|
Sepanjang pertemuan yang berlangsung di kompleks Majma' Ahlul Bait ini, Hujjatul Islam Akhtari menerangkan prinsip-prinsip kepercayaan umat Islam dan pengikut Ahlul Bait sambil mengucapkan terima kasih kepada Brown dan deligasinya yang hadir ke kompleks tersebut.
Setiausaha Agung Majma' Ahlul Bait ketika menceritakan konsep asas Islam sebagai hubungan manusia dengan Allah, mengatakan, "Islam agama yang mempunyai hubungan baik dengan seluruh manusia".
Deligasi ini difahamkan bahawa antara kegiatan-kegiatan Majma' Ahlul Bait ialah menerangkan situasi Timur Tengah terutamanya Bahrain. Kedua-dua pihak turut memberikan pandangan tentang krisis tersebut.
Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Jimmy Cooper, selaku Setiausaha Ke-dua Kedutaan Australia di Tehran, Dhirani aktivis Syiah Australia dan Jahantab Pengarah Am Biro Majma' Ahlul Bait Asia Pacific.
/106
0 comments:
Catat Ulasan