengan hadith: Aku adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya di samping dalil-dalil akal dan naqliyyah kerana Rasulullah SAWAW telah menjadikan Ali sebagai pintu bandar ilmu yang didatangi oleh penuntut-penuntut ilmu dari segenap pelusuk dunia. Dan Nabi SAWAW tidak pernah mewakilkan urusan ini selain daripada Ali, kerana orang lain tidak mempunyai kelayakan untuk memikul bebanan yang berat dan besar di mana kejayaan ummat terletak di atasnya.
Atau  kebinasaan jika ia menyalahi dan mendurhakai perintah orang yang memerintah. Sebagaimana sabdanya:'Siapa yang inginkan ilmu, maka hendaklah datang melalui pintunya dan siapa yang datang bukan melalui pintunya dikira pencuri dan dia adalah dari parti 'iblis.'
Sayyid Mir Hamid Husain al-Nisaburi di dalam bukunya al-'Abaqat telah menyebutkan hadith 'Aku adalah bandar ilmu, maka 'Ali adalah pintunya.' Kemudian dia mengatakan bahawa 'Ali berhak menjadi khalifah selepas Rasulullah SAWAW secara langsung dan mengemukakan dalil yang kuat mengenainya.

Ringkasnya, aku telah mengemukakan di sini lima hadith ma'thurah daripada Rasulullah SAWAW yang sabit di dalam buku-buku Ahlu s-Sunnah. Dan yang dipersetujui oleh mereka bagi menunjukkan betapa benarnya dakwaan Syi'ah tentang keutamaan Amiru l-Mukminin 'Ali AS menjadi khalifah secara langsung selepas Rasulullah SAWAW:
1. Hadith al-Dar atau al-Indhar.
2. Hadith al-Thaqalain.
3. Hadith al-Manzilah.
4. Hadith al-Safinah.
5. Hadith al-Madinah.

Aku telah mengemukakannya kepada anda wahai pembaca yang budiman, setelah aku memaparkan enam ayat al-Qur'an:
1. Ayat al-Wilayah [al-Mai'dah(5):55)].
2. Ayat al-Tathir [al-Ahzab (33):33].
3. Ayat al-Mubahalah ['Ali Imran(3):61].
4. Ayat al-Mawaddah [al-Syura'(42):20].
5. Ayat al-Salawat [al-Ahzab(33):56].
6. Ayat al-Tabligh [al-Mai'dah(5):67]
Lantaran itu enam ayat al-Qur'an dan lima hadith ma'thurah, maka jumlahnya sebelas yang saling lengkap-melengkapi dan diakui oleh Ahlu s-Sunnah dan Syi'ah. Justeru itu tidak seorangpun akan menentangnya kecuali orang yang dikuasai oleh hawa nafsunya. Lantaran itu dia akan dibawa ke jurang yang amat dalam, yang tidak ada batasan dan penentuan baginya. Oleh itu urusan khalifah terserlah secara langsung kepada 'Ali AS.
Sebelas dalil yang sempurna ini telah dicatat oleh para ulama Islam dan telah disahkan oleh pemuka-pemuka ulama Sunnah di samping ulama Syi'ah al-Abrar. Justeru itu tidak ada jalan (tipudaya) untuk memisahkan Ali AS dari menjadi khalifah secara langsung selepas Rasulullah SAWAW.
Apa yang diharap-harapkan ialah supaya saudara-saudaraku Ahlu s-Sunnah mematuhi kebenaran dan meninggalkan celaan ke atas saudara-saudara mereka Syi'ah. Kerana mereka berjalan menurut jalan Ahlu l-Bait Rasulullah SAWAW. Mereka tidak berganjak sedikitpun daripada mereka (Ahlu l-Bait AS). Oleh itu janganlah  mengaitkan mereka dengan pembohongan-pembohongan yang keji dan rekaan-rekaan yang hina serta perkataan yang dibuat-buat. Dan tidak menghubungkaitkan mereka dengan tohmahan-tohmahan yang batil sebagaimana dilakukan oleh sebahagian Ahlu s-Sunnah seperti Ibn Taimiyah, Ibn Hazm, Ibn Hajr, Ahmad Amin Mesir, Musa Jarullah, Muhammad Thabit al-Misri, al-Hafnawi dan al-Jubhan. Seperti Syaikh Nuh yang telah mengeluarkan fatwa tentang kekafiran Syi'ah al-Abrar, dan membunuh mereka.....sama ada mereka bertaubat ataupun tidak. Dan orang-orang yang menurut jejak langkah mereka yang jahat. Mereka menjadi kuncu-kuncu Bani Umaiyyah. Aku memoho perlindungan kepada Tuhan Arasy daripada golongan yang melakukan kezaliman dan permusuhan ke atas kami, sama ada secara jahil atau berpura-pura jahil, mengambil upah atau secara sukarela.
Aku juga berharap dari saudara-saudaraku Ahlu s-Sunnah supaya mengkaji kebenaran yang terdapat di dalam buku-buku mereka sendiri tentang Syi'ah dan meninggalkan celaan ke atas mereka dan apa yang tidak diredhai Allah SWT. Dan janganlah mereka menulis di dalam buku-buku mereka apa yang tidak terdapat di dalam buku-buku Syi'ah. Apatah lagi jika ianya telah menjadi asas mazhab mereka kerana zaman sekarang adalah zaman cahaya. Hakikat kebenaran Syi'ah telah terserlah kepada kebanyakan orang. Dan orang ramai mulai berpegang kepada mazhab Tasyayu' secara beramai-ramai.
Sesungguhnya aku memberi nasihatku yang berguna ini kerana aku mengetahui celaan-celaan dan cacian-cacian yang menggerunkan jiwa-jiwa yang sejahtera terdapat di dalam buku-buku karangan Ahlu s-Sunnah. Allah menjadi saksi sesungguhnya aku sebelum berpegang kepada mazhab Ahlu l-Bait AS, sentiasa menasihati sahabat-sahabatku dan ulama-ulama yang besar di Qahirah, Damsyiq, Halah, Makkah, Madinah dan lain-lainnya terutamanya penulis-penulis supaya tidak mencela golongan yang berpegang kepada mazhab Ahlu l-Bait AS sambil berkata: Sebaik-baik bagi kalian menentang Syi'ah dengan cara yang lebih baik iaitu dengan dalil akal atau naql bukan dengan cacian dan tohmahan kerana ianya tidak sesuai dengan peradaban Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAWAW.
Kalian perhatikanlah buku-buku karangan Syi'ah, pasti mempunyai hujah-hujah yang mengukuhkan dakwaan mereka dan mereka menahan daripada cacian dan tohmahan yang batil. Malah mereka menyeru kalian (Ahlu s-Sunnah) dengan kata-kata yang sopan: Mudah-mudahan Allah memperbaiki saudara-saudara kami Ahlu s-Sunnah. Inilah akhlak mereka yang diambil daripada imam-imam mereka dan buku-buku mereka berada di merata-rata tempat. Justeru itu hendaklah kalian mengkajinya atau menjawabnya jika kalian mampu.
Aku mengkaji banyak buku-buku karangan Syi'ah, maka aku dapati ianya menyalahi apa yang dikatakan kepada mereka. Demi Allah! Mereka adalah golongan Mukminin kepada hukum lima yang yang datang daripada Allah dan RasulNya dan akan terus beramal dengannya dari hari beliau diutuskan sehingga hari beliau dibangkitkan. Aku tidak mendapati dosa mereka selain dari tidak mengutamakan selain daripada Ahlu l-Bait ke atas Ahlu l-Bait AS. Dan adakah ini dikira dosa wahai Muslimin?

Nota kaki
64. al-Ausat, hlm. 216.
65. A'yan al-Syi'ah, III, hlm. 265.
66. al-Mustadrak, III, hlm. 126.
67. Tarikh al-Baghdad, II, hlm. 377.
68. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 183.
69. al-Sawa'iq al-Muhriqah, hlm. 37.
70. al-Bidayah wa al-Nihayah, VII, hlm. 358.
71. Kanz al-Ummal, V,  hlm. 30.
72. al-Isti'ab, II,hlm. 30.
73. al-Riyadh al-Nadhirah, II, hlm. 193.
74. Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 77.
75. Syarh Nahj al-Balaghah, II, hlm. 236.
76. Usd al-Ghabah, IV, hlm. 27.
77. Kifayah al-Talib, hlm. 99.
78. al-Talkhis, III, hlm. 126.
79. Lisan al-Mizan, I, hlm. 432.
80. Tahdhib al-Tahdhib, II, hlm. 320.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Mengapa Aku Memilih Ahlu l-Bait AS? Oleh Syeikh al-Antaki, bab 3, Syi'ah dan Sunnah Nabawiyyah, (B) ini dipublish oleh Unknown pada hari 28 Ogos 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Mengapa Aku Memilih Ahlu l-Bait AS? Oleh Syeikh al-Antaki, bab 3, Syi'ah dan Sunnah Nabawiyyah, (B)
 

0 comments:

Catat Ulasan