Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Istikharah Dengan Penuh Keredaan dll, al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H



Istikharah Dengan Penuh Keredaan.

       330. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Uthman bin Isa, daripada Harun bin Kharijah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa yang melakukan istikharah kepada Allah di dalam keadaan reda mengenai apa yang dilakukan oleh Allah kepadanya, maka Allah menjelaskan kepadanya secara putus[1].

Pertanyaan Mengenai Kemuliaan, Maruah dan Akal.

       331. Sahl bin Ziyad, daripada Daud bin Mihran, daripada Ali bin Ismail al-Maithami, daripada seorang lelaki, daripada Juwairiyah bin Mashar berkata: Aku telah berada di belakang Amir al-Mukminin a.s, maka beliau a.s berkata: Wahai Juwairiyah, mereka yang bodoh itu tidak binasa melainkan dengan memukul kasut di belakang mereka, apakah yang membuat anda datang kemari? Aku berkata: Aku datang untuk bertanya anda tiga perkara: Mengenai kemulian, maruah dan akal. Beliau a.s berkata: Adapun kemuliaan (al-Syaraf) adalah orang yang dimuliakan oleh penguasa. Adapun maruah adalah pembaikan di dalam kehidupan. Adapun akal, maka sesiapa yang bertakwa kepada Allah, maka dia seorang yang berakal.

Mengenai Suhu Kepanasan Matahari Dan Bulan.

       332. Sahl bin Ziyad, daripada Ali bin Hassan, daripada Ali bin Abu al-Nuwaar, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Aku jadikan diriku tebusan anda, apakah sebab matahari lebih panas daripada bulan? Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan matahari daripada cahaya api dan air yang ditapis dan disusun sehingga tujuh lapis. Kemudian Dia memakaikannya dengan pakaian daripada api, lalu ia menjadi lebih panas daripada bulan, aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, dan bulan? Beliau a.s berkata: Sesungguhnya  Allah telah menciptakan bulan daripada sinaran cahaya api dan air yang ditapis dan disusun sehingga tujuh lapis, kemudian Dia memakaikannya dengan pakaian daripada air, lalu bulan menjadi lebih sejuk daripada matahari.

Sesiapa Mempunyai Hakikat Yang Tetap, Tidak Akan Berdiri Di Atas Subhat.

       333. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada para sahabat kami daripada Muhammad bin al-Haitham, daripada Zaid bin Abu al-Hasan berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa yang mempunyai kakikat yang tetap, tidak akan berdiri di atas subhat yang luntur sehingga dia mengetahui matlamat. Dia meminta penjelasan daripada orang yang bercakap mengenai pewaris, apakah sebab kamu jahil apa yang kamu ingkar dan apakah sebab kamu mengetahui apa yang kamu fikir jika kamu mukminin.

Kebenaran Akan Mengalahkan Kebatilan.

       334. Daripadanya, daripada bapanya, daripada Yunus bin Abd al-Rahman secara marfuu’ berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Kebatilan tidak berdiri di samping kebenaran melainkan kebenaran mengalahkannya sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21):18 “Sebenarnya kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan sertamerta yang batil itu lenyap”.

Setiap Sebab, Nasab, Kerabat, Teman Setia, Bid‘ah, Syuhbhat Akan Terputus Melainkan Apa Yang Ditetapkan Oleh Al-Qur’an.

       335. Daripada bapanya secara mursal berkata: Abu Ja‘far a.s berkata: Janganlah kamu mengambil selain daripada Allah sebagai teman setia, maka kamu tidak menjadi mukminin. Sesungguhnya setiap sebab, nasab, kerabat, teman setia, bid‘ah, subhat akan terputus  lagi malap sebagaimana malapnya debu di atas batu licin apabila hujan lebat melainkan apa yang ditetapkan oleh al-Qur’an.



[1] Dia mendapat gambaran yang jelas daripada Allah.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Istikharah Dengan Penuh Keredaan dll, al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H ini dipublish oleh Unknown pada hari 28 Ogos 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Istikharah Dengan Penuh Keredaan dll, al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini, w. 328/29 H
 

0 comments:

Catat Ulasan