Pembentangan Wilayah Ahlu l-Bait Ke Atas Semua Perkara
Daripada Imran bin Yasar al-Yasykariy, daripada Abu Hafs al-Madlaji daripada Syarif bin Rabi‘ah, daripada Qanbar maula Amir al-Mukminin a.s berkata: Aku telah berada bersama-sama Amir al-Mukminin a.s, tiba-tiba seorang lelaki masuk dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, Aku suka buah tembikai. Qanbar berkata: Amir al-Mukminin a.s. memerintah aku supaya membeli sebiji buah tembikai. Maka aku membayar satu dirham, lalu mereka membawa kepada kami tiga biji buah tembikai. Aku memotong satu sebiji tembikai, maka aku mendapatinya pahit. Aku berkata: Pahit, wahai Amir al-Mukminin a.s. Beliau a.s berkata: Campakkannya kerana ia dari neraka kepada neraka.
Qanbar berkata: Aku memotong buah tembikai yang kedua, maka ia adalah masam. Aku berkata: Masam, wahai Amir al-Mukminin a.s, beliau berkata: Campakkannya kerana ia dari neraka kepada neraka. beliau berkata: Aku telah memotong buah tembikai yang ketiga. Maka aku mendapatinya berulat. Aku berkata: Berulat, wahai Amir al-Mukminin a.s. Beliau a.s. berkata: Campakkannya kerana ia dari neraka ke neraka. Kemudian aku membayarnya dengan satu dirham yang lain, lalu mereka datang kepada kami dengan tiga biji tembikai diletaknya di kaki aku. Lalu aku berkata: Maafkan aku, wahai Amir al-Mukminin a.s untuk memotongnya.
Amir al-Mukminin a.s berkata kepadaku: Silakan duduk wahai Qanbar, ini adalah perintah. Aku pun duduk dan memotong satu biji tembikai. Aku telah mendapatinya manis, aku berkata: Manis, wahai Amir al-Mukminin a.s. Beliau a.s berkata: Makanlah dan berilah makan kepada kami. Lalu aku telah makan sebahagian dan aku memberi makan kepadanya sebahagian. Kemudian aku memberi makan satu bahagian kepada lelaki yang duduk di sisi aku. Aku telah berpaling kepada Amir al-Mukminin a.s. Maka beliau a.s. berkata: Sesungguhnya Allah telah membentangkan wilayah kami ke atas penghuni langit dan penghuni bumi daripada Jin, manusia, buah-buahan dan lain-lain. Barangsiapa yang telah menerima wilayah kami, maka ia adalah baik, bersih, dan manis. Barangsiapa yang tidak menerimanya, maka ia adalah jahat, buruk dan busuk[1].
Daripada Abban bin Taghlab al-Kindi berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya roh iman adalah satu, keluar di sisi Yang Satu, kemudian berpisah pada tubuh yang berlainan, maka di atas-Nya ia bertaut, dan berkasih sayang, ia akan keluar dari bermacam-macam, dan kembali di dalam keadaan yang satu, di sisi Yang Satu.
Kelebihan Mengenali Wilayah Ahlu l-Bait A.S
Ibn Sinan daripada al-Mufadhdhal bin ‘Umar berkata: Abu Abdullah a.s berkata kepadaku: Sesungguhnya Allah s.w.t adalah Satu, lalu Dia memperkenalkan kepada hamba-Nya akan diri-Nya, kemudian Dia telah menyerahkan kepada mereka urusan-Nya, dan mengharuskan mereka syurga-Nya. Barangsiapa Allah mahu membersihkan hati-nya(an yutahhira qalba-hu)di kalangan Jin dan manusia, maka Dia memperkenalkan kepadanya wilayah kami (wilayati-na). Dan barangsiapa yang Dia mahu memadamkan hatinya, maka Dia menahannya dari mengenali kami.
Kemudian beliau berkata: Wahai Mufadhdhal, demi Allah, sesungguhnya Adam tidak berhak diciptakan Allah dengan tangan-Nya, (ma istaujaba Adam an yakhluqa-hu l-Lahu bi-yadi-hi) dan dihembuskan padanya roh-Nya melainkan dengan wilayah Ali a.s (illa bi-wilayati Ali). Allah tidak bercakap dengan Musa sebarang percakapan melainkan dengan wilayah Ali a.s. Dan Allah tidak memperkuatkan Isa ibn Maryam sebagai bukti (ayatan) bagi alam semesta melainkan dengan khudhu’kepada Ali a.s, kemudian beliau berkata: Makhluk Allah tidak layak “melihat” Allah melainkan dengan mentaati kami[2].
[1] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 419
[2] Ibid, 344
0 comments:
Catat Ulasan