Bab 67
☼Makrifat tentang hak-hak Ikhwan dan kelebihan mukminin serta ditambah padanya tentang khabar percampuran (fi ma‘rifati huquuq al-Ikhwaan wa fadhl al-Mu’minin wa uziida fi-hi khabar al-Mizaaj)☼
Al-Sadiq a.s telah berkata kepada sebahagian sahabatnya: Pisahlah keluarga anda[1] dan bahagilah harta anda kepada saudara anda yang mukmin[2], maka bergembiralah kerana ilmu adalah umum (musyaa‘) tidak dibahagi-bahagikan di antara mukminin. Lantaran itu, Allah berfirman: “Katakanlah: “Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan rezeki yang baik?”Katakanlah: Sesungguhnya itu bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus di hari Kiamat. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui”[3]
Demikian juga ia keluar daripada datukku Rasulullah Muhammad bahawa baginda s.a.w bersabda: Semua yang diciptakan Allah di dunia untuk mukminin adalah umum (musyaa‘) tidak dibahagi-bahagikan dan tidak ada bahagian bagi musuh-musuh Allah. Daripada Ya‘qub al-Siraaj berkata: Manakala aku berjalan-jalan di al-Haram al-Syarif, tiba-tiba aku dikejutkan oleh seruan dari (arah) atas kepalaku yang berkata: Wahai Ya‘qub, berilah berita gembira kepada para wali Allah bahawa Allah telah mengampunkan untuk mereka semua dosa yang mereka telah lakukannya selain hak hamba-Ku yang mukmin kerana Aku telah menciptakannya dengan tangan-Ku dan Aku telah menempatkannya daripada roh-Ku.
Maka sesiapa yang menyakitinya, tidak melayaninya dengan baik (jafaa-hu) dan meringan-ringankan haknya, maka dia tidak akan masuk di dalam kerajaan-Ku (malakuutii). Dan Aku telah menulis di sisi-Ku bahawa dia daripda para wali musuh-musuh-Ku yang dilaknati Allah dan para pelaknat. Maka neraka Wail bagi mereka yang mengabaikan saudara-saudara mereka yang mukminin. Sesungguhnya mukminin adalah mereka yang menyinarkan kebesaran-Ku dan ketinggian kedudukan-Ku.
Sesiapa yang menyalahinya, maka dia telah menentangKu dan melahirkan permusuhan terhadap-Ku. Sebahagian ahli ‘Arifiin telah bertanya al-Sadiq a.s, maka beliau berkata: Wahai Maulaaya, apakah hak mukmin di atas Allah?
Hak yang paling keras bahawa dia tidak bercakap melainkan dengan izinnya, dia tidak makan dan minum melainkan dengan izinnya. Ketaatan setiap orang daripada mereka adalah fardu di atas sahabatnya yang mukmin seperti ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Beliau berkata: WahaiMaulaaya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, siapakah yang mampu semua ini? Beliau a.s telah berkata: Siapa yang mahu mengetuk pintu syurga dan memasukinya dengan aman dan sejahtera, berjiran dengan Yang Maha Tinggi.
Lalu orang yang bertanya itu berkata: Jika aku telah mengetahuinya, nescaya aku telah mendidiknya pada diriku dan aku tidak bertanya pada anda tentang golongan ini. Maka al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya seorang lelaki daripada saudara-saudara anda telah bertanya kepadaku sebagaimana anda bertanya tentangnya, maka aku telah memberitahu kepadanya sebagaimana aku telah memberitahu kepada anda.
Dia adalah seorang pemuda yang masih bersemangat, maka dia keluar dari sisiku dengan kepala dan janggutnya yang putih sambil berkata: Demi Allah, sesungguhnya kami sehingga hari ini, kami meninggalkan hak ikhwan mukminin. Dan sesungguhnya kami di dalam kesesatan yang nyata. Justeru aku merahmatinya dan aku telah memohon kepada Tuhanku supaya mengampuninya.
Lantas lelaki yang bertanya kepada al-Sadiq a.s berkata: Adapun pemuda itu, maka anda telah merahmatinya dan anda telah memohon kepada Tuhanku supaya mengampuninya dan bagaimana dengan keadaanku? Al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai lelaki, berbuat baiklah kepada ikhwan anda mengikut kadar pengetahuan anda tentang Allah dan para wali-Nya. Lelaki itu telah berkata: WahaiMaulaaya, aku mengulangi [nya] bagi menuntut keampunan daripada-Nya.
Al-Sadiq a.s telah berkata: Mudah-mudahan Allah mengampuni anda. Maka aku mengetahui bahawa rahmat telah mendatangiku[4]. Daripada Ahmad bin Ahmad daripada Muhammad bin Sulaiman daripada Abu Ali Muhammad bin Mihraan berkata: Aku telah bertanya Maulaaya Muhammad al-Baqir a.s, maka aku telah berkata: Beritahuku tentang mukmin yang terbuka mata hatinya (mustabsyir) daripada Syiah kamu apabila dia menyempurnakan makrifat adakah dia akan berzina? Beliau a.s berkata: Tidak. Aku berkata: Adakah dia akan mencuri? Beliau a.s berkata: Tidak. Aku berkata: Adakah dia akan meliwat? Beliau a.s berkata: Tidak. Aku berkata: Adakah dia akan melakukan dosa?
Beliau a.s berkata: Ya, kerana apabila dia melakukan dosa (idha adhnaba), maka dosa itu tidak dikaitkan (tidak melekat) kepadanya (lam yalhaq-hu min al-Dhanbi syai’un). Aku berkata: Subhaanallah, bagaimana begitu? Baqir a.s berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya mukmin adalah campuran semua umat (mizaaj al-Umam), lantaran itu, sesuatupun tidak mengaitkannya dengan dosanya (dosa tidak melekat padanya). Aku berkata: Sayyidi, terangkan kepadaku perkara itu, wahai anak lelaki kepada anak perempuan Rasulullah, tentang umat-umat (al-Umam) dan campuran tertentu (al-Mizaaj al-Mu‘ayyan) yang tersembunyi daripadaku?
Al-Baqir a.s berkata: Aduhai dukacitanya anda! Adakah anda telah mendengar firman Allah di dalam kitab-Nya[5] “(Yaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain daripada “al-Lamama”. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas ampunan-Nya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan) mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin di dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa”
Seorang sahabat al-Baqir a.s bernama Ibrahim telah bertanya al-Baqir a.s di majilis tersebut, berkata: Maulaaya, kami mengagumi pertanyaan Muhammad bin Mihraan kepada anda, kami telah menjadikan diri kami tebusan anda, apakah makna al-Lumam? Al-Baqir a.s berkata: Adakah anda mengetahui, wahai Ibrahim, apakah al-Lumam itu? Dia berkata: Tidak, wahai Maulaaya, beliau a.s berkata: Campuran [tiinah] mukmin yang tidak bercampur dengan salinan atau campuran [tiinah] kafir semasa di alam bayangan (azillah) dan alam roh (asybaah). Ibrahim berkata: Wahai Maulaaya, berilah penjelasannya kepadaku, aku tidak mengetahuinya. Maka beliau a.s berkata: Wahai Ibrahim, adakah sesuatu yang menggerunkan di hati anda? Ibrahim berkata: Ya, al-Baqir a.s berkata: Apakah dia?
Ibrahim berkata: Aku tidak mengetahuinya. Al-Baqir a.s berkata: Tidak ada sesuatupun yang mengotorinya iaitu Syiah kamu, ketahuilah bahawa seorang mukmin yang terbuka mata hatinya (al-Mu’min al-Mustabsyir) lagi arif tidak dikotori oleh amalannya yang buruk. Dia (perawi) berkata: Ibrahim telah menjadi bingung dan berkata: Subhaanallah wa bi-hamdi-hi.
Al-Baqir a.s berkata: Aku telah mengetahui kebingungan anda mengenainya, lantaran itu, bertanyalah, wahai Ibrahim, mintalah penerangannya, nescaya anda akan memahaminya dan mintalah kesimpulannya, nescaya anda akan mengetahuinya.
Ibrahim berkata: Wahai Maulaaya, penjelasan anda kepadaku telah banyak membingungkan aku dan apakah aku akan berkata bahawa kami melihat di kalangan Syiah kamu dan pencinta-pencinta kamu secara jujur mencintai kamu, kadang kala mereka meminum arak, melakukan dosa-dosa besar, meringan-ringankan sembahyang, puasa, zakat, haji dan kebajikan, sedangkan anda, wahaiMaulaaya, menyangka bahawa sesungguhnya dia tidak dikaitkan dengan dosa.
Al-Baqir a.s berkata: Aduhai dukacitanya anda! Wahai Ibrahim, tidakkah aku telah menyebutkannya kepada anda dan matlamatnya? Lantaran itu, fahamilah, aku tidak akan menambahnya lagi untuk anda. Maka sesungguhnya setiap pencinta kami mestilah mendirikan sembahyang pada waktunya, menunaikan zakat yang difardukan ke atasnya, gigih melakukan amalan yang baik dan mencintainya pula. Ibrahim berkata: Kenapa dan bagaimana perkara itu, wahai Sayyidi? Beliau a.s berkata: Wahai Ibrahim, aku telah banyak menerangkannya kepada anda dan menjawab soalan-soalan anda, bagaimanakah kepercayaan anda dan apakah yang anda telah pelajari?
Ibrahim berkata: Maulaaya, seorang pencinta kamu dan Syiah kamu menurut apa yang kamu ceritakan (ahadu muhibbii-kum wa syi‘ati-kum ‘alaa ma wasaf-tum bi-hi)), jika diberikan kepadanya apa yang ada antara timur dan barat yang merupakan emas dan perak (lau u‘tiya ahadu-hum ma baina al-Masyriq wa al-Maghrib dhahaban wa fidhdhatan) supaya dia tidak mencintai kamu dan tidak mewalikan kamu(‘alaa an yazuula ‘an mahabbati-kum wa wilaayati-kum), maka dia akan meneruskannya (fa-ma zaala) sekalipun hidungnya dipukul dengan pedang (wa lau dhuribat khiyaasyimu-hi bi al-Saif).
Seorang Naasibi kepada kamu, mewalikan musuh kamu, menurut apa yang kamu ceritakan tentang amalan-amalan kebaikan yang dilakukan olehnya, (Naasibi), jika seorang daripada mereka diberikan emas dan perak (lau u‘tiya ahadu-hum mil’a al-Ardh dhahaban wa fidhdhatan) supaya berhenti dari mewalikan tawaaghit (an yazuula ‘an wilaayati al-Tawaaghiit), dia akan meneruskannya (ma zaala) sekalipun hidungnya dipukul dengan pedang (wa lau dhuribat khiyaasyimu-hu bi al-Saif).
Lalu al-Baqir a.s tersenyum sambil berkata: Wahai Ibrahim, dari sinilah binasanya orang ramai (halakat al-‘Aammatu) dan mereka yang buta mata (hati) sebagaimana diceritakan oleh Allah dalam kitab-Nya [6] “Bekerja keras lagi menentang (naasibah), memasuki api yang sangat panas” Dan firman-Nya[7] “Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan” Aduhai dukacitanya anda, adakah anda mengetahui, wahai Ibrahim, apakah sebab sedemikian? Ibrahim berkata: Tidak, wahai anak lelaki kepada anak perempuan Rasulullah s.a.w, maka terangkanlah kepadaku, sesungguhnya aku telah berjaga sepanjang malam tanpa mengetahui sebabnya.
Al-Baqir a.s berkata: Wahai Ibrahim, sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui dan qadim, Dia telah menciptakan semua perkara bukan daripada sesuatu. Justeru sesiapa yang menyangka bahawa Allah telah menciptakan semua perkara daripada sesuatu, maka dia menjadi kafir. Ianya dari tanah yang baik. Kemudian Dia memancarkan padanya air yang manis, lalu Dia membentangkan ke atasnya wilayah kami Ahlul Bait[8], maka ia menerimanya. Kemudian Dia mengalirkan air ke atasnya selama tujuh hari sehingga ia menjadi rata dan lembut, kemudian Dia mengambil daripadanya tanah yang bersih, lalu menjadikannya tanah para imam (tiin al-Aimmah).
Kemudian Dia mulai membasuh tanah itu, maka Dia menciptakan daripadanya Syiah kami, kemudian pencinta-pencinta kami. Jika tanah kamu ditinggalkan, wahai Ibrahim, seperti tanah kami, nescaya kamu dan kami adalah sama[9]. Maka Ibrahim berkata: Wahai Maulaaya, apakah Dia lakukan kepada tanah kita? Al-Baqir a.s berkata: Jika begitu aku akan memberitahu anda: Sesungguhnya Allah telah menciptakan tanah, maka ia telah menjadi buruk lagi busuk (khabiithah wa muntinah), kemudian dipancarkan air ke atasnya, lalu dibentangkan ke atasnya wilayah Ahlu l-Bait, tetapi ia tidak menerimanya.
Kemudian dimasukkan air ke atasnya selama tujuh tahun. Kemudian dikeluarkan air daripadanya. Kemudian diambil tanah itu dan dicampurkan dengan tanah kamu, lalu diciptakantawaaghit dan pemimpin-pemimpin kafir. Beliau a.s berkata kepada Ibrahim: Jika tanah kamu ditinggalkan dan tidak dicampurkan dengan tanah mereka, nescaya mereka tidak mengucap dua kalimah syahadat atau melakukan sembahyang atau berpuasa atau mengeluarkan zakat atau mengerjakan haji atau melaksanakan amanah dan mereka tidak pula menyerupai bentuk kamu.
Tidak ada perkara yang lebih besar ke atas mukmin dari melihat bentuk musuhnya seperti bentuknya. Ibrahim berkata: Wahai Maulaaya, apakah Allah telah melakukan dengan tiinah? Imam al-Baqir a.s berkata: Dia telah mencampurkan kedua-duanya dengan air yang pertamanya bersih dan air keduanya masin, lalu menggaulkan kedua-duanya.
Kemudian Dia mengambil daripada kedua-duanya satu genggam dan berfirman: Mereka akan ke syurga dan Aku tidak peduli. Kemudian Dia mengambil satu genggam yang lain dan berfirman: Mereka akan ke neraka dan Aku tidak peduli. Kemudian Dia mencampurkan daripada kudua-duanya pula dan meletakkan salinan mukmin (naskh al-Mu’min) dan tiinahnya di atas salinan kafir dan tiinahnya.
Lantaran itu, apa yang dilakukan oleh seorang Syiah kami sama ada zina, liwat, khianat, meninggalkan sembahyang, puasa, haji atau jihad, maka ia adalah daripada salinan kafir. Dan apa yang dilakukan oleh oleh Naasibi terhadap kami daripada musuh-musuh kami sama ada sembahyang, puasa, haji, jihad dan amalan-amalan kebajikan adalah daripada salinan mukmin dan tiinahnya, kerana salinan mukmin adalah sembahyang, puasa, haji, jihad dan amalan-amalan kebajikan. Sementara salinan Naasibi terhadap Ahlu l-Bait dan para Imam adalah zina, liwat, minuman arak, melakukan dosa dan segala kekejian.
Apabila dibentangkan amalan-amalan ini kepada Allah, Dia berfirman: Al-Naatiq (yang bercakap) mengetahuinya dan qadha’nya yang terdahulu, lalu berfirman: Aku Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana dan Aku Adil, Aku tidak zalim. Aku tidak menzalimi hak-hak dan amalan-amalan, maka ia dikaitkan kepada bahannya yang asal, kerana ia adalah daripadanya.
Dan dikaitkan amalan yang baik kepada salinan mukmin dan tiinahnya yang bersih, kerana ia daripadanya. Kemudian al-Baqir membaca firman-Nya [10] “Berkata Yusuf: “Aku mohon perlindungan kepada Allah daripada menahan seorang, kecuali orang yang kami ketemukan harta benda kami padanya, jika kami berbuat demikian, maka benar-benarlah kami orang-orang yang zalim” Wahai Ibrahim, inilah, demi Tuhan, tafsirnya pada batin ilmu kami.
Kemudian al-Baqir a.s berkata: Wahai Ibrahim, beritahuku tentang matahari apabila cahayanya naik dilihat di seluruh negeri, ia terang daripada bulatannya atau ia tersembunyi daripadanya? Aku berkata: Wahai Maulaaya, adapun ketika naiknya, maka ia terang, adapun ketika jatuhnya, maka ia bersambung dengannya. Al-Baqir a.s berkata: Tidakkah apabila matahari jatuh, cahayanya bersambung dengan bulatannya? Ibrahim berkata: Ya, cahayanya kembali kepadanya. Al-Baqir a.s berkata: Begitulah setiap sesuatu kembali kepada jenisnya, salinannya dan asalnya.
Apabila tiba hari Kiamat, amalan-amalan dibentangkan kepada Allah, maka Dia mencabut salinanNaasibi dan tiinahnya yang bercampur dengan tiinah mukmin dan mencabut daripada mukmin dosa-dosa dan bebanannya, lalu Dia memulangkannya kepada Naasibi kerana keburukan tiinahnya telah bercampur dengan tiinah mukmin. Dia akan memberi Naasibi segala dosa dan bebenan jika dosa dan bebanan itu daripada salinan Naasibi, bahannya dan unsurnya.
Allah akan mencabut tiinah mukmin daripada Naasibi berserta sembahyangnya dan kebaikannya, lalu Dia memberinya kepada mukmin apabila amalannya daripada salinan mukmin, bahannya dan unsurnya. Kamu fikir, wahai Ibrahim, di sini aku tidak memberitahu kepada anda secara zalim, permusuhan, kezaliman dan pembohongan. Ibrahim berkata: Aku pohon perlindungan daripada Allah, sesungguhnya Allah dengan hamba-hamba-Nya, amalan mereka, ilmu mereka, salinan mereka, bahan mereka, dan sesungguhnya ini, wahai Maulaaya, adalah hukum pemutus pada hari Pembalasan. Maka al-Baqir a.s berkata: Wahai Ibrahim, sesungguhnya hukum daripada-Nya adalah hukum pemutus dan hukuman yang adil.
Demi Yang telah Membelah biji-bijian dan Melepaskan jiwa, aku tidak memberitahu kepada anda melainkan dengan kebenaran, aku tidak menceritakan kepada anda melainkan dengan ketelusan dan tidak dipersoalkan apa yang Dia buat sedangkan mereka dipersoalkan. Tuhan kamu tidak menzalimi seorangpun dan Tuhan tidak menzalimi hamba-hamba-Nya.
Ibrahim berkata: Wahai Maulaaya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya aku telah percaya dengan rahsia kamu, zahir kamu dan batin kamu, kemudian rahsia kamu yang tersembunyi, pada zahir anda dan batin anda, kemudian rahsia anda yang tersembunyi, demi Allah, wahai Maulaaya, sesungguhnya aku hairan tentang apa yang telah sampai kepadaku daripada seorang di kalangan kamu, wahai Maulaaya, al-Baqir a.s berkata: Apakah yang menghairankan anda?
Ibrahim berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah, aku hairan dengan Allah, hikmat-Nya, ilmu-Nya bahawa Dia mengambil kebaikan semua Naasibi; musuh-musuh kamu, maka Dia memulangkannya kepada Syiah kamu. Dan Dia mengambil segala kejahatan Syiah kamu dan memulangkannya kepada musuh-musuh kamu.
Al-Baqir a.s berkata: Ya, Demi Tuhan Yang telah Membelah biji-bijin dan Melepaskan jiwa, Dia telah menciptakan syurga dan menciptakan langit dan bumi, wahai Ibrahim, sesungguhnya aku tidak memberitahu kepada anda melainkan ianya terdapat di dalam al-Qur’an semuanya. Ibrahim berkata:Maulaaya, ini betul-betul di dalam al-Qur’an. Al-Baqir a.s berkata: Allah telah menjadikan kami di kalangan hamba-hamba-Nya, Amin. Ya, wahai Ibrahim, ini betul-betul ada di dalam al-Qur’an, anda suka aku membacanya kepada anda?
Ibrahim berkata: Ya, demi Allah, wahai anak lelaki kepada anak perempuan Rasulullah, kemudian beliau a.s membaca firman-Nya[11] “Dan berkatalah orang-orang kafir kepada orang-orang yang beriman: “Ikutilah jalan kami dan nanti kami akan memikul dosa-dosamu” dan mereka (sendiri) sedikitpun tidak (sanggup) memikul dosa-dosa mereka. Sesungguhnya mereka benar-benar orang pendusta”
Mereka akan memikul dosa-dosa mereka di samping dosa-dosa orang lain dan Dia akan bertanya mereka pada hari Kiamat tentang apa yang mereka lakukan. Iaitu, wahai Ibrahim, mereka memikul dosa-dosa mereka berserta dosa-dosa mukminin, kerana dosa-dosa itu daripada salinan mereka, tabiat mereka, jenis mereka dan bahan mereka. Ibrahim berkata: Tambah lagi untukku, wahai Maulaaya.
Al-Baqir a.s berkata: Allah berfirman [12] “Mereka memikul dosa-dosa dengan sepenuhnya pada hari Kiamat dan sebahagian dosa-dosa orang yang mereka sesatkan yang tidak mengetahui sedikitpun (bahawa mereka disesatkan). Ingatlah, amat buruklah dosa yang mereka pikul itu” Iaitu orang-orang yang menzalimi mereka tanpa ilmu.
Wahai Ibrahim, anda tahu apa yang Dia telah berfirman kepada pencinta-pencinta kita dan Syiah kita? Ibrahim berkata: Tidak, wahai Maulaaya. Al-Baqir a.s berkata: Merekalah orang-orang yang telah beriman, Allah berfirman[13]“ Allah menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan. Dan Adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
Sesungguhnya Allah menggantikan kejahatan Syiah kita dengan kebaikan pada hari Kiamat[14]. Sesungguhnya aku bersumpah dengan Ibrahim, wajah Allah, kemulian Allah bahawa sesungguhnya ini adalah daripada keadilan-Nya pada makhluk-Nya, tanpa menolak qadha’-Nya dan mengubah hikmat-Nya!
Adakah anda suka, wahai Ibrahim, aku membaca firman Allah tentang campuran (al-Mizaaj), dua tanah, bumi yang baik dan yang busuk? Ibrahim berkata: Ya. Al-Baqir a.s membaca firman-Nya: [15] “(Yaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain daripada “al-Lamama”. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas ampunan-Nya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan) mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin di dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa”
Beliau a.s telah berkata: Janganlah seorang daripada kamu berhujah dengan puasanya, sembahyangnya, hajinya dan jihadnya kerana Allah Maha Kaya daripada semuanya.
Dia mengetahui hamba-hamba-Nya yang baik daripada yang jahat. Seorang daripada kamu tidak akan mendapat kemenangan dengan sembahyang dan puasanya yang banyak jika dia tidak mengetahui Allah, para wali-Nya, musuh-musuh-Nya, imamnya dan hujjahnya di antaranya dan Tuhannya. Beliau a.s telah berkata: Adakah aku [perlu] menambah untuk anda, wahai Ibrahim, beliau berkata: Ya, wahai Maulaaya.
Al-Baqir a.s telah berkata: Bacalah ayat ini: “Sebagaimana Dia telah menciptakan kamu pada permulaan, kamu akan kembali (kepada-Nya). Sebahagian diberinya petunjuk dan sebahagian lagi telah pasti kesesatan bagi mereka. Sesungguhnya mereka menjadikan syaitan-syaitan pelindung selain Allah dan mereka mengira bahawa mereka mendapat petunjuk”[16] Iaitu sebagaimana Dia telah mengambil kamu daripada tanah yang baik dan tanah yang busuk, kamu kembali kepada asal kamu. Justeru sesiapa yang tanahnya baik, nescaya dia kembali kepada ciptaan asalnya.
Dan firman-Nya: “Sesungguhnya mereka menjadikan syaitan-syaitan pelindung selain Allah” Iaitu mereka menyangka sembahyang, zakat dan haji mereka yang banyak, malah semua amalan mereka: Iaitu mereka mengira mereka mendapat petunjuk. Ambillah kepada anda, wahai Ibn Ishaq, kepelikan hadis-hadis kami dan keitimewaan hak kami, kamilah para imam (a.s), para wali Allah, tidak ada sesuatu yang memutuskan ilmu-Nya kepada kami.
Tidak di bumi dan tidak juga di langit. Kamilah tangan Allah (yadullah), dan kamilah di sebelah-Nya (nahnu junbu-hu), kamilah wajah-Nya dan mata-Nya (nahnu wajhu-hu wa ‘ainu-hu), di mana mukmin melihat (aina-ma nazara al-Mu’min), dia melihat kami (yaraa-naa), jika kami kehendaki, maka Allah kehendaki (in syi’naa sya’a Allah) dan janganlah anda memberinya[17] melainkan kepada ahlinya. Segala puji bagi Allah yang telah memilih kami daripada tanah cahaya kekuasaan-Nya. Dia telah kurniakan kami rahsia ilmu kehendak-Nya.
Dia telah memerintahkan kami supaya memperkenalkan kepada Syiah kami hak hakikat makrifat dan amanah-Nya. Kami membersihkan jiwa mereka daripada kekotoran azab dengan wilayah-Nya. Kami menamatkan mereka di dalam hidayah dengan seruan kepada Dar al-Salam dan kebaikannya, Berjiran dengan Yang Maha Pemurah lagi Penyayang di syurga-syurga-Nya.
Kami merendamkan roh-roh mereka pada mata ketenangan yang cerdik lagi diredai dengan rahmat-Nya. Alangkan beruntungnya ‘Arifiin yang faham tentang mereka sehingga niatnya yang ikhlas hanya kepada Allah.
Selawat dan salam kepada Muhammad yang menunjuk kepada kebenaran dengan risalahnya yang mana Allah telah menciptakannya sebelum sesuatu (qabl al-Qabl) dan menentukannya untuk menerangkan kebenaran yang nyata. Selawat dan salam juga kepada keluarganya yang baik lagi suci serta zuriat daripada keturunan mereka semua. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Tamatlah kitab yang tersembunyi AL-HAFT Al-SYARIF yang menerangkan sebahagian kelebihanMaulaana Ja‘far al-Sadiq a.s. Ia menceritakan tentang permulaan makhluk, asalnya dan akhirnya, cara huraiannya, perpindahan jiwa-jiwa dari satu keadaan kepada keadaan yang lain sempena dengan hidayah dan penghujungnya, wa s-Salam.
[1] Hak keluraga telah ditetapkan di dalam al-Qur’an.
[2] Hak kerabat telah galakkan di dalam al-Qur’an di atas budi bicara.
[3] Surah al-A‘raaf (7): 32
[4] Diterima taubatku
[5] Surah al-Najm (53): 32
[6] Surah al-Ghaasyiah (88): 3-4
[7] Surah al-Furqaan (25): 23
[8] Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm.277. “Wilayah Ali a.s” Imam Ja‘afar al-Sadiq a.s berkata: Wahai Mufadhdhal, demi Allah, sesungguhnya Adam tidak berhak diciptakan Allah dengan tangan-Nya, (ma istaujaba Adam an yakhluqa-hu l-Lahu bi-yadi-hi) dan dihembuskan padanya roh-Nya melainkan dengan wilayah Ali a.s (illa bi-wilayati Ali). Allah tidak bercakap dengan Musa sebarang percakapan melainkan dengan wilayah Ali a.s. Dan Allah tidak memperkuatkan Isa ibn Maryam sebagai bukti (ayatan) bagi alam semesta melainkan dengan khudhu’ kepada Ali a.s, kemudian beliau berkata: Makhluk Allah tidak layak “melihat” Allah melainkan dengan mentaati kami.
[9] Dari segi campuran tanah, tetapi ia tidak sama kerana ia tidak ditinggal atau dilakukan seperti tanah para imam a.s.
[10] Surah Yusuf (12): 79
[11] Surah al-Ankabut (29): 12
[12] Surah al-Nahl (16): 25
[13] Surah al-Furqaan (25): 70
[14] Rasulullah s.a.w bersabda: “Siapa yang mati kerana cintakan keluarga Muhammad, maka dia mati syahid” “Siapa yang mati kerana cintakan keluarga Muhammad, maka dia mati diampuni dosanya” dan “Mati sebagai seorang yang bertaubat” Al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, 11, hlm 67.
[15] Surah al-Najm (53): 32
[16] Surah al-A‘raaf (7): 29-30
[17] Hadis-hadis kami
0 comments:
Catat Ulasan