KHUTBAH KEENAM
Aku, di sisiku kunci-kunci kepada perkara yang ghaib, tidak mengetahuinya selepas Rasulullah s.a.w kecuali aku. Aku adalah Dhu l-Qarnain yang disebut di dalam mashaf yang pertama . Aku adalah sahabat cincin Sulaiman, aku mengendalikan hisab, aku yang memancarkan mata air dan lain-lain.
“Aku, di sisiku kunci-kunci kepada perkara yang ghaib (anaa ‘indi mafaatih al-Ghaib), tidak mengetahuinya selepas Rasulullah s.a.w kecuali aku (la ya‘lamu-ha ba‘da Rasulillah illa anaa). Aku adalah Dhu l-Qarnain yang disebut di dalam mashaf yang pertama (anaa Dhu l-Qarnain al-Madhkuur fii al-Suhufii al-Uulaa). Aku adalah sahabat cincin Sulaiman (anaa saahib khaatam Sulaiman), aku mengendalikan hisab[1] (anaa waliyyu al-Hisab), aku adalah sahabat al-Sirat dan al-Mauqif (anaa saahib al-Sirat wa al-Mauqif), pembahagi syurga dan neraka dengan perintah Tuhanku [2](qasim al-Jannat wa al-Naar bi-amri rabbi).
Aku adalah Adam yang pertama (anaa Adam al-Awwal), aku adalah Nuh yang pertama (anaa Nuh al-Awwal), aku adalah bukti kepada Yang Maha Perkasa (anaa ayat al-Jabbaar), aku adalah hakikat segala rahsia (anaa haqiqat al-Asrar), aku yang menumbuhkan daun-daun pokok (anaa muriqu l-Asyjar), aku yang membuahkan buah-buahan (anaa muni‘u al-Thimar), aku yang memancarkan mata air (anaa mufajjir al-‘Uyuun), aku yang mengalirkan sungai-sungai (anaa mujrii al-Anhaar), aku penyimpan ilmu (anaa khazin al-‘ilm) akulah puncak kesabaran (anaa taur al-Hilm), akulah Amir al-Mukminin (anaa Amir al-Mu’minin), aku adalah ‘ain al-Yaqiin (anaa ‘ain al-Yaqiin), akulah hujah Allah di langit dan di bumi (anaa hujjat Allah fii al-Samawaat wa al-Ardh).
Akulah gempa bumi (anaa al-Raajifah), akulah petir [3](anaa al-Sa‘iqah), akulah laungan dengan kebenaran (anaa al-Saihat bi l-Haq), akulah hari Kiamat bagi mereka yang membohonginya (anaa al-Saa‘at li-man kadhdhaba bi-ha), akulah kitab yang tidak ada syak padanya (anaa dhaalika al-Kitab la raiba fii-hi), aku adalah nama-nama yang baik yang diperintahkan supaya diseru dengannya (anaa al-asmaa’ al-Husnaa allati umira an yud‘a bi-ha), aku adalah cahaya di mana petunjuk diambil daripadanya (anaa dhaalika al-Nur al-ladhi uqtabisa min-hu al-Hudaa), aku mempunyai berbagai-bagai rupa (anaa saahib al-Suwar), akulah yang mengeluarkan mereka dari kubur (anaa mukhrij man fii al-Kubuur).
Aku adalah sahabat hari Kebangkitan (anaa saahib yaum al-Nusyuur), aku adalah sahabat Nuh[4] dan penyelamatnya (anaa saahib Nuh wa munji-hi), aku adalah sahabat Ayyub yang diuji dan akulah penyembuhnya (anaa saahib Ayyub al-Mubtalaa wa syafii-hi). Akulah yang mendirikan langit-langit dengan perintah Tuhanku (anaa aqum-tu al-Samawaat bi-amri rabbi), aku adalah sahabat Ibrahim (anaa saahib Ibrahim), aku adalah rahsia percakapan (anaa sirr al-Kalim), aku yang merenung kepada [alam] malakut [5](anaa al-Naazir fii al-Malakut).
Aku adalah perkara yang hidup yang tidak mati [6](anaa amr al-Hayy al-Ladhi la yamut), aku adalah wali kebenaran ke atas semua makhluk (anaa waliyy al-Haq ‘alaa saa’ir al-Khalq), akulah di mana umat tidak dapat menukarkan aku (anaa al-Ladhi la yubaddil al-Qaum ladayya). Hisab makhluk adalah kepadaku [7](hisab al-Khalqi ilayya), akulah diserahkan urusan makhluk[8] (anaa al-Mufawwadh ilayya amr al-Khalq), aku adalah khalifah Allah Maha Pencipta (anaa khalifu llah al-Khaaliq).
Aku adalah rahsia Tuhan di negara-Nya (anaa sirru –llah fii biladi-hi), hujah-Nya ke atas hamba-hamba-Nya (hujjatu-hu ‘alaa ‘ibaadi-hi). Aku adalah urusan Allah dan roh-Nya (anaa amru llahi wa al-Ruuh) sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Isra’ (17): 85 “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: Roh itu adalah urusan Tuhanku” Aku telah menegapkan gunung-gunung yang tinggi (anaa arsaitu al-Jibaal al-saamikhaat), aku telah memancarkan mata air yang mengalir (fajjar-tu al-‘Uyuun al-Jaariyat), akulah yang menjiruskan pokok-pokok (anaa ghaaris al-Asyjaar), mengeluarkan warna-warna dan buah-buahan (mukhrij al-Alwaan wa al-Thimaar), akulah yang menetapkan makanan harian (anaa muqaddir al-Aqwaat)[9].
Akulah yang membangkitkan orang-orang yang mati (anaa naasyir al-Amwaat), aku menurunkan hujan (anaa munadhdhil al-Qatar), akulah yang mencerahi matahari, bulan dan bintang (anaa munawwir al-Syams wa al-Qamar wa al-Nujum).
Akulah yang mendirikan Kiamat (anaa qaaim al-Qiyaamat), akulah orang yang wajib ditaati daripada Allah (anaa al-Wajib la-hu min Allah al-Ta‘at), aku adalah rahsia Allah yang tersembunyi (anaa sirr Allah al-Makhzuun), aku mengetahui apa yang telah berlaku dan akan berlaku (anaa al-‘Aalim bi-ma kaana wa ma yakun). Akulah sembahyang mukminin dan puasa mereka (anaa salawaat al-Mu’minin wa siyamu-hum), aku adalah maula mereka dan imam mereka (anaa maula-hum wa imammu-hum), aku adalah sahabat kebangkitan yang pertama dan yang terakhir (anaa saahib al-Nasyr al-Awwal wa al-Aakhir).
Aku adalah sahabat segala kelebihan dan segala kemegahan (anaa saahib al-Manaaqib wa al-Mafaakhir). Aku adalah sahabat cekerwala-cekerwala (anaa saahib al-Kawaakib), aku adalah azab Allah yang pedih (anaa ‘azab Allah al-Waasib), aku adalah pembinasa kepada penguasa-penguasa yang pertama (anaa muhlik al-Jabaabirat al-Awwal), akulah yang meruntuhkan kerajaan-kerajaan (anaa muzil al-Duwal), aku adalah sahabat kepada gempa bumi dan gegaran (anaa saahib al-Zilzal wa al-Rajf), aku adalah sahabat gerhana bulan dan gerhana matahari (anaa saahib al-Kusuuf wa al-khusuuf).
Aku adalah pemusnah kepada semua Fir‘aun dengan pedangku ini (anaa mudammir al-Faraa‘inah bi-saifii hadha), akulah yang telah diperintahkan oleh Allah di alam bayangan (azillah) dan menyeru mereka supaya mentaatiku (anaa al-Ladhi aqaamani llahu fii al-Azillat wa da‘a-hum ilaa ta‘ati). Apabila aku menzahirkan diriku, mereka menentangku (fa-lamma zahartu ankaruu), maka Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2): 89 “maka setelah datang kepada mereka apa yang mereka ketahui, lalu mereka ingkar kepadanya”, akulah cahaya segala cahaya (anaa nuur al-Anwaar).
Akulah pembawa ‘Arasy bersama orang-orang yang baik (anaa haamil al-‘Arsy ma‘a al-Abraar), aku adalah pemilik buku-buku yang terdahulu (anaa saahib al-Kutub al-Saalifah), aku adalah pintu Allah yang tidak dibuka bagi mereka yang membohonginya dan mereka tidak akan merasai syurga (anaa bab Allah al-Ladhi la yuftah li-man kadhdhaba bi-hi wa la yadhuqu al-Jannat). Akulah orang di mana para malaikat berhimpun di atas hamparanku [10](anaa al-Ladhi tazdahim al-Malaikatu ‘alaa fiiraasyi), aku dikenali oleh hamba-hamba Allah di iklim-iklim dunia yang lain [11](ta‘rifuni ‘ibad aqaalim al-Dunya).
Akulah yang telah dikembalikan matahari dua kali dan ia telah memberi salam kepadaku dua kali (anaa ruddat li al-Syams marrataini wa sallamat ‘alayya karrataini). Aku telah melakukan sembahyang bersama Rasulullah s.a.w ke arah dua kiblat (sallai-tu ma‘a Rasulillah al-Qiblataini).
Aku telah memberi baiah dua kali (baya‘-tu marrataini). Aku adalah sahabat Badar dan Hunain (anaa saahib Badr wa Hunain). Akulah Taur (akulah al-Taur). Akulah kitab yang terbentang (anaa al-Kitab al-Mastur), akulah lautan yang bergelombang (anaa al-Bahr al-Masjur), akulah Bait Makmur (anaa al-Bait al-Ma‘mur). Akulah di mana Allah telah menyeru makhluk supaya mantaatiku (anaa al-Ladhi da‘a llahu al-Khalaa’iq ilaa taa‘ati), lantas ia mengingkarinya dan berdegil (kafarat wa asarrat), lalu ia ditukar bentuknya [12](fa-musikhat), tetapi umat yang menyahutinya telah berjaya (ajaabat ummatun fa-najat).
Aku mempunyai kunci-kunci syurga dan sumber-sumber cahaya sebagai penghormatan daripada Allah (anaa al-Ladhi bi-yadiy mafaatih al-Jinaan wa maqaaliid al-Niiraan, karamatan mina llah). Aku bersama Rasulullah s.a.w di bumi dan di langit (anaa ma‘a Rasulillah fii al-Ardh wa fii al-Samaa’).
Akulah al-Masih di mana tiada roh yang bergerak dan tiada nafas yang menghembus selain daripadaku (anaa al-Masih haithu la ruuh yataharrak wa la nafasin yatanaaffas ghairi). Akulah sahabat pada kurun-kurun yang pertama (anaa saahib al-Quruun al-Uulaa). Akulah yang diam (anaa al-Samit) dan Muhammad adalah yang bercakap (Muhammad al-Natiq). Akulah yang telah menyeberangi lautan bersama Musa (Anaa al-Ladhi jawaz-tu bi-Musa fii al-Bahr), aku telah menenggelamkan Fiir‘aun dan tenteranya (aghraq-tu Fiir‘aun wa junuda-hu), aku mengetahui teriakan binatang dan percakapan burung[13] (anaa a‘lamu hamaham al-Baha’im wa mantiq al-Tair).
Aku melintasi langit ketujuh dan bumi ketujuh pada sekelip mata sahaja [14](anaa al-ladhi ujawwizu al-Samawaat al-Sab‘a wa al-Aradhin al-Sab‘ fii tarfata ‘ain). Akulah yang bercakap di atas lidah Isa di dalam buaian (anaa al-Mutakallim ‘ala lisan ‘Isa fii al-Mahdi). Akulah di mana Isa akan melakukan sembahyang di belakangku (anaa al-Ladhi yusalli ‘Isa khalfii). Akulah yang bertukar kepada bentuk rupa yang bermacam-macam mengikut kehendak Allah (anaa al-Ladhi inqalaba fii al-Suar kaifa syaa Allah), aku adalah lampu petunjuk (anaa misbah al-Huda). Aku adalah anak kunci takwa (anaa miftaah al-Taqwa), akulah yang akhir dan yang awal (anaa al-Akhirat wa al-Uulaa). Akulah yang melihat amalan hamba (anaa al-ladhi ara a‘maal al-‘ibaad).
Akulah penyimpan langit dan bumi dengan perintah Tuhanku (anaa khazin al-samawaat wa al-Ardh bi-amri llah), akulah yang melakukan keadilan (anaa al-Qaaim bi al-Qist), akulah penjaga agama [15](anaa dayyaana al-Diin), akulah di mana amalan tidak akan diterima kecuali dengan wilayahku (anaa al-ladhi la tuqbalu al-A‘maal illaa bi-wilaayati), begitu juga kebaikan tidak ada manfaatnya kecuali dengan mencintaiku (la tanfa‘u al-hasanaat illaa bi-hubbi). Aku mengetahui pusingan falak (anaa al-‘Aalim bi-madar al-Falak al-Duwar), akulah sahabat timbangan dan titisan hujan serta bilangan pasir dengan izin Allah Yang Maha Perkasa (anaa saahib mikyaal wa qataraat al-Amtaar wa raml al-Qifar bi izni al-maalik al-Jabbaar).
Tetapi aku akan dibunuh dua kali dan akan dihidupkan dua kali dan aku akan zahir mengikut kehendakku (illa anaa al-Ladhi uqtalu marrataini wa uhyi marrataini wa azharu kaifa syi’-tu). Akulah yang menghisab makhluk sekalipun banyak [16](anaa muhsi al-Khala’iq wa in kathuru), aku menghisab mereka dengan perintah Allah (anaa muhasibu-hum bi-amri rabbi). Akulah yang mempunyai seribu kitab para nabi yang terdahulu (anaa al-Ladhi ‘indi alfu kitab min kutub al-Anbiyaa’)[17]. Akulah di mana seribu umat telah menentang wilayahku, lalu mereka ditukar bentuk mereka (anaa al-Ladhi jahada wilaayati alfu ummatin fa-musikhuu). [18]Akulah yang tersebut pada zaman dahulu dan akulah yang keluar pada akhir zaman (anaa al-Mazkur fii salifii al-Azman wa al-Khaarij fii akhir al-Zamaan).
Akulah pembahagi kepada penguasa-penguasa yang bertarung (anaa qaasim al-Jabbaariin fii al-Ghabiriin), pengeluar mereka dan penyiksa mereka pada masa yang lain pula (mukhriju-hum wa mu‘adhdhibu-hum fii al-Aakhirin). Akulah yang bercakap dengan setiap lidah[19] (anaa al-Mutakallim bi-kulli lisaan), akulah saksi kepada amalan hamba di timur dan di barat (anaa al-Syaahid li-A‘maal al-Khala’iq fii al-Masyaariq wa al-Maghaarib). Akulah menantu Muhammad (anaa sahr Muhammad), akulah makna yang tidak bernama tanpa kesamaran (anaa al-Ma’na la yaqa‘ ‘alai-hi ismun wa la syabahun), aku adalah pintu taubat (bab hittat) la haula wa la quwwata illa bi llahi al-‘Aliyyu al-‘Aziim”.
[1] Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm. 191, hadis no. 167.
[2] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanaabi‘ al-Mawaadah, hlm. 251.
[3] Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm.366.
[4] Imam Ali a.s juga berkata: Akulah Nuh pertama. Dan terdapat Nuh yang ramai di daur (pusingan masa) yang lain pula.
[5] Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 360-61 “Alam malakut” Daripada Muhammad bin al-Muthanna, daripada bapanya, daripada ‘Uthman bin Zaid, daripada Jabir bin Zaid, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang firman-Nya di dalam Surah al-An‘am (6): 75 “Dan demikainlah kami perlihatkan kepada Ibrahim keagungan langit dan bumi (malakutta al-Samawati wa-al-Ardh) agar Ibrahim termasuk mereka yang yakin”. Beliau berkata: Aku telah menundukkan kepalaku ke tanah, lalu beliau mengangkat tangannya ke atas, kemudian berkata: Angkatkan kepala anda, maka aku mengangkat kepala aku dan aku melihat kepada atap telah tembus sehingga mata aku dapat melihat Kepada cahaya yang terang, lantas mata aku menjadi tercengang tanpanya, kemudian beliau berkata kepada aku: Ibrahim telah melihat keagungan langit dan bumi di dalam keadaan ini. Kemudian beliau berkata kepada aku: Tunduk, maka aku pun tunduk, kemudian beliau berkata: Angkatkan kepala anda, lantas aku mengangkatkan kepala aku, maka aku mendapati atap masih di dalam keadaan yang terdahulu, kemudian beliau telah mengambil tangan aku, dan berdiri, lalu mengeluarkan aku dari rumah yang aku berada di dalamnya dan memasukkan aku ke rumah yang lain, lalu beliau menukarkan pakaian yang dipakainya dan memakai pakaian lain, kemudian beliau berkata kepadaku: Pejamkan mata anda, maka aku pun memejamkan mataku. Beliau berkata: Janganlah anda membuka mata anda (la taftah ‘ainai-ka), maka aku tunggu beberapa ketika, kemudian beliau berkata kepada aku: Anda mengetahui di manakah anda sekarang? Aku berkata: Tidak, beliau berkata: Anda di dalam kegelapan yang telah dilalui oleh Dhu al-Qar’nain (anta fi al-Zulmati al-Lati salaka-ha Dhu al-Qur’nain), maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, adakah anda membenarkan aku membuka mata aku, maka aku dapat melihat anda? Beliau berkata kepada aku: Bukalah, sesungguhnya anda tidak akan melihat sesuatu, maka aku pun membuka mataku, tiba-tiba aku mendapati diri aku di dalam kegelapan, aku tidak dapat melihat tempat tapak kakiku berpijak. Kemudian beliau berjalan sedikit, lalu berdiri, maka beliau berkata: Adakah anda mengetahui di manakah anda sekarang? Maka aku berkata: Aku tidak mengetahui, maka beliau berkata: Anda sedang berdiri di atas‘Ain al-Hayat (mata kehidupan) yang diminum oleh Khidir a.s, kami berjalan, maka kami pun keluar daripada alam itu kepada alam lain, lalu kami berjalan padanya. Maka kami telah melihatnya seperti keadaan alam kita ini dari segi binaannya, rumah-rumahnya, dan penghuni-penghuninya, kemudian kami keluar kepada alam ketiga, maka ia adalah seperti keadaan alam pertama, dan kedua sehingga kami sampai kepada lima alam (khamsati ‘awalim), beliau berkata: Kemudian beliau berkata kepada aku: Ini adalah malakut al-Ardh yang tidak dilihat oleh Ibrahim a.s. Sesungguhnya beliau telah melihatmalakut al-Samawat iaitu dua belas alam dan setiap alam adalah seperti keadaan yang anda telah melihatnya dan setiap kali berlalunya seorang imam (kullama madha minna imammun), maka beliau tinggal di salah satu alam-alam ini sehingga yang akhir mereka adalah al-Qaim pada alam kita di mana kita menjadi penghuninya. Kemudian beliau berkata kepada aku: Pejamkan mata anda, kemudian beliau mengambil tangan aku, maka tiba-tiba kami berada di rumah yang kami telah keluar darinya. Lalu beliau telah mencabutkan pakaian yang sedang dipakainya dan memakai pakaian sebelumnya dan kami kembali kepada majlisnya, maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, berapa lama waktu telah berlalu? Maka beliau berkata: Tiga jam.
[6] Imam Ali a.s berkata: Akulah seorang hamba dan seorang makhluk.
[7] Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm. 191, hadis no. 167.
[8] Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 371 “ penyerahan kuasa” Abu Abdullah a.s berkata: Apa yang Dia telah memberi kuasa kepada Nabi-Nya s.a.w, maka Dia telah memberi kuasa (tafwidh ) kepada kami. Wahai Ibn Asyim, Allah berfirman di dalam Surah al-An‘am (6):125 “ Sesiapa yang Allah kehendaki memberi petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya kepada Islam. Dan sesiapa yang Dikehendaki Allah kesesatannya Dia akan menjadikan dadanya sesak lagi sempit ” Adakah anda mengetahui apakah al-Haraj (sempit)? Aku berkata: Tidak, lalu beliau telah memasukkan anak-anak jari tangannya dengan kuat di mana sesuatu tidak akan keluar atau memasukinya. Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abdullah bin Maskan berkata:Abu Abdullah a.s berkata: Tidak, demi Allah, sesungguhnya Allah tidak memberi kuasa (fawwadha) kepada seorang daripada makhluk-Nya melainkan kepada Rasulullah s.a.w, kemudian kepada para imam, maka Dia berfirman di dalam Surah al-Nisa’ (4):105 “Sesungguhnya kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu ” Iaitu berlaku kepada para wasi.
[9] Perkataan al-Qut juga bererti ilmu hikmah.
[10] Sulaim Bin Qais, Kitab Sulaim, hlm 36.
[11] Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm 257, hadis no. 301.
[12] “Pertukaran bentuk kepada belut” Al-Asbagh bin Nubatah daripada Zaid bin al-Syahham meriwayatkan bahwa Amir al-Mukminin Ali a.s telah didatangi oleh beberapa orang munafiqin, lalu mereka berkata kepadanya: Andalah yang berkata bahawa al-Jaryu (belut) telah ditukar daripada bentuk aslinya (manusia) dan ia adalah haram? Ali a.s berkata: Ya, mereka berkata: Tunjukkan kepada kami buktinya? Lantas beliau datang bersama mereka ke sungai Furat, kemudian beliau menyeru:Manasy, manasy, lalu seekor belut menjawab: Labbai-ka, Amir al-Mukminin a.s berkata kepadanya: Siapa anda? Dia menjawab: Aku dikalangan mereka yang telah dibentangkan wilayah anda (wilayah Ali a.s) ke atasnya, tetapi dia enggan, lalu dia ditukar bentuknya (musikha). Sesungguhnya mereka yang datang bersama-sama anda akan ditukar bentuk mereka (man yumsakhu) sebagaimana ditukar bentuk kami (musikh-na) dan mereka akan jadi sebagaimana kami telah jadi. Kemudian Amir al-Mukminin a.s berkata: Jelaskan kisah anda supaya mereka yang datang dapat mengetahuinya, maka belut berkata: Ya, kami adalah berasal daripada dua puluh empat kabilah Bani Israel, kami telah bertengkar dan menderhaka. Kami telah dibentang wilayah anda, tetapi kami menolaknya dan kami pergi ke merata-rata tempat, lalu kamu melakukan kefasadan sehingga seorang lelaki (Ali a.s) datang kepada kami dan anda lebih mengetahui dengannya daripada kami. Maka beliau telah melaung kepada kami dengan satu laungan, lantas kami berhimpun di satu tempat, dahulu kami telah berada bertaburan di merata-rata tempat, kemudian kami telah berada pada satu tempat kerana laungannya. Kemudian beliau melaung kepada kami laungan yang kedua dan berkata: Jadilah kamu bentuk yang bermacam-macam (masukhan) dengan kuasa Allah, lantas ditukar bentuk kami dengan jenis yang bermacam-macam (tanpa sisik). Kemudian beliau berkata: Wahai daratan, jadilah sungai-sungai untuk mereka diami dan sambunglah dengan lautan bumi sehingga mereka wujud di mana-mana” (al-Hafiz Rajab al-Barsi,Masyaariq Anwaar al-Yaqii fi Asraa Amir al-Mu’minin, hlm. 77)
[13] Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 326-333, al-Majlisi, Bihaar al-Anwaar, xi, hlm. 67.
[14] “Bumi dilipatkan untuk para imam”. Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Yusuf bin ‘Umairah, daripada Daud bin Furqad, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang lelaki di kalangan kami telah mengerjakan sembahyang ‘atamah (satu pertiga malam) di Madinah dan beliau telah datang kepada kaum Musa di dalam satu urusan di mana mereka telah bertengkar mengenainya di kalangan mereka. Dan beliau kembali pada malamnya, lalu mengerjakan sembahyang al-Ghadat (pagi) di Madinah (Inna rajulan minna salla al-‘Atamata bi al-Madinati wa ata qauma musa fi amrin fa-tasyajaru fi-hi fi-ma baina-hum wa ‘ada min lailati-hi fa-salla al-Ghadata bi al-Madinati ) (Lihat al-Majlisi, Bihaar al-Anwaar, vii, hlm. 270). Ali bin Ismail bin Isa daripada Muhammad bin ‘Umru bin Sa‘id al-Zayyat, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Jabir bin Yazid, berkata: Pada suatu hari aku telah duduk di sisi Abu Ja‘far a.s, lalu beliau berpaling kepadaku, dan berkata: Wahai Jabir, adakah anda mempunyai keldai untuk anda naiki, anda dapat berjalan di antara timur dan barat di dalam satu malam? Aku berkata: Tidak, maka beliau berkata: Aku benar-benar mengetahui seorang lelaki di Madinah yang mempunyai keldai yang beliau naiki, lalu beliau datang ke timur dan barat di dalam satu malam (Inni la-a‘rifu rajulan bi al-Madinati la-hu himarun yarkabu-hu fa-ya’ti al-Masyriqa wa al-Maghriba fi lailatin ). Abdullah bin ‘Amir bin Sa‘id, daripada al-Rabi‘, daripada Ja‘far bin Basyir al-‘Ajali, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang lelaki daripada kami telah datang kepada kaum Musa di dalam suatu perkara di kalangan mereka, lalu beliau mendamaikan di antara mereka dan kembali (inna rajulan minna ata qauma musa fi syai’in kana baina-hum fa-aslaha baina-hum wa raja‘a). Salmah bin al-Khattab, daripada Sulaiman bin Sama‘ah, dan Abdullah bin Muhammad, daripada Abdullah bin al-Qasim ibn al-Harith, daripada Abu Basir, berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesunggunya para wasi dilipatkan bumi untuk mereka dan mereka mengetahui apa yang ada di sisi para sahabat mereka (inna al-Ausiya’ la-tutwa lahum al-Ard wa ya‘lamuna ma ‘anda ashabi-him ). Ali bin Muhammad al-Hijjal, daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu’lu’, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Sudair al-Sairafi berkata: Abu Ja‘far a.s berkata: Wahai Abu al-Fadhl, sesungguhnya aku benar-benar mengetahui seorang lelaki daripada penduduk Madinah diambil sebelum terbitnya matahari, dan sebelum tenggelamnya matahari kepada golongan yang difirmankan oleh Allah s.w.t di dalam Surah al-A‘raf (7) :159 “ Dan di antara kaum Musa itu terdapat suatu umat yang memberi petunjuk dengan hak dan dengan yang hak itulah mereka menjalankankeadilan ”, kerana pertengkaran yang berlaku di antara mereka. Lalu beliau telah mendamaikan di kalangan mereka (fa-aslaha baina-hum), dan kembali tanpa duduk (wa raja‘a wa lam yaq‘ud). Lantas beliau melalui air kamu, kemudian meminumnya (fa-marra bi-nutfi-kum fa-syariba min-hu), dan terus melalui di pintu anda, lalu mengetuk lingkaran pintu anda (wa marra ‘ala babi-ka fa-daqqa ‘alaika halqata babi-ka), kemudian beliau kembali ke rumahnya tanpa duduk (thumma raja‘a ila manzili-hi wa lam yaq‘ud) (al-Majlisi, Bihaar al-Anwaar, xi, hlm.68). Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Musa bin Sa‘dan, daripada Abdullah bin al-Qasim al-Hadhrami, daripada ‘Umar bin Abban al-Kalbi, daripda Abban bin Taghlab berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, maka seorang lelaki daripada ulama ahli Yaman telah datang kepadanya, maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Wahai Yamani! Adakah pada kamu para ulama? Beliau berkata: Ya, beliau berkata: Apakah kadar keilmuan orang alim kamu? Beliau berkata: Sesungguhnya beliau berjalan pada satu malam kadar perjalanan sebulan (inna-hu yasiru fi lailatin wihidatin masirata syahrin), menahan burung terbang dan menjejaki segala kesan. Beliau berkata kepadanya: Orang alim di Madinah lebih alim daripada orang alim kamu, beliau berkata: Apakah kadar keilmuan orang alim Madinah (‘ilmu ‘alim al-Madinah)? Beliau berkata: Beliau berjalan satu pagi kadar perjalanan setahun (inna-hu yasiru fi sabahin wahidin masirarata sanatin) seperti matahari apabila diperintah, sesungguhnya matahari pada hari ini tidak diperintah, tetapi apabila diperintah, ia akan melintasi dua belas maghrib (idha umirat taqta‘ ithna ‘asyara maghriban), dua belas masyrik, dua belas matahari, dua belas bulan, dua belas daratan, dan dua belas alam, beliau berkata: Apa yang ada lagi pada tangan orang Yaman itu, aku sendiri tidak mengerti apa yang dikatakan olehnya, lalu Abu Abdullah a.s telah menahan dirinya dari bercakap (Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 350-355).
[15] Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm. 363, hadis no. 514.
[16] Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm. 191, hadis. No. 167.
[17] Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 315.
[18] Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm 257-8, hadis no. 305 “Pertukaran bentuk kepada cicak” Daripada Salih, daripada al-Wasya’, daripada Kiram, daripada Abdullah bin Talhah berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai cicak (al-Wazagh), maka beliau a.s berkata: Kotor, pertukaran bentuk telah berlaku (rijsun wa huawa maskhun). Apabila anda membunuhnya, maka mandilah (hadas). Kemudian beliau a.s berkata: Sesungguhnya bapaku telah duduk di dalam bilik bersamanya seorang lelaki yang sedang bercakap kepadanya, tiba-tiba seekor cicak menjelir lidahnya, maka bapaku berkata kepada lelaki itu: Adakah anda mengetahui apa yang dikatakan oleh cicak itu? Lelaki itu berkata: Aku tidak mengetahui apa yang dikatakan olehnya. Beliau a.s berkata: Cicak berkata: Demi Allah, jika kamu menyebut Uthman dengan cacian, nescaya aku akan mencaci Ali sehingga dia pergi dari sini. Bapaku berkata: Tidak mati seorangpun daripada Bani Umayyah melainkan ditukar bentuknya kepada cicak (laisa yamuutu min Bani Umayyati mayyitun illa musikha wazghan). Sesungguhnya Abd al-Malik bin Marwan di saat kematiannya ditukar kepada seekor cicak (musikha wazghan). Aku dan anaknya berada di sisinya. Manakala mereka kehilangannya, maka ia menjadi isu yang besar kepada mereka, mereka tidak mengetahui apa yang mereka akan melakukannya. Kemudian mereka bersetuju mengambil batang kurma, lalu mereka membuatnya seperti bentuk seorang lelaki. Mereka telah melakukannya. Mereka memakaikan batang kurma itu dengan baju besi. Kemudian mereka melipatkannya pada kapannya. Tiada seorangpun yang melihatnya melainkan aku dan anak lelakinya.
[19] “Bercakap dengan ular” Diriwayatkan daripada Imam Ja‘far al-Sadiq a.s bahawa Amir al-Mukminin Ali a.s sedang memberi khutbah di atas mimbar masjid Kufah di kelilingi oleh orang ramai, tiba-tiba seekor ular datang di hadapan orang ramai dan mereka di dalam ketakutan. Amir al-Mukminin a.s berkata: Berikan laluan kepadanya, lalu ia menjalar sehingga menaiki mimbar masjid, orang ramai sedang melihat kepadanya. Kemudian ular itu mencium kaki Amir al-Mukminin a.s dan beliau a.s mulai menggerakkan kakinya di atasnya (ular). Lalu ular itu mengeluarkan tiga hembusan, kemudian ia turun dan pergi. Amir al-Mukminin a.s tidak menghentikan khutbahnya. Kemudian mereka bertanyakan kepadanya tentang perkara tersebut. Beliau a.s berkata: Ular itu adalah seorang lelaki daripada Jin. Dia memberitahuku bahawa anak lelakinya telah dibunuh oleh seorang lelaki daripada Ansar, namanya Jabir bin Sami‘ di Khaffan, Kufah sedangkan anak lelakinya itu tidak membuat jahat kepadanya. Dia meminta bayaran darah anak lelakinya. Lantas seorang lelaki di kalangan orang ramai datang kepadanya sambil berkata: Akulah lelaki yang telah membunuh ular itu pada tempat tersebut. Semenjak membunuhnya, aku tidak boleh tinggal di tempat itu lagi kerana jeritan dan laungan, lalu aku melarikan diri ke masjid ini, aku berada pada malam ketujuh di sini. Amir al-Mukminin a.s berkata: Ambillah unta anda dan lakulah penyembelihan ke atasnya di tempat anda membunuh ular itu, lakukanlah, ia tidak akan membahayakan anda. Masyaariq Anwaar al-Yaqiin fii Asraar Amir al-Mukminin, hlm. 76-77.
0 comments:
Catat Ulasan