Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Tiada Jangkitan, Tiada Padah (tairah), Tiada Kesusahan, Tiada Jahat Sangka dll, al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/2



Tiada Jangkitan, Tiada Padah (tairah), Tiada Kesusahan, Tiada Jahat Sangka.

       234. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin Mahbub berkata: Al-Nadhar bin Qirwasy al-Jamal telah memberitahu kami berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai unta yang menghidapi penyakit kulit, adakah aku mengasingkannya daripada untaku, kerana khuatir ia menjangkitinya dan binatang yang lain.
       Kemungkinan ia menjadi pucat sehingga ia meminum air? Abu Abdullah a.s berkata: Seorang Badwi telah mendatangi Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah, aku mendapati kambing betina, lembu betina dan unta betina dengan harga yang murah, tetapi semuanya menghidapi penyakit kulit, maka aku benci membelinya kerana khuatir ia akan menjangkiti untaku dan kambingku? Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Tiada jangkitan, tiada padah (tairah), tiada kesusahan, tiada jahat sangka, tiada penyakit kuning, tiada penyusuan selepas bercerai susu, tiada perasaan keakraban selepas hijrah, tiada diam sehari sehingga malam, tiada talak sebelum nikah, tiada kemerdekaan hamba sebelum milik dan tiada yatim selepas mencapai umur baligh.

Padah Terletak pada Anda.

       235. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya daripada Abdullah bin al-Mughirah daripada ‘Umru bin Harith berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Padah (tairah) adalah terletak pada  anda. Jika anda memandang ringan terhadapnya,  maka ia tidak memberi kesan kepada anda. Jika anda mengambil berat mengenainya, maka ia akan bertambah serius. Dan jika anda tidak menjadikannya sesuatu, maka tiada apa-apa baginya.

Penutupan  Padah Adalah Tawakal.

       236. Ali bin Ibrahim daripada bapanya, daripada al-Nufali al-Sukuni daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:  Penutupan  padah adalah tawakal (kaffaaratu al-Tairati al-Tawakkal).

Kisah Mereka Yang Keluar Daripada Rumah Mereka Kerana Takut Mati.

       237. Beberapa orang sahabat kami. Daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Mahbub, daripada Umar bin Yazid dan lain-lainnya, daripada sebahagian daripada mereka, daripada Abu Abdullah a.s dan sebahagian mereka daripada Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 243 “Apakah kamu tidak memerhatikan golongan yang keluar dari kampung halaman mereka, sedang mereka beribu-ribu (jumlahnya), kerana takut mati; “Maka Allah berfirman kepada mereka: “Matilah kamu, kemudian Allah menghidupkan mereka”.  Beliau a.s berkata: Mereka adalah penghuni-penghuni salah satu bandar di Syam yang terdiri daripada tujuh puluh ribu rumah.
       Penyakit taun berlaku kepada mereka pada setiap masa. Apabila merebak taun, maka golongan kaya mereka keluar dari bandar kerana kekuatan mereka. Sementara golongan miskin mereka tinggal di bandar kerana kelemahan mereka. Kematian berlaku kebanyakannya di kalangan golongan yang tinggal di bandar dan ianya kurang berlaku kepada golongan yang telah keluar bandar. Maka golongan yang telah keluar berkata: Jika kami tinggal di bandar, nescaya kematian banyak berlaku kepada kami. Sementara golongan tinggal di bandar berkata: Jika kami keluar, nescaya kematian sedikit sahaja berlaku kepada kami.
       Semua mereka bersetuju bahawa jika taun berlaku pada mereka dan merebak, maka semua mereka keluar bandar dan menjauhi dari taun kerana khuatir mereka akan mati, lalu mereka bertaburan lari ke seluruh negara menurut apa yang dikehendaki Allah. Kemudian mereka melalui satu bandar rosak di mana penghuni-penghuninya telah meninggalkannya dan mereka telah dibinasakan oleh taun, maka mereka tinggal pula di bandar tersebut. Apabila perjalanan mereka berakhir dan merasai ketenangannya, maka Allah berfirman kepada mereka di dalam Surah al-Baqarah (2): 243 “Matilah kamu semua”.
       Lalu semua mereka mati pada masa itu juga dan akhirnya mereka  menjadi reput di jalan lalu lintas, kemudian mereka dikumpulkan pada satu tempat. Seorang nabi di kalangan Bani Israel telah melalui mereka bernama Hazqil. Apabila beliau a.s melihat kepada tulang-tulang mereka, lalu beliau a.s menangis dan berkata: Wahai Tuhanku, jika Engkau mahu, nescaya Engkau menghidupkan mereka sekarang juga sebagaimana Engkau telah mematikan mereka. Justeru mereka akan memakmurkan negara-Mu. Mereka akan melahirkan hamba-hamba-Mu. Mereka akan menyembah-Mu bersama golongan yang menyembah-Mu di kalangan makhluk-Mu.
       Allah memberitahunya: Adakah kamu suka sedemikian? Beliau a.s berkata: Ya, wahai Tuhanku, oleh itu hidupkanlah mereka. Kemudian Allah memberitahunya supaya berkata: Perkataan  tertentu. Abu Abdullah a.s berkata: Perkataan itu adalah al-Ismu al-A‘zam. Apabila Hazqil menyebut perkataan itu, maka beliau a.s melihat kepada tulang-tulang sedang berterbangan kepada sebahagian yang lain, lalu mereka kembali hidup, melihat sesama mereka lalu bertasbih kepada Allah, bertakbir dan bertahlil kepada-Nya. Maka Hazqil a.s berkata: Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Umar bin Yazid berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Ayat ini diturunkan kepada mereka.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Tiada Jangkitan, Tiada Padah (tairah), Tiada Kesusahan, Tiada Jahat Sangka dll, al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/2 ini dipublish oleh Unknown pada hari 28 Ogos 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Tiada Jangkitan, Tiada Padah (tairah), Tiada Kesusahan, Tiada Jahat Sangka dll, al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/2
 

0 comments:

Catat Ulasan