Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Manusia Terbahagi Kepada Tiga Golongan, al-Raudhah mina l-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H


Manusia Terbahagi Kepada Tiga Golongan.

       275. Al-Husain bin Muhammad Ali al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya’, daripada Muthanna, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya manusia terbahagi kepada tiga golongan: Golongan pertama:  Mereka daripada kami dan kami daripada mereka. Golongan kedua: Mereka menyerupai kita manusia dan berpura-pura dengan kita (yatazayyanuuna bi-na). Golongan ketiga: Mereka memakan sebahagian mereka akan sebahagian yang lain.

Pengertian Orang Ramai Menentang Mereka.

       276. Daripadanya, daripada al-Mu‘alla daripada al-Wasya’, daripada Abd al-Karim bin ‘Umru, daripada ‘Ammar bin Marwan, daripada al-Fudhail bin Yassar berkata: Abu Ja‘far a.s berkata: Apabila anda melihat orang papa dan hajat bertambah sementara orang ramai menentang sesama mereka, maka di kala itu, tunggulah urusan Allah a.w. Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, kepapaan dan hajat aku telah mengetahuinya, maka apakah penentangan orang ramai sesama mereka? Beliau a.s berkata: Seorang lelaki daripada kamu mendatangi saudaranya, lalu dia meminta hajatnya, lalu dia melihat kepadanya bukan dengan  mata biasa dan bercakap kepadanya bukan dengan lidah biasa[1].

Rezeki, Akal Dan Bala.

       277. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ahmaf bin Muhammad bin Khalid, daripada Muhammad bin Ali, daripada ‘Abid bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ali bin al-Husain, daripada bapanya, daripada datuknya berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata: Setiap rezeki adalah secara kebodohan (humq), setiap larangan (al-Hirmaan) adalah dengan akal dan setiap bala adalah dengan kesabaran.


[1] Menghinanya.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Manusia Terbahagi Kepada Tiga Golongan, al-Raudhah mina l-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H ini dipublish oleh Unknown pada hari 05 Ogos 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Manusia Terbahagi Kepada Tiga Golongan, al-Raudhah mina l-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H
 

0 comments:

Catat Ulasan