Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Arab Saudi mencari sekutu untuk melawan Iran



Laporan Wall Street;
 Arab Saudi mencari sekutu untuk melawan Iran

Akhabar Amerika melaporkan bahawa Arab Saudi berusaha menggabungkan beberapa negara seperti Malaysia, Pakistan, Indonesia untuk menentang Iran.


Arab Saudi mencari sekutu untuk melawan IranAgensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Akhbar Wall Street Journal mendakwa kerajaan Arab Saudi secara tidak rasmi sedang berusaha menggabungkan beberapa negara Islam Timur Tengah dan Asia untuk menentang Iran.

Menurut tulisan akhbar tersebut, kerajaan Arab Saudi telah berunding dengan negara Pakistan, Malaysia, Indonesia dan beberapa negara Asia Tengah untuk mengukuhkan hubungan diplomatik dan seolah-olah untuk mendapatkan juga sokongan kebudayaan dan ketenteraan dalam menghadapi politik Iran.

Tindakan Saudi ini menimbulkan kebimbangan di mana pegawai Amerika percaya gabungan beberapa negara ini bakal mencetuskan ketegangan mazhab yang lebih parah seperti yang dihadapi di Timur Tengah sekarang ini.

Wall Steet Journal memetik kata-kata pegawai tentera Amerika, Pakistan dan Saudi yang menunjukkan negara Saudi meminta bantuan ketenteraan Pakistan untuk membantunya dalam operasi ketenteraan di Bahrain.

Pegawai Saudi dalam rundingan ini menyatakan kepada sekutunya Pakistan bahawa mempertahankan keselamatan serantau dan menjaga kepentingan Pakistan tidak perlu melihat kapada peranan Amerika.

Rakan sejawat Amerika mengakui riyadh tidak senang dengan dasar Washington di rantau tersebut. namun beliau menegaskan kerajaan Saudi bertindak terlalu radikal.
 Walau bagaimana pun pegawai-pegawai Saudi menegaskan bahawa seluruh negara Islam bersetuju untuk bekerjasama dengan Riyadh dalam masalah ini. Tambah mereka lagi jumlah 4000 tentera Saudi sudah memadai untuk mengawal Bahrain, namun tentera Pakistan boleh dikirim ke negara tersebut jika diperlukan. Hingga sekarang kerajaan Saudi atau Bahrain belum mendedahkan permohonan tersebut secara rasmi.

Akhbar ini menceritakan kembali pengiriman tentera Saudi atas permintaan keluarga diraja Bahrain. Setelah itu negara-negara anggota Majlis Kerjasama Teluk Parsi mempertahankan campur tangan ketenteraan tersebut.

Kerajaan Malaysia beberapa ketika lalu memaklumkan kesediaan mereka untuk mengirim tentera ke Bahrain. Perdana Menteri negara ini ketika melawat Riyadh mengatakan, "Kerajaan Malaysia menyokong keputusan-keputusan Arab Saudi dan anggota Majlis Kerjasama Teluk Parsi untuk menjaga keamanan dan kestabilan rantau ini".

Pegawai Bahrain pada hari Khamis lalu memaklumkan bahawa mereka menyambut baik sokongan diplomatik negara-negara lain, namun hingga ke hari ini mereka belum memerlukan bantuan pasukan pengaman dan belum mengemukakan permohonan bantuan dari Pakistan atau Malaysia.

Pegawai politik dan kerajaan Pakistan turut menyatakan tentera negara itu sedang meneliti kemungkinan untuk menyokong tindakan Arab Saudi, namun belum membuat sebarang keputusan pengiriman pasukan keamanan ke Bahrain. Menurut pegawai tersebut, satu batalion askar Pakistan beberapa ketika yang lalu telah ditempatkan ke negara tersebut untuk melatih tentera Bahrain. Namun mereka tidak terlibat dalam menyuraikan penunjuk perasaan baru-baru ini. Walau bagaimana pun unit penting pegawai polis Bahrain terdiri daripada orang Pakistan.

Wall Street turut mendedahkan sejarah lampau kerjasama tentera Saudi dan Pakistan dalam bebeapa dekad yang lalu. Ia turut menceritakan kerajaan Pakistan menerima bantuan kewangan Saudi bernilai berjuta dolar.


Berita dalam bahasa Parsi:
عربستان به دنبال ائتلاف ضد ایرانی

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Arab Saudi mencari sekutu untuk melawan Iran ini dipublish oleh Unknown pada hari 02 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Arab Saudi mencari sekutu untuk melawan Iran
 

0 comments:

Catat Ulasan