Welcome to My lovely Blog

Random

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
http://adf.ly/EWRNQ

Hadiths/aLQur'an

Hadiths/aLQur'an
Dhul Hijja

Khutbah Amir al-Mukminin Ali as ttg dirinya (khutbah ke 3) daripada kitab Masyaariiq Anwaar al-Yaqiin...


                                           KHUTBAH KETIGA



Khutbah Amir al-Mukminin a.s selepas pulang dari memerangi Khawarij: Akulah orang yang pertama Islam, akulah orang yang pertama mukmin, akulah musalli yang pertama, akulah orang yang pertama berpuasaakulah orang yang pertama berjuang, akulah tali Allah yang kukuh dan lain-lain.


       “Akulah orang yang pertama Islam (anaa awwalu al-Muslimin), akulah orang yang pertama mukmin (anaa awwalu al-Mu’minin), akulah musalli yang pertama (anaa awwalu al-Musalliin), akulah orang yang pertama berpuasa (anaa awwalu al-Saa’imiin), akulah orang yang pertama berjuang (anaa awwalu al-Mujaahidiin), akulah tali Allah yang kukuh (anaa hablu llah al-Matiin), aku adalah pedang Rasul Tuhan sekalian alam (anaa rasul rabb al-‘Aalamiin)[1].

       Akulah al-Siddiq yang paling besar (anna al-Siddiq al-Akbar), akulah al-Faaruuq yang paling besar (anaa al-Faaruuq al-Akbar), akulah pintu bandar ilmu[2] (anaa bab madiinatu al-‘Ilmi), akulah ketua kesabaran (anaa ra’su al-Hilmi), akulah bendera petunjuk (anaa raayatu al-Hudaa), akulah mufti keadilan (anaa mufti al-‘Adli), akulah lampu agama (anaa siraaju al-Diin), akulah Amir al-Mukminin (anaa Amir al-Mu’minin), akulah Imam kepada mereka yang bertakwa (anaa imam al-Muttaqiin). Akulah penghulu para wasi [3](anaa sayyidu al-Wasiyyiin), akulah ketua agama (anaa ya‘suub al-Diin). Akulah bintang yang terang (anaa syihaab al-Thaaqib), akulah azab Allah yang pedih (anaa  ‘azabu llah al-Waasib). Akulah lautan yang tidak kering (anaa al-Bahru al-Ladhi la yanzifu).

       Akulah kemuliaan yang tidak dapat digambarkan (anaa al-Syarafu al-Ladhi la yuusafu), akulah pembunuh musyrikin (anaa qaatil al-Musyrikiin), akulah pemusnah orang-orang kafir (anaa mubiidu al-Kaafiiriin), akulah pertolongan mukminin (anaa ghauthu al-Mu’minin), akulah ketua yang berseri mukanya (anaa qaaid al-Gharr al-Muhajjaliin), akulah gusi-gusi neraka Jahanam yang memotong (anaa adhraasu Jahannam al-Qaati‘ah).

       Akulah kisarannya yang berpusing (anaa rihaa-ha al-Daa’iratu), akulah yang menarik ahlinya kepadanya (anaa saaqa ahlu-ha ilai-ha). Akulah yang mencampakkan bahan bakarnya ke atasnya (anaa mulaqqi hatabi-ha ‘alai-ha). Namaku pada mashaf adalah ‘Aliyan (inna ismi fii al-Suhufii ‘Aaliyan), di dalam Taurat adalah Bariyya (wa fii al-Taurati Bariyya) , di sisi Arab adalah Ali (wa ‘inda al-‘Arab ‘Aliyyan).

       Sesungguhnya bagiku beberapa nama di dalam al-Qur’an yang diketahuinya oleh mereka yang mengetahuinya (wa inna lii asmaa’an fii al-Qur’an ‘arafa-ha man ‘arafa-ha). Akulah al-Sadiq yang Allah telah memerintahkan kamu supaya mematuhinya (anaa al-Sadiq al-Ladhi amara-kumu llahu bi-itbaa‘i-hi), maka Dia berfirman di dalam Surah al-Taubat (9): 119 “kuunuu ma‘a al-Saadiqiin” Ertinya “Hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar” Akulah mukmin yang saleh di dalam firman-Nya (anaa saalih al-Mu’minin)[4]. Akulah muazzin di dunia dan di akhirat (anaa al-Muazzin fii al-Dunya wa al-Akhirat), akulah pemberi sedekah di dalam keadaan rukuk [5](anaa al-Mutasaddiq raaki‘an), akulah seorang pemuda anak kepada seorang pemuda saudara kepada pemuda (anaa al-Fataa ibnu al-Fataa akhu al-Fataa).

       Akulah yang dipuji fa-hal ataa[6] (anaa al-Mamduuh fa-hal ataa),  akulah wajah Allah (anaa wajhu llahi), akulah janbu llah[7]  (anaa janbu llahi), akulah ilmu Allah. Di sisiku ilmu apa yang telah berlaku dan ilmu apa yang akan berlaku sehingga hari Kiamat (inna ‘indii ‘ilmun ma kaana wa ma yakuunu ila yaumi al-Qiyaamati), tiada seorangpun yang mendakwa sedemikian dan tiada seorangpun yang boleh menghalangku daripadanya (la yadda‘i dhaalika ahadan wa al yadfii‘uni ‘an-hu ahadun), Allah telah menjadikan hatiku bercahaya (ja‘ala llahu qalbii mudhiian) dan amalanku diredai (wa ‘amalii raadhiyyan). Tuhanku telah mengajarku hikmah dan memberi makan kepadaku dengannya (laqqanani rabbii al-Hikmata wa ghazaa-ni bi-ha).

       Aku tidak pernah melakukan syirik kepada Allah semenjak aku diciptakan (lam usyrik bi llahi mundhu khuliq-tu), aku tidak pernah berdukacita semenjak aku dibebankan dengan tugas [8](wa lam ajza‘u mundhu hummil-tu). Aku telah membunuh pembesar-pembesar Arab dan penglima-penglima berkudanya (qatal-tu sanaadiid al-‘Arab wa fursaa-na-ha), aku telah membinasakan pahlawan-pahlawan dan penglima-penglimanya (wa afnai-tu layutha-ha wa syaj‘aana-ha). Wahai manusia, tanyalah kepadaku tentang ilmu yang tersimpan dan hikmat yang dikumpulkan (ayyuha al-Naasu, saluuni min ‘ilmin makhzuun wa hikmatin majmuu‘atin)”[9].
                                    

[1] Masyaariq Anwaar al-Yaqiin fii Asraar Amir al-Mukminin, hlm.163-166.

[2] Rasulullah s.a.w bersabda: Akulah bandar ilmu, maka Ali adalah pintunya” (Al-Hakim al-Nisaburi, al-Mustadrak, iii, hlm.126, al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, ii, hlm. 377, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al- ‘Ummaal, v, hlm. 30.

[3] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 251.

[4] Surah al-Tahrim (66):4.

[5] Surah al-Maa’idah (5): 55.

[6] Surah al-Insaan(76):1

[7] Pengertiannya adalah di sisi Allah.

[8] “Abu Bakr telah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w selepas kematiannya”. Daripada Muhammad bin Hammad daripada Abu Ali daripada Ahmad bin Musa daripada Ziad bin al-Mundhir daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s telah bertemu dengan Abu Bakr di sebahagian jalan di Madinah, dan berkata kepadanya: Anda telah melakukan kezaliman (zalam-ta wa fa‘al-ta). Abu Bakr berkata: Siapakah yang mengetahuinya? Beliau a.s berkata: Rasulullah s.a.w mengetahuinya. Abu Bakr berkata: Apakah hubunganku dengan rasul sehingga dia mengetahui keadaanku sedemikian. Jika beliau s.a.w. mendatangi aku di dalam tidurku dan memberitahuku keadaan itu, maka aku boleh mengakuinya. Beliau a.s. berkata: Aku akan membawa anda (udkhilu-ka) kepada Rasulullah s.a.w. Maka beliau membawanya ke dalam masjid Quba’, tiba-tiba Rasulullah s.a.w berada di masjid Quba’ dan berkata kepadanya: Jauhilah dari menzalimi Amir al-Mukminin. Beliau berkata: Maka beliau telah keluar dari sisinya, lalu beliau (Abu Bakr) bertemu dengan Umar dan memberitahu kepadanya  perkara tersebut. Maka ‘Umar berkata kepada Abu Bakr: Diam, tidakkah anda telah mengetahui sejak lama dahulu tentang sihir Bani Hasyim bin Abd al-Muttalib? (Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 304-5)    

[9] Masyaariq Anwaar al-Yaqiin fii Asraar Amir al-Mukminin, hlm. 165-166).

[10] Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 345. “Pertambahan ilmu” Musa bin Ja‘far bin Muhammad, daripada bapanya Ja‘far bin Muhammad bin Abdullah, daripada Muhammad bin Isa bin Abdullah al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Sulaiman al-Dailami hamba Abu Abdullah a.s, daripada bapanya Sulaiman, berkata: Aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s, maka aku berkata kepadanya: Aku telah mendengar anda berkata bukan sekali: Jika ilmu kami tidak bertambah, nescaya kami kehabisan ilmu, beliau berkata: Adapun tentang halal dan haram, maka sesungguhnya Allah telah menerangkannya kepada Nabi-Nya dengan sempurna. Justeru seorang imam tidak ditambah ilmunya tentang halal, dan haram.

[11] Sulaim Bin Qais, Kitab Sulaim, hlm. 72.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Khutbah Amir al-Mukminin Ali as ttg dirinya (khutbah ke 3) daripada kitab Masyaariiq Anwaar al-Yaqiin... ini dipublish oleh Unknown pada hari 13 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Khutbah Amir al-Mukminin Ali as ttg dirinya (khutbah ke 3) daripada kitab Masyaariiq Anwaar al-Yaqiin...
 

0 comments:

Catat Ulasan