Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Bangsiapa yg menginkari hak para imam A.S dan mutiara kata daripada Kitab al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid w.413 H


Barangsiapa Yang Mengingkari Hak Para Imam A.S  Maka Kedudukannya seperti Iblis

       ‘Umru bin Thabit berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s  tentang firman Allah s.w.t Surah al-Baqarah (2): 165 “ Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan(andadan) selain daripada Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah ” Beliau berkata: Maka beliau berkata:Mereka, demi Allah, adalah pemimpin-pemimpin; polan dan polan, dan polan (Abu Bakr, Umar, dan Uthman). Mereka telah mengambil mereka bertiga sebagai para imam, tetapi bukan imam yang telah dijadikan oleh Allah untuk manusia sebagai imam. Justeru itu, Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2): 165-167 “ Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa, bahawa kekuatan itu adalah kepunyaan Allah semuanya bahawa Allah amat berat seksa-Nya.Iaitu ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya; dan segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti:” Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka menjadi sesalan bagi  mereka; dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api neraka”.Kemudian Abu Ja‘far a.s berkata: Mereka, demi Allah, wahai Jabir, para imam yang zalim dan pengikut-pengikut mereka.
       Abu al-Qasim al-Sya‘rani secara marfu‘, daripada Yunus bin Zabyan, daripada Abd al-Rahman bin al-Hajjaj, daripada al-Sadiq a.s berkata: Apabila al-Qaim menjalankan tugasnya, beliau akan datang ke dataran Kufah, dan memberi isyarat dengan tangannya kepada suatu tempat, kemudian berkata: Kamu gali dari sini, lalu mereka menggali, dan mengeluarkan dua belas ribu baju besi, dua belas ribu pedang, dan dua belas ribu topi besi. Setiap topi besi mempunyai dua muka. Kemudian beliau menyeru dua belas ribu lelaki daripada hamba-hamba Arab dan bukan Arab, lalu beliau memakaikan mereka pakaian seragam. Kemudian berkata: Barangsiapa yang tidak mempunyai pakaian seragam seperti kamu, maka bunuhlah ia (man lam yakun ‘alai-hi mithlu ma ‘alai-kum fa-qtulu-hu).
       Al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menjadikan kami hujah-hujah-Nya di atas makhluk-Nya, dan penyimpan amanah ilmu-Nya, maka barangsiapa yang mengingkari kami, maka kedudukannya seperti kedudukan Iblis (fa-man jahada-na kana bi-manzilati Iblis) di dalam kedegilannya kepada Allah ketika Dia telah memerintahnya supaya sujud kepada Adam, dan barangsiapa yang mengenali kami, dan mengikuti kami, maka kedudukannya seperti kedudukan para malaikat (wa man ‘arafa-na wa ittaba‘a-na kana bi-manzilati al-Malaikati) yang diperintahkan oleh Allah supaya sujud kepada Adam, maka mereka telah mentaati-Nya.                                                      

Mutiara Kata Dan Nasihat

       Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu duduk di sisi setiap orang alim yang menyeru kamu melainkan orang alim yang menyeru kamu daripada lima kepada lima: Daripada syak kepada yakin, daripada sombong kepada tawaduk, daripada riyak kepada ikhlas, daripada permusuhan kepada nasihat, dan daripada keinginan hawa nafsu kepada zuhud.
       Musa bin Ja‘far a.s berkata: Bercakap dengan seorang yang alim di atas timbunan tahi binatang di kawasan ternakan (al-Mazbalah) itu  adalah lebih baik daripada bercakap dengan orang jahil di atas permaidani (al-Zarabi).
       Seorang ahli falsafah berkata: Barangsiapa yang tidak memanfaatkan hikmat yang sedikit, maka hikmat yang banyak akan merosakkannya. Sesungguhnya kedudukan orang yang mendengar dengan dua telinganya apa yang tidak disedari oleh hatinya seperti kedudukan orang yang mencampakkan api di dalam air, lantaran itu, ia tidak akan mendapat hajatnya daripadanya.
       Dan beliau berkata: Penyuburan jasad adalah makanan, dan penyuburan akal adalah kata-kata hikmat, apabila akal tidak ada penyuburnya, maka ia binasa seperti binasanya jasad ketika tidak ada makanan.
       Beliau s.a.w bersabda: Perkukuhkan harta kamu dengan zakat, ubatilah kesakitan kamu dengan sedekah, hadapilah bala dengan doa, kerana harta tidak akan rosak sama ada di darat atau di laut melainkan dengan tidak mengeluarkan zakat.
       Sebahagian para falsafah berkata: Sesungguhnya badan apabila ia sakit, maka makanan, minuman dan kerehatan tidak berguna lagi, demikian juga hati apabila cinta kepada dunia dikaitkan dengannya, maka sebarang nasihat tidak berguna lagi.
       Allah berfirman kepada Daud: Wahai Daud, berwaspadalah dengan hati yang terpauk dengan syahwat dunia, akalnya terlindung daripada-Ku.
       Salman r.a berkata: Sesungguhnya aku khuatir di atas kamu tiga perkara: Tergelincirnya seorang alim, perbahasan seorang munafik, dan dunia yang zalim.

       Sebahagian para falsafah berkata: Di antara akhlak ahli syurga adalah empat: Muka yang tersenyum, lidah yang lembut, hati yang pemurah dan tangan yang memberi.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Bangsiapa yg menginkari hak para imam A.S dan mutiara kata daripada Kitab al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid w.413 H ini dipublish oleh Unknown pada hari 13 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Bangsiapa yg menginkari hak para imam A.S dan mutiara kata daripada Kitab al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid w.413 H
 

0 comments:

Catat Ulasan